Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 15, 2018

Takdo kojo caghi kojo namo ehh.. 😂

Assalamu'alaikum.

Takdo kojo caghi kojo namo ehh.. 😂


Dah lebih dua minggu berlalu, baru nak update kisah ini. Heh. Saja la nak letak dalam blog sebagai kenang-kenangan. Dah namanya blog peribadi, kan? Lainlah jika namanya blog rahsia. Kalau dah rahsia, takde la nak kongsi cerita kat sini. 😁



Ni la namanya, takdo kojo, caghi kojo. Dah ado kojo, mulo la mombebel tak kigho maso. Haha. Apa tidaknya, mengemas bilik jahit yang sekangkang tikus ni pun ambil masa tiga hari nak selesaikan. Teruk bebeno gamaknya ya. Macam dah bertahun tak mengemas. Kah..!


Sebenarnya, saja je nak ubah suai bilik ni. Maka, kenalah kemas dan ubah susun atur serta buang mana yang tak perlu. Maklumlah, banyak sangat benda yang ada rasa sayang nak buang. Tu yang buatkan bilik nampak sesak. Kali ini, takde dah nak sayang-sayang. Jika rasa tak perlu, kasi buang je terus. Sumbat je terus dalam plastik sampah besar tu. Jangan nak pandang dan jeling-jeling lagi dah. Kang makin dipandang, makin dijeling, timbul balik rasa sayang tu. Masak la kalau macam tu. Hahaha.















Dalam dok sibuk mengemas, sempat pulak tu pi susun koleksi novel dan majalah yang ada. Siap boleh ambil gambar lagi. Manalah kerja nak selesai dengan cepat. Hehe.







Dalam pada tu, sempat jugak aku ke bandar dan sangkut la pulak pada satu almari ni. Memandangkan bilik aku ni takde almari dan akupun dah bertahun tak membeli perabot, maka akupun belilah almari ni dan letakkan dalam bilik aku tu. Boleh la aku sumbat segala jenis barang kat dalam tu. Takde la nampak sesak sangat. 





Akhirnya, siap jugak aku mengemas. Masih ada sikit-sikit lagi yang nak kena kemaskan tapi takpe la, yang tu biarlah dahulu. Sekurang-kurangnya, nampak luas la sikit bilik jahit aku ni selepas letak semua barang dalam almari. Berbaloi la rabak RM500 untuk almari tu. Heh.





Walaupun bilik jahit ni kecil dan penuh dengan barang, namun aku tetap bersyukur sebab kat sinilah aku cari rezeki untuk buat kerja jahit-menjahit aku tu. Sebenarnya, bilik jahit aku ni asalnya dari garaj kereta. Kesian, kan? Dari garaj kereta, dijadikan bilik. Bukan sekadar bilik jahit tapi jadi bilik lepak dan bilik tidur jugak. Lagi-lagi kalau ramai yang balik ke rumah ni. Memang penuh la bilik ni. 


p/s: Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)