Assalamu'alaikum...
Budi..
Pisang emas dibawa belayar..
Masak sebiji di atas peti..
Hutang emas boleh dibayar..
Hutang budi dibawa mati..
Pisang ni bukan beli.. Pisang ni dari pokok sendiri tapi benihnya iaitu anak pisang diberi oleh jiran sebelah rumah.. Dah lama abang aku tanam tapi baru ni mengeluarkan hasil.. Cantik buah dia.. Alhamdulillah...
Pokok pisang ni ditanam berhampiran dengan rumah.. Masa dapat benih dia hari tu, aku dah bagitau awal-awal kat abang supaya tanam pisang ni kat atas.. Jangan tanam kat bawah.. Atas tu maksud dia dekat dengan rumah la dan bawah tu dekat tanah reserved jalan jauh di belakang rumah..
Aku tak nak kes pisang kena curi berulang lagi.. Kesian mak aku sebab dia selalu tengok pokok pisang yang ditanam.. Dia seronok bila tengok pisang dah berbuah tapi bila pisang kena curi, sedih la hati dia..

p/s: Berbudi pada tanah, insyaAllah, ada hasilnya.. Berbudi dengan jiran, lagi la berganda-ganda hasil yang kita dapat iaitu pahala... Apatah lagi jika berbudi pada masyarakat...