Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 31, 2010

BANGUN LA NUFFNANG oiiii.....hohoho...

Assalamualaikum...

Lamanya aku tak update blog ni kan. Takde idea la nak buat cerita. Rasa macam penat je buat post tapi takde siapa yang nak baca. Kalau tengok dari trafik tu, ramai jugak yang masuk sini. Tapi cuma sekadar meninggalkan jejak untuk tukar klik3 nuffnang dorang je la. Elehhh, ngata orang pulak. Ko pun 2X5 je dengan dorang tu semua... Weiii..... mana ada. Aku kalau nak klik3 kat blog sesiapa- pun, aku akan pastikan baca dulu post dorang sementara nak tunggu loading untuk nuffnang tu habis. Cuma aku tak komen je, segan la nak komen2 ni..... aauuuwwww....!! Plepekkk... !!! Padan muka kena lempang... huahuahua...

Tapi... Haaa... ada tapinya tau....hohoho... Kalaulah blog korang tu berat macam kapalterbang kargo, nak kena tunggu sampai 15 minit baru nak keluar kepala, alamatnya memang aku blah la dulu bebb... Tu baru bab kepala, belum lagi nak tunggu iklan nuffnang tu keluar... Dah la streamyx kat tempat aku ni sewel memanjang. Nasib baik la aku tak ikut sewel sama. Kalau aku sewelpun, korang bukannya tau pun kan.... kan...kan... muahahahaha......

Yang pelik tapi benarnya adalah kenapa blog Kapten Luffy senang je nuffnang dia keluar ehh..? Asal aku masuk je kat sana, mesti ada je nuffnang yang dah bangun tidur, walaupun tuan blog tu masih sedap dibuai mimpi.... ekekekeke... Dan, seperti yang aku kata tadi, bila dah nampak nuffnang tu dok hulurkan tangan nak bersalaman, takkan la aku nak menyombong pulak kannn... Jadi, akupun akan sambut la salam nuffnang ittewww.... hikhikhik...

Sebenarnya, aku masih lagi dalam proses menunggu cek pertama dari nuffnang ni. Bukan la aku kemaruk sangat nak duit tu, cuma ada la sedikit perasaan TERUJA bila dah boleh cash-out. Rasa berdebar2pun ada jugak ni. Malahan, lebih kuat lagi debarannya berbanding dengan masa nak disarungkan cincin dulu.. Oppppssss.... Ehh, ada tak sesiapa yang mengikuti siri drama Na-O-Mei kat Tv3 tu ehh....Macam best je drama tu.... Dan2 la tukar topik kan... wakakakakaka.....

Kalau boleh la kan, aku nak je klik3 kat semua blog yang ada iklan nuffnang ni, terutama sekali blog pelajar yang kat luar negara tu. Masalahnya, nuffnang tu TAK PERNAH BANGUN bila aku masuk kat blog tu terutama sekali blog dak Hatim. Ko bagi ubat tidur ke haper kat dia tu Timmm.... huhuhu.....

Aku rasa cukuplah aku melalut dan mengarut hari ni ya. Bebel panjang2 pun tak guna jugak kalau takde point atau isi yang berguna untuk disampaikan. Akhirkata, terimalah pantun empat kerat ni dari aku:

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga...



p/s: Berhati-hatilah dalam menabur budi. Janganlah sampai bodi menjadi galang gantinya di kemudian hari nanti. Sekian laporan dari Seram Si Selia.... kakakakakakaka...
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)