Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, March 13, 2010

LUKANYA SUDAH SEMBUH.... NAMUN PARUTNYA MASIH ADA.... Episod 2:

Assalamualaikum....

LUKANYA SUDAH SEMBUH.... NAMUN PARUTNYA MASIH ADA.... Episod 2:

Sesampai sahaja kat hospital, si ibu terus pergi ke tempat pendaftaran pesakit luar walaupun dia sebenarnya tidak tahu membaca. Maknanya dia kena banyak bertanya kepada orang2 yang lalu-lalang di sekitar kawasan hospital tersebut. Manakala si anak pula tidak mahu masuk ke dalam, tetapi sedang leka memerhatikan petugas2 hospital berlari ke sana ke mari seraya mengusung pesakit. Dan wajah si anak sedikit terkejut dan cemas apabila secara tiba2 sahaja petugas hospital melintas di hadapan- nya sambil menolak katil beroda dengan seorang lelaki yang ber- lumuran darah di atas katil itu. Situasi itu menyebabkan tubuh mungil si anak sedikit bergetar...

Tidak lama kemudian, terdengar suara si ibu memanggil si anak supaya masuk ke dalam bangunan hospital. Si anak tetap berdegil dan ini memaksa si ibu keluar dan segera menarik tangan anaknya itu. Lantas kedua beranak ini ditunjukkan ke arah sebuah bilik yang telah sedia menunggu di dalamnya seorang doktor dan seorang jururawat. Kedua2 beranak itupun duduk. Kemudian doktorpun memulakan tugasnya dengan bantuan jururawat yang sangat manis.... hikhikhik...

Pertama sekali doktor menyapu sejenis cecair ke atas lengan dan dahi serta mana2 bahagian pada anggota badan si anak yang cedera. Selepas itu barulah doktor menyiat2 bahagian kulit lengan si anak yang sudah mulai menggelembung. Si ibu menitiskan airmata tatkala melihat si anak yang berkerut mukanya menahan kepedihan. Namun si anak tetap menten, sedikitpun tidak menangis. Hanya sedikit sahaja suaranya mengaduh yang keluar dari bibir mungilnya itu tatkala kulit lengannya disiat2. Hampir semangkuk kesemuanya kulit2 tersebut. Maka makin menjadi2 la tangisan si ibu tadi bila melihatkan kulit2 yang telah disiat itu.... huhuhu...

Seterusnya, doktor beralih arah ke dahi si anak pula. Dahi sebelah kiri si anak sedikit terkoyak kulitnya dan menampakkan isi yang masih merah muda. Lantas doktor segera menyapu ubat dan seterusnya menjahit dahi yang cedera itu. Dahi yang telah selesai dijahit sebanyak 9 jahitan itu akhirnya ditampal dengan pembalut luka. Bermula dari hari malang itu, tinggallah si anak bersama sebilangan lagi kanak2 yang lain di dalam bangunan hospital itu selama lebih sebulan. Dan di sini jugalah si anak bertemu dengan seorang rakan yang turut menjadi mangsa kebakaran. Malahan, kes rakannya ini lagi teruk kerana seluruh punggungnya terbakar sehinggakan masih ada lagi cebisan pakaian yang melekat di atas punggungnya itu....

Hari silih berganti hari. Minggu silih berganti minggu. Maka jadilah mereka berdua kawan baik. Bersama2 pergi ke kantin curi2 beli makanan sebab makanan untuk pesakit memang takde rasa apa2. Tawar semacam je. Sungguh kasihan dia melihat nasib kawannya itu kerana hendak membuang air kecil atau besar punyalah siksa. Kadang2 terdengar suara jururawat memarahi kawannya itu. Bila ditanya kenapa dia kena marah, dia akan menjawab... "Misi tu marah la sebab akak nak berak susah, dia kena tunggu akak siap baru dia boleh pergi.." Dan si anak tadi walaupun masih kecil tetap menyabarkan kawannya itu.... Alangkah mulianya hati si anak tersebut...

Si anak bertanya kepada kawannya itu bagaimana dia boleh terbakar begitu teruk sekali. Lantas kawannya itu segera menjawab:

Tungguuuuuuuu......... (pengarang dah ngantuk daaa.... huhuhu....)

p/s: Kadang2 kita terpaksa melepaskan sesuatu yang sangat kita sayangi kerana Dia lebih mengetahui apa yang berada di sebalik kesemua yang kita sayang itu. Sayangi dan hargailah diri kita sendiri... And I feel much better now... Thank you Ya Allah....!!!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)