Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 24, 2013

Dah hampir selesai dah...

Assalamualaikum...

Dah hampir selesai dah...


Dah hampir selesai dah urusan menyembat aku. Tinggal lagi 4 pasang baju je untuk disembat. Bahu dah mula rasa ringan sikit walaupun sebenarnya masih ada lagi baju melayu yang belum berusik langsung.. 




Aku nak setelkan kerja-kerja menyembat ni dulu.. Lepas ni baju yang ada semuanya main lanyak dengan mesin je.. Semua baju yang dalam beg tu dah diambil oleh tuan masing-masing. Baju yang takde beg tu baju kaum kerabat aku.. Mungkin nak kena basuh dulu kot sebab kakak-kakak aku tu balik lambat..




Sepanjang minggu ni, sofa ni la yang jadi mangsa aku.. Selalunya waktu malam la aku lanyak sofa ni.. Habis kusyen tu aku cucuk-cucuk dengan jarum.. Harap-harap takde la nanti jarum yang tertinggal kat dalam kusyen tu.. Kesian montot siapa yang terkena nanti.. hehh...


p/s: Okay la.. Ini je cerita yang nak dikongsikan kali ni.. Daaaaaa... :)

Zila Bakarin dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Zila Bakarin dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni tetamu jemputan Sheila Rusly dalam slot Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 ialah si pelakon yang putih melepak dan gebu iaitu Zila Bakarin.. Dah ada dua orang anak rupanya si Zila ni.. Baru tau.. hehh..




Resepi yang Zila Bakarin masak ialah Udang Masak Tomato.. 

Bahan-bahannya:

Udang bersaiz besar 8 ekor
Tomato 2 biji di cincang
Bawang besar 2 labu dicincang atau dipotong dadu
Cili merah 5 tangkai
Cili padi merah 15 biji
Serbuk perasa
Garam
Gula


*Cili merah dan cili padi di kisar sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan goreng udang seketika dan toskan. Ketepikan.
2) Tumiskan pula bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.
3) Masukkan bawang, tomato, serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.
4) Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
5) Gaul sehingga semua bahan masak rata.



Manakala Sheila Rusly pulak masak Ketam Gulai Padang..

Bahan-bahannya:

Ketam Bersaiz Besar 3 ekor
Daun limau purut 4 helai
Daun salam 2 helai
Daun kunyit 1 helai
Santan 500 ml
Serai 1 batang dititik
Lengkuas 3 keping
Asam keping 1 keping
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili merah 5 biji
Ketumbar biji 1 sudu kecil
Jintan manis 1/4 sudu teh
Kunyit hidup 1 inci
Buah keras 3 biji
Cili padi 15 biji

*Cili merah,bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup, buah keras dan, jintan manis ketumbar di tumbuk sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan serai.
2) Gaul dan tunggu sehingga bahan nampak kering atau pecah minyak.
3) Masukkan santan, air, daun limau purut, lengkuas dan daun kunyit. Kacau rata.
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul dan biarkan sehingga mendidih.
5) Masukkan ketam,biarkan sehingga ketam masak..



p/s: Pandai-pandai sendiri la nak faham resepi ni ya.. Aku tak sempat nak edit... hehh...

Dah mula dah ke..?

Assalamualaikum...

Dah mula dah ke..?


Korang dah mula buat kuih raya dah ke..?
Aku satu apapun tak buat lagi..
Bukan tak buat lagi tapi bahanpun takde..
Paling tidakpun cuma ada sekotak besar cornflakes yang aku beli bulan lepas..
Cadangnya nak cuba buat scones..
Dari tiga empat bulan lepas lagi teringin nak belajar buat scones ni..
Tapi tak tau la jadi buat ke tidak..


Ehh, japp....
Scones tu boleh dikira biskut raya ke..??
Hontam je la labuuu.... 
Muahahahaha.....


Kat fb ramai yang dah mula tayang gambar biskut raya dorang..
Huwaaa.... Sangat la jeles... 


p/s: Plan nak buat biskut macam tahun lepas je.. Malas pulak nak cuba resepi lain.. Ini baru plan je ni.. Harap-harap apa yang di-plan-kan tu jadi kenyataan la.. kehkehkeh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)