Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 28, 2015

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama dengan pisang muda...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama dengan pisang muda...


Ni pertama kali aku masak keseluruhan gulai ni.. Sebelum ni cuma jadi pembantu mak aku je.. hehh..


Sebelum memulakan proses memasak, kenalah tanya dulu mak aku, macam mana caranya; pisang ni boleh buat gulai ke tak, ikan ni boleh ke campurkan dengan pisang ni.. Macam-macam la yang aku tanya.. Bukan apa, bila kita tanya sendiri, kita mudah nak ingat.. Mudah-mudahan la ingat sampai bila-bila.. Takut nyanyuk sebelum masanya tiba je.. hehh...


Sebenarnya, pokok pisang ni patah batangnya.. Buah pisang setandan tapi kecil lagi, adalah sebesar jari je.. Kalau tak tebang pokok pisang tu, nanti buahnya lesot atau kecut macam tu je.. Tu yang abang aku tebang terus.. Bagi la kat jiran sikit..





Ni cara nak kopek kulit pisang muda tu.. Aku tak kopek semua.. Aku kopek selang seli.. Bak kato oghang noghoghi; klenset an kulit ehh.. Maksudnya siatkan kulit dia.. Lepas tu belah dua pisang tadi..




Kemudian, aku rendamkan sekejap dalam air garam.. Tujuannya, nak hilangkan getah pisang tu..





Ini santan yang diperah daripada satu setengah biji kelapa...





Lepas tu, lalukan kulit pisang tadi bawah air paip dan masukkan ke dalam periuk.. Sambil-sambil tu selawat la sikit, kan.. hehh.. Masukkan juga asam keping dan cili api yang dikisar bersama kunyit hidup.. Takde kunyit hidup, boleh je masukkan kunyit serbuk.. Tara hal punya laa.. ahaha... Aku masukkan juga sikit kulit pisang yang disiat tu sebab aku lebih suka makan kulit pisang ni jika kena gaya masakannya.. hehe..





Kemudian, kecutkan dulu pisang muda tadi dengan sedikit air.. Jika air kisar cili padi tu dah banyak, tak perlu letak air lagi.. Kacau-kacau dan kecutkan sehingga kulit pisang tu bertukar warna..





Lepas tu masukkan santan dan ikan tongkol...





Dan masaklah macam biasa.. Pastikan kacau kuah tu selalu supaya santan tak pecah minyak.. Kacau hati-hati supaya ikan tak hancur.. (incase guna ikan lain selain dari tongkol..). Biarkan mendidih dan bila pisang dah agak lembut, letakkan garam.. Kacau sedikit dan terus matikan api dapur..





Beginilah hasilnya masak lemak cili padi ikan tongkol bersama pisang muda hasil airtangan aku.. Alhamdulillah... :)





p/s: Sebenarnya, aku nak masak pisang muda ni dengan ikan siakap tapi tersalah keluarkan ikan dari freezer.. Lagipun, ikan siakap tu besar, macam tak seronok pulak nak gulai sebab kat rumah ni aku dengan abang aku je yang makan.. Tunggulah bila ada adik beradik lain yang balik, barulah aku gulai ikan siakap tu.. Bak kata pepatah lama; Hati gajah sama dilapah.. Hati kuman sama dicecah..

Homemade apam balik...

Assalamu'alaikum...

Homemade apam balik...


Ini satu lagi enri yang dah lama terperap dalam draft.. hehh... Gigih mencari resepi untuk cuba buat sendiri gara-gara kecewa apabila beli apam balik di pasar malam dan jagung yang ada dalam apam balik tu sekadar enam biji sahaja...!




Resepi apam balik..

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit perwarna kuning

-------

Sebatikan semua bahan dan kacau rata.. Nak blender pun boleh.. Kemudian perapkan dalam masa lebih kurang sejam untuk mendapatkan struktur apam balik yang gebus dan cantik..


Proses pemerapan...


Bahan hiasan apam balik...

Jagung krim dalam tin
Kacang tanah tumbuk/kisar
Marjerin




Kuali apam balik takde.. Guna je kuali ni.. Yang penting gunakan kuali yang tak melekat..




Tabur ikut suka je sebab tak berapa ingat macam mana penjual apam balik tu menabur...


Dan inilah hasilnya homemade apam balik aku.. Sedap la jugak cuma sebab isinya tak tebal, maka ianya kelihatan seperti pancake.. hehe...








p/s: Buat sendiri ni puas hati sebab boleh letak jagung berapa banyak yang disukai.. muahahaha....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)