Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, September 29, 2022

Siap dah susun bata.

 Assalamu'alaikum.

Siap dah susun bata.

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, akhirnya siap jugak proses susun bata di tapak fertigasi cili bara ni. Cocopeat yang kurangpun sudah ditambah. 

Sebenarnya, ada beberapa team yang menyahut cabaran tanam pokok cili bara ni. Ada yang individu dan buat dekat kawasan rumah masing-masing. Yang berkumpulan pula terpaksalah minta kebenaran dari pihak tertentu untuk gunakan kawasan terbiar. Daripada biarkan kawasan tu jadi sarang babi, baiklah buat tapak untuk projek tanam cili bara ni.


Team futsal siap!!!













Lepas ni, tunggu trainer set up pipe system pulak. Mudah-mudahan takde la timbul masalah. Moga Allah memberkati usaha kami dan permudahkan segala urusan. Aamiin.

p/s: Simpan semua cerita di sini sebagai kenangan.

.

Wednesday, September 28, 2022

Hari Bertemu Pelanggan.

Assalamu'alaikum.

Hari Bertemu Pelanggan.

Pagi semalam, 27.9.2022, aku ikut geng kebun pergi ke Dataran Tok Linggi, Kg. Relong, Kuala Lipis bagi menghadiri program hari bertemu pelanggan anjuran Jabatan Pertanian Daerah Lipis. 





Setinggi-tinggi tahniah pada semua ahli geng kebun yang membuat jualan anak pokok, sayur segar dan yang berkaitan dengan penanaman sayur. Laku keras sayur dorang. Cepat je habis. Alhamdulillah. Seronok tengok. Akupun support jugak dengan membeli dua set pasu untuk hidroponik, beli juga dua bungkus cili padi dan seikat serai. Aku tanam serai tapi serainya tak mau beranak-pinak. Haha.

Aku juga ada beli selonggok jagung manis dan dua pek daging kerbau salai. Kita wajar support peniaga kita walaupun dari daerah berlainan. 

















p/s: Jom la kita tanam sayur. Asyik merungut sayur mahal pun tak jadi apa jugak. 🤭🤭🤭
.

Monday, September 26, 2022

Hajatnya nak buat raised bed.

Assalamu'alaikum.

Hajatnya nak buat raised bed.

Pagi tadi, gigih la aku bersihkan kawasan nan sekangkang katak ni. Kononnya nak buat raised bed untuk tanam sayur. 

Sebelum tu, aku buat asap dari sarang telur ni untuk halau nyamuk dan serangga yang lain.











Akupun ada buat baja organik yang orang kongsikan di tiktok. Benda baik, tak salah untuk kita tiru dan cuba.











Bunyi macam senang je tapi dia punya penat tu tak boleh bawak bincang. Habis sakit segala sendi dan pinggang aku.

p/s: Nak, seribu daya. Begitulah.

.

Sunday, September 25, 2022

Program Gema Qur'an bersama Ustazah Haniah Salwana.

 Assalamu'alaikum.

Program Gema Qur'an bersama Ustazah Haniah Salwana.

Pagi semalam, 24.9.2022, aku ikut kawan ke program ni. Dia ajak, akupun ikut la. Dapat la aku tengok ustazah ni walaupun dari jauh sebab duduk di belakang sekali. Masuk lambat, kena la duduk di belakang. 😁😁😁






Program ni berserta sekali dengan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bersama TERATAI. Sumbangan disampaikan oleh isteri Menteri Besar Pahang. Dapat la goodies bag yang macam-macam ada di dalamnya. Terima kasih pada mereka yang memberi. Alhamdulillah.











Makanan semua sedap. Alhamdulillah. Masing-masing seronok nenikmati makanan sampai minta nasi tambah. Haha. Tapi takde gambar masa makan. Masing-masing dah kelaparan. 🤭🤭🤭



Tiktok aku. 
Meh la follow lekaih.. 
😅😅😅

p/s: Gambar ustazah takde sebab akupun nak cepat balik. Lagipun malas nak berebut-rebut dan berhimpit-himpit dalam dewan yang kecil tu.

.

Jom tanam pokok nenas!

 Assalamu'alaikum.

Jom tanam pokok nenas!

Tiada kawasan bertanah bukanlah satu alasan untuk kita tidak menanam pokok. Ramai je orang yang menanam pokok sayur dan pokok buah dalam tong, pasu, polybag malah ada juga yang menggunakan botol terpakai untuk menanam sayur. 












Semuanya atas diri kita sendiri. Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih dan alasan. Dan menjadi kepantangan aku orang yang banyak beralasan ni kerana ia akan menjadi satu sebab untuk jadi seorang penipu. Maka, janganlah selalu sangat buat alasan ya. Takut nanti lama-lama orang dah tak percayakan kita.

p/s: Kalau rajin, semuapun jadi tapi kalau dah namanya pemalas, tak tau la nak kata apa.

.

Saturday, September 24, 2022

Update fasal fertigasi cili bara.

 Assalamu'alaikum.

Update fasal fertigasi cili bara.

Masih lagi berkisar di tapak fertigasi cili bara. Tak siap lagi ni nak set up semua. Lagipun, ada lagi beberapa team yang sama-sama buat projek ni. Jadinya, semua team kena siap serentak. Dah siap, barulah boleh pasang paip dan seterusnya tanam anak pokok cili. 




Masa aku sampai, pintu pagar belum buka lagi sebab tukang pegang kunci belum sampai. Jadi, aku lempar aje la bata ni ikut celah lubang tu. Haha. Takkan nak buang masa menunggu tanpa berbuat apa-apa, kan? Masa itukan umpama emas. Gittew.. 😊😊😊






Takde rotan, akarpun berguna. Kereta sorong cuma ada satu je. Maka, terpaksalah cari jalan alternatif untuk cepat siapkan kerja memunggah bata.

























Anak pokok cili bara ni dah ada dah. Tinggal nak masuk dalam polybag je. Ni projek under Yayasan Pahang. Akupun tak tahu sangat fasal ni. Aku setakat tolong kawan-kawan je. Mana yang mampu aku tolong, aku tolong la. Kita support projek kawan-kawan kita. Aku hanya mampu support dari tenaga kerja je. Mudah-mudahan Allah beri rezeki kesihatan yang baik buat aku dan team serta seluruh ahli team yang lain. Aamiin.

p/s: Moga Allah permudahkan. Aamiin.

.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)