Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, November 13, 2012

Tak cerewet....

Assalamualaikum...

Tak cerewet....

Dua orang kastemer aku yang tidak cerewet..
Alhamdulillah, senang berurusan dengan mereka berdua..




Terima kasih la kat dorang berdua ni..
Harap-harap makin murah rezeki kamu...




p/s: Kalau semua kastemer macam tu kan bagus... ehehh...

Thanks a lot...!

Assalamualaikum...

Thanks a lot...!

Thanx to Sha and Lana atas komen untuk entry semalam.. 


Aku suka jika ada pelbagai pendapat dan pandangan ni..
Walaupun cuma dua komen je yang aku dapat, namun itu sudah memadai kerana kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza..


Dalam satu perkataan bahasa inggeris itu, ia boleh melahirkan dua tiga makna yang berbeza.. Aku tau itu. Cuma bila perkataan itu dimasukkan ke dalam quote, ianya mungkin akan memberikan maksud yang berlainan.. Kadang-kadang ianya mengelirukan.. Lebih-lebih lagi kepada aku yang serba serbi kurang tahu ni.. Dan jika kita tidak tahu atau kurang faham, sewajarnya kita bertanya.. 


Dalam memberikan pendapat, kita tidak perlu bertegang urat menegakkan pendapat kita.. Hormati pendapat orang lain juga walaupun orang itu level dia lebih rendah dari kita...


p/s: Don't judge each day by the harvest you reap but by the seeds that you plant - Robert Louis Stevenson

Prickly...

Assalamualaikum...

Prickly...

I've learned that success comes in a very prickly package. Whether you choose to accept it or not is up to you - Sandra Bullock

p/s: Apa maksud ayat ni ehh..? Tak berapa nak faham... huhuhu...

Nota: prickly = mudah tersinggung, cepat naik berang, etc...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)