Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 31, 2013

Ubat kucing...

Assalamulaikum...

Ubat kucing...


Petang tadi abang dengan mak aku pergi klinik haiwan bawak anak-anak kucing dengan ibu dorang. Aku tak ikut.. Ada la sebab kenapa aku taknak pergi klinik tu.. huhuhu...


Mak aku yang beria-ia nak bawak 'budak-budak' tu ke klinik.. Jadi, aku siap tulis senarai ubat untuk abang aku beli nanti.. Dengan syampoo sekali aku suruh beli.. haha.. Malangnya, ubat kutu kehabisan stok.. huhu... Semua ubat ni kena caj RM45.. Lagipun pergi klinik haiwan kepunyaan gomen je.. Tak mampu den nak pergi bawak kucing kat klinik haiwan swasta ni..




Antara ubat-ubatnya adalah ubat mata, ubat cacing, antbiotik dan ubat cirit.. Mulai esok dah kena bagi kat dorang yang seramai enam ekor tu.. Nak kena buat jadual la pulak.. Jenuh la aku nanti jadi doktor kucing yang tak bertauliah.. Nak mandikan dorang kena guna air suam pulak tu.. Akupun tak pernah mandi air suam.. huhuhu... 


Dah la siang tadi jari aku kena gigit masa bagi ubat cacing kat tiga ekor anak kucing tu.. Sempat bagi kat tiga ekor tu je.. Lagi tiga ekor tu aku dah tak berani dah nak bagi.. Sakit wooo kena gigit.. Gigi dorang dah la tajam gila.. Halus pulak tu.. Sampai sekarang ni masih lagi berdenyut-denyut jari telunjuk aku ni haaa...


Ubat cacing tu kena bagi tiga hari berturut-turut.. Sebiji pil dibelah empat.. Lepas tu berhenti dua minggu dan kemudian bagi lagi dalam masa tiga hari berturut-turut. Antibiotik pulak diberi selama lima hari berturut-turut.. Ubat cirit pulak kena bagi 0.3 ml setiap hari.. Kalau dah okay, tak payah bagi la kott... Lagi satu, aku terlupa nak beli susu tepung untuk dorang.. Tak teringat langsung nak tulis kat list tu.. adehhh...


p/s: Kalau ikutkan aku, memang dah tak malas dah nak 'berkisah' dengan dorang.. Sanggup dengan tak sanggup je laa..  Letih... huhuhu...

Kalau jadi buat laa...

Assalamualaikum...

Kalau jadi buat laa...


Haw flakes dah beli...
Butter dah keluarkan dari peti sejuk...
Stok aluminium foil ada lagi..
Bahan lainpun ada jugak..
Resepi dah lama stenbai..
Tunggu masa je nak buat..


p/s: Kalau jadi buat nanti, aku kongsikan gambar dan resepi tu ehh.. :)
.

Wednesday, October 30, 2013

Ayam goreng serai wangi...

Assalamualaikum...

Ayam goreng serai wangi...


Baru je siap masak.. Tengahari tadi makan nasi goreng je.. So, petang ni kena la masak untuk malam nanti.. Tak kisah la masa bila nak makan.. Yang penting, dah ada lauk.. Lauk sempoi je.. Tak reti nak makan kalau lauk penuh satu meja.. hehh.. Sayur takde sebab dah ada salad.. Suka makan salad ni.. 





Nampak macam sedap.. Tapi memang sedap-pun... hahahahaha... *Masuk bakul tak terangkat-angkat... Berat sangat, takde siapa yang mampu nak angkat.. hehehe.. Gurau-gurau je ehh... hehh...



Kopak... huhuhu...

Asalamualaikum...

Kopak... huhuhu...


Pagi semalam keluar ke bandar.. Urusan biasa la.. Bayar duit kereta dan belanja barang dapur.. Sementara menunggu abang aku pergi bank, aku masuk sekejap dalam kedai buku yang biasa aku masuk tu.. Hajat hati cuma nak beli gam uhu dan gam biasa tu je.. Kononnya mata tak nak la pandang kat bahagian novel.. Tup-tup terpandang jugak.. Alih-alih, hambek kau.. Melayang duit den.. huhuhu...




Lepas tu, aku pergi pulak kat kedai jual alatan menjahit. Aku memang dah plan nak beli gunting kain yang baru memandangkan gunting kain yang sedia ada dah mula mogok.. huhu.. Sambil-sambil tu, aku nak beli zip untuk projek beg aku tu.. Melayang lagi duit aku kat kedai ni... Sekali lagi cuma mampu huhuhu je la... adehhh...




Lepas tu, usha pulak kedai yang satu lagi. Hajat hati nak survey harga kain heavy cotton untuk projek beg baju aku tu.. Punya la mahal harga kain tu.. Semeter je dah RM35.. Telan air liur sekejap.. Nak mintak kurangpun tak dapat.. Wallawehhh... Mula-mula tak nak beli.. Lepas tu beli semeter suku untuk kain yang kaler oren tu.. Lepas tu, beli pulak semeter suku lagi kain yang kaler pink tu.. Aduhhaaaiii... Harga untuk dua meter setengah kain tu je dah berapa dah.. Huhuhu lagiii...




Sambil menunggu uncle kedai tu potong kain dan masukkan kepala zip tu, akupun borak-borak la dengan dia.. Aku tanya dia macam mana nak letak harga kalau aku nak jual beg dari kain heavy cotton tu.. Then, diapun tolong kirakan bajet yang dah aku keluarkan.. Dia siap bagi aku tips macam mana nak buat beg sebab aku kata akupun baru je nak belajar buat beg ni.. Pastu, dia bagitau aku modal untuk sebuah beg dan harga untuk aku jual beg tersebut.. Seronok berbual dengan orang yang tak kedekut ilmu ni.. 




Ingatkan lepas beli peralatan nak buat beg tu, aku nak terus balik la.. Alih-alih mata aku ternampak pulak rotary cutter yang bergantung cantik kat situ.. Memang dah lama dah aku mencari rotary cutter ni. Akupun apa lagi, terus je rembat satu.. Tengok harga rotary cutter tu, gulp lagi sekali.. Ingat nak cari brand Olfa tapi takde.. So, rembat je la brand yang ada tu.. Sebuah rotary cutter brand Senorita ni harga dia RM45.90.. Terbang lagi duit aku... aduhaaaiii...


Tengok betapa tajamnya mata rotary cutter tu..


Bila dah balik ke rumah, akupun try la guna rotary cutter tu..Aku cuba la potong kain yang aku bentangkan kat atas meja kerja aku tu.. Meja tu aku dah lapik dengan cermin.. Potong punya potong, kain tu tak mahu terpotong langsung.. Aku dah mula gelabah dah.. Takkan la mata rotary cutter ni tumpul sedangkan masa aku dok usik-usik mata tu kat kedai, uncle tu siap tahan aku tak bagi aku main-main dengan mata rotary cutter tu.. Dia kata mata tu sangat tajam...


Lepas tu aku usha balik video yang aku pernah tengok dulu berkaitan dengan penggunaan rotary cutter ni.. Boleh dikatakan, semua meja dilapik dengan cutting mat ataupun getah pemotong.. Masa kat kedai tu, tak teringat langsung aku nak tanyakan pasal cutting mat ni.. Nampak gayanya, lain kali pulak la aku beli cutting mat ni.. Kalau tak beli, nanti rotary cutter aku tak boleh digunakan.. Duit lagi... huwaaaaaa....


Nanti kalau beg baju aku ni dah siap, aku tempek gambar dia kat blog aku ehh... Siapa yang betul-betul nak beli atau mungkin nak bagi moral support kat aku yang baru nak mencuba ni, boleh tinggalkan komen kat entry yang berkaitan.. Tak pun, boleh je inbox aku kat page fb blog aku ni..


p/s: Hari-hari yang mendatang ni aku makan lauk telur mata kobau je laa... Duit dah kopak dok beli semua benda alah ni... Takpe la, manatau kot-kot badan boleh kurus pulak... hehhh...

Monday, October 28, 2013

Beg kecil untuk duit kecil.. :)

Assalamualaikum...

Beg kecil untuk duit kecil.. :)


Bahan yang diperlukan: 

1 keping kain berukuran 12 x 8 1/2 inci untuk badan beg
1 keping kain berukuran 11 x 1 1/4 inci untuk tali
1 helai zip berkepala besi berukuran 7 inci (Aku guna zip kepala plastik sebab zip kepala besi takde stok)

  • Kain tu biarlah kain yang tebal atau heavy cotton.. Kain dari seluar jeans yang dah rabak kat lutut pun boleh digunakan.. Potong bahagian yang masih okay..
  • Panjang zip biarlah bersesuaian dengan saiz mulut beg.. Zip dari seluar jeans atau seluar lelaki yang dah lusuhpun boleh digunakan asalkan zip tersebut masih lagi berfungsi dengan baik.. Standard panjang zip untuk seluar lelaki adalah 6@7 inci..




Cara nak buat:
  1. Bahan yang diperlukan seperti di atas..
  2. Jahit kiri dan kanan kain. Tinggalkan ruang untuk zip.. Gosok lipatan, jahit lipatan dan terus jahit zip.. Masa menjahit zip ni kena perlahan-lahan sebab kain tu tak berpotong, jadi agak sukar nak jahit zip tu..
  3. Cara nak menjahit tali. Lipat bahagian kiri dan kanan, masukkan ke dalam dan lipat lagi sekali.. Terus tindih mesin.
  4. Lipat dua tali dan masukkan bahagian yang panjang ke dalam beg dan teruskan menjahit bahagian kiri dan kanan beg.. Bahagian yang ada tali tu kena jahit lebih daripada sekali untuk mengukuhkan jahitan.. Bahagian bawah badan beg tak perlu jahit sebab kain tu tak dipotong..
  5. Jahit bucu beg sebagai tapak. Keluasan tapak adalah 1 @ 1 1/4 inci..
  6. Beg untuk duit syiling yang sudah siap.. Nak jadikan beg untuk enpon pun boleh..

Senang je, kan..? Semua boleh buat punya la. Yang penting, kena berani mencuba.. Tak cuba, mana nak tau, kan..?


p/s: Pedulikan apa orang nak kata... hehh...

Sunday, October 27, 2013

Cara nak buat beg baju lagi.. Jangan jemu tau.. hehh...

Assalamualaikum...

Cara nak buat beg baju lagi.. Jangan jemu tau.. hehh...


For those yang dalam misi mencari ilmu, tak akan timbul istilah jemu.. Ilmu tu macam-macam.. Banyak sangat hinggakan tak tau nak kejar yang mana satu.. huhuhu...


So, ilmu aku hanya berkisar tentang jahitan sahaja.. Ilmu aku ni tak banyak sebab akupun belajar dalam bidang jahitan ni tak lama.. Skop yang aku belajar tidak begitu meluas.. Lainlah jika aku belajar kat IPT yang sudah tentu banyak benda yang diajar.. Jadi, aku terpaksa mencari sumber lain dari internet ataupun belajar dengan hanya melihat apa yang ada di depan mata, then fikir macam mana nak merealisasikan apa yang dilihat tadi.


Entry kali ni masih lagi berkisar tentang cara nak buat beg baju.. Walaupun dah ada dua tiga post yang berkaitan, namun aku masih lagi nak tunjukkan cara membuat beg ni.. Jika boleh, aku nak orang betul-betul memahami apa yang aku cuba sampaikan..


Barang yang aku gunakan:
2 keping kain berukuran 24 x 21 inci untuk badan beg..
2 keping kain berukuran 26 x 4 inci untuk tali beg..
1 helai zip berkepala besi berukuran 20 inci..
1 keping kain berukuran 9 x 7 inci untuk poket

-1-
Jahit tepi keliling kain badan beg. Kemudian, turunkan 2 inci dari atas dan buat garisan lurus. Lepas tu tandakan bahagian untuk zip. Pastikan ukuran kiri dan kanan badan beg tu sama rata.. Kemudian, jahitkan bahagian kiri dan kanan yang tinggal.. Pastikan jahitan tu dimatikan...


 -2-
Terbalikkan kain dan gosok bahagian yang berlipat. Kemudian jahitkan bahagian yang bertanda dengan peniti tu.. Lepas tu, boleh terus jahitkan zip macam biasa.. Jika zip takde stok, boleh je tinggalkan dahulu bahagian untuk zip tersebut..


 -3-


 -4-


 -5-
Gambar nombor 3, 4 dan 5 adalah berkaitan dengan cara nak jahit poket yang ada lis.. Kalau nak buat poket kosong tanpa lis pun boleh...


 -6-
Turunkan 4@4 1/2 inci dari paras atas beg dan tandakan. Lipat dua poket dan tandakan bahagian tengah. Begitu juga dengan kain badan beg.. Lipat dua untuk mendapatkan titik point atau titik tengah. Kemudian, barulah samakan titik tengah antara kedua-dua badan beg dan poket tadi. Penitikan dan jahit perlahan-lahan.. Lepas tu, barulah dijahitkan keseluruhan badan beg..


 -7-
Buat begini pada kedua-dua bucu dan jahit sebagai tapak beg.. Garisan biru tu panjangnya 4 inci.. 


 -8-
Kemaskan bucu tadi dan tindih mesin...


 -9-
Beginilah rupa bucu tapak beg yang sudah siap berjahit...


-10-
Tali untuk beg.. Boleh gunakan cara sendiri macam mana nak lipat tali ni..


-11-
Halakan tali ke arah badan beg dan jahit.. Kemudian, matikan jahitan..


 -12-
Bawak tali tadi ke luar dari badan beg dan tindih mesin keliling.. 


 -13-
Jahitan untuk pangkal tali ni biarlah kemas dan dijahit berulang kali untuk mengukuhkan jahitan..


 -14-


 -15-
Gambar nombor 14 dan 15 adalah cara nak menambah aksesori pada beg.. Boleh ambil bunga pada pengikat langsir yang dah rosak.. Boleh juga jahitkan butang ketip pada bahagian dalam poket untuk melekatkan mulut poket pada badan beg..


 -16-
Beg baju yang sudah siap dan bersedia untuk digunapakai.. hehe..


Sila klik pada gambar jika nak lebih pencerahan.. Terima kasih..


Boleh juga rujuk pada lain-lain entry berkaitan dengan pembuatan beg ni.. Klik je link kat bawah ni..

  1. http://kakazz.blogspot.com/2013/10/cara-nak-buat-dan-jahit-beg.html - Gunakan cara yang ketiga..
  2. http://kakazz.blogspot.com/2013/10/cara-menjahit-beg-baju.html - Beg baju pertama yang aku buat..
  3. http://kakazz.blogspot.com/2013/10/cara-nak-buat-bunga-menggunakan-kain.html - Cara nak buat bunga kain untuk hiasan..


p/s: Ukuran untuk beg baju ini adalah mengikut kehendak masing-masing... Aku cuma bagi ukuran yang aku buat sahaja.. Jika nak buat sling beg pun boleh.. Cuma saiz untuk badan beg tu kena la kecil sedikit manakala tali beg pula kenalah lebih panjang dan lebih kecil...

Jangan komplen...

Assalamualaikum...

Jangan komplen...


If you don't like something, change it...
If you can't change it, change your attitude...
Don't complain...




Contoh:
  • Makan je walaupun tak sedap.. Jangan nak banyak mulut.. Nak makan sedap, masak la sendiri.. Ni nak masakpun malas + tak reti... huhuhu.. 
  • Baca je novel tu walaupun cerita merapu meraban entah apa-apa.. Kalau tak boleh nak baca jugak, tukar je baca novel yang lain. Jangan nak komplen lebih-lebih.. Ingat senang ke nak jadi penulis.. hehh... 
  • Dan banyak lagi contoh yang ada...


p/s: Baiklah Cik Maya.. Lepas ni takmo komplen-komplen dah... huhuhu... *yo yo ar je.. hehh...

Saturday, October 26, 2013

Cara nak buat bunga menggunakan kain biasa, riben, organza dan sebagainya...

Assalamualaikum...

Cara nak buat bunga menggunakan kain biasa, riben, organza dan sebagainya...


Kali ni aku nak kongsikan satu cara paling mudah untuk membuat bunga dengan menggunakan kain biasa, riben, kain organza dan sebagainya.. Sebelum tu, kita kena pastikan dahulu ukuran bunga yang kita nak buat tu biarlah bersesuaian dengan panjang dan lebar kain untuk mendapatkan bentuk bunga yang cantik tersusun..


Nak potong kain buat baju, gunting buat hal.. So, buat la dulu kerja main-main macam ni.. hehe..


Aku buat contoh dengan menggunakan kain langsir ni.. Saiz kain ni adalah 21 x 4 inci.. Seeloknya, jahit tepi keliling kain tu bagi mengelakkan benang kain tu terburai..


Lipat dua kain tadi dan mulakan proses jelujur kasar. Jarak antara setiap jelujur tu sebolehnya biarlah sama.. Untuk jahitan jelujur ni, aku menggunakan 3 lembar benang yang dilipat dua.. Maknanya 6 lembar benang sebab nak bagi jahitan jelujur tu kuat dan kukuh.. Jahit sampai hujung kain..


Kemudian, tarik kuat-kuat jahitan tadi dan kepit ketat-ketat dengan jari untuk mengelakkan jahitan tu lari dan longgar.. Lepas tu, matikan jahitan.. Tapi jangan potong benang tu dulu tau...


Terus sahaja cantumkan kedua-dua bahagian hujung kain.. Buat jelujur yang rapat sikit..


Letakkan bunga kain atas meja dan kemaskan kelopak dia.. Lebar bunga ni 2 inci..


Kat tengah-tengah yang berlubang tu boleh la diletakkan hiasan berupa bunga kecil, manik, riben dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing...


Nak letak manik macam ni pun boleh.. Jahit dulu manik tu pada kain lain, dan kemudian jahitkan pula kain tadi atas bunga.. Jangan lupa untuk kemaskan keliling kain lapik manik tu..


Yang ni saiz dia kecil dan aku letakkan sebiji butang untuk menutup lubang yang ada tu..


Boleh tampalkan bunga kain pada beg... 


Jika nak buat bunga ni dengan menggunakan sapu tanganpun boleh.. Mungkin boleh dijadikan sebagai door gift.. 


Seperti selalu, sila klik pada gambar untuk pencerahan mata.. hehe.. Terima kasih..


p/s:  Selamat mencuba ya.. 

Astaghfirullahal'adzim...

Assalamualaikum...

Astaghfirullahal'adzim...


Daripada kita terpekik terlolong tak ketahuan macam kena sampuk dengan hantu mak limah, menjerit dok oh my god, oh my godness sana sini tengok artis pujaan lalu depan mata dan blablabla, adalah lebih baik jika kita beristighfar selalu.. Bukannya susahpun nak sebut, kan..

p/s: Astaghfirullahal'adzim.. Astaghfirullahal'adzim.. Astaghfirullahal'adzim.. 

Friday, October 25, 2013

Cara menjahit beg baju..

Assalamualaikum...

Cara menjahit beg baju..


Hari tu aku ada kongsikan cara untuk menjahit beg. Dalam entry tersebut, beg yang aku buat dan jahit tu kecil sahaja.. Kali ni aku nak kongsikan pula cara nak buat beg yang lebih besar berserta dengan ukurannya sekali.. Beg ni boleh juga dijadikan sebagai beg baju untuk balik kampung.. hehe..


Kain yang aku gunakan ni merupakan lebihan kain langsir kat rumah aku.. Dah bertahun dah kain ni.. Warna diapun dah pudar sebab kain ni aku jadikan sebagai pelapik untuk sarung sofa yang dah koyak.. Bila sarung tu dah rosak, maka aku ambil balik kain ni semata-mata untuk buat tutorial ni.. Lagipun, malas nak beli kain baru.. Nak jimat punya pasal.. hehh..


Barang yang perlu kita sediakan adalah: 

Dua keping kain cotton tahan lasak berukuran 24 x 21 inci untuk badan beg.. 
Sekeping kain berukuran 9 x 7 inci untuk poket..
Sehelai zip berukuran 20 inci - Seeloknya beli zip berkepala besi.. Jangan gunakan zip untuk baju/gaun..
Dua keping kain berukuran 26 x 4 inci untuk dijadikan tali beg..

*Untuk nampak lebih kemas, setiap keping kain dijahit tepi dahulu bagi mengelakkan benang kain tu tobugheh... Tobungheh tu terburai laa... hehe..


(Jika nak buat beg baju yang ada tali, lipatkan 2 inci basi jahitan untuk zip sebab nanti nak jahitkan tali kat bahagian itu supaya jahitan tu kukuh sikit..)  Jahit zip di antara dua keping kain badan beg... Tandakan tempat untuk menampal poket.. Kain poket tu terlebih dahulu perlu dilipat 1/2 inci pada setiap bahagian dan gosok.. Lepas tu, jahitkan bahagian atas poket tu dahulu. Turunkan 4 inci dari paras zip dan tandakan.. Kemudian, barulah ditampalkan poket tadi pada badan beg dan jahit bahagian kiri, bawah dan kanan poket..  



Dua keping kain untuk dijadikan sebagai tali beg..


Lipat 1/2 inci pada kedua-dua belah kain. Penitikan dan kemudian temukan kedua bahagian itu dan teruskan menjahit keliling.. Jika rajin, gosok je lipatan tu dan terus je tindih mesin.. Tak perlu nak guna peniti dah..


Beg yang hampir siap.. Belum ada tali lagi.. 
*Tengok, kan dah sama dengan langsir.. hehehe...


Begilah rupanya beg yang telah siap walaupun tali tak pasang betul lagi.. hehe.. Nak ejas betul-betul dulu  tali tu baru boleh jahit..


Siap dah beg baju ni.. Kat dalam beg ni ada enam pasang baju kurung.. Seluar jeans atau seluar yang tebal-tebal takde ya..


Seperti biasa, boleh klik pada gambar jika nak gambaran yang lebih jelas..




p/s: Selamat mencuba ya.. Moga anda berjaya membuat beg baju ni.. Amin.. :D

Thursday, October 24, 2013

Apabila kebosanan melanda, sardin roll menjadi mangsa.. hehh...

Assalamualaikum...

Apabila kebosanan melanda, sardin roll menjadi mangsa.. hehh...


Bosan..?? Jangan panik..!! Apa kata kita selongkar dapur kita tu dan tengok apa yang ada.. Aku dah selongkar dah dapur aku.. Dan akhirnya, aku berjaya membuat sardin roll.. Sepatutnya sardin roll ni bentuk dia empat segi dan dibakar dalam oven, tapi aku malas nak buat bentuk empat segi tu dan malas jugak nak guna oven besar tu.. So, jadilah sardin roll versi goreng.. hehh.. Nak kata karipap pun boleh jugak la.. haha..


Jom tengok bahan-bahan yang aku jumpa.. Jumpa la sangat, kan... kehkehkeh... 




















Adunan doh kena simpan dalam bekas bertutup bagi mengelakkan doh tu mengeras terkena angin kipas angin dan sebagainya.. Bila doh keras, nanti susah nak canai.. Lagipun doh ni jenis mantul.. Mantul tu macam dia tak mengikut masa kita canai dia.. Kita canaikan doh tu tapi doh tu tak memeri. Doh tu tak mau mengembang.. Macam tu la lebih kurang.. Macam elastik gitu.. haaaa...


p/s: Seperti biasa, resepi ada kat dalam blog dapo aku tu..  Sudi-sudikan la menjenguk ya.. Terima kasih.. :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)