Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 31, 2016

Takdo kojo caghi kojo.

Assalamu'alaikum.

Takdo kojo caghi kojo.


Ni la namanya takde kerja cari kerja. Ada kerja tak buat-buat. Dok la pi buat benda lain. Hahaha.




Kiranya ni entri penutup untuk tahun 2016 la ni. Esok dah tahun baru dah. Selamat tahun baru untuk semua yang follow dan baca blog aku ni. Terima kasih banyak-banyak atas setiap kebaikan anda. Mohon maaf jika ada salah silap ya. Moga tahun 2017 yang bakal menjelang ini membawa seribu rahmat dan keceriaan untuk kita. Aamiin.




p/s: Saja la dok ceriakan hati sendiri. Hehehe.

Saturday, December 24, 2016

Pertama kali buat kuih kasturi/kuih kacang frozen.

Assalamu'alaikum.

Pertama kali buat kuih kasturi/kuih kacang frozen.


Ini merupakan kali pertama dalam percubaan aku untuk membuat kuih kacang frozen ni. Memandangkan harga kuih ni dah mahal iaitu RM2 untuk lima biji kuih yang kecil, baiklah aku belajar buat sendiri. Kuih kacang aku ni takde sukatan khas sebab aku main redah je buat. Haha.


 Mula-mula, aku rendam kacang hijau ni dalam masa 2 jam. Lepas tu, aku mulakan sesi merebus. Apabila kacang dah mula pecah, aku masukkan 4 ketul gula kabung/manisan yang kecil tu dan sedikit garam halus. Biarkan air kering sedikit sebelum masukkan kelapa muda parut. Kacau sebati dan tutup api dapur. Biarkan sejuk barulah masukkan tepung gandum.


 Batter untuk celupkan kuih kacang. Aku gunakan campuran tepung beras, sedikit garam, sedikit kunyit serbuk dan air. Bancuh sebati. Bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair tapi bancuhan batter aku ni agak pekat sedikit. 


Disebabkan adunan agak lembik walaupun sudah dicampurkan dengan tepung gandum, maka aku gunakan kaedah seperti di dalam gambar.
v


Untuk menggoreng, mula-mula aku letakkan sedikit minyak dalam kuali non stick ni tapi lepas tu, aku sapu minyak tu dan goreng separuh masak tanpa minyak. Tak nak la gunakan minyak sebab nanti nak kena goreng guna minyak yang banyak pulak.


 ^
Goreng separuh masak tanpa minyak. Masa ni batter agak pekat sedikit.
v


 ^
Ni la hasilnya kuih kacang frozen aku yang digoreng tanpa minyak. Dapat banyak tu. Berbaloi buat sendiri daripada beli yang dah siap. Haha.
v


p/s: Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu dalih. Semuanya bergantung pada kemahuan diri sendiri samada rajin atau malas. Jika nak berjimat, eloklah buat sendiri.

Wednesday, December 21, 2016

Den dah torai tanam dah...! Part 2.

Assalamu'alaikum.

Den dah torai tanam dah...! Part 2.


Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Cuba lagi untuk kali yang kedua. Haa, ni nak cuba la ni sebab masa kali pertama dulu, lain jadinya. Haha.


Ini merupakan kali kedua dalam percubaan menanam togey. Masa kali pertama dulu, tak menjadi dan aku terus tanam togey tu dan jadilah dia pokok kacang hijau.  Harapnya, kali ni aku berjaya la. Malu weii tanam togeypun tak lepas. Hahaha.


Kali ni tanam togey buat cara lain pulak. Kan macam-macam cara yang ada. Akupun ikut je la cara aku. Heh.


Aku mulakan eksperimen ni pada hari Ahad, 18/12/2016. 


 Macam biasa la. Rendam kacang hijau semalaman. Buang biji kacang hijau yang timbul.


 Keesokannya, toskan kacang hijau tadi.


 Sementara tu, sediakan tapisan untuk jadi tapak semaian pokok togey nanti. Lapikkan dengan beberapa helai tisu dapur.


 Kemudian, taburkan kacang hijau tadi ke dalam tapak semaian dan ratakan kacang hijau tersebut.


 Seterusnya, ambil beberapa helai tisu dapur dan tutup kacang hijau tadi.


 Tutup semua bahagian.


 ^
Kemudian, letakkan tapisan tadi di atas sehelai kain batik dan bungkuslah bekas tu sekali. Akhir sekali, letakkan di dalam tempat gelap. Macam aku punya ni, aku letakkan dalam kabinet dapur.
v

--------------
Update.
21/12/2016


Pagi selepas subuh, terus aku tengok pokok togey aku tu dan apabila aku buka je bungkusan kain tu, terkejut la jugak sebab tengok ada pokok togey yang dah tinggi dan menolak kertas tisu penutup tu. Sepatutnya kena tindihkan sikit atas togey ni supaya pembesarannya tidak tinggi tapi aku tak tindihpun. Namanya eksperimen, maka aku buat aje la ikut cara aku. Haha.







Siram pokok togey ni tiga kali sehari, pagi, petang dan malam. Buka lipatan kain batik tadi untuk menyiram. Siram je atas lapisan tisu yang tutup togey tu. Toskan air dia ataupun letakkan bekas berisi togey tu atas besan supaya air siraman tu menitis keluar. Lepas siram tu, bungkus balik semula dan letakkan ke tempat gelap tadi lagi sekali. Buat berulang kali selama tiga hari berturut-turut. 


Aku semai pokok togey ni dengan menggunakan kacang hijau dalam gambar kat bawah ni yang merupakan hasil dari eksperimen yang aku buat dulu. Kisahnya ada di sini dan jugak di sini





Aku bagi togey ni kat jiran sebelah. Lepas tu, aku bagi sekali satu bungkus bihun. Aku cakap kat akak tu; nanti akak goreng la bihun ni. Lepas tu, bagi la kita semangkuk. Akak tu tanya nak letak rencah apa. Aku jawab; alah, letak ikan bilispun takpe. Sempoi je dah la. Hahaha.


p/s: Lepas ni, nak buat eksperimen lagi sebab aku masih tak puas hati dengan hasil kali ini. Kali ni, aku nak gunakan kacang hijau yang beli kat kedai tu pulak dan aku nak tindih bekas semaian pokok togey tu nanti dengan benda yang berat sikit. Nak jugak tengok macam mana hasilnya nanti.

Sunday, December 18, 2016

Popcorn sebagai door gift.

Assalamu'alaikum.

Popcorn sebagai door gift.


Hari tu, pergi kenduri kawen anak jiran. Dapat la satu bekas popcorn ni. 





Bagus jugak bagi door gift macam ni. Takde la serabut nak sediakan goodies bag semua tu tapi isi kat dalam beg tu entah apa-apa. Baik bagi je popcorn ni. Senang nak susun. Senang nak pegang. Senang nak bawa balik. Senang nak ngap! Hahaha.




Siapa berminat nak order pop corn untuk majlis, boleh la cuba jenguk page Wanie Sweet PopCorn ni. 




p/s: Aku tak kenalpun dorang ni tapi saja la nak promot bisnes kecil dorang. Moga satu hari nanti, bisnes yang kecil ini akan menjadi besar. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Friday, December 16, 2016

Coleslaw buatan sendiri.

Assalamu'alaikum.

Coleslaw buatan sendiri.


Gambar coleslaw yang aku buat ni dah lama dah aku ambil. Sejak 18/11 hari tu lagi. Ingatkan lepas ambil tu, terus la nak buat entri berkaitan tapi sampai sudah, entri entah ke mana. Dah nak dekat sebulan dah gambar dok terperap dalam folder. Haha.


Sebenarnya, aku ternampak entri ni lalu kat timeline aku yang di-ping-kan oleh Cik Epal. Esoknya, terus je aku buat coleslaw ni tapi aku olah la bahan yang digunakan sebab bahan yang ada kat dapur aku tak lengkap macam resepi Cik Epal tu. Takkan bahan tak sama, tak boleh buat kot? Jangan nak mengada-ngada sangatlah aihh. Buat je ikut cara sendiri. Haha.


Dah, jom tengok gambar coleslaw aku pulak. Amaran ya. Gambar coleslaw buatan aku ni sememeh je. Malas aihh nak buat cantik-cantik ala chef tersohor. Heh.


 Aku cuma ada bahan ni je. Kobis tu pun dah mula kecut dah tapi aku buang bahagian luar dia. Aku ambil bahagian dalam yang masih lagi elok. Bawang besar tu aku gunakan sebiji je. Kobis tu pulak suku je. Lemon dua hiris je.


 ^
Hiris kobis dan bawang besar tadi. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Masukkan dalam bekas yang ada tutup. Gaul rata dan masukkan serbuk lada hitam. Lepas tu, perahkan hirisan lemon dan gaul sebati.
v


 ^
Kemudian, masukkan 3 sudu makan mayonis. Kacau sebati dan masukkan pula bancuhan susu tepung. Aku takde susu segar. Maka, aku gunakan aje susu tepung yang ada kat dapur aku. Aku gunakan 1 sudu makan susu tepung yang dibancuh dengan 1/4 cawan air masak.
v

 ^
Kacau rata semua bahan. Jika nak letak garam, boleh la letak barang secubit. Rasa dulu sebelum tutup bekas tadi dan simpan sekejap dalam peti sejuk. Aku simpan sekejap je. Asal sejuk je. Lepas tu, terus aku ngap! Haha.
v


p/s: Sedap weii coleslaw buatan sendiri ni. Tak percaya? Buat dulu maa, baru tau penangannya. Haha.

Thursday, December 15, 2016

Sup fucuk bersama kentang dan suhun.

Assalamu'alaikum.

Sup fucuk bersama kentang dan dan suhun.


Ini cerita beberapa hari lepas. Tak ingat dah hari apa masak sup fucuk ni. Hehe. Dah, jom tengok bahan yang aku gunakan dan cara aku masak sup fucuk ni. Lain orang, lain cara masaknya, kan? Jadinya, tak payah nak buat muka pelik sangat aihh tengok cara masakan orang lain. Heh.


 ^
Bahan yang diperlukan dan fucuk serta suhun yang direndam. Abaikan besen aku yang dah herot-berot tu. Ada aku kisah? Hahaha.
v


 ^
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah, ikan bilis dan rempah sup. Aku kurangkan sikit kulit kayu manis dan bunga lawang. Kacau sebati.
v


 ^
Tunggu sehingga bahan tadi layu dan berbau harum. Lepas tu, boleh la masukkan kentang. Kacau sebati.
v


 Dengan menggunakan api yang kecil, tutup sekejap periuk tadi. Tujuannya supaya kentang tu cepat sikit lembut. Kentang ni ada jenis yang lambat nak empuk.


 ^
Lepas tu, masukkan air ikut sukatan yang kita kehendaki. Kacau rata.
v


 ^
Apabila kuah sup dah mendidih, masukkan pula fucuk dan suhun yang telah direndam tadi. Kacau sebati.
v


Apabila kentang dah mula empuk, boleh la masukkan sedikit garam kasar. Nak letak serbuk lada hitampun boleh juga. Rasa dulu sebelum tutup api. Dah siap!


Memang dah lama sangat aku tak makan fucuk ni. Apabila sesekali buat, dia punya kesedapan tu, perghh...! Hahaha.


Fucuk ni kena rendam lama supaya dia jadi lembut dan tidak liat. Jika rendam sekejap, kena masak lama sikit la. Kalau tidak, nanti kita kunyah dia macam kunyah getah pulak. Melantun-lantun. Haha.


p/s: Menu yang sangat ringkas dan mudah untuk dibuat. Jika ada alasan lagi seperti malas nak masak, tak tau la nak cakap tahap kemalasan tu macam mana.

Monday, December 12, 2016

Alhamdulillah. Sukanya hati kita. :)

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Sukanya hati kita. :)


Bahagia itu bukan dilihat dari apa yang kita ada tetapi sikap kita terhadap apa yang kita ada. Jangan dengki. Kadang-kadang kita tak dapat satu benda tapi Allah bagi kita rezeki yang lain. Alhamdulillah.


Ni gambar bunga orkid yang diambil dua hari lepas. Mulanya saja la aku pi melawat kawasan sini. Alih-alih terbau wangi semerbak je. Ingatkan pokok anggerik hutan yang berbunga tapi takde pulak nampak bunga dia. Rupanya pokok orkid ni yang berbunga. Dua-dua pasu pulak tu keluar bunga dia. Rasanya dah dekat setahun atau setahun lebih pokok orkid ni tak berbunga. Kali ni elok pulak dia keluar bunga tanpa aku sedar masa bila tangkai bunga tu keluar. Alhamdulillah. Rezeki aku la ni, kan? Sukanya hati kita. Haha.






Sebenarnya aku takde la jaga sangat pokok-pokok orkid aku ni. Sebabnya, aku dah macam-macam letak baja tapi dorang malu nak keluarkan bunga. Sudahnya, aku biarkan aje dorang. Ikut suka dorang la masa bila dorang nak keluarkan bunga dorang tu. Aku dah malas dah nak paksa. Haha.




Bunga orkid yang ini tak tahan lama lebih-lebih lagi jika kena timpa dek air hujan, cepat je bunga dia berubah warna dan layu. Sebab tu la jika dia dah keluarkan bunga, cepat-cepat pergi hidu dan ambil bau wangi bunga dia tu. Ambil aura positif gitu. Hahaha.






Tak perlu nak beli barang branded yang mahal-mahal untuk ceriakan hati. Dapat tengok pokok orkid keluarkan bunga dia ni pun dah buatkan hati aku suka yang amat sangat. Haha. Satu terapi jiwa dan minda yang tiada ternilai harganya. Syukur alhamdulillah. 


p/s: Berhentilah menyebut nasib baik. Takde faedahpun sebut ayat macam tu. Gantikan ayat nasib baik tu dengan Alhamdulillah. Pahalapun dapat.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)