Assalamualaikum...
Tiru gaya chef AFC... Perasannya.. :D
Selain dari tengok bola, aku juga tengok cenel AFC kat astro tu.. AFC tau, bukan AC Di Sini.. hehe.. Setakat ni, dua benda ni je la yang aku layan. Tak macam dulu, semua cenel aku redah je. Kadang-kadang tu layan jugak cenel 701 atau 702 tapi itu kalau ada best movie je la.. Selebihnya astro tu mak dengan abang aku yang konker.. huhuhu...
Kat AFC tu aku suka tengok dorang decorate benda yang dorang masak tu.. Kadang-kadang tu dorang just buat simple dishes je, tapi dia punya decoration mengalahkan buat kek sepuloh tingkat.. Pastu kan, kat keliling makanan tu dorang selet la kuah atau sos yang berkaitan dengan makanan yang dorang buat tu..
Kalau ikut pandangan orang kampung macam aku ni, buat apa la nak selet-selet bagai, kan.. Bukannya cantik, lagi nampak selekeh ada la.. Tapi sebenarnya itulah yang dinamakan decoration.. Hanya tangan yang berseni je yang boleh buat deco-deco ni... Tangan kayu macam aku just tengok je.. Jangan banyak cakap.. Nanti mulut kena sumbat dengan senduk kayu.. hahaha..
So, hari ni akupun cuba la nak buat decoration untuk salad yang aku buat ni.. Siap cari pinggan empat segi lagi tu.. Padahal pinggan hadiah ubat gigi darlie je tu.. hahaha... Tak rajin la pulak aku nak menggodek almari cari pinggan vantage.. Dah pinggan tu memang takde, buat apa la nak cari.. Semangat betul la pompuan sorang ni.. kehkehkeh... Cekau je la mana yang ada.. Bukannya nak makan pinggan tu pun.. :D
Dan inilah hasilnya decoration yang aku buat... Punya la perasan macam chef AFC.. Siap besarkan lagi gambar tu.. Pastu siap letak watermark lagi tu.. Jangan gelak tau.. Biar aku sorang je yang gelak.. wakakakakaka...
Ehh.., sama pulak kaler bunga tu dengan kaler tomato... Jangan tersalah cucuk dah la.. kihkihkih..
p/s: Suka tengok dorang masak kat cenel tu.. Main campak-campak je.. Menjadi pulak tu.. Cuma rasa tu tak pasti la kan... Sebab dorang sokmo kata marbeles je... hehehe...