Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 29, 2017

Menu berbuka puasa hari pertama, kedua dan ketiga.

Assalamu'alaikum.

Menu berbuka puasa hari pertama, kedua dan ketiga.

Hari pertama berbuka puasa, aku masak asam pedas ikan jenahak berencahkan bendi, masak lemak cili padi daging berencahkan pucuk ubi, goreng kangkung dan buat kuih buah melaka. Adik aku beli sotong celup tepung dan tiga jenis air di bazar ramadan.






Hari kedua berbuka puasa pulak, aku buat bubur kacang hijau dan masak lemak cili padi ikan jenahak. Adik aku pulak bakar ikan terubok dan ikan cencaru. Tapi menu berbuka puasa hari kedua ni semuanya takde gambar. Aku tak sempat nak ambil gambar. Sibuk sangat. Letihpun ya jugak. Heh.


Hari ini pulak iaitu hari ketiga berbuka puasa, aku cuma buat sambal ikan kembung dan buat bubur jagung ni sahaja. Adik dan family dia dah balik ke rumah dorang. Makanya, menupun ala kadar sahaja la.




p/s: Alhamdulillah, aku masih lagi mampu untuk masak sendiri di rumah. Moga Allah terus berikan kesihatan yang baik kepada aku, mak aku, kaum keluarga aku, sahabat handai aku, jiran tetangga aku dan kita semua. Aamiin.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)