Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, December 9, 2011

Jangan marah haa... hikk....

Assalamualaikum...

Jangan marah haa... hikk....

Kali ni nak tepek balik semula gambar makanan.. Sebenarnya ada sedikit cerita mengenai makanan ni.. hehe..

Cerita pertama... ecehhh... ahahaha... 

Sehari sebelum kakak aku balik dari mengerjakan haji hari tu, aku dapat satu panggilan daripada makcik aku. Dia bagitau yang petang nanti, sorang lagi makcik aku bersama dengan anak dan cucunya nak datang ke rumah kakak aku ni. Dia tau kakak aku belum balik lagi dari Mekah, tapi dia nak datang juga sebab nak jumpa mak aku.. Kebetulan masa tu makcik aku tu sedang berada kat kawasan berdekatan, tu yang dia nak menjenguk tu..

Maka, akupun terpinga-pinga la sekejap sebab tak tau nak buat kuih apa untuk dijamu kat dorang nanti. Tak kan la nak bagi biskut kering je, kan.. Tambah-tambah lagi dorang dah bagitau nak datang. Lain la kalau dorang datang mengejut. Kalau kat rumah sendiri, senang sikit aku nak prepare sebab barang-barang kalau takde, kedai dekat je nak pergi beli. Ni kat rumah kakak aku, buntu la sekejap jadinya... Bukan apa, kadang-kadang aku segan juga nak gunakan barang sesuka hati kat rumah ni walaupun ni rumah kakak aku sendiri.. Sebenarnya kakak aku tak kisahpun, cuma aku je yang segan.. ehehh...


Kena makan gunakan sudu... hihihi...

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk buat puding jagung je memandangkan semua bahan ada. Tapi...Tapi... Tapi... Telur pula yang tak ada...!!! Ahh, sudah... !! Camno aku nak buat ni sedangkan resepi puding tu memerlukan dua biji telur. Ni sebijipun takde... Adehh, rosak program. Memula tu ingat memang tak jadi nak buat dah, kiranya macam givap la sebab bahan tak cukup syarat. Namun, aku teruskan jugak buat puding tu tanpa menggunakan telur.. hahahaha.. Nasib la, kalau jadi, jadi la.. Kalau tak jadi, tak jadi la.. Dalam hati tetap berdoa agar puding tak bertelur ni menjadi..


Lembik dan tidak kenyal seperti biasa sebab tak letak telur... :P

Belumpun sempat aku masukkan puding tu dalam peti sejuk, makcik aku tu pun sampai. Adehhh, lagi la gelabah campur malu aku dibuatnya. Tapi, aku hidangkan jugak puding tadi, siap dengan bekasnya sekali sebab puding tu tak mahu keluar. Kalau paksa keluar jugak, puding tu akan jadi sempong macam dalam gambar kat atas tu haa.. Sempong sana sini.. hohoho... Maka, makan la dorang puding tu dengan sudu sebab puding tu tak kenyal, susah nak pegang dengan jari. Rasa puding tu okay je, cuma lembik je la sebab takde telur... Mujurlah dorang suka.. Banyak juga yang dorang makan.. Alhamdulillah... Takde la kena campak bagi kat ayam... hihihi...

Cerita kedua lak... hohoho...



Tiga hari selepas kakak aku balik, abang aku dari JB lak datang dengan isteri dia. Dia bawak sekali otak-otak Kempas ni. Banyak pula yang dibawanya tu. Ada la dalam tiga bungkus. Mungkin sekitar 50 keping dalam satu bungkusan tu kott... Lepas tu, kitorangpun apa lagi. Bakar terus otak-otak ni sebab kebetulan belum di masukkan ke dalam freezer lagi. Berasap la jugak ketiak nak menghabiskan membakar satu bungkusan tu... kehkehkeh..


Luaran je nampak macam hangus, tapi isi kat dalam tak rentungpun... Sodaaapppp...!!!


Itu je kot cerita yang tertunggak dalam bab makanan ni.. Ehh..., lauk sotong campur ni baru je aku masak sekejap tadi. Ingatkan malas nak masak sebab takut membazir je, takde orang nak makan. Tapi bila memikirkan ada dua orang anak buah kat sini, masak la jugak sikit.. Sekurang-kurangnya jika dorang lapar, lauk dah sedia ada dah. Tapi simple je la lauk tu.. Jadi la, ya tak.. Rezeki juga tu, kan... :)


Masak cincai-cincai je.. Maklum la, aku bukan pakar dalam bab masak memasak ni...  


p/s: Kalau rasa entry ni memboringkan, tak payah la komen ya.. Segan lak aku haiihhh... hikkkk...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)