Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN al-MUBARAK...

Assalamualaikum...

SALAM RAMADHAN al-MUBARAK...

Di kesempatan ini, ingin saya memohon ampun dan maaf seandainya ada kesilapan atau kesalahan terutamanya melalui penulisan di kesemua blog saya, mahupun komen-komen yang saya jawab dan tinggalkan.. 


Sesungguhnya, semua kesilapan tersebut adalah datangnya dari diri saya sendiri dan tidaklah saya berniat untuk menyalahkan sesiapa..


Sama-samalah kita hafal balik niat untuk berpuasa dan berbuka puasa ni. Mana la tau kalau-kalau dah terlupa pulak... hehehe..




Kurangkan berborak benda-benda yang tak berfaedah masa berpuasa nanti ya.. Lepas berbuka tu, ikut sukahati masing-masing la nak buat apa.. huhuhu.. 


p/s: Sekadar berkongsi mana yang aku tau je.. Aku bukannya ustazah yang pandai dalam bab-bab sebegini..

Saturday, July 30, 2011

Maaf, saya sibuk..

Assalamualaikum...

Maaf, saya sibuk..

Aku dah mula menjahit baju-baju raya. Sebenarnya dah jahit dah beberapa pasang. Cuma sekarang ni nak lebih fokus pada kerja... :P 

Apa selama ni ko tak fokus ke..?
Fokus tu fokus la, tapi lebih fokus mengadap benda lain...
Kehkehkeh...
Tapi sekarang ni, stop sekejap mengadap benda tu.. :)

Menunggu giliran untuk dijahit dan jahit tepi...

Antara baju yang dah siap dijahit.. Tinggal finishing je...

Kain batik sutera ni menyeramkan untuk aku memotongnya. Tengok harga kat kain tu je dah buat aku gigil. Mujurlah dah selamat dijahit dah...

Ada kastemer baru datang nak suruh jahitkan baju raya dia. Bila aku tanya berapa pasang dia nak hantar, dia kata dia nak cepat dalam dua tiga hari. Maaf la ya, aku dahulukan baju-baju regular customer aku.. 

p/s: Hehehe... Takde apa-apa la.. Saja je nak buat senaman mulut... ♫♪♪♫♫♪♪♫

Friday, July 29, 2011

Tengok demo kawen, kawe pong ghaso nok kawen jugok... =))

Assalamualaikum...

Tengok demo kawen, kawe pong ghaso nok kawen jugok... =))

Kawe nok bini...
Demo nok bini...
Kawe nok bini...
Demo nok bini...

Ni lagu yang sesuai untuk orang lelaki yang teruja sangat nak kawen. Ada sesetengah daripada dorang tu, asal tengok je kawan dia kawen, mulalah diapun teringin nak kawen jugak. Ingat teringin nak kawen tu macam teringin nak makan nasi lemak ke..? Malas nak cakap banyak la.. Nanti tak pasal-pasal ada pulak yang melenting kat aku, kannnn... Lepas tu ada pulak yang buat entry balas yang berselindung di sebalik keyboard.. huhuhu...

Akibat selalu sangat dengar Gegar Capsule, bermacam-macam lagu etnik yang tak pernah aku dengar, dapat aku dengar. Lepas tu, tersuka pulak dengan satu lagu ni... Boleh layan gak lagu ni walaupun aku tak berapa nok pehe demo kecek gapo.. 

Sedap jugak suara penyanyi yang ada janggut sejemput tu.. Lemak merdu lagi berkrim.. :-)
**Tak tau nama dia.. 

Kawe dok pehe...
Kawe dok pehe...
Kawe dok pehe...
Kawe dok pehe... huhuhu..
Ehh, aku meme dok Pehe lo ni... hahaha...

** Kawe dok pehe = Aku tak faham..
** Meme dok Pehe lo ni = Memang duduk Pahang sekarang ni..

p/s: Payah jugak kalau tak faham loghat negeri lain ni... Beruntung la pada mereka yang ada loghat tersendiri, lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak juga Brunei..

**Lirik penuh lagu ni ada kat sini untuk memudahkan kefahaman. Thanx to Novelis Sharina Elisa sebab tolong carikan link.. :-)

Thursday, July 28, 2011

Yang remeh-temeh...

Assalamualaikum...

Yang remeh-temeh...

Semua benda nak dijadikan isu...
Semua benda nak dibahaskan..

Kadang-kadang dah naik rimas dengan pelbagai benda yang remeh-temeh ni. Tapi tu la, selalunya benda yang kita anggap remeh-temeh ni la yang menjadi punca kepada sesuatu perkara. Malahan, adakalanya meleret-leret sehingga mencetuskan satu musibah la pulak.. 

Ada mata, pandang..
Ada telinga, dengar..
Ada mulut, diam..
Ada tangan, garu... Ada kaki, goyang..

Ada otak, pakai..
Ada akal, pakai..
Ada bijak, gadai..
Ada mata, pejam.. Ada mulut, diam...



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Pasal minum air berapa gelas seharipun boleh dijadikan isu...
Ehh, suka hati dia la nak minum berapa banyak air pun, kann....
Hahahaha....

SELAMA ini doktor atau pakar diet menasihatkan orang ramai meminum sekurang-kurangnya 1.2 liter atau enam hingga lapan gelas air sehari bagi memastikan kesihatan badan terus berkekalan.
Malah, bahan kimia yang digunakan untuk menyah jangkitan kuman dalam air botol juga tidak elok untuk kesihatan.
Namun baru-baru ini, seorang doktor dari Glasgow, Margaret McCartney menafikan perkara tersebut sebaliknya menganggap ia sebagai tidak masuk akal.
Setakat mana rasional pandangan McCartney dan bagaimanapun pakar-pakar lain memberi respons terhadap 
pandangannya itu.
Beliau menjelaskan, wujud kajian yang menunjukkan meminum air ketika tidak dahaga, boleh mengganggu daya penumpuan seseorang.



p/s: Yang remeh dan yang temeh, berlegar di sekelilingmu... Buatlah... Buatlah... Buatlah tak tahu.. Tepuklah.. Tepuklah... Tepuklah tanganmu.. :)

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #5: Cian kat dia...

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #5: Cian kat dia... 

:
:
:
:
:
:
:
V


Akupun peminat MU gak.. 
Tapi takde la aku nak melenting bila ada yang buat provokasi macam ni..
Kreatif sungguh dorang ni... hehe...

p/s: Sempena menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak ni, aku mohon ampun dan maaf kepada semua umat manusia di dunia ini.. Jika ada tersalah bahasa, terlanjur bicara, terlampau berani memberi komen atau pendapat atau apa sahaja yang berkaitan, harap dapat dimaafkan... Aku juga memaafkan anda semua kerana aku inginkan ketenangan dijiwa.. :-)


Tuesday, July 26, 2011

Projek menjelang tengah malam... :P

Assalamualaikum...

Projek menjelang tengah malam... :P

Aku baru je selesai masak tomyam ni. Mak aku takde selera nak makan, tu yang aku buatkan dia tomyam ni. Nasi yang aku masak pagi tadi sikitpun tak luak. Mungkin sebab tengahari tadi kami semua makan kat rumah jiran yang buat kenduri nak menyambut kedatangan Ramadhan. Malam ni akupun tak makan lagi... haha...

Kebetulan pula, bahan-bahan ada kat dalam peti sejuk. Bahan ni tak kisah sangat la, main letak je sayur yang ada tapi yang pentingnya ialah perencah tomyam tu sendiri. Kalau ada dalam stok, menjadi la tomyam tu.. Kali ni aku masukkan lebihan ayam yang buat sup hari tu dan sayur cuma bunga kobis dan carrot je. Pastu letak la sikit lada benggala + serai yang dititik + hirisan bawang besar + cili padi + serbuk lada putih + garam.

Renehkan kesemua bahan kecuali sayur hingga mendidih. Lepas tu barulah masukkan bunga kobis, diikuti hirisan carrot dan lada benggala.. Aku letak sikit je daun limau purut sebab pokok limau purut kepunyaan jiran tu baru je mati. Malam-malam buta pergi petik daun limau tu.. haha.. Ambil jugak la daun yang kering tu, sekadar untuk dapatkan aroma harum daun tu je... 

Okay, dah siap. Siapa yang nak makan seken round tu, boleh la ambil mangkuk dan senduk la sendiri ehh... 

p/s: Senyum... senyum... auuwww.... comelnya... :D

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Finale

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Finale

Alhamdulillah...
Akhirnya sampai jugak ke penghujung episod.. Lotih den nak menaip. Tapi takpe la, ini boleh dijadikan kenang-kenangan untuk masa akan datang nanti. Kalaupun ianya tidak memberi sebarang impak kepada orang lain, sekurang-kurangnya ia boleh menggamit nostalgia untuk aku atau kaum keluarga aku kelak. Itupun jika dorang jumpa la blog aku ni.. haha.. Harap-harap blog aku takde la termasuk dalam senarai menunggu untuk di delete... huhuhu..

Ini adalah barangan yang diminta oleh anak sedara aku yang kat MRSM Jasin tu. Dia kata stok biskut dia dah habis, so, aku tolong la beli kat Giant Plentong. Sebelum tu dia ada bagitau suruh beli kerepek ubi pedas, tapi kitorang tak singgah Air Hitam sebab barang penuh sampai kena letak atas riba masing-masing...

Pagi sebelum bertolak tu sempat bakar otak-otak. Jaring takde, so, guna je apa yang ada.. haha.. Dapat bekalkan sikit untuk anak sedara tu.. Kesian, budak duduk asrama la katakan... huhu..

 Malam sebelum tu anak-anak buah main masak-masak. Dorang buat 3 biji cheese cake dan 2 biji kek coklat ni.. Habis kek coklat tu kena tepek dengan buah anggur.. haha.. Inipun bekalkan sikit untuk minah tu.. Kami kan keluarga penyayang... :P

Dalam pukul 11 pagi Jumaat tu, kitorangpun mulalah bergerak keluar dari Johor Jaya dan terus menuju ke MRSM Jasin untuk melawat anak sedara kat sana. Jauh jugak MRSM ni rupanya. Kena masuk kawasan kampung dulu baru jumpa. Selesai je urusan dengan minah sorang tu, dan bagi duit poket kat dia, kitorang meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir. Aku yang beria-ia sangat nak ke situ sebab dah lama sangat tak jenguk tempat tu. Lagipun perut aku dah lapar sangat dah sebab tak sempat nak sarapan masa kat rumah abang gara-gara memunggah barang yang tak habis-habis.. huhu...

Laut yang semakin menjauh... Sedih rasanya bila tengok laut kena tambak ni...

Susah jugak nak cari kedai makan kat Bandar Hilir ni sebab kebanyakan daripadanya buka di waktu petang. Pusing dua tiga kali baru jumpa. Redah je la makan kat restoran ni sebab dah kebulur sangat dah rasanya.. Masa ni anak buah aku yang jadi drebar tu dah mula nak demam manakala abang aku pulak tak lalu nak makan sebab perut dia tak selesa. Tapi aku dengan anak buah yang pompuan tu laju je makan... kehkehkeh..


Makan nasi dengan lauk asam pedas kembung je pun.. Jadi la sekadar isi perut yang berkeroncong...

Melaka sangat panas okay.. Sampai tak boleh bukak mata mak aku ni haa...

Selesai je makan, aku ronda-ronda sekejap dalam 10 minit untuk mencari satu barang ni. Dari dulu lagi aku nak beli, tu yang beria sangat nak singgah kat Bandar Hilir tu. Jumpa jugak barang tu tapi tak berapa nak berkenan di hati. Namun, aku beli jugak la sebab tak tau bila lagi boleh sampai ke sini. Lepas tu singgah pulak sekejap kat tepi highway Ayer Keroh tu. Mak aku nak beli cencalok la pulak.. huhuhu..

Selesai je semua ni, terus je balik Nilai. Sampai je kat rumah kakak aku tu, si drebar tu dah mula panas dah badan dia. Abang aku pulak muntah-muntah, cirit-birit dan demam jugak. Malam tu jugak dorang pergi klinik kat Nilai. Ingatkan nak balik Pahang hari Sabtu tu, tapi terpaksa dibatalkan gara-gara dua orang yang demam ni. Keesokannya, aku pulak yang demam sampai menggigil-gigil badan aku. Dah sorang lagi pergi klinik malam-malam buta tu. Kopak duit mak aku dok bayar duit ubat... Sian mak.. huhuhu... Nasib baik la mak aku tu tak demam serentak dengan kitorang.... Dia demam sikit bila dah balik ke sini...

Sudahnya, kami balik Pahang pada hari Isnin. Hajat hati nak menghadiri majlis pertunangan anak jiran pada hari Ahad tu tak kesampaian.. Apa nak buat, takde rezeki untuk ke majlis tu...

p/s: Banyak barang terpaksa ditinggalkan seketika kat rumah kakak gara-gara bonet kereta tak muat... huhuhu..

Monday, July 25, 2011

Marhaban + Cukur Jambul..

Assalamualaikum...

Marhaban + Cukur Jambul..

Sabtu lepas aku menghadirkan diri ke majlis marhaban + cukur jambul kat rumah jiran aku ni. Seawal pagi lagi dah bangun dah. Konon-kononnya teruja sangat la nak pergi kenduri tu. Namun disebabkan cuaca pagi tu teramatlah sejuk, boleh pulak aku menyorok balik semula bawah selimut... haha.. Mujurlah tak lama lepas tu aku terbatuk-batuk dan menyebabkan aku tersedar..

Lepas tu mulalah terkejut macam ayam kena sergah.. Cepat-cepat bangun dan terus call jiran sebelah rumah tanya dia nak pergi pukul berapa. Nasib baik la diapun tak pergi lagi. Aku ni lain sikit perangainya. Kalau takde kawan, aku susah sikit nak pergi. Segan je rasa bila orang tengok aku jalan sorang-sorang. Baru la bersilang-silang kaki aku melangkah.. Maklum la, aku ni pemalu sikit... kehkehkeh..


Ni merupakan kali pertama aku menghadirkan diri untuk majlis cukur jambul ni. Kebiasaannya aku pergi majlis bacaan Yassin dan tahlil je. Merasalah jugak potong rambut baby tu. Aku bukannya tau apa yang kena buat dulu. Terus je aku ambil gunting dan potong sikit rambut dia. Mujurlah rambut dia dah panjang, so, senang sikit aku nak memotong. Itupun macam ketar-ketar je jari aku pegang gunting tu.. huhuhu.. Pastu, aku tepek apa tah kat dahi baby tu. Tang ni, ayah baby tu yang tunjukkan kat aku... *Malu weiii... huhuhu...

Gegurl ni sangat comel.. Muka macam anak orang Pakistan...

This is the baby. Yang kat dahi tu la yang kitorang renjis/ tepek.. hehe..

Lepas je selesai majlis cukur jambul ni, ada pulak nyanyian dia. Makin seronok la baby tu tidur. Dah la buaian tu betul-betul bawah kipas angin. Ehh, yang dok melangut duduk kat tepi dinding ni pun rasa macam nak tidur sama bila dengar lagu dodoi tu... **Aku la tu.. hahaha.. 

Usai je acara untuk kaum perempuan/wanita/ibu ni, kaum lelaki pulak ambil giliran untuk bacaan tahlil manakala kitorang pergi makan... Yeaaa... hehe... Lauk-pauk sedap sangat. Siap ada gulai rusa + pisang muda... Pergghh...!! Tapi aku tak makanpun lauk ni sebab dah banyak sangat pilihan. Antara lauk-pauknya ialah jelawat masak tempoyak, sambal udang, rendang kambing, ayam goreng berempah, ikan masin goreng dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.. 


Kalau ikut perancangan tuanrumah, lepas tu ada pulak majlis sambutan hari jadi untuk anak buah dia sekali. Namun, majlis tu dibatalkan atas sebab adik tuan rumah tercedera semasa nak masak lauk-pauk tu. Khabarnya, pisau terpelanting dan terkena betis adik dia tu. Terus bawa pergi klinik dan kena lima jahitan kat betis tu. Mujurlah klinik dekat je dengan rumah dia. Bak kata pepatah, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan...

p/s: Esok, Selasa dan Sabtu ada lagi jemputan baca Yassin.. Aku tengah berkira-kira samada nak pergi ataupun tidak.. Kalau pagi, mungkin pergi la kot.. Tapi kalau petang tu, adehhh... faham-faham aje la kan... huhuhu...

Sunday, July 24, 2011

Aktiviti hari ni.. :-)

Assalamualaikum...

Aktiviti hari ni.. :-)

Pagi tadi masak sup ayam sahaja.. 

1/2 ekor ayam potong ikut suka + **8 ulas bawang merah + **3 ulas bawang putih + **1 inci halia + 10 biji cili padi di potong dua + sebungkus perencah sup tulang bunjut adabi + 2 sudu makan serbuk sup adabi + garam + secubit serbuk perisa.. Reneh sampai mendidih dan masukkan 4 biji kentang yang dibelah dua dan dipotong dua lagi..

**Kisar


Ini untuk makan tengahari.. :P

Ini pulak untuk dimakan begitu sahaja... Mana la tak buntal... kehkehkeh...

Lepas tu, petangnya pulak aku buat cupcakes strawberry. Resepi ikut resepi kakak aku tapi aku ubah sikit mengikut kesesuaian. Aku kurangkan telur sebiji dan 30 gm gula sebab aku nak tambah 50 gm tepung gandum, 40 gm jem strawberry dan 125 ml susu segar. Dan aku tambahkan juga sedikit garam dan coklat chips..






Memang gebu habis la.. Tak percaya, cuba la buat... :-)

p/s: Seperti biasa, kalau nak resepi tu kena la masuk kat blog dapo aku tu ya.. :P

Meeting dan Makan... :-)

Assalamualaikum...

Meeting dan Makan... :-)

Biasa la tu kan.. Lepas meeting, mesti la ada makan-makan sikit.. Tak kisah la makan apapun, janji makan... kehkehkeh... Nanti kalau takde makan free, takde pulak orang yang nak attend meeting tu.. Betul tak.? Hahahaha... Itu korang la, bukan aku... :P

Kadang-kadang tu ada jugak jenis manusia yang jenis mulut celupar, dah bagi makanpun masih lagi nak memekak kat belakang. Suka sangat dok ngumpat-ngumpat ni gamaknya ehh.. Dah la tak pernah nak menyumbang samada dari segi tenaga ataupun wang ringgit. Manjang nak membangkit je kerja dia... huhuhu...

Restoran ni baru je bukak. Ada la dalam 3 bulan beroperasi..

Pagi Jumaat hari tu, telah diadakan sessi perjumpaan kat restoran francais Nasi Ayam Gemas ni. Sebenarnya dah berkurun takde perjumpaan sebegini. Ye la, kalau dah takde masalah berbangkit, apa yang nak dibincangkan sangat. Kalau setakat nak berjumpa dengan ahli-ahli yang lain tu, masa kenduri-kendara boleh jumpa. Kalau diikutkan, nak jumpa selalupun boleh. Tapi apa hal pulak kalau selalu bertandang kat rumah orang, ya tak..?

Antara generasi pertama yang masih ada. Moga Allah panjangkan usia mereka untuk memimpin generasi kedua dan ketiga yang kurang penyabar ni... :D


Yang bagusnya, masa perjumpaan kali ni, dapatlah aku berjumpa dengan jiran dan kawan yang dah lama tak duduk kat sini. Kiranya dorang dah menetap kat luar perkampungan ni la. Seronok bila dapat bertemu dengan jiran/kawan lama ni walaupun sekejap. Dapat tanya khabarpun jadi la. Tanya khabar je, bukan korek rahsia.. =))


Antara mesej yang disampaikan adalah:

* Kalau demam, cepat-cepat pergi klinik sebab ditakuti terkena jangkitan kuman malaria yang disebarkan oleh berok-kera-monyet yang semakin banyak masuk kat sini.. ggrrr....

*Berhati-hati semasa berada di rumah kerana kumpulan samun bersenjata sudah mulai menular... huhuhu...

*Kalau ada orang jual barang datang ke rumah, jangan dilayan. Cakap je taknak dan jangan buka pintu..

Perjumpaan ni sekejap je. Ianya lebih kurang macam mengumpulkan ahli korum je. Dan yang bestnya, boleh makan main order je. Ikut la nak order menu apapun.. Semuanya free of charge.. Tu la gunanya menabung kat dalam tabung blok... hikk...

Aku order nasi ayam berempah dengan air carrot susu.. Yummyyyy.... Sedap sangat... :-)

Licinnnn.... hahaha.. Lepas makan tu, susun-susun la pinggan mangkuk tu.. Jangan la main tinggal camtu je walaupun makan free.. Kalau makan kat kedaipun kena jugak buat macam ni walaupun makan berbayar.. Jangan biasakan makan sepah-sepah ya... *wink2...

Kepada sesiapa yang nak cuba makan kat sini, sudi-sudikan la singgah ya. Macam-macam menu ada, bukan terhad kepada nasi ayam sahaja. Kalau nak pergi Cameron Highlands tu, silakan masuk dan makan kenyang-kenyang kat sini dulu. Lepas tu barulah teruskan perjalanan. Ohh ya, restoran ni letaknya hanya bersebelahan dengan stesen minyak Mobil. Lepas isi minyak, isi la perut sekali... ngehngehngeh...

p/s: Kalau bukan ahli yang tolong buat promosi, siapa lagi..? Apa yang penting, kerjasama.. Wonderpets.. :D

Saturday, July 23, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 6

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 6

Hari ni masuk hari keempat kami berada di Johor Jaya. Namun, apa yang diidam-idamkan tidak lagi dijumpai.. Esok pagi dah nak bertolak balik ke Nilai balik semula. Aku betul-betul rasa tak sedap hati. Macam-macam yang aku fikirkan kalau tak dapat jugak kupang tu. Manakala abang ngah aku pulak sibuk dok mencari-cari jugak kalau-kalau terserempak dengan si penjual kupang..

Susahnya nak jumpa kupang kat Johor ni ehh.. Kalau masa aku kerja kat sana dulu, senang je nak dapatkan kupang tu. Tunggu je la kat pantai Lido tu. Nanti ada la nelayan yang berperahu mampir ke situ. Malahan, aku sendiri pernah melawat tempat penternakan kupang kat tengah-tengah laut pantai Lido tu dengan menaiki sampan dan tengok sendiri bagaimana kupang tu bergayut-gayutan kat tali yang besar tu.. Unik sungguh..

Anak-anak panah tu mengarah kepada tempat penternakan kupang..

Rupa-rupanya abang aku dah pesan kupang kat seorang nelayan kat Stulang Laut masa dia ke situ dua hari lepas. Namun, dia masih mencari jugak kat tempat lain sebab tak nak terlalu berharap kat nelayan tu. Maka, pagi-pagi lagi kitorang dah bersiap untuk ke sana. Abang aku takut lewat sampai sebab jika lewat nanti, risau orang tu jual pulak kupang yang telah dijanjikan tu. Seawal pukul 8 pagi kitorang dah ada kat situ dah dan bila sampai je kat Stulang Laut tu, kelihatan beberapa orang bangsa Cina juga sedang menunggu hasil tangkapan yang segar. Sayang sungguh sebab aku terlupa untuk membawa enpon aku yang sedang dicaj gara-gara nak cepat.. Rugi sangat rasanya sebab tak dapat merakamkan aktiviti nelayan-nelayan kecil ini yang rata-ratanya terdiri dari kaum pribumi..

Akhirnya, orang yang ditunggupun tiba dengan membawa seguni kupang yang dah matang. Abang aku suruh dia timbang dan kesemuanya adalah lebih kurang 20 kilo. Dan, kami membeli kesemua 20 kilo tu.. huhu.. Pakcik tu macam terkejut je sebab macam tak percaya.. Percayalah, hehehe.. Alaaa, bunyi je macam banyak 20 kilo tu sebab kulit kupang tu je dah berapa kilo dah.. Pakcik tu siap cakap lagi, kalau nak kupang, cari je dia kat Teluk Jawa. Cari je orang yang bernama Joe.. hehh.. Kalau macam ni, senang la sikit, kan... Tak perlu nak bersusah-payah mencari selama beberapa hari. Tuju je terus kat tempat yang disebut tu..

Lepas tu, mak aku beli lagi ikan siakap segar kat nelayan yang lain lak. Seronoknya tengok ikan-ikan segar ni... 

Rebus kupang ni tanpa air dan garam. Cuci bersih-bersih,  masukkan dalam kuali dan tutup kuali tu.. Rebus dalam masa 5-8 minit sahaja. Bila dah ada yang terbuka, tu kira dah masak la tu...

Sebelum balik ke rumah, abang aku bawak kitorang meronda kawasan Senibong. Aku selalu nampak kawan-kawan post gambar yang diambil di waktu malam kat Senibong ni kat fesbuk. Nampak macam cantik je la gambar-gambar tu sebab lampu-lampu yang bergemerlapan.. Maaf la cakap, Senibong di waktu siang sangat tidak memuaskan mata yang memandang dengan laluan untuk ke situ tercemar dengan bau-bau sampah yang berlonggok di tepi jalan. Mungkin abang aku ikut jalan yang salah, tapi jalan tu terus je sampai kat kawasan restoran kat situ..

Sessi mengopek kupang oleh anak buah aku. Jangan lupa buangkan sekali lebihan tali yang ada kat dalam 'perut' kupang ni bagi mengelakkan terkena cirit-birit..

Akhirnya, kupang yang dicari-cari telah dijumpai. Dan kami sungguh berpuashati dengan pencarian ini.. haha.. Esok pagi mulalah bergerak balik ke rumah kakak kat Nilai dengan muatan bertambah lagi seorang iaitu anak buah aku yang datang dengan bas tu..

p/s: Satu episod lagi untuk menghabiskan cerita trip-trap grip-grab ni... Tak sabar rasanya nak habiskan... hahahaha...

Friday, July 22, 2011

How to release your tension..?

Assalamualaikum...

How to release your tension..?

Try to release your tension with something that you like to do..

Let's start from:

You can draw even you do not know how to drawing..*Like me.. :-)

or

You can cook even you never cook in your life.. *Not me.. haha..

or

You can eat as much as you want to eat.. *It's me... huhu...
Errr.... Don't do this.. :P

And..
I'm doing this for about 40 minutes..
LOL...

Why do you look so sad..?

Don't yell at me, okay... huhuhu..

Senyum sokmolah... Caaiiittt...!!!

Sorry to say this.. You're not cute with this action.. So please stop it... :P

Buah cempedak di luar pagar..
Ambil galah, tolong jolokkan...
Saya orang tua yang baru nak belajar..
Kalau salah, janganlah gelakkan... 

p/s: Belajar dari kesilapan.. Jika tidak ditegur, mana mungkin kita tau yang kita telah melakukan kesilapan tersebut.. Sokong..?? Sokong laa... Sokong laa.. Sokong laa... Pelissss.... hahaha... 

Jappp...

Boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo....!!!!
Untuk Chelsea...
Hahahahaha...

MALAYSIA BOLEH...!!!
Auuuummmmmmm....!!!

Jappp...
Ada lagi ni....
Tenkiu Kak Pah bagi award ni....


Thursday, July 21, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 5

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 5

Misi mencari kupang diteruskan hinggalah sampai ke satu tempat yang cantik ni. Sampai-sampai je kat sini...


Waaaaaaaaahhhhh....!!!
Besttttnyaaaaa....!!!
Cantik la tempat ni.. 
Rugi tak plan awal-awal...

Cantik bagi aku la.. Bagi orang lain tu aku tak tau la.. Maklum la kan, aku ni jarang keluar. So, kiranya aku ni macam جاکون sikit la.. huhuhu...


Kat sini, dapat la beberapa ekor ikan siakap segar yang diberi oleh seorang pemuda. Mulanya, mak aku nak beli hasil tangkapan mamat tu tapi dia kata dia tak tau nak jual macam mana. Mungkin sebab dia suka-suka je memancing/menebar jala kat laut ni dan tak sangka ada pulak hasilnya. Sudahnya, dia beri je ikan-ikan yang telah mak aku pilih tu. Ada la dalam 5-6 ekor ikan siakap yang bersaiz takde la besar sangat... 


Kalau dari awal tau yang dia nak bagi free je ikan tu, mau agaknya sampai 10 ekor kitorang ambil.. kihkihkih... Takde la, gurau je... Takkan la sampai macam tu sekali kitorang ni, kan.. Tak baik tau... :P









Kat pantai ni, kebanyakan pasir dan batunya berwarna hitam...


Abang Ngah aku with our beloved omak.. :)


Cover perut... Wakakakakaka....


Tengah-tengah ambil gambar ni, abang aku yang tunggu kat dalam kereta tu sound.. Dia tunjuk sesuatu kat kawasan jalan kat belakang aku berdiri. Bila aku toleh je, huwaaaa... ada sekumpulan kera ke, monyet kat situ. Terus je cepat-cepat aku masuk dalam kereta... huhuhu....


Lepas je melepak dan makan ais krim kat Tanjung Balau ni, kitorangpun terus bergerak nak balik. Tup-tup tak jadi balik la pulak. Terus je meneruskan perjalanan ke Desaru. Dah dekat sangat dah antara kedua-dua tempat ni, adalah dalam 4 kilometer je. 


Kat Desaru ni kitorang just lalu je. Tak masukpun kat kawasan pantai tu. Tengok dari jauh. Macam dah tak meriah je Desaru ni. Macam suram je. Lepas tu, ada bangunan kat hujung tu yang sedang dirobohkan. Abang aku cakap tu kawasan hotel yang terkenal masa zaman 80an-90an dulu. Mungkin dah tak laku agaknya, tu yang dirobohkan tu.. Agaknya la.. Orang Johor yang ada info pasal ni, boleh la bagitau. Apa salahnya kongsi-kongsi cerita...


Setakat 3 hari pencarian, kupang masih belum dijumpai lagi.. Bersambung lagi kisah trip-trap grib-grab ni... adehh... Jemu ehh nak baca..? Takpe, biar aku sorang je yang baca... kehkehkeh...


p/s: Sekadar berkongsi pengalaman je... :D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)