Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 15, 2011

Orang kata Tak Nak, Tak Nak laa...!!!

Assalamualaikum...

Orang kata Tak Nak, Tak Nak laa...!!!

Okay, ini adalah sebagai menyahut seruan email yang Nuffnang bagi kat aku.. Aku bukannya ada idea nak buat entry pasal ni.. Tapi, aku rasa aku pernah buat entry pasal Katakan TAK NAK..!! ni kat sini. Rasanya tak perlu kot aku nak copy paste balik semula entry tu.. Klik je kat link yang aku bagi tu.. Jangan risau, link tu akan terbuka pada tab lain... :-)


Katakan Tak Nak.. 



Masalahnya sekarang ialah Nuffnang nak kita sertakan sekali dengan gambar selain dari gambar rokok atau kotak rokok.. Nak letak gambar apa ehh sebab Tak Nak ni memang dah sinonim dengan rokok tu.. Adehh, pening pulak nak fikir... 

Siapa-siapa yang nak mencuba nasib dalam contest ni, boleh la pergi kat page gaya hidup sihat ni ya... 




Akhirnya, aku letak gambar kat bawah ni je la.. Katakan Tak Nak pada ASAP.. Konon-kononnya asap tu ibarat asap rokok la.. hehehe...




p/s: Harap-harap boleh la menang.. Dapat hadiah nombor 3 pun takpe kot... hihihi... 

Hitam-hitam si tampuk manggis... Walaupun hitam, kau tetap manis.. :D

Assalamualaikum...

Hitam-hitam si tampuk manggis... Walaupun hitam, kau tetap manis.. :D


Gambar sekadar hiasan je.. ;)


Tengahari semalam aku pergi petik buah manggis kat pokok belakang rumah ni. Pokok ni arwah abah aku yang tanam, dengan bantuan mak aku la.. Dulu ada dekat sepuluh batang pokok ni, tapi sekarang dah tinggal empat pokok je kot.. Yang lain tu dah kena tebang gara-gara nak tambak tanah nak buat rumah.. Tapi rumahnya entah ke mana, pokokpun dah selamat ditebang.. Rugi sungguh.. huhuhu...


Seronoknya tengok banyak yang dah hitam.. Bestt... 


Ranum dah ni... Banyak semut hitam kat tampuk dia... huhuhu...


Sayangnya... Jatuh terbiar macam tu je... Kalau beli, mahal manggis ni... 


Buah manggis ni tak tahan lama. Lebih-lebih lagi kalau buah tu jatuh ke tanah, mesti nak kena cepat makan. Kalau lambat makan je, buah tu akan jadi keras kematu. Lebih keras dari kepala lutut.. hehehe... Kalau yang petik tu, boleh la tahan lama sikit. Mungkin sebab tu buah ni mahal jika nak dibandingkan dengan harga buah yang lain. Mahal sebab susah nak jaga iaitu kena lebihkan perhatian semasa proses memetik.. Tak boleh nak main campak-campak macam tu je. Kalau durian tu takpe la campak. Bila kulit dah terbelah sendiri, boleh terus ambil buat tempoyak.. kehkehkeh..


Dah kira masak dah ni.. Cuma belum ranum je.. Sebab tu warna dia belum hitam lagi...


Hasil yang aku dapat.. Ada yang aku petik, dan ada yang aku gegar dahan sampai jatuh gedebuk buah manggis tu... hihi..


Isi manggis.. Yummmyyyyy....


Lepas kutip manggis ni, aku bagi sikit kat akak jiran sebelah rumah ni.. Lagipun, rumah dia takde pokok manggis.. Rezeki, kena la panjang-panjangkan... heeeeee.....

p/s: Manggis ni banyak juga kegunaan dia rupanya.. Antara kegunaan manggis ada kat sini..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)