Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 30, 2013

Dah baca ke belum..?

Assalamualaikum...

Dah baca ke belum..?


Sementara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) masih lagi berlangsung sehingga 5/5 ni, aku nak kongsikan beberapa buah novel yang aku dah baca.. Mana la tau kot-kot ada di antara peminat novel yang ingin serbu PWTC tu untuk dapatkan diskaun hebat kat sana..



Nirrosette


Adileah dan Noor Azzahra


Kesemua novel ni aku beli secara online dan juga beli kat kedai buku sebab aku tak pergi PBAKL tu.. Dan semua novel ni aku suka sebab ianya selari dengan citarasa aku. Maksud selari tu ialah aku boleh layan baca dan boleh hadam sampai habis. Takde la aku nak letak tepi atau masukkan semula novel ni dalam almari sebelum habis baca.. Tapi jangan la tanya aku nak bagi berapa bintang untuk kesemua novel ni.. Aku tak reti nak bagi bintang-bintang ni..



Adah Hamidah



Amiza Anaz


Izz Alejandra


Aku bukannya cerewet sangat dalam memilih novel ni.. Kalau jalan cerita serta olahannya okay, aku boleh je layan. Cuma bila sebuah novel tu mengisahkan kisah budak bawah umur yang memang tak matang langsung berkawen, aku memang susah nak terima walaupun kisah tu kisah benar.. Kalau nak suruh aku pilih antara kisah kawen paksa dengan kisah budak bawah umur yang gedik sangat nak kawen, yang manja terlampau,  aku lebih suka pilih kisah yang pertama tu walaupun klise..



E-Man Sufi


 Hlovate


Aku belum buat review untuk kesemua novel ni.. Kalau aku rajin, aku buat la review.. Tapi kalau aku malas, nan hado la jawabnya.. Something cross my mind yang buatkan aku sedikit malas nak me-review... Jadi, untuk sementara waktu ni, aku cuma kongsikan apa yang aku baca je.. Kalau tak suka dengan review yang aku buat, tak payah baca maaaa... 


p/s: Membaca itu jambatan ilmu.. Kalau ilmu yang kita mahu, itulah yang kita kena cari walaupun kadang-kadang ianya tersembunyi di sebalik ungkapan cela dan nista.. Ilmu yang tersembunyi itulah yang perlu kita cari kerana ianya sudah tentu amat berharga... (cakap memang la mudah, ya tak.. hehh...)

Monday, April 29, 2013

Good To You..

Assalamualaikum...


Good To You..

Everyone's around, no words are coming now..
And I can't find my breath..
Can we just say the rest with no sound?
And I know this isn't enough..
I still don't measure up..
And Im not prepared..
Sorry is never there when you need it..

And I do want you to know..
I'll hold you up above everyone..
And I do want you to know..
I think you'd be good to me..
And I'd be so good to you..

I would....

I thought I saw a sign somewhere between the lines..
But maybe it's me; maybe I only see what I want..
Or I still have your letter..
Just got caught between..
Someone I just invented.. 
Who I really am and who I've become..

And I do want you to know..
I'll hold you up above everyone..
And I do want you to know..
I think you'd be good to me..
And I'd be so good to you..

Whoaa ohh....

Yeah.. 
Yeah..

I would...

And now I do want you to know..
I'll hold you up above everyone..
And I do want you to know..
I think you'd be good to me..
And I'd be so good to you..

I'd be good to you..
I'd be good to you..
I'd be good to you (I'd be so good to you)..
I'd be good to you..
I'd be good to you..
I'd be good to you (I'd be so good to you)..








p/s: Be good to me, and I'll be good to you.. Avoid sarcasm..

Sunday, April 28, 2013

Salah lagi...?? Adoyaiii...

Assalamualaikum...

Salah lagi...?? Adoyaiii...



Malam tadi angin masuk dapur datang lagi.. Kali ni bukan nak meroti tapi nak memuding.. hehh... Dah agak lama aku tak buat puding ni.. Maka akupun mula la buat puding jagung sebab bahan utama seperti jagung dalam tin dan susu cair masih ada stok.. 


Sebelum tempoh tamat barang tu habis, baik aku gunakan dengan segera sebelum terlupa.. Nanti bila dah terlupa, dan tarikh luput dah tamat, dah terpaksa buang.. Kan pembaziran namanya tu.. hehh...




Aku ni kan, walaupun dah tiga empat kali buat puding jagung ni, sokmo aku salah guna tepung.. Kalau ikutkan, puding ni kena guna tepung kastard tapi aku ni manjang la gunakan tepung jagung.. Otak aku dok kata dah namanya puding jagung, mestilah gunakan tepung jagung.. Selalu sangat keliru antara kedua jenis tepung ni..


Resepi ni memang resepi dari blog dapo aku tu.. Rasanya dulu aku dah betulkan dah.. Tapi bila tengok balik, rupanya resepi kat bahan tu masih sama iaitu tepung kastard/jagung.. Kat bahagian bahan aku tulis tepung jagung/kastard tapi kat bahagian cara membuatnya aku tulis tepung kastard je.. Mana la aku tak keliru.. adehh... Tapi sekarang resepi tu dah betul dah.. hehh..




Masa puding tu dah atas dapur baru aku teringat yang aku dah gunakan tepung yang salah.. Apa lagi, tepuk jendul sendiri la jawabnya, kan.. haha.. Pastu kelam kabut pergi cari tepung kastard, bancuh sikit dengan air, pastu curahkan terus kat dalam kuali kat atas dapur tu.. Kacau-kacau puding tu bagi adunan sekata.. Lepas tu rasa balik takut-takut terkurang gula pulak.. Nasib baik okay.. Lega rasa hati.. heeeee....


p/s: Sendiri buat salah, kena la mengaku.., ya tak..? 

Saturday, April 27, 2013

Keruh di bilik mandi...

Assalamualaikum...

Keruh di bilik mandi...


Selalunya orang sebut keruh di muara.. Tak pun keruh di kuala.. Tapi kali ni aku lak nak sebut, keruh di bilik mandi.. huhuhu...


Rasanya ini kali pertama air kat rumah aku ni keruh sekeruh-keruhnya.. Terkejut aku tengok.. Biasa la, kalau lepas hujan, air memang akan keruh.. Selalunya takde la keruh sampai macam ni sekali.. Ni dah macam air lumpur dah rupa dia.. Nak berkumurpun ada rasa cuak sikit laa.. hehh..




Mujurlah air kolam masih banyak.. So, buat masa ni, guna je air kolam tu dulu.. Tak boleh la nak guna shower.. Kang berkarat lak rambut... kehkehkeh...


Harap-harap esok air akan cantik seperti sediakala.. Nak basuh bajupun takut.. Kang tak pasal-pasal makin bertambah lak corak kat baju tu.. Nak tak nak, kena peram dulu.. Kalau setakat sehari takpe la nak peram. Buatnya air masih keruh sampai dua tiga hari, bajupun naik masam.. huhuhu..


p/s: Keruh di wajah nampak riaknya.. Keruh di hati tak siapa yang tahu... Ceewaaahhh... hahaha...

Friday, April 26, 2013

Ini je..? Jadi la...

Assalamualaikum..

Ini je..? Jadi la...


Orang lain dah mula dok usung beg pergi pesta buku antarabangsa kat PWTC.. Kita yang tak dapat nak pergi tu, tak kan la nak bersedih pulak, kan..? Kalau dorang dok tayang-tayang gambar novel yang dorang beli, apa kata kita tayang lak menu tengahari kita.. hehehehe...


Menu aku ni walaupun tak sesedap mana, walaupun tak seperti menu orang lain yang penuh satu meja sepuluh kerusi tu, namun bagi aku ini dah cukup dari lebih dah ni.. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi rezeki oleh Allah..




Sambal belacan tu mak aku yang buat. Aku tak makan sambal belacan ni.. Maaf la, bagi aku sambal belacan ni bau dia kuat sangat.. Tak tahan.. Aku takde la elergi dengan sambal belacan ni sebab aku takde resdung ataupun gatal-gatal, cuma aku tak suka nak makan je.. Salad tu aku suka.. Manis je rasa dia.. 


Asam pedas ikan kembung tu aku yang masak.. So, ikut cara aku la, kan.. hehhh.. Aku tak suka kuah asam pedas tu pekat sangat.. Aku tak suka asam pedas yang terlebih asam dan cili.. Aku suka yang sedang-sedang je.. Bukan apa, risau kalau gastrik datang balik bila makan makanan yang terlebih asam dan cili ni..


p/s: Okay la, ini je nak kongsi... :)

Wednesday, April 24, 2013

Antara yang terpilih..

Assalamualaikum...

Antara yang terpilih..


Ini merupakan beberapa novel yang aku kategorikan sendiri sebagai kategori sweet.. Sebenarnya banyak lagi novel dalam koleksi aku yang masuk dalam kategori ni.. Cuma, nak punggah balik semua buku dalam almari tu, tak mampu la pulak aku nak buat.. So, aku ambil beberapa contoh je yang aku rasakan memang sweet.. 




Some people said that they don't read Malay novels.. Tak kisah la kalau dorang tak nak bacapun.. Kalau dorang selesa dengan novel English, silakan baca. Yang geram tu bila ada yang kata novel Melayu ni takde point.. It means like takde kualiti la.. Kalau baca novel yang banyak scene 18sx atau novel porno, memang la takde kualiti.. huhuhu.. 


Lagi haru bila dia just read a few novels, then dah boleh judge for a whole novels yang ada kat pasaran.. Dia macam sekali ko kena tipu dengan si B, sampai bila-bilapun ko akan kata si B tu penipu padahal ko tak tau sebab musabab kenapa si B tadi tu menipu.. 


Kalau nak ikut bab kualiti ni, banyak juga cabang dia.. Mungkin dalam beberapa bab tu memang takde point yang nak dibanggakan ataupun macam bangang je tapi in another chapter, mungkin terselit satu dua info atau ilmu yang tanpa kita sedari bahawa ia sebenarnya adalah ilmu yang berguna.. Lebih kurang macam permata dalam lumpur gitu... hehh...




Sebenarnya kan, orang yang baca novel ni boleh dikategorikan sebagai orang yang sabar.. Sabar melayan karenah watak yang dipaparkan.. Bukannya senang nak habiskan baca sebuah buku ni.. Labih-lebih lagi jika jalan cerita dalam buku tu banyak konflik.. Silap-silap haribulan, buku tu terperosok bawah katil.. huhuhu..


p/s: Kita sendiri yang membuat pilihan nak baca novel yang bagaimana.. Orang lain sekadar memberi pandangan masing-masing je.. Dalam pada memberi pandangan tu, jangan la sampai bertegang-urat.. 

Saturday, April 20, 2013

Meroti lagi.. Jangan marah haa.... :)

Assalamualaikum...

Meroti lagi.. Jangan marah haa.... :)


Sorang anak buah ada kat rumah, balik cuti hujung minggu..
Jadi, kesian pulak kat dia takde benda nak jamu.. Biskut dengan keropok tu ada la..
Lagipun aku tengah bosan takde apa nak buat...
Ehh, ada kerja sebenarnya tapi malas nak buat.. hahaha...
Tu yang meroti lagi tu.. hehh...



Yis yang dah kembang..


Doh yang dah naik..


Tumbuk doh untuk keluarkan angin..


Buat je pesen apapun haiihh... haha..



Hiasan ala kadar.. Jadi la.. Janji ada.. heeeee...



Okay, dah siap.. Kali ni setiap doh ditimbang... 50 gram tiap satu doh..


Oh ya, mesin ni aku tak pernah guna..
Penakut punya pasal, sanggup simpan mesin ni sebagai hiasan... haha...
Inilah pertama kali nak mencuba..
Dalam takut-takut tu kena jugak beranikan diri..





p/s: Ini je nak kongsikan.. heeeee...

Tak Seindah Wajah

Assalamualaikum...

Tak Seindah Wajah


Ku sangka aur di pinggir tebing...
Kiranya tebu di pinggir bibir...
Ku sangka jujur pancaran batin...
Rupanya palsu penghias zahir...

Ku kira hati jiwa nurani...
Suci seindah wajah terbayang...
Ku kira puji seikhlas budi...
Ku lupa lidah tidak bertulang...

Di manis gula semut binasa...
Kail berduri bersalut umpan...
Di manis kata insan terlena...
Kerana budi hamba terkorban...

Inikah dia lakonan hidup...
Di pentas dunia insan berpura...
Tipu dan daya pencapai maksud...
Budi dan harta merangkum noda...

Inikah dia lakonan hidup...
Di pentas dunia insan berpura...
Tipu dan daya pencapai maksud...
Budi dan harta merangkum noda...





p/s: ____________?

Friday, April 19, 2013

Ohh mai-pai...

Assalamualaikum...

Ohh mai-pai...


" Jika maruah dan malu tak ada, buatlah apa saja..., nak telanjang ke nak bogel ke..., tetapi setau saya, orang yang suka menyibuk hal orang, mencari aib orang , mentertawakan orang yang ada masalah...memang orang yang tak ada maruah dan malu. Jangan bercakap seolah-olah diri itu suci bersih dari sebarang dosa dan noda. Hanya Nabi saja yang maksum. Jangan takbur sangat. Kenyataannya, memang ramai yang tak bermaruah dan tak ada malu! "


Dialog di atas adalah merupakan sedikit sedutan daripada Teaser 8 untuk novel terbaru Melur Jelita iaitu My Precious Iris atau nama singkatannya MYPI dan disebut sebagai mai-pai. Setelah novel Awak Suka Saya Tak? yang dikeluarkan pada Oktober 2011 dan telah diulang cetak sebanyak sebelas kali dan novel I Love U, Stupid! yang telah diulang cetak sebanyak tujuh kali sejak September 2012, kini muncul pula novel ketiga Melur Jelita iaitu My Precious Iris yang merupakan sequel daripada I Love U, Stupid!


MYPI akan dilancarkan pada 26/4/2013 ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang bertempat di PWTC. PBAKL ini akan diadakan bermula daripada 26/4 dan berakhir pada 5/5 iaitu pada hari mengundi.. Pergi tunaikan kewajipan pada negara dulu.. Dah selesai, boleh la pergi ke PBAKL tu..  hehh...


Apa yang aku tau, pada 26/4 nanti, sebanyak 400 buah naskhah MYPI yang dibeli oleh pembaca akan mendapat tandatangan penulis serta cenderahati yang kecil. Tak tau la apa cenderahati tersebut.. Kalau nak dapatkan kedua-duanya sekali, jangan lupa datang awal kat PWTC pada 26/4 tu ya.. hehh...


Bila tengok video klip untuk MYPI ni, hati rasa tak sabar nak beli secara online.. Tak sabarnya nak tunggu pihak Karya Seni bukak order kat web dorang... Harga untuk MYPI ni pun aku tak tau berapa ringgit.. Pihak Karya Seni belum umumkan lagi..





p/s: Sedih tak dapat nak pergi PBAKL tu.. Dah lama plan tapi apakan daya, takde rezeki.. huhuhu...

Thursday, April 18, 2013

Pancake pisang omak den...

Assalamualaikum...

Pancake pisang omak den...


Ingat mak aku tak pandai buat pancake ke..? Dia lagi terer bab buat pancake ni.. Lagi-lagi pancake pisang.. Aku seumur hidup tak pernah buat pancake pisang ni. Tau makan je.. ahaha...


Okay, boleh tengok rupa pancake pisang mak aku ya.. Pancake pisang paling sedap dalam dunia.. hehh.. Cara dia buat ni takde kat dapur hotel tau... Cuma ada kat dapur rumah aku je.. kehkehekeh...






p/s: Dah, aku nak pi ngadap pancake pisang ni.. Banyak la ko punya pancake.. Kalau dah lempeng tu, lempeng la jugak.. muahahaha...

Wednesday, April 17, 2013

Pantun sempena kempen PRU13...

Assalamualaikum...

Pantun sempena kempen PRU13...


Pantun ni takde kena-mengena dengan sesiapa atau parti mana.. Saja je aku dok suka-suka buat pantun ni berdasarkan dari pemerhatian aku.. Kalau ada yang terasa tu, minta maaf banyak-banyak la ya.. Pergilah main jauh-jauh.. hehh...


Budak-budak bermain kotak..
Main kotak di atas rakit...
Tak habis-habis nak menyalak..
Bagai anjing menyalak bukit...


Hok ni kato hok tu..
Hok tu kato hok ni..
Hok ni kato tunggu..
Hok tu kato nanti..


Anak monyet terlompat-lompat..
Anak kambing terkedek-kedek..
Yang dikejar tak dapat-dapat..
Yang dikendong jatuh tergolek..


Anak ayam atas para..
Anak itik dalam kolam..
Undi adalah rahsia..
Sila duduk diam-diam..


p/s: Pangkah aje la mana yang ko suka.. Lagi nak memekak apa hal.. huhuhu...

Tuesday, April 16, 2013

The second trial..

Assalamualaikum..

The second trial.. 


Kali pertama cuba, memang naik cantik dia punya kegebuan.. Makan masa panas, memang lembut je rasanya.. Tapi bila dah sejuk, dia takde la keras.. Cuma struktur roti tu agak kasar sikit.. Bila borak-borak dengan jiran, dorang kata mungkin kurang uli iaitu uli sekejap je.. Tambahan pulak uli guna tangan je..





Then, cuba lagi buat untuk kali kedua. Kali ni uli lebih lama sikit dan aku juga ikut tips yang diberi iaitu masukkan adunan doh dalam plastik bersih, lepas tu tumbuk-tumbuk dan ramas-ramas doh tu dalam 4-5 minit. Lepas tu baru keluarkan dari plastik dan perap selama sejam. Tujuannya adalah untuk melembutkan lagi adunan doh tersebut..


Menguli lama ni buatkan tangan jadi lenguh. Bila malam, makin terasa kelenguhan itu.. Takpe la. Tahankan aje.. Demi untuk mencuba sesuatu yang baru, kena la berkorban sikit, kan.. hehh..





Kali ni, cuba pulak buat peten lain. Cuba untuk pelbagaikan.. Kelam kabut jugak la.. Masa sibuk-sibuk macam ni la dapat call dari kurier KTMB, bagitau nak ambil balik bungkusan yang terlebih hantar hari tu.. Lega rasa hati bila bungkusan tu sudah aku kembalikan kepada pihak penerbitan.. :)





Kali ni aku cuba sumbat sosej kat dalam roti tu.. Lepas tu memandangkan ada stok bijan kat dapur, akupun tabur sekali bijan tu.. Simpan lama-lama kang bau hapak pulak bijan tu. So, kenalah manafaatkan dengan sebaik mungkin.. heeeeeeee.......






Kali pertama buat hari tu, aku dah bagi jiran kiri, kanan dan depan rumah merasa. So, untuk kali kedua ni, aku bagi kat jiran depan rumah, lepas tu mintak tolong kat dia bagi iaitu jamu kat pekerja-pekerja Indon yang sedang renovate rumah dia tu.. Ye la, kat rumah aku ni cuma ada tiga orang je.. Mana la nak larat makan semua ni.. Daripada  terbiar mengeras dua tiga hari, lebih baik bagi kat dorang.. 


p/s: Hidup jangan tamak sangat, okay.. hehh.. Resepi asas ada kat sini.. :)

Teruskan atau ulangi..?

Assalamualaikum...

Teruskan atau ulangi..?


Pernah alamai situasi sebegini..? Mesti pernah, kan...? So, apa yang perlu dilakukan jika mengalami situasi begini ketika mengerjakan solat..? 




Aku selalu kena kacau dengan kucing.. Kadang-kadang masa nak mula solat tu, line clear.. Tup-tup tak lama lepas tu, elok je kucing tu duduk kat depan atas sejadah tempat nak sujud tu.. Bila bergerak setapak ke kanan, kucing tu pun ikut bergerak ke kanan jugak.. adoyaiii...


Kadang-kadang bila nak mula solat, pastu tengok ada kucing kat dalam bilik, angkat dan letak dia kat luar.. Pastu tutup pintu tak nak bagi dia masuk mengganggu solat.. Tup-tup dia masuk ikut tingkap la pulak.. Dan dengan selambanya dok golek-golek kat atas sejadah dan ada kalanya masuk kat dalam kain telekung yang dipakai.. Huwaarrggghhh..!! Sangat tension okay... huhuhu...


So, macam mana pulak dengan anda..? Apa yang anda buat jika berlaku keadaan seperti dalam gambar tu..? Teruskan tanpa ulangi? Teruskan dan ulangi? Ataupun terus berhenti serta-merta dan ulangi balik semula..?


p/s: Jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.. Boleh rujuk penjelasan daripada Ustaz Zaharuddin...

Monday, April 15, 2013

Sukatan menggunakan cawan...

Assalamualaikum...

Sukatan menggunakan cawan...


Aku selalu keliru bila masuk bab sukat-menyukat atau timbang-menimbang bahan untuk buat biskut atau kek atau apa sahaja.. Mata ni punya la buntang tak kelip-kelip untuk pastikan jarum penimbang tu statik dan tepat.. Kadang-kadang tu naik pedih jadinya.. Lebih-lebih lagi jika sukatan tu tak berapa nak genap seperti 125 gram, 225 gram dan sebagainya.. Kalau sukatan tetap macam 250 gram, 300 gram dan seterusnya tu masih boleh tahan la mata ni nak tengok..


Kadang-kadang ada juga resepi yang sukatannya menggunakan cawan.. Tapi cawan ni ada macam-macam saiz. Ada yang kata satu cawan sama dengan 250 gram. Tapi tak tau besar mana cawan yang digunakan..


Atas dasar ingin tahu, akupun cuba la jadi tukang sukat untuk tepung dan gula.. haha.. Aku ambil dua biji cawan arcoroc peten zaman tok kaduk yang mak aku punya dan mulakan eksperimen menyukat.. Cehh.. Banyak la ko punya eksperimen..., hakhakhak...


Aku dapati sukatan untuk dua cawan arcoroc lama ni adalah sama dengan 250 gram.. So, kalau nak sukat tepung atau gula, guna je cawan ni.. Sukatan kena ngam-ngam.. Tak nak lebih atau kurang.. Sama paras dengan mulut cawan tu.. Sukatan ni untuk yang genap je.. Kalau nak guna untuk sukat 3/4 cawan atau 1/2 cawan, pandai-pandai la adjust sendiri.. huhuhu...




Lepas tu, dengan menggunakan batang sudu atau apa saja, jolok tepung atau gula dalam cawan tu untuk mengelakkan adanya ruang kosong. Kalau ada ruang kosong, bimbang nanti sukatan tu kurang.. Tapi jangan dipadat-padatkan pulak tepung atau gula tu.. Bimbang nanti terlebih sukatan la pulak, kan.. Buat je macam biasa.. Just ketuk-ketuk sikit je cawan tu dengan jari nak bagi tepung atau gula tu turun..


p/s: Kalau rasa macam tak percaya je dengan hasil eksperimen aku ni, jangan la ikut.. Guna je penimbang tu.. Kang kalau tak jadi lak kuih atau kek korang, aku pulak yang dipersalahkan.. Biasa la kan, orang kita ni kan memang jenis suka menyalahkan orang lain.. hehh...

Which kentut is urs????

Assalamualaikum...

Which kentut is urs????


Which kentut is urs???? hehehehe

Udin: "Pak, apa kentut dalam bahasa Inggeris?"

Udin: "Kentut yang tidak bunyi?"

Udin : "Kentut yang ada ampasnya?"

Udin : "Kentut yang tak sengaja gitu?"

Udin: "Kentut yang terhimpit?"

Udin: "Kentut yang bau bangettt?"

Udin: "Kalau kentut beracun?"

Udin: "Kentut malam hari?"

Udin: "Orang yang sering kentut?"



p/s: Mana satu korang punya.. Baik mengaku cepat... Hahahaha...

Sunday, April 14, 2013

Boleh explain tak..?

Assalamualaikum...

Boleh explain tak..?

Ada siapa-siapa yang boleh bagi pencerahan tak..? 
Jelaskan secara telus apa maksud komen mamat ni...



Alcohol is the root of all evil.. How come he said that mabuk minuman lebih baik daripada mabuk kuasa..??? Memang la dia tak tulis arak kat situ tapi secara logik akalnya, orang akan terus fikir bahawa minuman itu adalah arak.. Ke, ada lagi minuman selain arak yang memabukkan..? 


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya ARAK dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan SYAITAN. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.."
(Surah Al-Maa-idah: Ayat 90)


p/s: Bila SETAN dah menguasai fikiran, semua benda yang keluar dirasakan betul dan benar belaka... hmmm...

Saturday, April 13, 2013

Rentetan dari entry semalam...

Assalamualaikum...

Rentetan dari entry semalam...


Semalam aku ada buat entry tentang bila kebosanan melanda, kan..? So, malam tadi, akupun mula la masuk dapur untuk mulakan aktiviti memasak aku.. Itupun selepas aku godek-godek mencari resepi kek pisang ni.. Bila dah jumpa, apa tunggu lagi..? Bahan semua dah ada.. So, terjah aje la ya.. hehh..


Kali ni aku bakar kek ni dalam oven dan bukannya bakar atas dapur.. 










p/s: Resepi macam biasa, ada kat blog dapo aku tu.. Kat situ aku ada bagi backlink untuk website yang aku jumpa resepi ni.. Terima kasih banyak-banyak.. Suka aku dengan resepi ni setelah lama mencari.. 

Friday, April 12, 2013

Aktiviti bila bosan...

Assalamualaikum...

Aktiviti bila bosan...


Semua kita akan merasa bosan bila tiba masanya.. Kadang-kadang kebosanan terlampau akan menjuruskan kita kepada sesuatu perkara yang merugikan.. Bila bosan dah sampai tahap gaban, satu apapun tak boleh nak fikir dah.. Masa ni, mula la banyak hasutan yang datang mencucuk dari pelbagai sudut.. Hasutan ni tak boleh nak dilayankan sangat.. Bahaya... hehh..


Aku ada beberapa cara yang aku lakukan bila dah mula rasa bosan.. Ada orang bila bosan duduk rumah, dia akan keluar merayap tanpa arah tujuan.. Paling tidakpun, dia cari geng untuk bergosip.. Aku tak suka nak buat macam tu.. Takde untung.. Lagi banyak rugi ada la.. hehh...


Bila aku bosan menjahit, aku akan cuba untuk baca novel.. Novel pending masih banyak lagi ni.. hehh..


Bila aku bosan nak baca novel atau buku atau apa saja bahan bacaan (kecuali majalah hiburan), aku akan cuba tengok tv.. Rumah aku takde majalah hiburan. Aku tak benarkan anak-anak buah aku bawak masuk majalah hiburan dalam rumah ni.. Nak baca, pergi baca tempat lain.. Jangan bagi aku nampak.. Kalau aku nampak, siap la aku bebelkan..


Bila aku bosan melayan tv, aku akan mengemas rumah.. Selalunya aku buat waktu malam.. Kalau tak bosan, rumah tak berkemas.. ahakkk... Takde la sampai macam tu sekali... adehh...


Bila aku bosan mengemas, aku pergi siram pokok bunga.. Time bosan je siram pokok bunga.. Bila tak bosan, pokok bunga tak bersiram... huhuhu.. Abang aku ada, dia boleh tolong siramkan.. Sesekali, apa salahnya menolong.. hehh...


Bila aku bosan nak buat semua kat atas ni, aku godek-godek resepi.. Aku masuk dapur dan cuba buat atau masak apa resepi yang aku nak buat.. Kadang-kadang bukannya ada tukang makanpun.. Takpe, buat je. Lepas tu, bagi kat jiran-jiran merasa..


Dan, bila kebosanan dah melampau sangat, aku cari bantal. Tidur lagi bagus daripada berkata yang bukan-bukan... hehh..


Namun setakat ini, kebosanan aku belum lagi sampai ke tahap kritikal. Takde la sampai aku nak lari atau melepak kat rumah orang.. Aku masih mampu duduk dalam rumah tanpa perlu mencari 'hiburan' luar.. Sebab tu aku kurang suka nak tinggal lama-lama kat rumah orang. Rumah aku ni jugak yang best walaupun rumah kampung je.. 


p/s: Ada sesetengah orang tu (tua atau muda, lelaki atau perempuan), asal bosan je, mula la keluar dari rumah.. Entah apa yang dicari kat luar tu pun aku tak tau.. 

Wednesday, April 10, 2013

Sessi pembakaran tertutup...

Assalamualaikum...

Sessi pembakaran tertutup...


Kenapa tertutup..?
Sebab bakar kat dalam oven, so kena tutup pintu oven tu...
Kehkehkeh...


Okay la, layan aje la gambar ni dulu..
Letih la nak potpetpotpet je..
Hikhikhik...


Ini adalah gambar sebelum bermulanya proses pembakaran tertutup itu..





Proses pembakaran tertutup sedang berjalan lancar...



Dan inilah hasil daripada pembakaran tertutup tadi... 






p/s: Okay, ini je untuk kali ni.. Resepi roti tu nanti la aku cuba masukkan kat blog dapo aku tu.. Sekarang ni aku nak merempit dengan my lovely Mr. S tu dulu.. Vrooommmm....!!!

~~~~~~~~~~~~

UPDATE...!!! 
Resepi dah ada kat blog dapo aku tu... 
Heeee....

Monday, April 8, 2013

Benda yang wajib ada dalam simpanan...

Assalamualaikum...

Benda yang wajib ada dalam simpanan...


Benda yang wajib ada dalam simpanan aku selain daripada duit, minyak angin, minyak urut, tisu, krim secret suria dan sebagainya adalah koyok ni haa... Dalam laci mesti ada stok.. Begitu jugak dalam handbag, mesti sediakan stok.. Rasa macam tak lengkap je kalau koyok ni takde..




Badan aku ni mudah masuk angin.. Tambahan pulak aku ni ada gastrik, lagi la angin laju je masuk.. Lepas tu mula la sakit kepala plus sakit badan segala.. Selain dari menampal koyok ni kat jendol, aku jugak suka cium bau koyok ni.. Rasa berangin je... Rasa macam hilang sikit stress kat kepala..


Aku kalau tampal koyok ni takde la macam orang lain yang tampal kat kiri dan kanan dahi.. Aku suka letak koyok ni kat tengah-tengah jendol.. Biar segala urat kat kawasan tu ditarik oleh kuasa koyok tu.. Cehhh..., pandai-pandai je guna istilah sendiri... Kuasa koyok konon.. Ingat macam kuasa doraemon ke..., hehh...


p/s: Bila dah sakit kepala ni, nak bercakap banyakpun jadi malas.. Lebih suka golek-golek layan perasaan atau layan novel.. 

Sunday, April 7, 2013

Gambar sebelum dan selepas kena baham..

Assalamualaikum...

Gambar sebelum dan selepas kena baham..


Hmmmm....
Hingga menjilat lubang hidung...
:
:
:
V



Ini gambar sebelum kena baham.. huhuhu...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Nyummmm.... Nyummmm... Nyummmm....


Dan ini pula gambar selepas kena baham dek kerasukan terlampau... 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Licinnnnnnnn.....!!!!



p/s: Tajuk biaq gempaq... kehkehkeh... Jangan marah haaa.... Nanti kena jual.. hikkk...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)