Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 27, 2011

Ketuk-Ketuk Ramadhan bersama Sheila Rusly dan Liza Hanim..

Assalamualaikum...

Ketuk-Ketuk Ramadhan bersama Sheila Rusly dan Liza Hanim..

Aku suka Liza Hanim.. Suka tengok mata dia yang bercahaya tu.. Suka tengok dia senyum. Nampak sweet sangat. Suka la dekat dia ni sebab dia sangat low profile. Aku sempat merakam sedikit sedutan dari rancangan ni sebab asyik sangat tengok celoteh dorang sampai terlupa nak rakam dari mula. Sambil tu, aku kongsikan sedikit resepi Ayam Rose Liza Hanim tu. 

Bahan-bahannya adalah bersesuaian untuk membakar seekor ayam..

1 ekor ayam - jangan dipotong, biar je sekor camtu
Bawang putih + bawang merah + halia + serai + cili kering - dikisar halus
4-5 biji kentang - dipotong empat
Sedikit planta
Sedikit garam
Sedikit air
3-4 keping asam keping
Aluminium foil untuk membungkus ayam

Cara penyediaan:

1- Masukkan ayam ke dalam bekas dan gaulkan dengan bahan yang telah dikisar tadi. Jangan lupa untuk lumurkan bahan kisar ke dalam badan ayam tu sekali supaya bahan tu meresap.. (Tinggalkan sedikit bahan kisar ni..)

2- Masukkan asam keping, gaul rata dan ketepikan..

3- Bentangkan kepingan aluminium foil ke atas periuk pembakar. Sapukan permukaannya dengan sedikit planta.

4- Lepas tu, susunkan potongan kentang di bahagian tepi periuk tu sehingga membentuk bulatan. Biarkan tengahnya kosong untuk letakkan ayam tadi..

5) Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap seketika tadi kat tengah-tengah bulatan kentang. Taburkan sedikit garam dan gaul rata..

6- Curah dan ratakan lebihan bahan kisar tadi ke atas ayam dan masukkan sedikit air untuk mengelakkan ayam tu menjadi terlalu kering semasa proses pembakaran..

7- Lepas tu boleh la bungkus ayam tadi, tutup periuk dan bakar sehingga masak atau lebih kurang dalam 45 minit. ( Liza Hanim bakar ayam ni dalam periuk letrik)


p/s: Selamat mencuba... :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)