Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, July 6, 2012

Bunyi apa ni..? Krek krek je laptop aku ni... huhuhu...

Assalamualaikum...

Bunyi apa ni..? Krek krek je laptop aku ni... huhuhu...

Sebenarnya dah agak lama keadaan laptop aku macam tu.. Tersangatlah risaunya.. Maklum la, aku dah kehabisan budget untuk semua benda macam ni.. huhuhu.. Dan kat bawah ni adalah sebahagian daripada bebelan aku kat page blog aku.. Malas nak cerita banyak untuk sessi pembukaan entry.. Tu yang main print screen je tu... ehehh..

Cakap pasal tolong belikan je terus hilang... wakakakaka... 
Apapun, terima kasih sebab sudi bertanya... :p




Bebel sorang-sorang je... :'(




Aku rajin.. Maka terhasil la entry ni... Ilmu harus dikongsi..  :D

Jadi, dengan semangat ingin tahu dan cuba mencari apa masalah sebenarnya, maka akupun memberanikan diri membuka skru kat belakang laptop tu.. Ingat aku tak berdebar ke..? Serius, sangat berdebar dan bercampur takut.. Takut sebab jika berlaku kerosakan yang lain dalam masa aku buat eksperimen tu.. Terus terbayang rupa laptop anak buah aku yang dah terbarai dulu gara-gara dia repair sendiri... Ngeri sehhh...

Sebelum buat eksperimen tu, aku off-kan dulu laptop dan tutup suis.. Bimbang jugak nanti kalau-kalau ada renjatan elektrik.. Teringat masa repair reject set masa kerja kat kilang dulu.. Karan tak hilang lagi aku dah tacap dengan timah tu (solder iron).. Habis la terpercik keluar api.. Lepas tu baru la technician bagi satu alat dan nama alat tu adalah 'buang karan'... hahahaha... 


Ni alat untuk buang karan..
(Takde kena mengena dengan cerita pasal bunyi krek krek ni ya...)

Berbalik pada cerita asal, dalam sejam lepas tu, baru aku memberanikan diri untuk membuka skru tu.. Dan selepas dibuka, maka hasilnya adalah seperti dalam gambar kat bawah ni.. haha... Punya la banyak habuk.. 


Laptop aku jenis Dell Vostro 1310...

Lepas tu bermulalah sessi cuci mencuci.. Confident sungguh bunyi yang sangkut-sangkut tu berpunca dari habuk kat kipas semua tu.. Lepas siap bersihkan kipas tu dan buang segala mak nenek habuk tu, aku pasang balik skru tu.. Dalam hati tak putus-putus berdoa moga lepas ni bunyi krek krek tu hilang.. Punyalah banyak baca bismillah.. Dah terdesak baru ingat semua tu, kannn... huhuhu... Ampunkan hambaMu ini Ya Allah...


Peralatan yang aku gunakan... Yo yo arr je... kehkehkeh...

Masa nak on laptop tu, berdebar jangan cakap la.. Takut kebabom pun ya jugak.. hahaha... Baru je on, tak sampai seminitpun, bunyi krek krek tu keluar balik.. Adoyaiii... Lemah semangat den sekejap.. Dalam keadaan kipas ataupun hard disc yang sangkut-sangkut dan panas semacam tu, aku masih cuba untuk menggugel.. Habis tu nak tanya siapa lagi, kan...? Tanya banyak kalipun bukan ada siapa yang nak tolong menjawab.. Sampai hati biarkan aku terkontang-kanting.. Serius, masa tu rasa sedih jugak la.. Nampak macam ramai je kawan tapi cuma sorang je yang tanya kenapa.. Terima kasih la pada yang bertanya tu.. :)

Makin lama bunyi tu semakin kuat.. Macam bunyi enjin motobot sangkut dah.. Risau aku kalau tiba-tiba berasap lak laptop aku ni.. Terus aku off balik semula.. Biarkan dulu sejam dua sambil aku melegakan hati yang gundah gulana.. Nak menjahitpun tak senang bila dengar bunyi krek krek tu...

Lagi sekali aku bukak skru kat belakang tu.. Kali ni bukak bahagian kat sebelah kipas tu pulak. Gambarnya aku tak ambil, malas... Check kat situ, okay clean and clear, takde habukpun.. Then, tutup dan skru balik penutup tu.. Dalam pada tu berfikir lagi.. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan bunyi tu sangkut-sangkut.. Lepas tu, bukak balik bahagian yang ada kipas tadi, check lagi sekali dan cuci lagi habuk yang masih berbaki..

Kemudian, aku cuba pusingkan kipas tu secara manual iaitu guna jari.. Sangkut-sangkut je kipas tu.. Teringat kat satu web yang aku baca tu.. Katanya, kalau laptop ada bunyi krek krek clicking, mungkin ada wayar yang sangkut.. Dia kata goyang-goyangkan laptop tu dan akupun buat apa yang aku baca tu la.. Rasa macam bodoh je goyang-goyangkan laptop buat macam hulahup... hahaha... Dah terdesak, ikut je la, ya tak..?

Akhirnya, aku cuba tolak wayar kat sebelah kipas tu ke bawah sikit.. Then, aku pusingkan lagi kipas tadi.. Jari tangan kanan tekan wayar ke bawah dan jari tangan kiri pusingkan kipas tu... Ehh.., dah takde sangkut-sangkut dah laaa... Tak nak cepat berpuas hati, aku cuba angkat semula wayar tu dan pusingkan semula kipas tadi.. Yess, dia sangkut.. 

Dan aku buat kesimpulan, mungkin bunyi krek krek yang sangkut-sangkut tu ada kaitan dengan wayar yang terangkat tu.. Lepas tu, dengan perlahan terus je aku tolak wayar tu ke bawah dan aku gunakan selotep untuk mengelakkan ianya daripada terangkat semula.. Kalau wayar tu terangkat, nanti dia akan tersentuh kipas tu.. Itu yang menyebabkan sangkut-sangkut tu...

Lepas tu, aku pasang balik penutup dan skru.. Berdoa banyak-banyak mudah-mudahan kali ni berjaya menghapuskan bunyi tu.. Dada dok dupdap duk dap je.. Bila on je, alhamdulillah, dah takde dah bunyi bising tu.. Smooth je perjalanan kipas tadi.. Dah takde dah kedengaran bunyi krek krek yang menyakitkan telinga dan merisaukan hati..

Masa aku buat entry ni, dah hampir enam jam berlalu dan masih takde lagi bunyi yang keluar selain dari bunyi radio online.. hikk.. Alhamdulillah.. Aku siap pasang niat lagi.. Kalau eksperimen aku ni berhasil, ada la rezeki untuk orang lain.. Insyaallah... Rezeki apa tu, biarlah aku je yang tau... :)

Panjangnya cerita aku ni, kan.. Terima kasih la kalau ada yang sudi baca sampai habis... hehehe...

p/s: Pengalaman me-repair reject set masa kerja kilang dulu sedikit sebanyak membantu menaikkan keberanian aku.. Alhamdulillah... 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)