Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Assalamualaikum...

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Alhamdulillah...

Pagi semalam, aku dengan mak dan abang berkesempatan singgah di sini.. Sebenarnya memang dah agak lama aku teringin sangat nak masuk kawasan ni. Asal ke bandar je, mesti mata aku pandang kawasan rumah tu tapi singgahnya tak pernah... huhuhu... Namun akhirnya rezeki itu datang juga hari ni.. Terasa lega di hati kerana hajat kecil aku yang selama ini aku simpan sudah aku lunaskan..

Kami tak jumpapun dengan budak-budak yang tinggal di sini.. Kami cuma jumpa pengurus pusat jagaan ni je, menyampaikan hajat dan bertanya serba sedikit tentang penghuni di situ.. Menurut pengurus tu yang nama diapun aku tak tau, kini terdapat seramai 47 orang kanak-kanak yatim yang menghuni asrama ini.. Masa mula-mula dulu penghuni asrama ni cuma 24 orang sahaja..


Aku masuk kat rumah pertama tu.. 
Mungkin rumah untuk menyambut tetamu kott....


Daripada 47 orang itu, 26 orang terdiri daripada kanak-kanak perempuan dan selebihnya, 21 orang terdiri daripada kanak-kanak lelaki.. Umur mereka pula ialah dari 9 tahun hingga 17 tahun dan mereka semua bersekolah di enam buah sekolah yang berhampiran..

Menurut pengurus itu lagi, sasaran rumah jagaan kanak-kanak ini hanya dari kalangan anak-anak yatim sekitar negeri Pahang sahaja.. Setakat ini anak yatim yang paling jauh tinggal di sini datang dari Bera. Kanak-kanak tersebut kehilangan kedua ibubapa dalam kemalangan jalanraya.. Sedih dengar kisah budak tu.. Mujurlah aku tak jumpa dengan dia.. Kalau tak, tak tau la nak kata apa..

Tadi aku nampak ada beberapa kampit beras, beberapa botol minyak masak dan barang-barang lain kat ruang menyambut tetamu tu.. Mungkin itu semua sumbangan atau sedekah dari orang ramai.. Aku ingat nak ambil jugak satu dua gambar kat situ tapi segan la pulak... Bukan tujuan aku untuk menunjuk-nunjuk.. Tapi sekadar untuk menyedarkan sahaja.. Mana la tau kalau-kalau ada orang yang baca entry ni terbuka hati mereka untuk menderma lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia yang penuh keberkatan ini.. 

Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh la rujuk kat alamat kat bawah ni.. Tak pun call je dorang dan tanya macam mana nak sampaikan sumbangan tersebut jika sumbangan itu berupa wang.. Info tentang alamat ni aku ambil dari sini..


Pusat Jagaan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), 
Lot 4988, Jalan Cheroh Lama, 27600 Raub, Pahang.
No. Tel:09-3554241/03-42514975



p/s: Bukan senang nak ajak orang menyumbang untuk anak-anak yatim ni, kan... Nak kena pandai pujuk.. Kalau tak pandai pujuk alamat tak jalan la.. Tapi kalau ajak buang duit tengok wayang tu laju je masing-masing... huhuhu...

Sunday, July 29, 2012

Menu Ramadhan hari ke-9: Mee sup Omak...

Assalamualaikum...

Menu Ramadhan hari ke-9: Mee sup Omak...

Alhamdulillah...
Hari ni berbuka dengan mee sup buatan omak...
Simple je mee sup omak aku ni...
Just sup tulang-tulang ayam dan sayur sawi je...
Takde nak letak macam-macam bahan dalam tu...
Bawang gorengpun takde...
Cukup sekadar sambal kicap sebagai penambat selera...


Nyummm3....

Lepas tu, aku dok pulun sebiji buah kuinin...
Sedapnyaaaaaaaa la haiihhh....
Penetik buah kuinin memang macam ni...
Hehehe...
Terima kasih kat kakak ipar aku yang bagi kuinin ni...


Selamat berbuka puasa semua... :-)



p/s: Terima kasih mak... Lebiu wantutriporever... :D

Bila anak kucing pandai berkata-kata... :D

Assalamualaikum...

Bila anak kucing pandai berkata-kata... :D

Hari tu Lana ada tinggalkan mesej kat shoutbox.. Mesej dia ialah suruh aku letakkan gambar anak-anak kucing aku ni kat blog.. Sebelum ni aku cuma letakkan gambar kat wall page fesbuk aku je..

Jadinya, kali ni aku letakkan la beberapa keping gambar anak-anak kucing aku tu kat entry ni.. Cuma bezanya, kali ni dorang dah pandai bercakap.. Bukan setakat bercakap je, membebelpun dorang pandai... hahaha...











Banyak lagi gambar dorang adik-beradik ni.. Itu belum masuk gambar sepupu-sepapat dorang lagi.. Penuh dah folder aku dengan gambar anak-anak kucing je.. Kalau tak gambar kucing, gambar makanan.. Kalau tak gambar makanan, gambar pokok-pokok... Okay la tu.. Kang kalau aku letak gambar aku, habis semua followers blog aku ni lari... Baik tak payah letak... kihkihkih...

Kat bawah ni ada video budak kecik sedang bercakap dengan anak-anak kucing tu.. Siap nak bagi lolipop lagi tu.. Layankan aje la ya... hehehe...




p/s: Bila boring, baik layan anak kucing... Bulan puasa ni agak malas sikit nak layan karenah orang... ekekekeke...

Saturday, July 28, 2012

Kalau tak cerewet, semuanya jadi mudah.. :)

Assalamualaikum...

Kalau tak cerewet, semuanya jadi mudah.. :)

Hari tu aku potong kain untuk baju kakak aku.. Ada empat pasang semuanya dan dua pasang daripadanya kain dari jenis yang lembut.. Sebelum potong tu, aku cuak jugak sebab risau kalau kain tu melorot je.. Selalunya kain dari jenis lembut lembik dan degil ni susah sikit nak potong..

Namun, untuk baju kakak aku ni, senang pulak memotongnya.. Takde nak sangkut-sangkut ataupun melekat.. Senang nak ejas.. Kerjapun jadi mudah.. Takde la macam masa aku potong baju seorang kastemer aku hari tu.. Sampai jatuh merudum mood aku masa potong kain dia tu.. Rasa serik sangat.. Dah la mood menjunam, badanpun ikut sengal-sengal..


Separa siap...


Mungkin sebab kakak aku bukan jenis cerewet, maka kain diapun ikut tak cerewet jugak.. Senang nak potong.. Masa akupun tidak terbuang banyak nak belek-belek dan pusing-pusing kain tu.. Sekejap tadi baru je aku siapkan sehelai jubah kakak aku tu.. Lega sebab kain yang lembik dah selamat dijadikan baju... Alhamdulillah...


Siap sepenuhnya... Alhamdulillah...

Kalau upah kat kedai, mau kena caj lebih untuk kain lembik macam ni.. Tapi ni upah kat adik sendiri, kurang la sikit harga dia.. Dah untung kat situ dah, kan.. ehehhh.. Ingat nak poww lebih sikit la... Bila lagi nak poww kakak sendiri, kan... kehkehkeh...

p/s: Kakak aku kata nak belikan aku sepasang kain untuk buat baju kurung untuk dipakai masa kenduri bulan sembilan nanti.. Kalau dia jadi belikan kain tu, tak jadi la aku nak poww dia.. Boleh gitu...?? Boleh aje.. hehehe...

Friday, July 27, 2012

Menu Ramadhan hari ke-6: Menu zaman Jepun..

Assalamualaikum....

Menu Ramadhan hari ke-6: Menu zaman Jepun..

Alhamdulillah... 
Kalau orang lain sibuk membeli pelbagai jenis kuih-muih di bazaar Ramadhan, aku hanya menggoreng ubi kayu sahaja.. Ubi kayu ni kakak aku bawa masa dia balik sini Jumaat lepas.. Jauh datangnya ubi kayu ni tau.. Dari Labis tuuu.. Lepas tu singgah pulak kat Trolak, lalu sambung perjalanan ikut jalan Cameron Highlands dan seterusnya masuk ke dapur rumah ni... hehe.. Mujurlah ubi kayu ni masih lagi elok isinya.. Mungkin sebab ubi kayu ni muda lagi kot.. Tu yang lambat masuk angin tu.. hikk... Kalau tak digoreng sekarang, takut nanti dibuang macam tu aje.. Rugi je nanti...


Ni baru lepas angkat ni.. Panassss.....!!!


Laju je aku berbuka puasa dengan ubi kayu goreng ni.. Lebih-lebih lagi bila dicicah dengan sambal kicap buatan kakak aku jugak. Ditambah pulak dengan air kopi panas buatan abang aku.. Pergghhh...!!! Betul-betul punya nikmat.. Cuma hari tak hujan je.. Kalaulah hari hujan, lagi la berganda-ganda terasa kenikmatannya... Alhamdulillah... :)

Sebut pasal ubi kayu ni, teringat balik kisah zaman Jepun yang mak aku selalu ceritakan.. Masa zaman tu, mak aku masih muda remaja lagi.. Masih belasan tahun.. Dan kerana kisah silam itulah yang buat aku lebih menghargai nilai secebis makanan dan sedetik keamanan...

p/s: Korang berbuka apa pulak..? Jangan cakap buka mulut yaaa.. Aku debik kang... hahahaha... 

Thursday, July 26, 2012

Almost done.. Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Almost done.. Alhamdulillah...

Sekarang ni aku dalam proses menyembat kesemua baju yang sudah dijahit.. Sebenarnya masih ada lagi beberapa pasang baju yang perlu dijahit dan dipotong. Rimas pulak aku bila tengok banyak baju bergayutan yang belum diselesaikan .. Tu yang berhenti menjahit guna mesin sekejap tu.. Bila dah setel semua kerja menyembat ni, aku sambung pulak menjahit guna mesin.. Mudah-mudahan apa yang aku rancang tidak terganggu.. Amin..







Antara yang dah siap... Alhamdulillah... Lega rasa hati... 
(Nampak macam banyak, tapi percayalah, upahnya sikit je sebab upah murah... huhuhu...)

Masih ada sepuluh pasang lagi baju yang perlu aku sembat.. Letihnya la haiihh duduk lama-lama ni.. Naik lenguh kejung betis aku.. Tapi tu la kan, bukan mudah nak cari duit ni.. Kenalah usaha sendiri.. Sampai bila nak harapkan bantuan dari gomen je sedangkan kita masih mampu untuk berusaha.. Bak kata mak aku, duit ni kalau bagi berbuntil pun, tetap tak akan cukup... Lagi-lagi duit free, bagi sekali nak lagi.. Bagi betis nak peha, ya tak..? Ada je alasan masing-masing untuk dapatkan ataupun minta duit free tu.. Kita ni kenalah pandai mengatur perbelanjaan... Kalau belanja ikut nafsu, memang lesu la jawabnya... ehehh...

Orang kerja gomen dan pesara dapat duit raya, kan..?? Alhamdulillah, rezeki untuk mereka.. Yang tak dapat tu (macam aku ni..), tak perlu nak iri hati... Mungkin rezeki kita kat tempat lain... Bersyukur dengan apa yang ada, okay.. Gunakan tulang empat kerat kita untuk mencari rezeki yang halal.. Jangan gunakannya untuk membelasah atau menyepak orang.. huhuhu..

p/s: Okay la, aku nak sambung menyembat.. Tersengguk-sengguk dah ni haaa... Mata dah mula kelabu.. Mulut asyik menguap je.. adehh... Ni kalau tetiba ada orang main mercun, mau segar terus mata aku... hehe.. Dapat lelap sekejap-pun okay kot.. Cuma takut lelapnya jadi sejam dua je... hahaha...

Wednesday, July 25, 2012

Menu Ramadhan hari ke-5: Ala kadar sahaja...

Assalamualaikum...

Menu Ramadhan hari ke-5: Ala kadar sahaja...

Aku baru selesai menyediakan menu untuk berbuka puasa petang ni...
Simple je...
Just sambal goreng ikan kembung berencahkan terung dan salad kobis...
Jadi laa...
Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang Allah berikan...




Bulan puasa ni tak perlu nak masak macam-macam...
Nanti tak habis...
Kan membazir je nanti...
Bukannya ramai kat rumah ni...
Cuma tiga orang je...
Kalau ada adik-beradik balik, itu lain cerita la, kann...
Mesti macam-macam menu ada...




Lauk sardin hari tu masih ada lagi...
Padahal cuma masak sardin tin kecil tu je...
Sayur pucuk paku goreng malam tadipun masih ada...
Padahal sayur tu la yang menjadi kegemaran...
Tapi bulan puasa ni, semuanya tak kehabisan walaupun masak sikit je..
Nampak gayanya jadi rezeki ayam la...


p/s: Mata berpinau dok menyembat baju... Tu yang melambak buat salad kobis tu.. Konon-kononnya nak bagi mata ni segar balik laaa... kehkehkeh....

Saturday, July 21, 2012

Dulu masa kecik-kecik...

Assalamualaikum....

Dulu masa kecik-kecik...

Dulu masa kecik-kecik, kalau tak bangun sahur, esoknya mesti tak nak puasa.. Alasannya sebab tak makan nasi. Mana larat nak puasa kalau tak makan nasi, kan... huhuhu...

Dulu masa kecik-kecik, bila mandi atau basuh muka je mesti kerap berkumur. Sebenarnya bukan nak berkumur sangatpun tapi berkumur sebab nak telan air kumuran tu walaupun air tu air kolam. Konon-kononnya tertelan air tu... hahaha... Patut la dari pagi sampai waktu berbuka muka segar-bugar je... kehkehkeh...


Letihnya puasa...


Dulu masa kecik-kecik, kalau terkorek hidung je, terus pergi minum air.. Lepas tu bila mak tanya, ko tak puasa ke..? Akupun jawab la, tak.. Pastu mak tanya lagi apsal tak puasa.. Kan tadi dah makan masa sahur.. Selamba je jawab, tadi terkorek hidung.. hahaha... Sekarang ni kadang-kadang tu ralit je korek hidung, pastu dah selesai baru teringat, ehh.., aku puasa laa.. Teruskan aje la puasa sebab tak ingat, kann... :D


Takkan kitapun kena puasa jugak kotttt.... huhuhu....


Itu semua kenangan masa zaman kecik-kecik dulu... Setiap orang pasti ada kenangan berpuasa semasa kecil dulu. ya tak? Ada jugak orang yang terkentut, lepas tu dia terus buka puasa dia... hehehe.. 

Awal pagi tadi aku cuma bersahur dengan air kosong dengan dua ketul kuih cakar ayam dan tiga ketul biskut oreo je.. huhuhu... Tak sampai hati nak makan nasi sebab tengok nasi macam tak cukup je sedangkan ramai lagi yang belum makan... Biarlah anak-anak buah yang makan sebab nanti kalau dorang tak makan nasi, takut nanti dorang tak nak puasa macam aku kecik-kecik dulu.... hehehe... 

p/s: Bulan puasa ni ramai la yang diserang penyakit bermusim... Jangan cari alasan untuk tidak berpuasa walaupun tidak bersahur... Yang penting niat tu jangan lupa baca... Niat puasa tau, bukan niat berbuka.. ;)

Friday, July 20, 2012

Selamat datang wahai Ramadhan...

Assalamualaikum...

Selamat datang wahai Ramadhan...


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia terutama sekali kepada pengunjung dan pengikut setia blog ini, juga pada semua teman di fesbuk.. Sempena kedatangan Ramadhan 2012 yang mulia ini, ingin aku mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap samada yang tidak disengajakan, apatah lagi yang memang sengaja dilakukan.. errrrr...




Semoga Ramadhan kali ini membawa sedikit sebanyak peningkatan dalam kebaikan dan dapat mengurangkan mana-mana yang tidak berapa nak baik tu.. huhuhu...


"Ya Allah.. hamba-Mu ini memohon keampunan kepada-Mu. Ampuni dosa-dosa kami. Tetapkan diri kami dalam agama suci Islam ini. Bersihkan hati kami dan pimpinlah ia ke jalan Iman dan Takwa. Berikan hati kami rasa cinta yang tinggi kepada-Mu Ya Allah. Jadikan kami umat Islam yang sentiasa merindui, mengasihi dan meneladani Rasul Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.


Ya Allah.. Pilihlah dan izinkanlah kami menikmati syurga-Mu yang telah Kau tetapkan kepada para Rasul, para Anbiya’, para Solihin, para mujahidin, para mukminin yang Kau redhai.. agar dapat kami merasai nikmatnya bersama menyambut dan menjawab salam-Mu di akhirat kelak Ya Rabb. Ya Allah.. yang kami mohon setulus jiwa, setulus raga, dengan seluruh kehidupan ini... ADALAH REDHA-MU ALLAH.. REDHAI KAMI DUNIA DAN AKHIRAT. Amin."
- [Sumber]




p/s: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna... Agar dapat kulalui dengan sempurna..

Thursday, July 19, 2012

Sendirian berhad punya frozen...

Assalamualaikum...

Sendirian berhad punya frozen...

Ingat lagi tak kat entry yang aku post minggu lepas..?
Tak ingat la tuuuu..., kan...?
(Cara ko tanya tu macam la entry ko tu meletops.... ahakkss...)
Tak ingatpun takpe la haiihh...
(Malu den... ehehhh...)

Apa kata korang gugel karipap bawang putih...
Cer (??) tengok apa yang keluar kat situ...
Kehkehkeh...

Kat entry tu aku ada bagitau yang aku nak buat karipap frozen, kan..?
So, akupun buat la...
Kali ni takde dah nak ikut sangat sukatan tu...
Main agak-agak je... ecehhh...
Maka dapat la dalam 60 ketul karipap tu..
Semuanya berintikan sardin dan kentang dengan berversi-kan karipap garfu...
No more karipap bawang putih..
Ahahaha...




Disebabkan untuk kegunaan sendirian berhad, maka kesemua karipap tadi tidak dimasukkan ke dalam plastik. Cukuplah sekadar susun macam kat dalam gambar tu dan cover dengan plastik supaya karipap tu tak sejuk sangat (bajet kelakar la tu.. ahakk...). Okay la kott... Ke, tak boleh buat macam ni..? Aku manatau pasal frozen food ni.. Pastu ikut suka hati aku je nak letak berapa ketul kat dalam pinggan daun pisang pelesu tu.. Sendirian berhad punya frozen la katakan... kehkehkeh...




Daripada lima pinggan, kini tinggal dua pinggan tu je.. Yang ni aku buat display je kat blog ni.. Tunggu kakak aku balik hari Jumaat ni baru nak goreng.. hehehe.. Seronok pulak dok buat karipap ni.. Jom sama-sama buat jom.. Boleh jugak buat untuk berbuka bila puasa nanti... Pastikan inti karipap yang kita masak tu tidak terdedah kepada lalat.. Lebih-lebih lagi jika inti tu ada udang kering ataupun sardin.. Memang kegemaran lalat untuk mengawan... Beringat sebelum kena... 

Rupa-rupanya adunan doh tu jika dibiarkan semalaman dan tutup dengan tuala kecil yang dibasahkan, adunan tersebut akan menjadi semakin lembut dan tidak liat.. Maksudnya, kita adun doh tu sebelum tidur, pastu esok pagi baru kita canai dan letak inti..

p/s: Hari tu aku tak larat nak buat terus, so aku biarkan dulu adunan doh tu berkelubung kat atas meja... Agak terkejut jugak sebab bila pegang je doh tu, rasa lembut semacam je.. 

Wednesday, July 18, 2012

Ada lagi..?? Aduuhaaii...!!! Sonyum yoo laa...

Assalamualaikum...

Ada lagi..?? Aduuhaaii...!!! Sonyum yoo laa...

Ingat lagi tak dengan entry aku yang dulu tu..? Alaaa, entry pasal kain kastemer aku yang tersalah potong tu laa.. Bukan aku yang tersalah potong okay.. ehehh.. Kalau tak ingat, boleh rujuk kat sini ya.. Kain dulu tu dah selamat dah aku jahit.. Dah bagi dah pun kat tuannya.. Dah dapat dahpun upah menjahit tu.. Amin.. hehe... 




Kali ni aku dapat pulak kain yang tak cukup inci.. Adoyaii.. Dugaan betul la.. Boleh pulak dorang (kedai) tu pergi sambung kain tu. Cuba perhatikan betul-betul gambar kat bawah ni haa... Mustahil la kastemer tu yang sambung sendiri kain tu, ya tak..? Aku dah siap ukur dah berapa inci yang kurang tu.. Tiga inci tuuuuu...!!! Ni sah-sah kecil la nanti ukuran untuk kain baju kurung kakak aku tu.. Errr..., sebenarnya ni kain kakak aku... huhuhu... Sian akak den kono tipu dek kodai tu.. 


Ko ada..??


Tak berkat la oiii jual kain macam ni.. Kembung la perut ko tu nanti... Pastu bila doktor belah perut ko, tup-tup ada kain bergumpal kat dalam tu.. muahahahahaa...

p/s: Geram betul la dengan orang yang tak jujur ni.. Betul-betul menyusahkan kerja aku... Cisss...

Rajin-rajin la mengemas... ehehh...

Assalamualaikum...

Rajin-rajin la mengemas... ehehh...

***
a- Anata wa doko ni imasu ka?
b- Ima ni imasu.
c- Nani ga mie-masu ka?
d- Ima no naka ni iro-iro na mono ga mie-masu.

Haha.. 
Faham tak..?
Ni la untungnya bila berkemas..
Kita akan jumpa apa yang tak pernah kita tengok sebelum ini selain dari jumpa duit syiling dua posen...

Dua posen...?
Tak berbaloi je rasa mengemas.. 
Lain la kalau jumpa duit kertas seratus hinggit terselit celah buku, kannn...
Ehehh...


Ni buku abang sulung aku kot.. Sebab dia sorang je yang dah pernah sampai Jepun sana...


Itu untuk orang yang mata duitan la..
Kalau aku, dapat belajar sesuatu yang baru itu dah rasa seronok sangat dah..
Kalau boleh aku nak kongsi dengan semua orang..
Tapi apakan daya, aku tak mampu nak buat macam tu..
Setakat kongsi sikit-sikit apa yang ada dalam buku ni dah memadai kottt...

***
a- Where are you?
b- I am in the sitting-room.
c- What can you see?
d- I can see many things in the sitting-room.

a- Anata wa tabako o sui-masu ka?
b- Iie, suri-masen.
a- Do you smoke?
b- No, I don't smoke.


p/s: haha = mother?? Lepas ni tak boleh la nak gelak guna haha... Kena tukar jadi hihi lak.. :D

Tuesday, July 17, 2012

Apa lagi, jual je laaa.. :)

Assalamualaikum...

Apa lagi, jual je laaa.. :)

Minggu lepas abang aku pergi rumah kakak kat Nilai tu... Lepas tu bila dia nak balik sini, kakak aku kirim kat dia satu beg plastik penuh dengan limau kasturi.. Limau kasturi yang kitorang bawak balik dulupun masih ada sikit lagi.. Kebetulan adik aku ada balik sini jugak.. Esoknya bila dia nak balik semula kat rumah dia, aku bagi limau kasturi tadi kat  isteri dia.. Aku suruh dia jual je limau tu.. Lagipun dia memang dah biasa jual hasil kampung ni kat lori ikan yang lalu pagi-pagi kat rumah dia tu..




Semalam, anak buah aku pulak balik sini.. Kakak aku sekali lagi kirim satu tong penuh limau kasturi tu kat dia.. Aku cakap kat mak aku, kita jual je la limau ni kat pasar.. Lagipun kawan mak aku ada berniaga hasil kampung kat pasar tu.. Dulu kitorang pernah jugak letakkan kacang botol(r) kat makcik tu.. Jadi takde masalah kalau nak letak limau kasturi ni kat dia.. Nanti bila dah habis, dia bagi la berapa ringgit yang dapat.. Tak kisah la berapapun, janji limau ni tak membusuk macam tu aje..




Kakak aku ada kebun kat Nilai tu.. Kat kebun tu ada durian, kelapa dan manggis.. Pastu selang-seli dengan limau kasturi ni.. Cuma kebun tu agak semak la sebab tak berjaga sangat.. Abang ipar aku tu memang jenis rajin menanam dan berkebun ni.. Tapi tu la, dia tak berapa sihat namun semangat dia tu masih lagi kuat untuk berkebun.. Dia boleh ngam dengan mak aku kalau bab berkebun ni.. hehe..

Orang yang sihat wal'afiat pulak lebih senang mengadap skrin komputer dari menolong membersihkan kebun tu.. Ehh.. Ehh.. Ehhh... Apa...? Apa..? Apa...? Hahaha....

p/s: Berbudi pada tanah, dapat la hasilnya.. kan... 

Sunday, July 15, 2012

Kipas untuk sejukkan kipas.. :D

Assalamualaikum...

Kipas untuk sejukkan kipas.. :D

Hamboiihhh....
Betul-betul tala (hala) kat dia je...
Mentang-mentang la jadi kesayangan, kannnn... ehehh...


Betul-betul tuju kat lubang kipas laptop tu.. haha...
(Abaikan nota tu.. Tu nak mengingatkan jangan asyik ngadap laptop je sebab jahitan banyak lagi.. ihikkk...)

Buat masa ni, memang kena hadapkan kipas meja ni khusus untuk sejukkan kipas laptop aku.. Takut aku kalau bunyi macam hari tu keluar lagi.. Kalau dengar radio online tu, kena gunakan kelajuan nombor dua.. Bukan apa, takut kipas laptop tu cepat panas je.. Tapi kalau setakat bukak fesbuk je, guna kelajuan nombor satupun tak apa... Dah tak berapa berani nak bukak banyak tab.. Serik den... ehehh...

Ni je la nak cerita.. Tak berani nak cerita lebih-lebih pasal laptop ni.. Kang dia merajuk lagi, jenuh aku nak pujuk.. Meroyan aku sorang-sorang kat sini minta bantuan.. Tapi bantuannya nan hadoo... Kena la cari jalan penyelesaian sendiri... Nasib badan, apo nak dikato... ;p

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil Dell yang sudi melayan pertanyaan aku.. Kitorang main balas-balas mesej kat fesbuk.. hahaha... Aku tanya dalam Bahasa Malaysia, dia jawab dalam Bahasa Inggeris.. Tak kisah la nok, janji dua-dua faham.. kehkehkeh... Sedikit sebanyak perbualan itu dapat membantu aku yang dalam kekusutan.. Korang yang nak beli laptop baru tu, silalah beli Dell.. Layanan online dorang memang tip top.. Patut la anak-anak kakak aku semuanya pakai Dell ni.. Tapi kan, sampai sudah aku tak tau wakil Dell tu lelaki ke perempuan.. hihihi... 

Sebahagian daripada perbincangan... ecehhh.... haha...


p/s: Bil letrik dah mula mencanak naik dah ni.. Turunnya tak pernah.. Naik semedang.. aalaaahaiii...

Saturday, July 14, 2012

Kalau dah namanya mengidam...

Assalamualaikum....

Kalau dah namanya mengidam...

Ada budak tomboy datang rumah nak beli buah mangga.. Dia kata kakak dia mengidam.. Pastu akupun cakap la kat dia, tak payah beli la dik.. Ambil la setangkai tu... Akak bagi je.. Orang mengidam bukannya makan banyak manapun, kann...

Dia kata jiran dia ada buah mangga ni, tapi jiran tu tak nak bagi.. Mungkin jiran dia tu takut buah mangga tu busuk kalau dibuat cicah agaknya.. Alaaahaaaiii..., itupun nak berkira..


Gambar lama.. Malas nak cari gambar lain.. :)


p/s: Dengan jiranpun nak kedekut.. Esok lusa kalau sakit, jiran tu jugak la yang membantu.. Entah-entah anak yang mengidam, yang kat dalam perut tu yang datang dulu menghulurkan bantuan (bila dia dah besar laa..)..


Tepuk tangan... :D

Assalamualaikum...

Tepuk tangan... :D

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...

Kalau kita gembira, begitulah caranya...

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...


Large Clapping Hands


Yang pergi tepuk tangan tu buat apa.. Patutnya tadah la tangan tu.. Berdoa dan bersyukur atas kegembiraan yang ada.. :)

p/s: Ada jugak orang yang tepuk tangan atas kesedihan, kesengsaraan dan kejatuhan orang lain.. Na'uzubillah... Janganlah sampai keras hati macam tu sekali...

Friday, July 13, 2012

Karipap bawang putih... :D

Assalamualaikum...

Karipap bawang putih... :D

Resepi ni aku print screen dari blog Dapur Malaysia.. Lepas tu aku sent via bluetooth kat enpon aku.. Tujuannya supaya senang untuk aku rujuk resepi tu... Tak perlu dah nak salin atas kertas dan tampal kat pintu peti sejuk.. Bawak je enpon masuk dapur.. Lagipun, semua resepi aku yang ada kat pintu peti sejuk tu mak aku dah sumbat kat mana entah.. Dia rimas tengok kertas-kertas bertempelan di situ.. huhuhu...


Amacam, sama tak...? Kehkehkeh...

Baru-baru ni akupun mencuba la buat pastri karipap berpandukan resepi ini.. Mula-mula tu aku cuma sukat untuk satu adunan je.. Aku tunjukkan kat mak aku tepung gandum yang dah aku sukat dan masukkan ke dalam loyang.. Aku tanya mak aku, cukup ke tepung banyak ni sebab adik aku ada balik.. Pastu mak aku cakap, boghapo koping yoo dapek ehh banyak tu.. Okay, faham.. So, aku tambah lagi satu sukatan.. Kiranya sukatan kat atas ni aku dabelkan laa.. Cuma sukatan air tu takde la aku ikut sangat.. Ianya bergantung kepada kemelekitan adunan di jari... 




Kenapa aku namakan karipap ni karipap bawang putih..? Sebabnya ialah aku tak mahir nak mengelim tepi karipap tu.. Aku cuma kelim empat ketul tu je.. haha.. So, jalan pintas yang aku buat ialah dengan membulatkan doh tu dan bentukkannya seperti bawang putih.. Senang dan mudah.. Cuma masa menggoreng tu kena garingkan sikit bahagian yang berpintal tu.. Kalau tak, nanti pastri kat dalam tu tak masak sebab kat tempat pintal tu agak tebal doh dia.. 

Keesokannya, kakak aku pulak balik.. Tak sangka lak dia nak balik.. Inti karipap masih ada dalam freezer tapi tinggal sikit je la... Maka akupun adun lagi doh dan buatkan inti sardin pulak.. Kali ni aku tak buat dah karipap bawang putih tu.. Aku buat karipap garpu lak.. Sebabnya, tepi tu aku main tekan dengan garpu je.. hahaha... Kakak aku tanya, kenapa tak kelim..? Aku jawab, lambek laa.. Dah la buek sorang-sorang... :D


Don't judge karipap by it's skin...
Rupa bukan ukuran.. Rasa yang jadi jaminan kesedapan... :)

Abang aku suka makan karipap ni.. Pastri ni pada aku okay dah.. Lembut je dan takde la liat berbanding dengan pastri masa aku mula-mula buat karipap dulu... Terima kasih la pada blog tadi yang sudi berkongsi resepi.. Patut la boleh menang award.. ;)

p/s: Ingat nak buat karipap frozen untuk makan sendiri.. Tang inti dia, aku suka inti kentang + daging... Inti keledek aku tak suka.. Kembang tekak sebab manis.. Selera kita memang tak sama, kan...  ehehh...

Thursday, July 12, 2012

Semai...

Assalamualaikum...

Semai...


Aku semai beberapa pokok bunga sebagai backup kepada pokok yang sedia ada.. Nak beli anak pokok yang baru, mahal jugak.. Jadi, sementara pokok yang ada ni dah beranak, maka aku alihkan la anak tadi ke dalam pasu kecil.. Antara pokok tersebut adalah:

Pokok keladi: Ibu pokok ni dah besar.. Tak larat aku nak angkat pasu dia.. Tengok ada dua anak, tu yang ubah tu.. Satu pasu nak bagi kat akak sebelah rumah sebab diapun tengah semaikan pokok bunga melur untuk aku..



Pokok bunga ros: Aku semai kat atas tanah je.. Pokok ros ni agak sensitif.. Kalau semai dalam pasu, nanti susah nak ubah atas tanah.. Tu yang aku main cucuk je tu.. Ada orang kata pokok ros ni tak boleh tersentuh selepas ditanam.. Kalau tersentuh dan bergoyang, alamatnya dia tak akan hidup walaupun dah keluar sulur macam dalam gambar kat bawah ni.. Aku harap pokok yang aku semai ni terus hidup la sebab pokok  indok yang sedia ada tu aku tengok semacam je.. huhuhu...



Ini aku tak tau pokok apa.. Mujur ada anak sebab ibu pokok ni semakin hari semakin kurus gara-gara mak aku cucukkan pokok ekor kuda dalam pasu yang sama.. Sudahnya, pokok ekor kuda yang menumpang tu yang gemok.. huhuhu..



Lagi satu pokok keladi.. Jenis yang ni sebenarnya banyak kat rumah aku.. Ada dua warna bunga iaitu merah darah dan merah jambu.. Tapi disebabkan proses membuat laman yang terbiar agak lama, pokok ni banyak yang sudah mati sebab terdedah kepada matahari.. Ralat jugak sebab bunga kaler merah darah tu cuma sepasu tu je.. 



Pokok limau purut: Anak pokok ni mak aku beli kat pekan sehari.. Dulu aku selalu mintak buah limau purut ni kat jiran sebelah rumah.. Tapi pokok jiran tu dah lama mati.. Maka terpaksalah aku tanam pokok ni sebab buah limau purut ni aku gunakan untuk buat mandi.. Kalau kepala tengah pening ting tong, elok mandi dengan buah limau purut ni biar segar sikit...



Pokok jagung: Aku semai dalam sepuluh lubang.. Setiap lubang tu aku letakkan tiga biji benih.. Setakat hari ni cuma lima lubang je yang nampaknya keluar sulur.. Itupun daun dia dah mula kena makan dah.. Tak tau la siapa punya kerja samada ayam ataupun kucing.. Geram betul laaa... 




p/s: Nak tunggu pokok membesar punya la lambat.. Kadang-kadang tak sabar rasanya.. Tapi nak menjahanamkan pokok yang sedia ada, mudah je.. Sabar je laa..

Wednesday, July 11, 2012

Paling laris: Top 5....

Assalamualaikum...

Paling laris: Top 5....

Setakat ini, entry pernikahan Irma dan Redza masih mendapat tempat teratas dalam pencarian untuk blog aku ni.. Mujurlah entry tu takde sessi kutuk-mengutuk.. Cuma menyampaikan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua sahaja..



Entry yang kedua, ketiga dan keempat tu, kalau ada yang masuk situ dan tidak faham, boleh tanya aku kat ruangan komen ataupun kat page blog aku.. Insyaallah, aku akan cuba bagi penerangan yang berkaitan.. Itupun jika aku masih ingat laa.. hehe...

Okay la, aku tak boleh nak lama-lama online guna laptop aku ni.. Hari tu dah okay dah takde bunyi.. Lega la aku dalam 3-4 hari.. Lepas tu dia buat hal balik.. Dah dekat sepuluh kali aku buka skru nak tengok apa masalahnya tapi tak jumpa-jumpa.. Nak dengar radio online pun aku tak berani.. Apa lagi nak bukak youtube ataupun maaduu... huhuhu... Bukak blog aku yang tak berapa berat ni pun dia dah bunyi dah... Jangan harap la nak bukak blog yang ada salji, daun atau bunga berguguran tu.. Mau meraung laptop aku ni kangg... ehehh..

Maaf sebab tak dapat nak singgah blog korang terutama sekali blogger yang rajin tinggalkan komen.. Kalau aku yang tak sihat, aku masih boleh singgah sekejap kat blog korang tu.. Ni laptop aku yang sakit, tak dapek la den nak nolong ehh doohh... huhuhu.. 

p/s: Maaf sekali lagi... Dan jangan berkecil hati ya... Terima kasih jugak atas doa-doa korang yang berkaitan dengan kesihatan aku dan jugak kesihatan laptop aku ni.. Aku dah okay sikit dah, alhamdulillah.. Cuma laptop aku je yang masih demam... adehh...

Monday, July 9, 2012

Back to work...

Assalamualaikum...

Back to work...

Dalam minggu lepas ni, ada je yang tak kena berkaitan kesihatan aku...
Bila kesihatan tak stabil, maknanya kerja menjahit aku turut terganggu...
Apa lagi yang boleh dibuat selain dari melepak depan tv... 
Dan, apa yang dirancangkan tidak mengikut jadual sepatutnya...

Mula-mula tu tangan kanan aku sakit...
Bila bangun tidur je, terasa tangan tu macam membengkak...
Tak boleh nak angkat, sakit sangat...
Mungkin sebab tertindih semasa tidur agaknya...
Kebetulan malam tu aku tidur atas lantai dan tidur cuma beralaskan tikar...
Gara-gara terlelap semasa tengok tv... huhuhu...
Sapu-sapu minyak panas, ada la kurang sikit..




Keesokanya pula, badan sakit-sakit...
Mungkin masuk angin...
Picit sini, bunyi sendawa yang keluar...
Picit sanapun camtu jugak...
Erkk sana... Erkk sini..
Sakit weii kalau angin tak lepas nak keluar ni...

Mujurlah anak buah ada balik..
Mintak tolong dia picitkan kepala, lengan dan tengkuk..
Biarpun budak tu kecik lagi, tapi dia pandai mengurut...
Sedap sikit badan lepas tu...
Raya nanti boleh dapat duit raya lebih yaa.. :D

Hari ni masih ada saki baki angin tu dalam badan...
Tanganpun masih sakit lagi tapi dah boleh angkat dah...
Mungkin berkaitan dengan pemakanan aku jugak...
Main bedal je apa yang emak aku masak...

Mak aku masak rebung dengan udang... 
Yummyy... hahaha....
Kalau bukan aku yang makan, siapa lagi nak habiskan.. :D
Lepas tu pulak, makan tak ikut masa yang sepatutnya...
Degil, terima je la akibatnya...
Ehehh....

p/s: Dah banyak yang tertangguh dah ni.. Mudah-mudahan kesihatan aku semakin baik.. Permudahkanlah segala urusan hambaMu ini Ya Allah.. Aminn...

Teteh and his dead bird...??

Assalamualaikum...

Teteh and his dead bird...??

His name is Teteh... I don't know how to find a good name for him.. According to the colour of his 'bulu', then I pick this name.. It's Teteh...

Apo bondo la yang ekau moghapu ni.. 
Ontah la... Den pun tak paham tekauuuu... huahuahua...

Ni haa... Nak ceghito pasal anak kucing sey si Teteh ni...
Maklum la, dah agak lamo takdo anak kocik.. kihkihkih...

Hari tu aku tengok ada la sekor burung apa entah kat atas tembok beranda rumah aku ni.. Siapa punya kerja la agaknya yang letak burung tu kat situ.. Ingatkan burung tu hidup lagi.. Rupanya dah mati.. Mungkin baru mati kot sebab badan dia lembik lagi.. 


The dead bird... 
Burung apa ni ehh..? Murai ke..? Burungpun tak kenal.. huhuhu...

Lepas tu, idea sim ya wau ya lam akupun datang la.. Aku dapat idea nak buli si Teteh ni.. Dah la masa tu mood aku macam cha wau kap alif.. Akupun ambil la the dead bird tu bagi kat Teteh..




Ewahh, mula-mula tu beria-ia je si Teteh tu gigit tengkok burung tu.. Konon-konon nak main lambung-lambung la.. Tapi apakan daya, badan tu kecik, takde tenaga nak buat aksi kungfu.. Tak lama lepas tu dia mula buat tak kisah je.. Mungkin dia merajuk sebab aku asyik tarik je burung tu tak bagi dia gigit.. huhuhu...


Bangun laa... Mehh la main nyorok-nyorok dengan kita... 
Apa ni dari tadi asyik tidur je... huhuhu...


p/s: Setat dah musim kucing beranak.. Malam kelmarin si Popok beranak, keluar empat.. Sekejap tadi si Tettt pulak beranak, tak tau berapa lak yang keluar.. Sebelum tu, si Mimi dengan si Putih dah beranak dulu dah, maisng-masing keluar tiga ekor.. Pengsan den... Aku dah pencen nak bela kucing ni.. adehh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)