Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, January 6, 2012

Korang tak rasa mual ke..?

Assalamualaikum...

Korang tak rasa mual ke..?

Korang tak rasa mual ke buat entry pasal minah tu ehh..? Aku yang tengok kat bloglist aku sendiripun dah rasa mual sangat dah. Macam takde benda lain yang nak dihapdet kat blog masing-masing. Semua berebut nak buat entry pasal minah tu tapi intipati entry tu dok pi dok mai dok tang tu jugak. Berkongsi gambar yang sama, video yang sama, sumber yang sama. Yang tak sama cuma kutukan demi kutukan yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara.. 

Mengutuk kat twitter. Mengutuk kat fesbuk. Mengutuk kat blog. Mengutuk kat forum. Mengutuk kat chatroom.. Apa agaknya yang korang dapat dengan mengutuk orang ehh...?? Dapat kepuasan..? Memang sah jiwa kacau punya kategori...

Apa salahnya mendoakan dia supaya berubah.. Ni tak, sanggup menulis berjela-jela panjangnya semata-mata nak mengutuk.. 

Marilah sama-sama kita renungkan apa kata pakar motivasi kita ni.. Renung, tenung, menung dan fikir dengan mendalam...


Sudah-sudah la tu mengutuk orang. Konon-kononnya cerdik sangat la tu dengan mengutuk orang sesuka hati... Astaghfirullaahal'azim....

p/s: Never elated when someone's oppressed. Never dejected when another's one blessed...

Kena kuarantin 96 jam..??

Assalamualaikum...

Kena kuarantin 96 jam..??

Ni mengenai entry semalam. Alaa, entry pasal surat saman tu laa.. Ehh, bukan surat saman daaa.. Tapi surat cinta yang terputus di tengah jalan tu.. huhuhu...

Dalam tak pandai nak mengarang surat cinta, rajin pulak aku menghantar satu lagi surat tu kat Nuffnang. Malu tu memang la malu. Tapi, lantak la haiihhh.. Peduli la apa orang nak kata. Yang penting kita berani bertanya dan mengaku kesalahan yang kita lakukan, ya tak..?




Nasib baik la aku dapat balik status glitterati aku tu. Walaupun kena tunggu 96 jam, namun aku rela ajewwww... Apa la sangat kena kuarantin 96 jam tu... kehkehkeh... Terima kasih la kat Cik Farahnaz bagi pihak Nuffnang.. ;)


Sayang Cik Farahnaz... :)


p/s: Have a nice day, my dear... :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)