Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, June 15, 2015

Mencuba resepi kuih talam keladi berpandukan buku blogger masakan...

Assalamu'alaikum...

Mencuba resepi kuih talam keladi berpandukan buku blogger masakan...


Baru-baru ni aku ada beli lima buah buku Siri Blogger Masakan dari MPH Online. Sebenarnya dah lama nak beli tapi asyik tertangguh sebab bajet manjang ke laut je.. Jenuh nak kejar.. hehe... 




Disebabkan MPH Online ada diskaun untuk bulan kelahiran aku bulan lepas iaitu bulan May, maka akupun beli la buku-buku masakan ni.. Jika diikutkan, harga sebuah buku tu takde la mahal sangat tapi jika ada diskaun tu, baiklah aku rembat masa tu.. Dapat la aku jimat beberapa ringgit untuk disalurkan ke arah yang lain pula.. Orang yang kurang berduit macam aku ni memang nak kena berkira dalam semua belian.. hehh...


 Buku dari blogger Masam Manis... (Aku memang selalu jenguk blog Ita ni.. Tambahan lagi aku ada follow blog beliau kat fb. Suka tengok hasil kek beliau yang sangatlah cantik dan kreatif..)


 Buku dari blogger Qasey Honey.. (Jujurnya aku tak pernah jenguk blog beliau.. Hari ni baru aku jenguk sebab nak dapatkan link blog tu... huhu..)


 Buku dari blogger Dari Dapur CT.. (Juga pertama kali aku melawat blog beliau..)


Dan untuk percubaan pertama, aku telahpun mencuba satu resepi dari buku Kuih-Muih Nusantara daripada blogger Siti Delima iaitu kuih talam keladi.. Dapat ngam-ngam satu loyang bulat ni..






Alhamdulillah, menjadi kuih yang aku buat ni walaupun pada awalnya aku tengok macam tak berapa nak menjadi.. Seriau la sikit masa tu.. hehe.. 


Meh aku kongsikan resepi dari buku tu.. Cumanya aku takde ubi keladi, jadinya aku skip la bahan yang ini..


Talam Keladi:
--------------------

Bahan lapisan bawah:
-------------------------------
2 cawan tepung beras
3 sudu besar / sudu makan tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
6 sudu besar / sudu makan gula
300ml santan pekat
700ml air
(Satukan semua bahan..)

300 gram keladi - yang ini aku skip 
(Keladi dipotong kiub. Dikukus selama 5 minit, kemudian baru ditimbang)


Cara buat lapisan bawah:
-----------------------------------
1- Satukan bahan dan kacau rata hingga sebati.
2- Tapiskan ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.
3- Masukkan keladi dan kacau sebentar - yang ini aku skip.
4- Tuang ke dalam loyang 10" X 10" X 3" - aku guna loyang bulat..
5- Kukus selama 25 minit..


Bahan lapisan atas:
---------------------------
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gram gula  halus
3  biji telur - aku kocak dalhulu dalam bekas lain
250ml santan 
500ml air
Sedikit pewarna ungu dan esen perisa keladi - aku guna yam paste je


Cara buat lapisan atas:
-------------------------------
1- Satukan semua bahan dan kacau rata hingga sebati.
2- Tapiskan ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.
3- Tuangkan ke atas lapisan pertama tadi.
4- Kukus lagi selama 30 minit - Aku kukus dalam sejam sebab aku gunakan api sederhana kuat..


Tips yang turut dikongsi dalam buku ini adalah:
1- Keladi dibersihkan dan dibasuh dengan air garam supaya tidak hitam.

2- Balut penutup kukusan dengan kain bersih untuk mengelakkan dari wap kukusan menitis ke atas kuih semasa mengukus.

3- Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit dengan minyak masak pada permukaan plastik tersebut. (Aku lupa nak buat macam ni.. Memang susah nak potong. Kena masukkan dalam peti sejuk dahulu.. Lepas tu barulah senang sikit nak potong. Aku potong guna pisau plastik..)


Selamat mencuba ya.. Lagi elok jika beli semua buku-buku siri blogger masakan ni.. Kita support sesama blogger.. Lagipun senang nak rujuk dan boleh di bawa ke mana-mana.. Boleh je tengok kat blog dorang tapi kalau line internet takde, tak boleh jugak nak browse, kan.. hehe..


p/s 1: Lepas ni nak cuba resepi lain pulak.. Semangat weeiii, semangat...! Ahaha...
p/s 2: Aku tolong promot buku ni sebab tu aku letakkan resepi ni.. Harap aku tak kena saman.. hehh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)