Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 2, 2019

Moh ler kita kucai mengucai.

Assalamu'alaikum.

Moh ler kita kucai mengucai. 


Ini perkongsian aku dalam grup #KBJTS. Ada tips dan info fasal penanaman pokok kucai. Ada dari aku dan ada juga dari ahli grup. Kita kan dalam satu grup. Seharusnya saling bekerjasama dan bantu-membantu serta tidak kedekut ilmu. Gitu... 😀😀😀


Aku kongsikan semula gambar yang aku post kat grup KBJTS tu  ya. Harap tak jemu la asyik tengok pokok kucai je. Haha.









Aku tanam pokok kucai guna tanah macam kat bawah ni. Tanahnya jenis peroi dan mudah digembur. Tanah hitam tapi dah siap campur dengan bahan organik yang lain. Satu kampit besar tu, harga dia RM12. Ni harga kat tempat aku la. Mungkin kat tempat lain harganya lagi murah ataupun lagi mahal. Ini hanya tanah sahaja ya. Baja tetap kena letak. Jangan pulak ingat tanah ni dah siap campur baja.




Sebenarnya, untung tanam pokok kucai ni sebab dia tak banyak songeh. Dia mudah sangat hidup dengan syarat tanah kena sesuai dan rajin letak baja. Siram tu memang kena buat selalu la. Dah namanya pokok hidup, tentulah kena siram. Kalau tak nak siram, baik beli pokok plastik yang viral tu. Dah la harga mahal kedaruk tapi tak beri apa-apa manfaat pada bumi dan alam sekitar. Buat bazir duit je. Opppss...! 




Pokok kucai ni, cepat je naik balik daun dia selepas dipotong. Kalau pagi kita potong batang dia, menjelang tengah hari, dah naik dah daun yang baharu. Macam gambar bawah ni, pagi aku potong, tak sampai tiga jam, dah keluar daun baharu. Sekarang, dah panjang jari telunjuk dah daun tu. Alhamdulillah. Ni la namanya rezeki.




Dah tiga hari berturut-turut aku masukkan daun kucai dalam sayur yang aku goreng. Mula-mula, aku campurkan dalam taugeh kasar. Esoknya, aku masukkan pula dalam sayur pak choy. Dan tadi, aku masukkan dalam kobis bunga pulak. Tapi yang ni aku tak ambil gambar. Malas pulak asyik ambil gambar je. Heh.






So, tunggu apa lagi. Jom la tanam pokok kucai. Mudah je hidup pokok ni. Aku jual daun dan anak pokok kucai ni tapi jual untuk orang yang dekat kawasan rumah aku je la. Nak jual anak pokok secara pos, takut pulak pokok tu rosak. Kang tak memasal orang kata aku tipu. Dah la kos pos mahal. Sebelum kena kecam, baiklah hentikan. Tapi kalau ada yang sungguh-sungguh nak beli anak pokok kucai ni dan sanggup tanggung kos serta risiko, aku boleh je jual. Dapat jugak aku sedikit income. 😛😛😛


Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Moga rezeki aku dan kita semua semakin murah dan melimpah ruah. Aamiin.


.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)