Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 10, 2010

Ada kerja ada gaji.... Malas kerja pergi mati.... huhuhu...

Assalamualaikum...

Ada kerja ada gaji.... Malas kerja pergi mati.... huhuhu...

Dua tiga hari ni aku agak sibuk menyiapkan baju-baju kastemer aku ni termasuklah blouse kakak aku dan baju kurung anak dia. Dah lama sebenarnya blouse tu siap, tapi disebabkan nak pos sekali dengan baju anak dia tu, makanya baru hari ni segalanya selesai. Alhamdulillah...


Sekarang ni pulak, aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan baju-baju kastemer yang lain. Cuma yang sedikit melemahkan semangat aku ialah bila ada seorang kastemer ni dah mula buat perangai. Baju dia dah lama aku siapkan dan dah bagipun kat dia, tapi dia masih lagi belum bayar upah untuk 2 pasang baju kurung ber"cuff" tu. Dia kata nak bayar sekali dengan baju yang baru dia bagi kat aku.






Bold
Ni la proses pembungkusan sebelum diposkan. Dah alang-alang nak pergi pejabat pos, apa kata bayar sekali bil-bil yang dah sampai tu. Tinggal bil letrik je yang belum datang lagi ni. Entah berapa la yang kena bayar kali ni.... Adehh.... makin lama makin naik tarif letrik ni kann.... huhuhu....

Maksudnya, dia nak bayar sekali harung la. Alamatnya lambat lagi la aku nak dapat upah dari dia sebab aku kena siapkan dulu baju-baju kastemer lain yang terdahulu hantar kain-kain dorang kat aku. Ya la kan, kena ikut giliran la menjahit ni. Mana boleh dahulukan yang kemudian, dan kemudiankan yang dahulu. Itu dah dikira tak adil dah tu. Lepas tu dia bagitau kakak ipar aku yang dia nak hantar lagi kain untuk buat baju dia dan baju anak murid dia. Takpe la, aku terima je sebab ini dah dikira rezeki untuk aku. Nak buat macam mana kan.... huhuhu...


Hari ni dari pagi tadi aku menjahit dua helai blouse regular kastemer aku. Dah siap dahpun. Tinggal nak jahit baju kurung mak dia lak. Terbantut sekejap kerja ni sebab kena pulak potong kain untuk seorang lagi regular kastemer yang nak pakai baju tu Isnin depan ni. Macam mana aku nak caj untuk kerja yang ASAP ni ehh.. Susah la nak letak harga kat sini. Sedangkan naik harga 2 hengget setahunpun dorang dah bising-bising dan canang sana sini.. Kalau macam ni, lambat lagi la aku nak pegi haji.... sobbssss....


Aku nak fokus pada kerja aku ni. Kadang-kadang rasa menyesal pulak bila buat kerja main-main ni. Tapi nak buat macam mana, sebab nak menjahit ni kena ada mood. Bila mood okay, segala-galanya bermula dari memotong kain, menjahit dan sehinggalah baju tu dipakai oleh kastemer, akan turut okay jugak. Takde dah yang nak komplen kata baju tu tak sedap pakai ke apa ke. 


p/s: Menjahit ni bukan macam buat cokodok pisang ya kawan-kawan. Cokodok pisang tu kalau keras kematu, boleh je baling kat tanah bagi ayam itik makan. Memotong dan menjahit ni kalau dah silap, alamat kena keluar duit sendiri gantikan kain yang rosak tu. Ada sesiapa ke nak tolong bayarkan kain yang salah potong tu??

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)