Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 15, 2012

Ayam Den Lapeh.. oiii.. oiii...

Assalamualaikum...

Ayam Den Lapeh.. oiii.. oiii...

Ingat lagi tak kes aku bergaduh hari tu..? Kalau tak ingat, boleh rujuk kat entry ni.. Ingat kes cerai-berai je ke boleh main rujuk-rujuk ni.. ehehh... Kalau tak nak rujuk kat situpun takpe la haiihh... huhuhu..

Hari tu, sekembali je aku dari menghadiri satu kursus rahsia ni, ternampak la aku akan ayam botak yang suka cari pasal dengan aku tu sedang dok bertenggek kat rak kasut dan bukannya kat dalam pasu bunga yang dulu tu. Akupun apa lagi, dengan sepantas kilatnya terus mencekau ayam tu.. Dia nak lari sangat tak boleh sebab rak kasut tu sempit dan dia pulak pilih rak yang paling bawah sekali. Maknanya memang tak boleh la dia nak terbang sebab dah terkepung.. haha...


Ketua si botak.. hahaha...

Lepas je dapat tangkap si botak tu, terus aku panggil mak aku.. Aku cakap kat mak, somolih yoo la ayam ni.. Momokak yoo... Jahat lak tu... Lepas tu mak akupun panggil la abang aku, suruh dia hantar sembelih ayam tu kat rumah jiran.. Mak aku memang selalu hantar ayam untuk disembelih kat jiran tu.. Tapi, masa tu abang aku baru je bangun tidur.. Dia kata dia nak solat dulu.. Geram jugak aku ni.. Tak kan la aku nak pegang ayam tu, kan.. Akupun nak solat jugak sebab baru je balik dari kursus..


Tau pulak malu... 

Maka, mak aku kata biar la dia pegang sekejap ayam tu sementara menunggu abang aku solat.. Sebelum tu, abang aku bagi la satu karung plastik untuk masukkan ayam tu. Akupun masukkan la ayam tu kat dalam karung tadi dan bagi balik kat mak aku untuk dia pegang...

Lepas tu, kesian la pulak tengok mak aku yang terpaksa pegang karung tu dengan keadaan ayam yang meronta-ronta tu.. Berat la jugak ayam tu. Maka, akupun ambil la kain perca untuk dibuat tali bagi mengikat karung tadi. Sebelum tu, aku kemaskan la mulut karung tadi supaya nanti ikatan tu menjadi kuat.. Akupun angkat la karung yang berisi ayam tadi dan mulakan untuk mengikat...

Tiba-tiba je mak aku menjerit... 

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........!!!

Dan akupun ikut sama menjerit...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............!!!

Kenapa agaknya kami berdua menjerit..??


Puas hati sekejap sebab dapat tunjal-tunjal kepala botak dia.. hahaha...

Rupa-rupanya karung plastik tu dah reput...!!! Ayam tu terus je melepaskan diri dengan keluar ikut kat bahagian bawah karung tu...!!! Siyot je... Ni memang betul-betul ayam den lapeh.. Nasib baik ayam tu tak berak kat tangan aku... Kalau tak, memang menjadi la peribahasa dulu-dulu tu iaitu ayam terlepas, tangan bau tahi... hahaha... 



Lepas je abang aku selesai solat, diapun tanya mak aku, mano deh ayam tadi..? Aku yang baru masuk dalam bilik mandi rasa geram je... Rasa nak keluar je dari bilik mandi tu dan suruh dia tangkap balik ayam tu.. Dalam pada tu, aku terkekek-kekek pulak ketawa bila dengar dia dengan mak aku dok soksek-soksek pasal aku dengan ayam tadi tu... Wakakaakakaka...

p/s: Serik sekejap ayam tu.. Lepas tu dia datang balik... eeeiiii.... gerammmm.... hahaha... Kalau la dapat merakam saat ayam tu terlepas keluar dari karung tu, kan ke bagus... Lagi la tragis... kihkihkih...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)