Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 12, 2011

Masa untuk menambah saham...

Assalamualaikum..

Masa untuk menambah saham...

Kesemua gambar ini aku ambil dari rancangan Bersamamu TV3. Harap maaf kerana kualiti gambar yang tidak memuaskan tapi masih boleh nampak dengan jelas setiap angka dan huruf yang tertera. Jangan ada yang buat-buat tak nampak dan berpaling muka dah la ya. Hari ni kita palingkan muka kita dari melihat kedaifan dan kesengsaraan orang lain namun tidak mustahil jika perkara yang sama berlaku kepada kita suatu hari nanti.. 

Sempena berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, serta hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menambah saham dengan menyumbang kepada mereka yang kurang berkemampuan dalam menghadapi kehidupan seharian. 

Kat sini aku cuma letakkan 3 akaun Giro (individu) untuk mereka yang ingin menyumbang. Kalau seorang daripada kita menyumbang RM10 untuk setiap akaun tu, baru habis RM30. Apa la sangat sumbangan RM30 itu jika nak dibandingkan dengan harga baju dan kasut serta persiapan menyambut hari raya yang kita keluarkan.. Dan janganlah ada di antara kita yang berkata bahawa kerja-kerja sebegini adalah tugas ADUN kawasan masing-masing...

Norhamizah Ali
Akaun BSN GIRO-i => 08-100-41-00008457-6

Siti Meriam Hassan
Akaun BSN GIRO-i => 03010-41-00001818-2
Alamat:
Kampung Binjai Manis,
Ketereh, Kelantan..

Yang berikut ni adalah dari rancangan Bersamamu yang terkini iaitu hari Rabu lepas. Makcik ni seorang ibu tunggal yang merupakan seorang OKU sebab kaki kanannya telah dipotong hingga ke paras lutut manakala ibu jari kaki kirinya juga turut dipotong akibat jangkitan kencing manis. Mereka sekeluarga cuma mendapat bantuan sebanyak RM150 sebulan dan wang itu digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM150 juga... 

Zaleha Mohd Yusof
Akaun BSN GIRO-i => 01120-41-00001720-5
Alamat:
No 1111 A-Kg. Parit Sapran Kayu Ara Pasong,
Pontian 82010, Johor..
Tel: 012-7514095


Anak makcik Zaleha yang terpaksa mengambil upah bekerja di kebun pisang dengan upah RM2.50 sejam...

Tidak ada siapa yang suka meminta-minta.. Tapi jika sudah terpaksa, apa lagi yang boleh dilakukan.. 

Tabung TV3 Bersamamu
Akaun Maybank 5643-2412-9973

Selebihnya boleh la tengok kat page Bersamamu TV3 ni dan Like la page ni untuk perkembangan selanjutnya..

p/s: Semoga Allah murahkan rezeki kepada mereka yang menghulurkan sumbangan.. :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)