Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 30, 2020

Nasi ayam Elly Mazlein.

Assalamu'alaikum.

Nasi ayam Elly Mazlein.


Baru-baru ini, aku ada ternampak Kak Lina Kepom ada share video dan bagitau yang dia buat nasi ayam di instagram tapi full video tu ada di channel dia. Lepas tu, akupun jenguk la kat channel dia di Youtube tu. 😁😁😁





Dan hari ini (baru sekejap tadi), aku dah siap dahpun masak nasi ayam versi aku tapi aku follow cara dari Elly Mazlein la. Gigih tu belajar sebab seumur hidup aku yang dah masuk kategori warga emas ni, sekalipun aku tak pernah buat nasi ayam. Yang selalu aku buat adalah beli aje nasi ayam tu. Haha.


Sebetulnya, aku tak cukup bahan tapi apa susah, kita redah aje la buat. Takkan la kerana takde satu dua bahan, kita tak nak teruskan misi kita tu, kan? Tambahan lagi di musim kuarantin ni, lagi la susah nak keluar mencari bahan tu semua. Yang penting, ada bahan utama. Bahan sampingan tu, kita ejas aje ikut cara kita. Yang penting, jadi. Heh.


Okay, ni aku kongsikan gambar nasi ayam yang aku buat. Aku tak rajin nak buat dekorasi semua tu sebab aku bukannya blogger masakan yang mengejar nama. Aku sekadar kongsi dalam blog untuk dijadikan kenang-kenangan aku sahaja. 😉😉😉


^
Isi ayam kita ambil untuk digoreng nanti. Yang kaki dan tulang tu, kita biarkan aje dalam periuk tu.
v



Masak nasi guna air dari sup ayam tadi. 



 ^
Ini untuk buat sos nasi ayam. Aku takde tomato. Jadinya, aku gantikan aje dengan belimbing buluh dan aku kisar. Limau kasturi tu aku perah airnya. Aku masukkan tiga senduk air sup ayam tu untuk lancarkan proses mengisar.
v


 ^
Masak sos tu hingga mendidih. Masukkan di dalamnya sedikit garam dan sedikit gula. Aku tak letak cuka sebab aku ada gastrik. Tu yang aku gantikan dengan limau kasturi tadi. Disebabkan tak cukup masam, aku masukkan juga sekeping asam keping.
v


 ^
Isi ayam tadi kita ambil dan tuangkan kicap manis di dalam bekas berisi ayam tadi. Kita ratakan ayam tu.
v


 ^
Lepas tu, kita goreng ayam tadi. Tak perlu goreng lama sangat sebab ayam tadipun dah masak masa kita rebus sup tadi. Dah siap goreng, potong la bagi elok sikit rupa dia.
v


 Dan ini adalah lebihan kicap yang kita gaulkan dengan ayam tadi. Kiranya ni kicap untuk nasi ayam tu la.



Ini aje baki salad yang ada. Jadi la tu. 


Terima kasih pada Elly Mazlein yang rajin berkongsi resepi di Youtube. Hari tu, aku ada buat ayam berempah ikut cara Emma Maembong. Tiga kali aku ulang buat ayam berempah tu. Sebelum ni aku memang tak pernahpun buat ayam berempah tu tapi lepas tengok Emma buat, jadi semangat pulak nak mencuba. Prinsip aku mudah je. Mana yang baik dan bermanfaat tu, aku follow aje la. Mana yang tak baik tu, aku buat donno sahaja. Aagggittchuu..! 


p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Semoga Allah murahkan rezeki pada kita semua. Aamiin.
.

Friday, March 20, 2020

Doa untuk elak kemudaratan.

Assalamu'alaikum.

Doa untuk elak kemudaratan.


Sama-samalah kita berdoa agar segala jenis virus berjangkit seperti virus covid19 ini dijauhkan dari kita dan keluarga kita dan semoga virus ini segera berlalu pergi dari negara kita dan juga dunia. Allahumma aamiin.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ






أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ




بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ





p/s: Ya Allah, Kau lindungilah aku dan keluargaku dari terkena jangkitan virus covid19 ini. Allahumma aamiin.
.

Sunday, March 15, 2020

Throwback laman mini.

Assalamu'alaikum.

Throwback laman mini.


Tengok kat facebook, keluar balik memori empat tahun lepas. Maka, akupun nak la jugak share kat sini sebab rasanya belum pernah lagi share gambar yang ini dalam blog. Alah, blog sendiri, share aje la apa-apapun, kan? Bukannya nak paksa orang tengokpun. Sekadar untuk tatapan sendiri je. Tapi kalau ada yang nak singgah tengok dan baca, dipersilakan. 😁😁😁





Rasanya, masa ni sedang sibuk mengecat dan mencantikkan kawasan rumah untuk pertandingan AKKF. Biasa la tu kalau duduk dalam rancangan Felda. Cuma sekarang ni dah takde dah AKKF tu. Yang ada cuma KKF untuk wilayah je. AKKF tu Anugerah Keceriaan Kawasan Felda. Maksudnya, Felda mana yang cantik persekitaran dan lanskapnya serta banyak kemajuan, maka itulah yang akan dipilih oleh juri untuk jadi pemenang. Banyaklah syaratnya yang kena ikut. Tempat aku tak pernahpun menang sejuta tu. Tak mampu oii nak buat semua tu. Nak cantikkan kawasan rumah sendiripun bajet tersengguk-sengguk.😂😂😂







p/s: #DoneShare. Kah..!
.

Wednesday, March 11, 2020

Si Debot lagi.

Assalamu'alaikum.


Si Debot lagi.

Letak lagi gambar si Debot kat sini. Mana la tahu satu hari nanti apabila dia dah takde, boleh la aku hilangkan rindu kat dia. 😻😻😻






















Ni gambar yang aku baru ambil sekejap tadi. Entah apa yang dia cari, akupun tak tahu la. Alih-alih aku dengar bunyi benda jatuh. Rupanya, replika kapal layar aku dah selamat menyembah lantai. Mujurlah tak patah riuk kapal layar aku tu. Sompek sikit je kat tapak dia.







Tak jadi nak marah bila tengok dia buat muka macam ni haaa...






Tak habis lagi dengan perangai suka menyelongkar dia tu. Dia pergi pulak kokak benang jahit aku kat mesin tu. Dengan jarum peniti tu sekali dia nak kokak. Mujurlah aku cepat perasan. Kalau tidak, dah masuk dah jarum peniti tu dalam mulut dia. Bahaya betul la minah sekor ni.





Bagi duit, tak nak pulak. Lagi suka menyelongkar daripada dapat duit. Bagus betul la anak aku ni. Hahaha.








Merajuk lepas kena marah. Panggilpun buat tak tahu je. Siap bagi bontot lagi kat aku. Bertuah punya anak. 😿😿😿






Aku tak layan dia, maka diapun mula la mengacau. Haha. Panjang akal si Debot ni. Dia sekarang ni sedang selsema. Semua kucing aku tengah selsema. Mungkin sebab cuaca yang panas sangat agaknya. Aku dah bagi ubat tapi masih lagi tak baik-baik. Harapnya takde la selsema tu menjadi semakin teruk.




Update:
Ini gambar yang terkini yang diambil hari ini (14/3/2020)










p/s: Okay. Cukup dulu gambar yang ini. Nanti kalau ada lagi gambar si Debot ni, aku masukkan lagi dalam blog aku ni. Blog sendiri, kan... Haha
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)