Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, September 5, 2010

MENGHITUNG HARI: Apsal cepat sangat nak raya ni... =D

Assalamualaikum....

Japp ehh... Aku nak kira baper hari lagi nak raya ni... Makin "terdesak" dah aku ni... Bukan terdesak nak raya, tapi terdesak mengejar masa daaaa..... hahaha...


Hari ni hari Ahad.... kann.... Ye la Ahad, tengahari tadi aku tengok Melodi... ;p


Esok hari Isnin.... kannn.... Budak-budak sekolah dah cuti kan... Siapa yang kena kerja tu, kerja aje laa... Jangan nak bersungut ehh.... kehkehkeh....


Lepas tu hari apa ehh... Selasa.... kannn.... Ha'ah laa.... Hari Selasa ni aku kena pergi pekan sari, nak beli barang-barang dapur. Segala jenis bawang dah habis dah kat rumah ni... =)


Lepas Selasa, hari Rabu... kaannn.... Malam tu ada drama Gelora Di Hati Sara... hikk...


Pastu hari Khamis... kannnn... kannn... kannn.... Khamis ada pekan sari lagi... Kalau tak raya laa...


Khamis kita raya ke..?? Tak kottt....


Jangan la raya dulu...


Raya hari Jumaat ehh....??


Alaaa.... Apsal lak raya hari Jumaat...


Kalau raya hari Sabtu boleh tak ehh....


Boleh laa..... boleh laa.... boleh laa ehh... pelisss.....


Boleh tu memang boleh laa....


BOLEH BLAH.....!!!!


Muahahahahahaha......


Nota aku: Jahitan aku dah nak habis dah.... Yabedaaaa beduuuuuuuu... Tak sabar nak buat kuih raya ni... (konon-konon teruja sangat la ni... hahaha...).

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)