Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, October 25, 2014

Sesekali, ku rasa teringin.. hehh...

Assalamu'alaikum...


Sesekali, ku rasa teringin.. hehh...


Sesekali nak jugak tengok benda alah ni.. Entah apa la yang best tengok 'tv' kecik ni.. hehh..




Macam mana nak buat ni..? Takde gambar apapun yang keluar.. Rosak ke apa 'tv' ni..?




Dari tadi 'tv' ni dok keluar warna putih je.. Ketuk-ketuk tak jugak keluar gambar kawan aku.. Letih haiihhh...! Tidur je la.. Lagi best...!




p/s: Kesian Combi.. Takde siapa nak ajar dia on 'tv' dia tu.. Merajuk sampai tidur... hahahaha....

Sekali lagi hmmmm...

Assalamu'alaikum...

Sekali lagi hmmmm...


Tak tumbuh, tak melata...
Tak sungguh, orang tak kata..


Tak tumbuh, tak melata...
Tak buat, kenapa nak terasa...?




Jika terasa, pandai-pandai la merawat luka agar tidak terus sakit di jiwa.. Tapi ramai yang memilih untuk terus berbalas kata.. Tak pasal-pasal minda ikut tersiksa sama.. hehh... hehh... hehh...



p/s: Membaca empat buat novel berturut-turut yang kesemuanya mempunyai kesalahan yang sama iaitu nama watak yang bertukar membuatkan sekali lagi hmmmmmmmmmmm selama sepuluh saat... *Cukuplah 10 saat.. Lama-lama kang takut sesak pulak nafas.. hehh..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)