Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 31, 2019

Cantas mana yang patut.

Assalamu'alaikum.

Cantas mana yang patut.


Baru-baru ni, aku upah orang untuk cantas dahan pokok rambutan dan pokok mangga telur. Pokok tu dah merimbun sangat dah. Dah jadi gelap kawasan laman rumah aku. Kebetulan, buah rambutan kuning (gading) tu dah masak ranum dah. Boleh la turunkan buah tu sekali.


Mula-mula, aku buat sendiri cantas dahan pokok mangga telur. Aku gergaji dahan pokok mangga telur tu. Aku gunakan gergaji yang diikat pada batang besi. Untuk dahan yang rendah, boleh la aku buat tapi untuk dahan yang tinggi, tak sampai la pulak gergaji tu.


Sudahnya, aku minta tolong jiran yang selesaikan semua kerja cantas-mencantas tu. Aku tengok senang je dia cantas dahan tu. Dia guna parang je. Punya la tajam parang dia weii...! Dah siap kerja dia, aku bayar la upah dia. Bukannya main minta tolong macam tu je. Kena la faham sendiri. Kita dah guna tenaga dan masa orang, takkan la nak buat bodoh aje, kan? Jangan pulak kita ambil kesempatan di atas kebaikan orang. Tak baik buat perangai macam tu. Ada faham kaaa...?




 ^
Kau berani nak panjat macam ni? Aku berani. Berani tengok je la. Kah...!
v

 ^
Melambak-lambak buah rambutan ni sebab dua pokok yang dicantas dahannya. Jenuh aku dok tahan orang yang lalu lalang depan rumah dan tanya, nak ke tidak buah rambutan ni. Ada yang nak dan ada jugak yang tak nak sebab kat rumah dorangpun ada. Sudahnya, aku bawak pergi pejabat pos dan bagi staff kat situ. Ada juga yang aku bawa ke kelas mengaji untuk bagi kat Ustazah.
v


Makan masa seminggu jugak nak selesaikan kemas semua dahan ni. Ni pun tak habis kemas lagi. Tinggal nak angkat dahan yang dah bersih kena cantas tu dan bawa ke belakang rumah. Nak simpan untuk buat stok kayu api. Nanti boleh la guna kalau nak bakar lemang masa raya nanti.


p/s: Orang kata, kalau dahan dah kena cantas, tahun berikutnya, pokok tu tak berbuah. Betul ke? Entah la. Jika Allah nak bagi pokok tu berbuah, dia tetap berbuah jugak walaupun kena cantas dua tiga kali. 
.

Friday, August 30, 2019

Guna white vanilla untuk ais krim Malaysia.

Assalamu'alaikum.

Guna white vanilla untuk ais krim Malaysia.


Ini adalah white vanilla yang aku gunakan dalam pembuatan ais krim aku. Aku buat ais krim Malaysia je. 😋😋😋 




Biasanya, aku hanya gunakan esen vanilla brand Star yang dalam botol kecil tu. Tapi selepas kakak aku belikan white vanilla ni, akupun mula la gunakan yang ini pula. Simple je botolnya. Mungkin ini jenis isian semula.


Image may contain: dessert and food


White vanilla ni bau dia wangi sangat dan rasanya macam ais krim branded yang kita beli tu. Tapi, harga dia agak mahal. Untuk 500 ml, harga dia dalam RM18. Yang aku punya ni, kakak aku belikan yang satu liter. Sudah tentulah harganya menjadi mahal sekali ganda. Takpe la. Nak cuba kelainan, kenalah berkorban apa sahaja, kan? 


Image may contain: food

Image may contain: food


p/s: Doakan moga ada orang suka dan rajin beli ais krim Malaysia yang aku buat ni. Terima kasih di atas segala doa kalian. Moga Allah murahkan rezeki kita semua dalam mencari sedikit rezeki. Aamiin.
.

Tuesday, August 27, 2019

Demi mencari sedikit rezeki..

Assalamu'alaikum.

Demi mencari sedikit rezeki.


Bukan senang nak senang. Dan bukan susah nak susah. Begitulah ayat yang selalu kita dengar. 


Bukan senang nak cari rezeki. Jadinya, apabila ada yang nak beli kelapa ni, aku jual aje la. Lagipun buah kelapa ada je kat belakang rumah ni. Tapi, jenuh la aku mengopeknya sampai melecet tapak tangan. Maklum la, dah lama tak kopek kelapa. 😂😂😂


Ada orang nak beli 10 biji kelapa. Makanya, jom la kita mulakan kerja. Mulakan dengan baca Bismillah ya. 😊😊😊



 ^
Letak kelapa dalam besen ayan ni supaya kelapa tu tak bergerak-gerak dan untuk mengelakkan kaki terkena tujah dengan pengopek kelapa tu.
v


 ^
Orang nak beli 10 biji tapi aku lebihkan la sikit. Mana la tau kot ada pulak buah kelapa yang tak elok isinya. Tu bawah jari tu dah melecet dah haa.. Dah keluar gelembung air dah pun.
v
^
Dah siap kopek, terus je pi hantar ke rumah orang tu. Dapat pulak tiga biji buah durian. Alhamdulillah. Dapat rezeki berganda.
v


Alhamdulillah. Dapat la lima belas ringgit. Siapa nak bagi kalau tak buat kerja, kan? Hilang penat apabila dapat duit hasil dari titik peluh sendiri. 😉😉😉 Walaupun nilainya tidaklah sebesar mana tapi ia amat bermakna untuk orang yang hidup sederhana macam aku ni. Banyak benda boleh beli dengan nilai lima belas ringgit ni. 




p/s: Jika rajin berusaha, pasti rezeki sentiasa ada. InsyaAllah.
.

Tuesday, August 20, 2019

Video: Cara buat pola baju kurung moden

Assalamu'alaikum.

Video: Cara buat pola baju kurung moden.


Untuk siapa yang nak belajar menjahit atau yang baru mula menceburkan diri dalam bidang jahitan, boleh la follow Sue Badrul ni di facebook ataupun di Youtube.





p/s: Senang ikut cara dia. Cara dia buat pola asas tu lebih kurang macam aku buat. Mungkin kitorang belajar di tempat yang sama kot. Ehh..! Haha.
.

Sunday, August 18, 2019

Kebun nenas sekangkang tikus. 😁

Assalamu'alaikum.

Kebun nenas sekangkang tikus. 😁


Sekarang ni, agak malas nak update blog. Nak blogwalkingpun takde mood. Apatah lagi nak tinggalkan komen. Maaf la ya. Sejak kebelakangan ni, banyak sangat fikir sampai tercicir-cicir banyak perkara. Haha.


Okay la, aku cuma nak letak gambar pokok nenas dalam pasu aku ni je. Gambar sebelum dan selepas daun nenas tu aku trim. Ada orang kata, jika nakkan buah nenas tu besar, kenalah buang daun di bahagian bawah tu. Lepas tu, letak baja dan siram. Lepas tu, tak payah siram dah. 


Jangan buat pokok nenas tu macam pokok bunga pulak. Pokok bunga memang kena siram pagi dan petang kecuali waktu hujan tapi pokok nenas ni, tak payah siram selalu. Kalau siram selalu, nanti pucuknya lecur. Biarkan aje dia macam tu. Siram dua kali seminggupun dah memadai dah. Tapi pokok nenas aku ni memang jarang sangat bersiram. Malas sangat aku nak jaga beria. Bajapun jarang sangat. Ikut dia la berbuah bila. Haha.






Selepas dibersihkan, barulah sedap sikit mata memandang. Takde serabut sangat dengan daun yang terkulai sana sini.





p/s: Okay, selesai sudah update blog. Haha.
.

Sunday, August 4, 2019

Hari Peneroka 2019: Throwback.

Assalamu'alaikum.

Hari Peneroka 2019: Throwback.


Kisah dah lama tapi baru sekarang nak masukkan dalam blog. Maklum la, hari tu kan ada isu panas. Jadinya, biarlah reda dulu isu tu, baru la boleh kongsi dalam blog. Kah..!


Takde apa nak ceritapun. Sekadar nak letakkan dua tiga keping gambar je sebagai tanda akupun ikut serta rombongan ke Felda Selancar 3 hari tu. Dah letak gambar kat sini, boleh la delete gambar dalam folder. 😀😀😀


 ^
Tayar belakang bas meletop terlanggar apa entah. Terpaksa berhenti untuk tukar tayar. Mujurlah kejadian berlaku ketika masih di dalam bandar Bentong. Buatnya dia meletop di tengah jalan yang sunyi, gelap dan sepi, macam mana? Syukurlah Allah masih melindungi perjalanan kami.
v



 ^
Kerusi banyak bersusun. Meriah sungguh susunan kerusi tu. Heh.
v


Tahniah buat semua penduduk Felda Selancar 3 atas kemenangan menjuarai AKKF tahun ni. 


p/s: Jauh perjalanan, luas pemandangan. Badan letih. Matapun mengantuk. Haha.
.

Friday, August 2, 2019

Moh ler kita kucai mengucai.

Assalamu'alaikum.

Moh ler kita kucai mengucai. 


Ini perkongsian aku dalam grup #KBJTS. Ada tips dan info fasal penanaman pokok kucai. Ada dari aku dan ada juga dari ahli grup. Kita kan dalam satu grup. Seharusnya saling bekerjasama dan bantu-membantu serta tidak kedekut ilmu. Gitu... 😀😀😀


Aku kongsikan semula gambar yang aku post kat grup KBJTS tu  ya. Harap tak jemu la asyik tengok pokok kucai je. Haha.









Aku tanam pokok kucai guna tanah macam kat bawah ni. Tanahnya jenis peroi dan mudah digembur. Tanah hitam tapi dah siap campur dengan bahan organik yang lain. Satu kampit besar tu, harga dia RM12. Ni harga kat tempat aku la. Mungkin kat tempat lain harganya lagi murah ataupun lagi mahal. Ini hanya tanah sahaja ya. Baja tetap kena letak. Jangan pulak ingat tanah ni dah siap campur baja.




Sebenarnya, untung tanam pokok kucai ni sebab dia tak banyak songeh. Dia mudah sangat hidup dengan syarat tanah kena sesuai dan rajin letak baja. Siram tu memang kena buat selalu la. Dah namanya pokok hidup, tentulah kena siram. Kalau tak nak siram, baik beli pokok plastik yang viral tu. Dah la harga mahal kedaruk tapi tak beri apa-apa manfaat pada bumi dan alam sekitar. Buat bazir duit je. Opppss...! 




Pokok kucai ni, cepat je naik balik daun dia selepas dipotong. Kalau pagi kita potong batang dia, menjelang tengah hari, dah naik dah daun yang baharu. Macam gambar bawah ni, pagi aku potong, tak sampai tiga jam, dah keluar daun baharu. Sekarang, dah panjang jari telunjuk dah daun tu. Alhamdulillah. Ni la namanya rezeki.




Dah tiga hari berturut-turut aku masukkan daun kucai dalam sayur yang aku goreng. Mula-mula, aku campurkan dalam taugeh kasar. Esoknya, aku masukkan pula dalam sayur pak choy. Dan tadi, aku masukkan dalam kobis bunga pulak. Tapi yang ni aku tak ambil gambar. Malas pulak asyik ambil gambar je. Heh.






So, tunggu apa lagi. Jom la tanam pokok kucai. Mudah je hidup pokok ni. Aku jual daun dan anak pokok kucai ni tapi jual untuk orang yang dekat kawasan rumah aku je la. Nak jual anak pokok secara pos, takut pulak pokok tu rosak. Kang tak memasal orang kata aku tipu. Dah la kos pos mahal. Sebelum kena kecam, baiklah hentikan. Tapi kalau ada yang sungguh-sungguh nak beli anak pokok kucai ni dan sanggup tanggung kos serta risiko, aku boleh je jual. Dapat jugak aku sedikit income. 😛😛😛


Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Moga rezeki aku dan kita semua semakin murah dan melimpah ruah. Aamiin.


.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)