Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, September 27, 2012

Ni palsu ke ori ni...? Macam palsu je...

Assalamualaikum...

Ni palsu ke ori ni...? Macam palsu je...

Aku tak pasti samada dapur jenis Butterrfly yang baru aku beli bulan lepas ni asli ataupun palsu.. 

Lepas kenduri hari tu, ruang dapur rumah aku teruk giler, berkecah dan berlengas serta macam-macam ber lagi yang ada, termasuk sekali dengan dapur dua tungku jenis Butterfly ni.. Macam-macam ber tu takde la termasuk sekali dengan beruk... Padayappaa.....

Baru dua malam lepas aku berkesempatan untuk membersihkan sikit ruang dapur tu dan mengelap Butterfly tadi.. Nak buat semua kerja dalam satu hari memang tak tercapai dek kemampuan la, kan.. Mana nak mendobi kain baju lagi.. Mana nak simpan susun pinggan mangkuk lagi.. Dan seterusnya bla... bla... blaaa.... Aku demam dua hari.. Orang lain yang kawen tapi aku pulak yang demam.. Sepatutnya dorang la yang demam sebab terperanjat... kehkehkeh... 

So, semasa mencuci dapur tu, aku tengok tangan aku ada tanda hitam yang melekat... Walaupun kulit aku gelap, tapi masih boleh nampak lagi la tanda hitam yang melekat tu.. ehehh... Mula-mula tu ingatkan terkena arang ke, apa ke.. Tapi bila tengok, takde la pulak arang tu... 

Lepas tu, gosok punya gosok, tergosok la kat tulisan Butterfly tu.. Nah, terus tulisan tu hilang sedikit demi sedikit... Erk..., timbul persoalan dalam hati.. Apsal pulak tulisan ni boleh mencair bila digosok..? Selalunya sampai jahanam dapur tu tapi tulisan masih setia kekal kat tempatnya... 




Tak puas hati, colek pulak penanda kat sebelah punat dapur tu.. Tadaaa....!!! Makin comot dapur tu jadinya.. Timbul syak-wasangka bahawa dapur ni hanya tiruan.. Dah la beli mahal.. Dekat dua ratus jugak harga dia tapi benda palsu.. Masa beli tu memang ada rasa cuak sikit sebab dapur ni dibungkus dengan plastik untuk display kat kedai tu sedangkan dapur jenis lain okay je togel tanpa balutan... Namun disebabkan nak jenis Butterfly ni jugak, ditambah lagi dengan rasa malas bercampur penat nak mencari kat kedai lain, maka rembat aje la yang ada di depan mata...




Kalau la dapur jenis Morgan macam dalam gambar kat bawah ni tak buat hal, tak meragam, takde la kuasa aku nak membeli dapur lain haiihhh...




p/s: Kenduri berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah... Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis. Tak lupa juga kepada kaum-keluarga yang memberi sumbangan dari pelbagai bentuk dan rupa.. Jasa kalian akan tetap dikenang.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)