Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 7, 2010

APSAL LAA KO NI KEDEKUT SANGAT..??

Assalamualaikum....


Tika dan waktu ini aku sedang mendengar radio online iaitu THR Capsules...
Bagus jugak ada radio online ni kan...
Tak perlu nak pasang soket banyak-banyak kat rumah....
Jimat dah kat situ... =D
Nampak gayanya tiga ketol radio kat rumah aku ni makin bersawang laa...
Rasa membazir lak beli radio ni... (^__^)
Tapi dulu mana ada radio online ni.... kannn...
Sekarang ni je semuanya ONLINE....
So, rembat je la apa yang ON tu...
Sebelum kita atau dia OFF.... =)))

Topik pagi ni kat THR adalah KEDEKUT...
Hahahaha.... Aku suka topik ni...
Macam-macam cerita yang keluar dari pendengar...
Agak-agaknya yang follow dan skodeng blog aku ni ada tak termasuk dalam kategori kedekut ni ehh... kehkehkeh...
Kedekut tu boleh, bergantung pada sebab musababnya laa...
Tapi jangan la kedekut macam Haji Bakhil... huhuhu...

DJ Nasa kata senang je nak kenal orang yang kedekut ni...
Macam mana nak kenal dorang tu..??
Nasa kata orang yang kedekut ni kalau kita ajak dia pergi makan kat luar, lepas tu kalau kita tanya dia nak makan apa, dia akan cakap "apa-apa aje la... tak kisahpun..""
Sebabnya, dia takut kalau dia pesan makanan yang mahal, pastu nanti tetiba je kawan tadi bertukar fikiran dan suruh dia bayar sendiri makanan tu... baru naya...
Kedekut la katakan...
Kalau boleh semuanya nak FREE.... huhuhu...

Aku banyak jugak kisah berkawan/berjiran/bersaudara dengan orang yang kedekut ni...
Parah wehhh... hahaha...
Kalau kedekut duit tu biasa la kita dengar...
Ni ada yang kedekut ilmu dan tenaga...

Aku selalu cakap kat anak-anak sedara aku yang agak malas nak menolong buat kerja rumah...
Tu kira kedekut tenaga la tu kann...
Aku cakap, tenaga korangpun korang kedekut nak keluarkan...
Buatnya esok lusa Allah tarik 'kudrat' korang tu, baru la masa tu korang cakap 'tak dapat nak tolong buat kerja'...
Dan selalunya lepas aku cakap macam tu, dorang akan bangkit dan menolong apa yang patut...
Tau takutttt.... hahahaha....
Kadang-kadang, dengan budak-budak ni kita kena pandai 'main saiko' sikit... ;p

Ada orang yang kedekut nak belanja orang makan...
Tapi bila dia dibelanja, bukan main rakus lagi dia bedal semua makanan tu...
Dari makan bertukar menjadi mentekedarah... ahakkk...

Ada orang kedekut nak pinjamkan barang-barang dia...
Kalau boleh, nak sentuh barang-barang tu pun dia tak bagi...
Tapi barang orang, boleh pulak dia buat muka tak malu, main redah je...
Pastu buat macam kepunyaan sendiri... huhuhu....

Ada orang kedekut nak keluarkan belanja dalam membeli barangan dapur...
Kes macam ni selalunya berlaku di rumah sewa laa...
Bila duduk ramai-ramai menyewa, mula la masing-masing buat hal sendiri...
Sepatutnya, masa duduk berkongsi ni la kita harus berkongsi...
Kongsi tenaga.... pendapat... bajet untuk rumah sewa tu juga...

Ada orang yang kedekut dia lagi teruk...
Beli makanan/kudapan/buah pastu simpan dalam loker atau bawah katil...
Pastu makan sikit-sikit, perlahan-lahan jangan bagi orang perasan dia tengah makan...
Bila dengar je bunyi tapak kaki, mula la dia kelam kabut...
Cepat-cepat tolak/simpan makanan tu kat bawah katil/loker balik semula...
Pastu buat-buat baca buku atau apa-apa aje la...
Janji takde orang tau yang dia tengah makan...
Takut agaknya kalau orang mengecek/minta makanan dia tu....
Ayoyoyo.... Sadis dan peliknya la perangai...

Ada orang tu, masa bercinta langsung tak pernah nak berkira...
Baik masa, tenaga apa lagi wang ringgit ni...
Semuanya dihamburkan dengan rela...
Bukan kat gf/bf tu je, malahan kawan-kawan dorangpun dapat imbuhan...
Walaupun dalam hati tu macam tak ikhlas je... :p
Tapi bila dah kawen, 5 sen pun dia berkira...
Masa ni la baru keluar perangai sebenar...
Maka bermulalah episod ungkit-mengungkit... bangkit-membangkit...

Ada juga orang yang tidak kedekut langsung dengan kawan-kawan dia...
Tapi dengan keluarga sendiri, malahan kadang-kadang dengan ibu bapa masing-masingpun dorang berkira...
Padahal bila dia ditimpa kesusahan, siapa yang pertama dia cari...?
Siapa yang pertama bersedia untuk menghulurkan bantuan..??
Bukankah ibu bapa dan keluarga tu jugak yang membantu dan memberi sokongan..??
Kawan-kawan...??
Mungkin ada yang kata nak bantu...
Mungkin ada seorang dua yang benar-benar ikhlas...
Selebihnya, cuma 'bantu' di mulut aje laa... Sekadar pemanis kata...

Macam-macam jenis penyakit kedekut ni...
Dan macam-macam pulak perangai orang yang kedekut ni...
Susah nak diterjemahkan apa sebenarnya yang bermain di minda orang sebegini...
Korang kedekut tak...??
Kalau nak kongsi ilmupun korang kedekut, maknanya memang sah la korang ni KEDEKUT TEGAR.... kehkehkeh...


Aku kata: Kalau kedekut tu boleh jadi kaya ke..? Nak jadi kedekut jugak laa camni.... =)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)