Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, January 31, 2013

Ilham...

Assalamualaikum...

Ilham...

Menunggu ilham adalah:
Termenung tanpa berbuat apa-apa...
Termenung kosong, menopang dagu, mengeluh sepanjang masa..
Mata sahaja yang terbuka - terkelip-kelip, terkebil-kebil...
Ilham pasti tidak kunjung tiba...


Abilities & Qualities - Inspirational Quotes , Motivational Thoughts and Pictures ,butterfly


Mencari ilham adalah:
Termenung sambil berfikir...
Mencari apa yang sedang difikirkan...
Gugel sana, gugel sini..
Tanya sana, tanya sini..
Resah selagi apa yang dicari tidak dijumpai...
Menarik nafas lega jika ilham datang mencurah-curah hingga tidak cukup jari untuk mengisi ruang yang terbuka..


Aku sekarang dalam mood menunggu ilham..
Itu yang sebenarnya.. hehhh...


p/s:  Kau ilhamku... :)

Wednesday, January 30, 2013

Cara nak potong baju kurung...

Assalamualaikum...

Cara nak potong baju kurung...


Nak buat baju kurung ni sebenarnya senang je.. Lagi senang kalau ikut ukuran berdasarkan baju kurung yang sedia ada berbanding mengambil ukuran pada badan.. Pilih mana-mana baju yang selesa dipakai, kemudian boleh terus ambil ukuran.. Ada orang ambil ukuran dalam cm sebab lebih tepat tapi aku suka ambil ukuran dalam inci... Ikut cara masing-masing la, kan...


Caranya mudah je.. Letak je tali tape kat baju tu dan ambil ukuran dengan berpandukan gambar kat bawah ni. Kalau baru belajar, catitkan ukuran dan kemudian boleh lakar dulu ukuran tu kat atas surat khabar.. Lepas tu boleh la potong suratkhabar tadi mengikut garisan yang dibuat..


Perlu ingat ya, kena lebihkan setengah inci untuk basi jahitan, kiri dan kanan.. Kalau dah lebihkan pada kertas suratkhabar tadi, maka tak perlulah lebihkan pada kain. Just ikut je ukuran tu.. Dan kalau takde lebihkan pada suratkhabar, maka kena lebihkan pada kain sebelum dipotong.. Jangan silap... Jika tersilap, dua kemungkinan akan berlaku iaitu samada baju tu terkecil ataupun terbesar..


Sebagai contoh:

Jika ukuran siap pada badan baju iaitu lebar bahu tu 15 inci, kita kena tambahkan lagi 1 inci yang mewakili basi jahitan untuk bahagian kiri dan kanan badan.. Basi jahitan untuk satu-satu bahagian tidak sama tau.. Kalau untuk labuh baju, selalunya aku lebihkan 2 inci dari ukuran asal; 1/2 inci untuk cantum bahu dan 1 1/2 inci untuk lipatan kat bawah baju tu.. *aku memang akan potong bahu walaupun kain mencukupi.. Itu cara aku...


Begitu jugak dengan panjang lengan, aku tambah 2 inci jugak; 1/2 inci untuk sambungkan lengan atas dengan badan baju dan 1 1/2 inci untuk lipatan kat hujung lengan/lengan bawah tu.


Untuk panjang pesak pula, selalunya aku lebihkan 2 inci jugak sebagai langkah berjaga-jaga; takut nanti pesak tu lebih pendek daripada labuh baju je.. Ada pengiraan untuk dapatkan panjang pesak yang ideal tapi aku memang suka lebihkan ukuran pesak tu...


Cara nak ambil ukuran panjang pesak ialah; ukuran labuh baju tolak ukuran lengan atas.. Tapi seperti yang aku bagitau tadi, cara ni agak bahaya.. Sebab tu aku akan lebihkan 2 inci sebagai langkah berjaga-jaga.. Kalau lebihkan 1 1/2 incipun boleh jugak.. Kat sini ada gambar dan cara nak potong baju kurung ni.. 



Boleh cuba tengok video ni..


Untuk kain pulak, senang je.. Kalau ukuran ikut contoh kain siap, tak perlu nak tambah untuk keselesaan.. Tapi kalau ambil ukuran badan, kena tambahkan dalam 3 atau 4 inci untuk kelonggaran dan keselesaan kat ponggong.. 


Contohnya, ukuran asal keliling ponggong adalah 38 inci, maka kena jadikan ukuran tu 41 atau 42 inci. Lepas tu tambahkan dengan 21 inci untuk susun kain tu bergantung pada lebihan kain yang ada.. Selalunya 21 inci ni mewakili 3 susunan... Kalau lebihan kain tak cukup inci, boleh je kurangkan.. Takde masalah kat situ..

Cukup setakat ni dulu kot.. Ada masa nanti aku bagi penerangan lagi... Kang bagi banyak-banyak kang, makin blur lak... hehh... Cuma, kalau baju kurung ni, yang rumit adalah kat bahagian leher tu.. Perlu banyak kesabaran di situ.. huhuhu...


p/s: Ingat nak masukkan sekali dengan nota yang aku belajar dulu.. Tapi aku tak tau nak guna scanner.. *ngok sungguh.. ehehh.. Lagipun scanner tu sambung dengan komputer lagi satu.. Lain kali je la kot... 

Monday, January 28, 2013

How to make a good discussion..?

Assalamualaikum...

How to make a good discussion..?

Apa maksud berbincang sambil memerli...?
Perlu ke ada segala bentuk perli di dalam satu-satu perbincangan...?
Tercapaikah matlamat satu-satu perbincangan tersebut jika disusuli dengan rasa kecil hati atau marah berapi...?


Kata Robert Quillen:
*Entah siapa la mamat ni.. Sila gugel sendiri... hehh...

1- Discussion is an exchange of knowledge; an argument an exchange of ignorance..

2- As we grow older, our bodies get shorter and our anecdotes longer..



p/s: Cakap terus-terang dia marah.. Cakap berkias dia kata perli.. So, how to make a good discussion..?

Antara faham, blank dan blur...

Assalamualaikum...

Antara faham, blank dan blur...


Kadang-kadang kita faham apa yang cuba diterangkan dalam satu-satu perkara tu.. Tapi bila disuruh bagi penerangan, kita seakan-akan hilang punca..


Adakah itu bermakna kita sebenarnya kurang memahami ataupun kita gementar hingga menyebabkan otak tiba-tiba sahaja menjadi blank dan blur..?


Lantas, kita akan diajukan kembali dengan pertanyaan; 'awak ni faham ke tak apa yang saya cakap...?'


p/s: Pernah alami situasi begini..? Jika pernah, mehh la kongsi-kongsi cerita... hehh...
.

Sunday, January 27, 2013

Cantik di luar, busuk di dalam... huhu...

Assalamualaikum...

Cantik di luar, busuk di dalam... huhu...

Tajuk entry kali ni boleh disesuaikan dengan beberapa benda atau perkara...
Salah satu daripadanya adalah seperti apa yang ada pada gambar di bawah...




Lebih dari tiga buah limau mandarin ni membusuk... Cuma sempat ambil gambar yang tiga ni je... Selebihnya dah kena baling ke tanah... Geram je... haha... Satu pembaziran dalam pembelian... huhu.. Nak sedapkan hati, cakap je la takde rezeki... hehh...

Pelik jugak kenapa banyak yang busuk.. Ke memang sengaja masukkan dua tiga buah yang benyek atau memak kat dalam kotak tu..? Bukannya sekali dua terkena macam ni.. Tapi dah banyak kali dah.. Tak pernah lagi dapat kotak yang semua buahnya cantik dan elok serta boleh dimakan rakus..


p/s: Tak seindah bungkusan.. ehehh..

Saturday, January 26, 2013

Senyum je laa... hehh...

Assalamualaikum....

Senyum je laa... hehh...


Senyum je baca kisah-kisah gosip artis sana-sini... 
Senyum je baca komen-komen yang diberi...
Senyum je laa, nak kata lebih-lebihpun bukannya artis tu ambil port...
Sebab kebanyakan artis ni punya tagline ialah 'keluarga saya tahu apa yang saya buat...'
Bermakna sudah semestinya keluarga dah beri pelbagai nasihat ataupun pendapat terlebih dulu...
Tapi dorang masih tak dengar kata...
So, perlukah kita yakni awak dan saya mengutuk dan memaki seluruh keturunan artis tadi..?


Ye la, kadang-kadang panas hati jugak baca komen-komen caci maki, umpat keji serba kesat ni...
Sedikit sebanyak menyebabkan laju je jari-jemari menari kat kibod, tak sempat nak brek dah... 
Tapi rasanya kita tak perlulah nak menjadi nasi tambah...
Cukuplah sekadar kita berdoa agar mereka tidak jauh terpelanting dari landasan...
Pada aku, itu lebih baik dari berkata yang bukan-bukan...


p/s: Sudah terhantuk baru nak terngadah... Kan dah benjol dahi tu... Salah sendiri, kan... Tuam je la benjol tu.. hehh...

Thursday, January 24, 2013

Perasan dan perasaan...

Assalamualaikum...

Perasan dan perasaan...


Sejak aku terjebak dengan novel ni, ada satu benda yang aku perasan berlaku kat diri aku.. Mula-mula tu rasa macam tak relevan je nak hubung-kaitkan kedua-duanya iaitu novel dan perasaan.. Namun bila dah beberapa kali perasaan tu datang, aku perasan memang ada hubungan kimia kot.. hehehe..


Aku sering berdebar-debar bila nak baca satu-satu novel yang aku rasa memang best bagi aku.. Benda ni macam susah untuk aku terangkan sebab ianya melibatkan perasaan yang satu tu.. ehehh...


Macam ni la ehh...


Kadang-kadang bila berborak dengan geng yang sama-sama minat membaca novel ni, ada masanya dorang akan bagitau mana-mana novel samada novel baru atau lama, yang menarik untuk dibaca. Lepas tu, dorang bagi la tajuk novel tu dan dari keluaran mana.. Lepas tu, masing-masing memberikan komen samada negatif ataupun positif.. Yang penting, takde nak gaduh-gaduh dalam memberikan pendapat masing-masing.. Yang kecil hati tu mungkin ada la kot... ehehh...


Tapi pada pendapat aku, perasaan kecil hati ni semua baik simpan je la dalam hati... muahahahaha.. Takmo la nanti page untuk santai-santai menjadi tempat berdebat la pulak.. Tak seronok jadinya..., kan..


Apa yang aku perasan, bila ada di antara novel tu yang aku rasa minat nak beli dan baca, secara tak langsung, dada aku akan berdebar-debar seolah-olah tak sabar nak beli novel tu.. Namun begitu, aku selalunya akan biarkan dulu novel yang baru sampai kat rak buku.. Kadang-kadang ada yang aku ambil tapi lepas tu aku letak semula kat rak.. Ada yang aku baca sikit je, pastu letak semula.. Tu maknanya novel tu kurang menarik minat aku la..


Berlainan pulak dengan beberapa buah novel yang seolah-olah menyentap aku untuk membaca isi ceritanya.. Belum bukak muka surat lagi dada aku dah berdebar-debar dah.. Masa membacapun masih lagi berdebar.. Dah habis bacapun berdebar jugak malahan kadang-kadang tu, lepas dua tiga hari bacapun, rasa debar tu masih lagi ada.. Dan, novel macam ni memang menjadi novel kesayangan aku la sebab dah berjaya buat aku sentap.. hahaha...


So, lepas ni kalau nak beli novel, aku kena tunggu dulu samada dada aku ada debaran ataupun tidak.. Kalau perasaan aku biasa-biasa je, maknanya novel tersebut tidak berapa best jalan cerita dia.. So, tak payah beli.. hehe.. Boleh lak camtu, kan... ehehh...


Antara novel yang berjaya buat dada aku berdebar-debar sebelum membelinya adalah ILUS, ASST, Tertulis Buat Kita, Kuseru Rindu Itu, Nasi Lemak Buah Bidara, Pergilah Airmata, The Wedding Breaker, Biarlah YM Berbicara, Cinta Yang Terlewat, Bougainvillea, Bunga Hati, Keranamu Aku Rela, Teduhan Kasih, Asam Pedas Untuk Dia, Suami Yang Kubenci, Kerana Terpaksa Aku Merelakan dan beberapa buah lagi.. Ternyata lepas baca, aku suka dengan jalan cerita setiap novel tersebut... :)


p/s: Harap-harap dapat pergi pesta buku kat PWTC hujung bulan ni.. Dah lama tak jejak kaki kat PWTC tu... :)

Salah sendiri laa... hehh...

Assalamualaikum...

Salah sendiri laa... hehh...


Dulu, masa lepas je habis kursus menaip dan trengkas, laju je aku menaip guna jari yang betul.. Kebetulan masa tu kat rumah ada mesin taip kepunyaan arwah abah.. Dan sampai sekarangpun mesin taip tu ada lagi.. Elok lagi cuma karbon je yang takde.. Mesin taip tu la yang aku ketuk-ketuk untuk salin lirik lagu, buat sajak dan tulis cerpen yang entah apa-apa... hahaha... tettttt....


Sekarang ni habukpun tarak.. Kalau menaip kat laptop tu, pakat guna dua tiga jari je.. Trengkas lagi la ke laut weiiii.... Dah tak berapa ingat dah simbol yang digunakan.. Kalau dulu, 80 patah perkataan seminit (psm) tu kacang je tapi sekarang ni nak buat 10 psm pun terkial-kial.. Terbelit-belit tulisan trengkas tu.. Sudahnya, sendiri yang tak faham... hahahahaha... *sila gelak ramai-ramai.... 


Salah siapa..?? Sendiri punya salah laa... Suruh jadi kerani tak nak padahal masa arwah abah ada, dia la yang rajin buat surat hantar sana sini, mohon jadi kerani atau setiausaha.. Buat surat dalam Bahasa Inggeris lagi tu.. Well, arwah abah aku memang terror dalam BI sebab semua buku-buku tentera dia dalam BI..  Cuma aku je yang ngong sikit dalam BI ni.. hehh..


Tapi, aku tak minat nak kerja dalam ofis.. Rimas duduk dalam bilik dok ngadap mesin taip je.. Nak jugak jadi minah kilang.. Operatorpun operator la.. Apa ada hal.. Janji cukup bulan dapat gaji.. Hujung bulan makan megi.. muahahaha... Bertahun-tahun lak tu kerja kilang.. Setia lagi tu kat kilang yang sama.. Orang lain dua tiga kali keluar masuk kilang tu tapi aku masih tercongok kat situ jugak walaupun gajinya punya la ciput..


Namun, aku selesa di situ.. Selesa dengan kawan-kawan dan persekitaran.. Setakat satu dua masalah tu adat la, kan.. Ko ingat ko anak menteri nak komplen macam-macam.. Ko tu cuma ada SPM je.. Itupun sijil cukup makan je.. Sedar diri la weiii... hehh...


Takpe la kan, at least boleh gak menaip kat laptop ni walaupun guna tiga jari je.. *pujuk hati.. hehh...


p/s: Bukan menyesal.. Sekadar mengenang.. ngeeeeeee...

*Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam walau di mana anda berada... 

Wednesday, January 23, 2013

Ini sudah lebih...!!! Talk to my hand...!!! Goli tiak den...!!!

Assalamualaikum...

Ini sudah lebih...!!! Talk to my hand...!!! Goli tiak den...!!!

Tengok je la gambar yang ada ni..,
Makin melampau-lampau perangai dorang..
Huhuhu...


Ini sudah lebih...!!!
Vandalisme sungguh...

Maaf, gambar kurang memuaskan.. :)


Boleh berposing lagi tu.. Lagi nampak orang nak ambil gambar dia, lagi la dia menggeletis... haha..



Talk to my hand...!!!
Nampak tak tapak tangan ni..? Babap kang...!! 

Abaikan jari yang berkeduts itu... :p


Goli tiak den...!!!
Auuwww....!! Auuwwww...!! Jangan la geletek tiak kita...!!! Kita geli laa.., auuwww...!!!



See, dia kacau aku menjahit.. huhuhu...




Ni dia tengok tv.. haha..



p/s: Entry just for fun... Senyum la sikit yang.. Auuwww, comelnya... Perasan..!!! Hahaha...

Monday, January 21, 2013

Omesec Omeprazole...

Assalamualaikum...

Omesec Omeprazole...

Ini adalah sejenis kapsul yang aku telan jika gastrik aku mula melanda.. Kalau dah ada rasa nak muntah tu, cepat-cepat aku telan sebiji pil omesec ni.. In sya Allah, tak lama lepas tu, perut aku kembali normal... 

Sebetulnya, aku memang dah lama gunakan pil ni sejak aku kena serangan gastrik yang agak teruk dua tahun lepas.. Tapi aku takde la sentiasa makan pil ni.. Jika rasa lain macam je baru aku telan.. Cuma, stok omesec ni memang sentiasa ada dan dibawa ke mana saja aku pergi sebagai langkah berjaga-jaga disamping pil untuk demam iaitu uphamol 500 tu.. 




Aku selalu beli omesec ni kat klinik yang selalu aku pergi. Klinik ni dah jadi tempat aku dan keluarga aku bertandang sejak dari aku kecik sampai la tua ni.. Sebiji omesec ni harga dia RM2 dan untuk sekeping macam dalam gambar ni, harga dia RM14...




p/s: Setakat ni, alhamdulillah, tak kena lagi serangan gastrik macam dulu.. Harap-harap tak kena la.. Serik den...

Sunday, January 20, 2013

Virus 'free' yang semakin menular...

Assalamualaikum...

Virus 'free' yang semakin menular...


Macam-macam virus free ada kat fb sekarang ni.. Cepat betul virus ni menular.. Ada virus pasal enpon free la.. Pasal topap free la.. Pasal aiskrim free la dan macam-macam lagi yang free.. Lepas tu ramai pulak yang gatal tangan pergi klik link tu.. Al-maklum la kan, benda free.. Semua laju je meng-klik... Takut kalau lambat nanti tak dapat.. Nasib baik kat page aku tu takde benda macam tu masuk.. Kalau ada, konpem aku block terus orang tu..


Nak kencing kat toiletppun kena bayar beb.. Tak kira la toilet tu wangi ataupun hancing.. Lain la kalau ko kencing dalam semak, memang la free.. Silap-silap haribulan, kena patuk free dengan ular... Baru ko rasa...


Lagi satu, ada jugak orang yang kencing kat surau atau masjid.. Masuk kawasan masjid sebab nak melepaskan hajat je.. Kalaupun belum masuk waktu untuk solat, apa la salahnya masukkan singgit dua kat dalam tabung masjid tu... Air yang korang guna untuk cebuk tu pun kena bayar.. Pihak masjid yang tanggung. Bukannya free macam tu je.. Sendiri mau ingat la..


Maaf la cakap, aku memang tak berkenan dengan mentaliti orang macam ni.. Bagi betis nak peha.. Jenis manusia yang tak pernah nak bersyukur.. Mana nak cukup dengan apa yang ada kalau kerjanya asyik bersungut je.. Lepas tu dok bising-bising cakap, orang yang kaya semakin kaya, orang yang miskin semakin miskin... Nak kaya, usaha la lebih sikit.. Kalau mengampu dan menghasut je kerjanya, sampai bila-bilapun tak kaya.. Kaya dosa je..


p/s: Semua nak free.. Pelempang free tak nak ke...? Ada jugak jenis manusia yang terima pelempang free ni asalkan lepas dia kena lempang, orang yang melempang tu bagi dia duit...

Saturday, January 19, 2013

Tuding...

Assalamualaikum...

Tuding...

Kita ni asyik menuding jari je kerjanya, kan..? Asal ada je benda yang tak betul, yang tak kena dengan mata kita, mula la kita tuding jari kat orang sana, tuding jadi kat orang sini, tuding jari kat pihak sana, tuding jari kat pihak sini sampai lupa nak tuding jari kat diri sendiri.. Tapi, ada ke orang yang nak tuding jari kat diri sendiri untuk sesuatu benda atau perkara yang salah..? Mana ada orang yang nak mengaku dia berak tengah jalan, kan... ehehh.. 

Lain la jika benda atau perkara tu benda gempak, benda yang dapat liputan meluas.. Yang takde kena-mengena, yang bau-bau kentut, yang duduk beribu batupun mengaku dia terlibat dalam semua tu - dia yang bagi idea, dia yang tolong promosi, dia yang buat itu, dia yang buat ini walhal dia bukannya ada buat apapun,  membantah dan membangkang ada laa.. :)



Selagi jari tu tak kontot, tak kena panah petir, tak kena potong, ko tuding la jari tu ikut suka hati ko... Esok lusa bila dah takde jari, baru ko tau macam mana rasanya tak boleh nak menuding dah.. 

Gunakan jari yang ada dengan sebaik-baiknya.. Jari bukan sekadar untuk mengorek taik telinga ataupun memintal-mintal taik hidung masin atau mengorek mana-mana lubang yang tertutup ataupun terbuka.. Bila ada rasa nak menuding jari tu, bersegeralah ingat akan kalimah suci ini...


  أشهدُ أنْ لا إلهَ إلاَّ الله
وأشهدُ أنَّ محمّدًا رسولُ الله


Kalau selalu tengok drama Melayu, bila ada adegan seseorang tu sedang marah , serta-merta jari telunjuknya akan terangkat dan mulalah menuding ke arah pihak lawan.. Lantas, akan ujudlah watak sorang dua yang jadi tukang menyabarkannya lalu keluarlah dialog macam ni - "Bawak-bawak mengucap.. Jangan nak ikutkan hati panas tu...".

Lantas orang yang marah tadi selalunya akan menyebut "astaghfirullaahal'azim" sedangkan itu bukannya mengucap.. Lainlah kalau disuruh beristighfar, barulah menyebut astaghfirullaahal'azim tadi.. Benda macam ni mungkin nampak remeh namun dalam tidak sedar, ianya mengelirukan..


p/s: Tuding jari selalunya terjadi di dalam situasi yang tegang samada sedang marah ataupun sedang memerintah sebab semua perasan nak jadi big boss... ;)

Siput gondang yang pandai bergondang... :D

Assalamualaikum...

Siput gondang yang pandai bergondang... :D

Pernah dengar nama siput gondang..??
Tak pernah..??
Pernah tengok macam mana rupa siput gondang..?
Tak pernah jugak..??

Okay takpe...
Kat bawah ni ada sedikit video klip serta info mengenai siput gondang ni..
Tengok tau...
Jangan pulak bila nampak siput ni, korang kata siput babi lak..
Kehkehkeh....





Aku pernah rasa sikit daging (???) siput gondang ni..
Tapi aku tak tau yang aku cicip tu gondang jenis mana satu..

Camni kisahnya:

Masa tu, aku belajar menjahit kat rumah sorang makcik ni.. Kebetulan hari tu dia masak sambal siput gondang ni.. Dia kata kat parit belakang rumah dia banyak siput ni... Siput tu dok berkampung kat rimbunan pokok selom..

Masa dia bagitau yang dalam mangkuk tu sambal siput gondang, tekak aku dah kembang semacam dah sebab kepala otak aku dok bayangkan siput babi je. Tapi disebabkan dia dok kata sedap, sedap, sedap dan tak berhenti menyuakan mangkuk sambal siput tu, maka, akupun ambil la jugak seketul yang paling kecil.. Bulat-bulat tergolek je aku tengok siput ni bila dah dijadikan sambal tumis.. hahaha...

Aku tak tau nak bagitau rasanya macam mana.. Tapi aku tengok makcik tu elok je mengunyah.. Pastu ada sorang lagi kakak yang sama-sama belajar menjahitpun ikut makan seketul siput tu.. huhuhu.. Diapun kata, sedap jugak sambal siput gondang ni tapi aku tengok mata dia macam nak terjojol je keluar.. kakakaka...



Okay, cerita pasal siput gondang dah habis ehh.. hehe... Sambung bebel balik.. ahakk...

Betapa susahnya nak menjaga sawah padi untuk menghasilkan beras yang ada kualiti untuk makanan kita seharian.. Jadi, jangan la merungut dan bersungut jika harga beras mahal.. Bersungut la jika ada orang yang membazir dengan membuang nasi merata-rata...

Aku pernah masuk sawah padi masa duduk kat kampung dulu.. Tapi masa tu takde lak nampak siput gondang ni.. Yang banyak aku nampak adalah lintah yang dok melekap kat badan kerbau.. Kat betis akupun pernah sekor lintah melekat.. Itu yang aku nampak.. Yang tinggal kesan darah je memang selalu kena... huhu.. Meraung satu kampung dengar agaknya suara aku menjerit... Siap joget-joget lagi nak bagi lintah tu jatuh... Ingat senang-senang ke lintah tu nak jatuh..?? Nan hado okay... haha.. Kena cucuh dengan mancis api baru dia gedebuk jatuh... eeeiiiii.. goli den bila ingat balik... huhuhu...


p/s: Boleh tengok dan baca jenis-jenis siput yang boleh dimakan kat sini... Nasib baik siput gondang termasuk dalam senarai.. hahaha... Kalau tak, huhuhu je laaa... 

Friday, January 18, 2013

Siap dah.. Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Siap dah.. Alhamdulillah...

Ingat lagi tak kisah pasal buat dasar tu..?
Tak ingat ehh..??

So, sekarang baju tu dah siap dah walaupun belum siap sepenuhnya..
Tinggal lagi nak buat finishing je..
Nak sembat leher, letak butang, pasang span dan hantar buat lubang butang kat cuff tu..

Dan ini la hasilnya...
Takde la gempak sangat, tapi boleh laa..
Daripada kain sari sepanjang empat meter tu, dah jadi baju dah... ehehh..
Alhamdulillah...
Dan syukur kerana dipermudahkan ketika menjahit baju ni..




Yang kat bawah ni pulak adalah lengan/tangan baju tu yang sudah siap dijahit cuff..




Lega bila dah selesai.. Ada lagi ni yang perlu dijahit.. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.. Terima kasih pada kastemer yang masih memberi kepercayaan kat aku ni.. Mudah-mudahan rezeki kita - rezeki anda, rezeki saya dan rezeki kita semua semakin dimurahkan serta diberkati Allah selalu.. Amin..

Sambil-sambil menjahit, aku tengok jugak siaran langsung solat Jumaat kat TV1 ni.. Sempat rakam sikit je.. Maklum la, kapasiti enpon tak mencukupi untuk merakam lebih panjang.. Suara tu pulak memang kena guna speaker... Maaf ya.. 




p/s: Sambil-sambil tu jugak, aku curi-curi masa melayan novel karya Rina Farizq iaitu Akukah Juwita..Tapi aku bukan juwita yang dicari.. Aku adalah aku.... yeaaaa... ehehh...

Aku dapat pembantu baru... hoyeaaa...!!!

Assalamualaikum...

Aku dapat pembantu baru... hoyeaaa...!!!

Aku dah dapat pembantu dah..
Untuk bantu aku menjahit...
Kecik je budaknya..
Macam tak caya je dia boleh menjahit...
Nak tengok rupa dia..??
Jom...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaaaaaaaaaa....!!!
Ni la budak kecik tu...
Hikkk....


Tengok je ke..?


Ni la dia si kecik yang selalu kacau aku menjahit.. Kejap-kejap dia panjat meja tu, pastu dok kuis-kuis kain yang aku jahit.. Aku takut terjahit je tangan (???) dia tu.. Dia pelik agaknya tengok jarum mesin tu kejap naik, kejap turun.. hehe.


Okay, dah mula 'bekerja' dah... Bagus...


Aikk, rilek nampak... hehh...


Siapa boss ni...??


Waaaaaaaa.....!!!! Dia boss rupanya...!!! Rilek la boss... Apsal nak marah-marah ni...
.

Pastu sekor lagi kerja dia dok gigit kaki aku kat bawah tu haa... Gigi dah la tajam giler macam gigi ikan pirana.. Penat dok kuis-kuis dia.. Takut terhimpit je dengan tapak mesin tu.. Makin aku kuis, makin galak dia menggigit.. Sampai ke betis dia panjat nak gigit... Silap-silap haribulan, aku yang gigit dia lak nanti.. hahaha...




p/s: Tempahan yang dapat tak seberapa, ada hati nak pakai pembantu.. ehehh... Lagipun, aku tak berani la nak suruh orang lain sambung kerja aku.. Biar la aku buat semua tu sorang-sorang.. Janji tempahan siap on the spot.. Kalau tak siap jugak, i'm sorriiiiiii... heeeeee...

Thursday, January 17, 2013

Berkawan dengan berok...

Assalamualaikum..

Berkawan dengan berok... 

Dalam satu-satu situasi, nama berok ni la yang selalu naik, yang selalu digunapakai, yang selalu jadi sebutan.. Antara beberapa contoh situasi yang boleh dilihat dalam penggunaan nama berok ni adalah:

Situasi 1: Perbualan di antara dua orang kawan iaitu Ali dan Atan..

Ali: Ko keluar ni nak jumpa siapa, Tan..?
Atan: Jumpa kawan jap..
Ali: Memang la jumpa kawan.. Takkan la nak jumpa berok pulak...
Atan: ^%#%^


Situasi 2: Perbualan di antara adik dan kakak..

Adik: Akak nak pergi rumah siapa ni..?
Kakak: Pergi rumah kawan la.. 
Adik: Ye la rumah kawan.. Takkan la rumah berok pulak..
Kakak: Ehh, budak ni.. Lempang kang...
Adik: Cakap je la nama kawan tu.. Ni asal tanya je nak pergi rumah siapa, jawab rumah kawan.. Kawan tu takde nama ehh...? Berokpun ada nama, tau tak..
Kakak: Sibuk je... wekkk....


Situasi 3: Perbualan akibat dari pergaduhan atau perselisihan atau sebagainya...

Si A: Ni siapa punya kerja yang pukul ko ni..?
Si B: Siapa lagi, berok tu la punya kerja...
Si A: Berok..?? Aikk, takkan dengan berokpun ko kalah...
Si B: Ko pun sama je dengan berok tu.. Suka cari pasal dengan aku.. huhh....


Situasi 4: Memanggil seseorang...

Si C: Hoiii berok...!!! Takkan la nak blah dah kott....
Si D: Ko panggil siapa tu..?
Si C: Aku panggil ko la. Panggil buat tak dengar je..
Si D: Bila masa ko panggil aku..?
Si C: Tadi tu la, kan aku panggil ko.. Tanya pulak...
Si D: Ooo.. Yang tadi tu ehh...? Yang tadi tu ko panggil berok.. Aku ni nampak macam berok ke..? Seligi kang... eeeiiiiii....
Si C: errrr.........errr........errr........


Situasi 5: Pengguna broadband..

Memang berok betul la line ni.. Kalau aku tau lembab macam ni, tak kuasa aku nak langgan ko la berok hoiii...


Masa suka, panggil sayang la, bebi la, darling la, anje la, ayang la... Bila dah tak suka, berok jugak yang dapat nama... adooyaiii...


Image
[Gambar]


p/s: Perangai macam berok..!! Berok lagi...!! Untung ko berok, asyik nama ko je yang jadi sebutan... kehkehkeh...

Buat dasar...

Assalamualaikum...

Buat dasar...

Satu-satunya benda yang aku sangat la malas nak buat dalam kerja berkaitan jahit-menjahit ni adalah buat dasar baju.. Lemah betul bab ni... Tak tau la kenapa.. Mungkin sebab ada pengiraan kot, tu yang jadi malas sikit tu... Aku kan tak pandai matematik... Kalau setakat dua kali lima, lima kali dua tu aku tau la.. ehehh...

Atas sebab itu jugak, aku jarang nak ambil tempahan baju yang berfesyen.. Kadang-kadang baju senangpun aku tak nak ambil sebab ni la, malas nak buat dasar.. Lagi satu, pengiraan kena tepat sebab jika tak tepat, nanti baju tu samada gelebeh ataupun sendat.. Lagi malang kalau baju yang dah siap nanti singkat dan padat.. Haru je.. hikk...

Tapi setakat ni, alhamdulillah, takde lagi aku dapat komplen dari kastemer.. Mungkin dorang takut nak komplen kot... ahakk... Ataupun, mungkin ada yang komplen, tapi cuma komplen melalui orang tengah, tak berani nak cakap berdepan, so, aku tak layan.. aauummmmmmm....!!!




Buat dasar baju ni sebenarnya senang je tapi atas sebab untuk keselesaan dan pengiraan, itu yang menyumbang kepada susah tu.. Tapi kalau kita fikir susah, memang la susah sampai bila-bila, ya tak..? So, nak tak nak, terpaksa la pusingkan malas tu jadi rajin... Yiihaaaa.....!!! Bagi semangat sikit maaaaa... kehkehkeh...

Kalkulator aku rosak la pulak.. Ehh, bukan rosak tapi bateri dah kong.. Manjang lupa je nak beli kalkulator baru.. Mujur la ada enpon cabuk aku tu.. Boleh gak guna dalam keadaan terdesak macam sekarang ni.. Nak buat dasar bajupun perlu ada kalkulator ya.. Dah namanya kena buat pengiraan, kan...


Contoh pengiraan untuk buat dasar baju adalah macam ni.. Aku bagi tips sikit ehh.. :)

Ukuran keliling dada: Contoh 38:
38 bahagi 4 = berapa dan campurkan dengan samada 1 inci ataupun 1 1/4 inci ataupun 1 1/2 inci untuk keselesaan...


Macam tu jugak pengiraan untuk bahagian pinggang dan ponggong.. Campurkan dengan berapa inci yang kita nak untuk selesa dipakai.. Kalau suka pakai sendat-sendat, tak perlu la campur 1 inci.. Mungkin cuma perlukan 3/4 inci sahaja.. Dan kalau nak longgar terutama sekali kat bahagian ponggong, campur la 2 inci.. Takde la nanti bila nak pakai kain tu, terpaksa goyang-goyangkan ponggong tu.. Dah macam nak gelek je.. hehehe...

Okay, itu saja nak bebel bab buat dasar baju.. hehehe.. Yang kat bawah ni pulak ialah book mark atau penanda buku yang aku  buat sendiri.. Aku guna je pamphlet TM ni.. Kertas ni ada empat bahagian dan aku pisahkan bahagian tersebut.. Pastu aku lipat dan untuk menguatkannya supaya tahan lebih lama, aku bungkus dengan selotep yang lebar tu.. Dah siap dan boleh digunakan.. Jimat sikit.. 

Aku kan tak suka lipat-lipat mukasurat buku/novel aku.. Tu yang kena berfikir lebih kreatif sikit tu.. ehehh.. Kalau nak cantik, boleh je gunakan cover majalah yang ada gambar artis yang korang minat.. Tapi, kat rumah aku ni takde majalah hiburan.. Kalau ada, dah lama aku buat book mark... :D




p/s: Okay la, dasar dah siap, bajupun dah dipotong. So, aku nak sambung menjahit baju tu.. Takut tak sempat siap je nanti.. Jumpa lagi naaaaa.............!! Daaaaaaaa..... :)

Wednesday, January 16, 2013

Awak datang dari mana ni..?

Assalamualaikum....

Awak datang dari mana ni..?

Waaaaaaa....!!!
Manyak tipilanjat maaaa tengok ini menda (benda)...
Hehehehe...
  
Satu sejarah selama aku berblogging...
Dapat pageviews melebihi seratus pageviews...
Selalunya pageviews yang blog aku dapat ni dalam seratus lebih sikit je..
Itupun pada aku dah banyak dah tu sebab melebihi seratus... ehehh..
Tapi hari ni ianya mencecah enam ratus lebih...!!!

Gullpppp...!!!
Mujur aku takde buah halkum..
Kalau ada, mau tertelan buah halkum sendiri..
Muahahahaha....



Actually, aku tak tau dari ceruk rantau mana semua ni datang.. Aku tak pasti samada yang datang ni bertujuan baik ataupun sebaliknya.. Namun, aku mengharapkan agar ada la sedikit benda baik kat blog ni yang boleh dikutip.. Jangan la kutip banyak sangat benda buruk.. Tak tertanggung aku nak pikul nanti.. huhuhu...

Apapun, terima kasih kepada anda yang sudi singgah kat blog yang entah apa-apa ni ya.. Seperti biasa, yang baik tu jadikan teladan manakala yang buruk tu jadikan sempadan.. ngehngehngeh... 


p/s: Dear readers, thanks for all of your positive comment in every each of my entry.. Really appreciate it... Truly ♥ it.. :)

Tuesday, January 15, 2013

Antara hak dan haktuiihh...

Assalamualaikum...

Antara hak dan haktuiihh...


Kita hanya boleh cadangkan sesuatu perkara itu kepada orang lain tetapi kita tidak ada hak untuk memaksa mereka pilih apa yang kita cadangkan..


Contoh paling mudah nak faham ialah kat fesbuk tu.. Suka-suki kita je nak add orang masuk dalam grup yang kita join tanpa bertanya dulu kepada orang tersebut.. Dah jadi satu kerja pulak untuk orang tu yang terpaksa clear-kan email, notifications dan sebagainya.. Tak menyusahkan ke namanya tu...? Ingat orang takde kerja lain ke nak buat..?


Memang la hak bermain itu hak kami - hak awak, hak kita..
Tapi hak orang, tetap hak orang juga..


p/s: Semak dengan orang yang tak reti bahasa ni.. Ikut suka ko je, kan... haktuiihh sungguh... hehhh...

Nota: Entry mewakili sesetengah orang yang takut nak meluahkan kegeraman masing-masing secara terbuka.. Maklum la, masing-masing nak jaga nama dan status.. :p

Kukuh baye...

Assalamualaikum...

Kukuh baye...

Apa yang boleh ditafsirkan bila nampak dua patah perkataan  kat atas ni..? Kalau tanya aku, sudah semestinya aku akan jawab kukus bayam dan perkataan ini dieja dalam cara loghat negeri Kelantan.. Sebenarnya, ada cerita di sebalik ini.. :)

Beberapa hari lepas, aku ada dengar satu segmen kat radio THR Gegar.. Topik kat segmen tu adalah berkaitan dengan cagu.. 

Dengar punya dengar, maka dapat la tau apa maksud kukuh baye ni.. Sebenarnya, kukuh baye ni maksudnya adalah cagu...

Haaa..!!! Pertama kali dengar, memang aku terkujat jugak la.. Jauh bebeno bunyi dia.. Kalau kat utara, cagu disebut sebagai cengkam kuku atau kuku cengkam, masih boleh terima sebab ada perkataan kuku tu yang sedikit sebanyak ada kena-mengena dengan cagu.. Tapi kat belah Kelantan sana, ia dipanggil kukuh baye..? Itu yang disebut oleh DJ Zura tu la... Kalau dia tak sebut, mana mungkin aku tau pasal ni... :p

Lepas tu, sambung dengar lagi.. Seronok la pulak bila dengar loghat dari negeri lain ni.. Kadang-kadang bila tanya kat kawan-kawan tentang satu-satu maksud perkataan tu, dorang bukannya nak jawab sangat.. Dorang lebih kepada nak membuli je, pastu gelak-gelak sesama sendiri.. Hampeh je, kan... hehh...

Mengikut apa yang dibualkan kat segmen tu, salah satu cara untuk menghilangkan sakit kena cagu ni ialah dengan mencurahkan atau jirus sedikit air kuah masak singgang yang dipanaskan keesokannya. Masak singgang tu apa..??? Hmmm, itupun tak tau jugok ke..? Adehh...

Masak singgang tu ialah masakan paling mudah nak buat.. Rebus je ikan tongkol, masukkan lengkuas, kunyit, garam, cili besar, asam keping.. Lepas tu, esoknya, panaskan balik masak singgang ni, dan ambil la kuah dia dalam dua tiga sudu untuk dijiruskan ke atas kuku yang kena cagu tadi.. Ada dua tiga orang pendengar yang bagi petua ni.. Akupun tak pasti la samada ianya berkesan ataupun tidak.. Lagipun aku tak pernah kena cagu.. Rasanya la.. ehehh..


p/s: Apa kena mengena kukuh baye dengan cagu...?? Ini yang aku tak faham.. adehh...

Sunday, January 13, 2013

Intai-mengintai... :D

Assalamualaikum...

Intai-mengintai... :D

Hujung minggu camni, tentu ramai yang lepak-lepak kat luar rumah, kan..? Pergi taman, pergi tasik, pergi pantai, pergi sungai, pergi tengok wayang berbayar, tengok wayang free dan sebagainya.. Sambil jalan-jalan, sambil cuci mata.. ehehh... Mula-mula nak cuci mata je, lama-lama masuk bab mengintai la pulak.. Ish, ish, ish... siapa la agaknya yang suka buat kerja intai-mengintai ni, kan... ehehh...



 Main mata kat belakang tabir... ahakkk...



Kakak dan adik... Hari tu kakak sombong, takmo kawan dengan adik.. Sekarang ni dah baik dah.. Dah boleh main kejar sama-sama...weeeeeeeeeee.....!!


 Caakkkkk....!!!


 Okay, line clear... Boleh lompat-lompat atas meja... hahaha...


Intai anak ayam yang memekak... Mesti dia pelik je tengok anak ayam tu... hehe..


Hello princess... Nak kawan dengan awak, boleh tak...?


Penat mengintai, penat main kejar-kejar, akhirnya lepak bersama.. 


p/s: Kami kucing, takpe okay.. kuikuikui... 

Friday, January 11, 2013

Underwater photographer...

Assalamualaikum...

Underwater photographer...


Pagi tadi masa tengok rancangan Malaysia Hari Ini, terlayan pulak segmen bual bicara bersama pioneer underwater photographer ni iaitu Imran Ahmad yang juga merupakan seorang pensyarah.. Pensyarah kat mana tu, idok la teman tau.. ehehh..

Aku sempat merakam sedikit apa yang dibualkan sebab nampak macam menarik je gambar-gambar yang diambil di dalam laut tu.. Bukanlah bermaksud aku nak ikut menyelam dalam laut tu.. Tapi mana la tau kalau-kalau ada di kalangan pembaca yang suka mengambil gambar di darat dan ingin pulak mencuba mengambil gambar di dalam laut.. *wink wink Gadis Bunga... :)





Cuma aku nak minta maaf la sebab suara rakaman yang menggunakan enpon cap ayam serama ni memang aku tak tau nak adjust bagi kuat.. So, kalau nak dengar perbualan mereka, kena la gunakan speaker kuasa kuda... ehehh..

Lagi satu, aku kurang berkenan sikit kat pengacara yang menyampuk percakapan tetamu jemputan.. Imran tu tengah bercakap, boleh pulak dorang dok potpet entah apa-apa sampai susah nak dengar butir bicara yang Imran sampaikan.. Potong betul la dorang ni... Kok ya pun nak potpet, bagi la tetamu tu bercakap dulu sampai habis... huhuhu..

Lagi haru, dah last-last tu keluar pulak suara mak aku mintak duit nak pergi pasar.. Ingatkan tak termasuk dalam rakaman.. Bila dengar balik, alahaii... So, jangan dengar sampai habis ya.. hehehehe..


p/s: Just share apa yang aku rasa bagus untuk dikongsikan bersama iaitu profesion sebagai underwater photographer itu sahaja... :)

Thursday, January 10, 2013

Keranamu aku rela...

Assalamualaikum...

Keranamu aku rela...

Bila perkahwinan tidak direstui oleh ibu sendiri, maka terlahirlah kata-kata sebegini...

"Dari dulu lagi mak dah cakap. Kau tak mahu dengar. Semua cakap mak tak betul. Sekarang dah macam kuli isteri sendiri.."

Sedih la baca novel Keranamu Aku Rela ni.. Merembes-rembes airmata keluar.. Sakitnya dada menahan sebak.. Pandai betul penulis ni iaitu Sania Yasmin bermain dengan kata-kata yang membuatkan emosi menjadi tidak sekata... huhuhu.. Sebuah novel yang patut dibeli oleh semua peminat novel tempatan dan menyelusuri perjalanan semua watak yang ada di dalamnya.. Sebuah kisah yang sangat sadis... sobsobsob...


Keranamu Aku Rela karya Sania Yasmin terbitan Alaf 21



Kisah berkisar tentang kehidupan bahagia sepasang suami isteri yang sangat sayang-menyayangi serta cinta-mencintai antara satu sama lain.. Namun, perkahwinan mereka tidak disukai oleh ibu si suami tadi kerana beliau ingin menjodohkan anak lelakinya dengan anak saudaranya sendiri iaitu sepupu si lelaki tadi. Maka, si ibu itu menjalankan misi mendapatkan khidmat bomoh untuk memisahkan pasangan anak dan menantunya tadi tanpa mengira perihal nasib cucunya yang menghidap autisme..


"Aku macam nampak kelibat orang dalam rumah aku. Tapi bila aku periksa sekitar rumah, tak ada sesiapa selain aku, Tasnim dan Haziq.."


Konflik rumahtangga pasangan bahagia yang dibina hampir enam tahun ini bermula bilamana si suami tadi sering bermimpi yang bukan-bukan dan sering terasa diganggu oleh makhluk halus.. Daripada demam biasa hinggalah melarat kepada penyakit kronik yang tiada penawarnya.. 


"Aku tak pasti, tapi aku pernah dengar seorang ustaz ni cakap, kalau kita disihir, kita akan melihat kelibat-kelibat seperti orang. Daripada cerita kau tu, mungkin ada orang menghantar sesuatu. Mungkin dia cemburu dengan kehidupan bahagia kau.."


Masa mula-mula baca novel ni, teringat kat drama Tentang Dhia.. Ingatkan kisah yang sama.. Namun bila dah hampir separuh baca, bermulalah satu pembacaan yang menyesakkan dada.. Penuh dengan sedu-sedan dan airmata yang tidak berhenti mengalir.. Sampai ke satu tahap, nak sambung baca tapi tak boleh nak bukak novel tu sebab dada dah mula rasa sebak..


"Tolonglah, abang jangan macam ni..."


Jika ingin tahu kesudahan cerita KAR atau Keranamu Aku Rela ini, silalah beli novel ni segera.. Sesungguhnya banyak kejadian di dalam novel ini yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan... Dan seterusnya mensyukuri segala apa yang Allah berikan kepada kita - kesihatan yang baik, kebahagiaan, kewangan yang mencukupi, pekerjaan dan sebagainya...


p/s: Sebuah karya yang padat, penuh pengisian dan tidak merapu serta meleret-leret serta tidak terlalu tebal iaitu cuma 452 muka surat sahaja... Bacalah, anda pasti teruja.. :)

Wednesday, January 9, 2013

Teka-teki: Siapa jawab dengan betul, dia memang pandai.. :)

Assalamualaikum...

Teka-teki: Siapa jawab dengan betul, dia memang pandai.. :)

Aku ada satu teka-teki..

Teka-tekinya berbunyi begini ya kawan-kawan:

Kalau kita simpan dia, kita yang sakit...
Kalau kita lepaskan dia, orang lain pulak yang sakit...

So, apakah jawapannya wahai pembaca yang cerdik lagi bijaksana...
Ke, nak kena tanya Nujum Pak Belalang dulu...
Hehehe...

Okay la, aku bagi terus la jawapan teka-teki ni...
Macam takde siapa yang berminat nak jawab je...
Huhuhu..

Jawapannya adalah......
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tettttttttttttt...........!!!!
_________________
 (sila isi jawapan sendiri....)


p/s: Jika nak jawab, silakan.. Jika tak nak jawab, tak mengapa.. Tiada paksaan di sini.. Siapa jawab betul, aku bagi dia lima ringgit sebagai upah penat berfikir... kehkehkeh... Tapi hadiah hanya untuk tiga jawapan yang tepat sahaja dan mereka yang ada akaun CIMB atas nama sendiri sahaja... :)

Ayam goreng berulat.. weeekkkkk....!!!

Assalamualaikum....

Ayam goreng berulat.. weeekkkkk....!!!

Pagi ni aku dikejutkan dengan gambar yang lalu kat live feed fesbuk aku.. Gambar yang dikongsikan oleh seorang kawan aku dan diapun kongsikan gambar ni dari kawan dia jugak...

Katanya, kejadian berlaku di sebuah kedai mamak di Johor Baharu... 

Bila tengok gambar ni, terus aku tak jadi nak sarapan.. Perut yang lapar tiba-tiba je mengecut.. Tapi sampai bila nak menahan lapar, kan.. Nak tak nak, kena la makan jugak walaupun tekak dah kembang semacam je ni.. huhuhu......





p/s: Semakin fobia lak nak beli makanan luar ataupun makan kat luar... 

Proses membuat baju kurung ber-lining (berlapis)...

Assalamualaikum...

Proses membuat baju kurung ber-lining (berlapis)...


Kalau nak diikutkan, aku memang kurang menggemari untuk buat baju ber-lining ni. Kerja membuatnya agak rumit sebab kena potong kain tu dua kali. Selalunya baju ber-lining ni dibuat kerana kainnya yang agak nipis dan memerlukan satu lagi lapisan untuk cover mana yang patut.. Dan adakalanya, walaupun dah dibuat lining, tetap nampak kulit si pemakai itu juga... huhuhu...


Proses memotong lining sama je dengan proses potong biasa. Mula-mula potong dulu kain untuk lapisan luar iaitu biasanya digunakan kain yang bercorak. Lepas tu, letakkan bahagian kain bercorak yang telah dipotong tadi ke atas kain yang dijadikan lapisan atau lining tadi. Kena pastikan letak dan susun betul-betul untuk mengelakkan 'tercuri' bahagian kain yang lain... Pastikan kain bercorak tadi tidak terbalik masa diletakkan atas kain untuk lining tadi... Maksudnya, kena letak bahagian luar kain kat atas kain lining.. Make sure double check ya.. ehehh...


Bahagian badan baju kurung... 
v


Aku selalunya mulakan dengan bahagian badan baju kurung tu dulu. Kena penitikan dan kemudian jahit jelujur betul-betul kat bahagian tepi dua lapisan kain tersebut seperti kat dalam gambar kat atas ni.. Lepas tu barulah dipotong mengikut bentuk yang ada... Kurangkan kiraan inci untuk lapisan lining dalam anggaran dua atau tiga inci.. Kalau nak buat lining separas pinggangpun boleh, apa salahnya... Ikut selesa dan selera masing-masing la, kan... ;)


Bahagian tangan...
v


Kemudian, aku buat untuk bahagian lengan pulak. Biasanya lapisan lining tu lebih pendek dari bahagian luar. So, kenalah kurangkan dari ukuran asal dalam lebih kurang dua inci macam gambar di atas... Penitikan dan jahit jelujur jugak... Lepas tu potong macam biasa... Ada jugak orang yang tak suka letak lining kat bahagian tangan ni.


Bahagian pesak...
v


Akhir sekali barulah aku buat proses yang sama untuk bahagian pesak. Nak buat lining untuk pesak ni agak rumit sikit sebab kena ukur betul-betul. Kalau tak, nanti lining tu terlebih panjang la pulak. Gambar pesak kat atas adalah untuk pesak baju kurung Riau. Selalunya kat bahagian pinggang pesak ni ada cantuman untuk cutting tetapi untuk baju kastemer yang ini, tiada cantuman sebab ikut baju contoh yang dia bagi. Baju kurung Riau takde kekek ya.


Tau tak kekek tu apa..? Bukan ketawa mengekek tau. Itu ada kat kuntilanak je... hehehe... Kekek tu yang potongan kain bentuk empat segi yang di cantumkan kat bahagian ketiak atau lengan atas tu. Senang citer, kat tengah-tengah antara dua pesak tu.. Bila dah jadi baju, nanti kekek tu secara automatik akan jadi tiga segi.. Ajaib tak...? Hahaha...


Belum siap sepenuhnya.. Belum sembat dan letak manik...


Sebelum jahit biasa, kena jahit tepi dulu bahagian yang telah dijelujur tadi. Tujuan jelujur dibuat adalah untuk mengelakkan dua lapisan kain tadi herot dan lari-lari.. Jadi, dengan adanya jelujur tadi, proses menjahit tepi akan jadi lebih mudah.. Cuma kena ambil banyak masa untuk jelujur dan kena banyak bersabar dengan kain yang nipis melayang macam ni... Kalau rasa pinggang dah lenguh, eloklah berhenti dulu buat jelujur tu.. huhuhu... 


Ada tukang jahit yang profesional, dia cuma penitikan aje dua lapisan kain tadi dan tidak buat jelujur. Bagi aku, itu agak bahaya sebab takut nanti terlajak masa jahit tepi dan jarum mesin terkena pada peniti tadi dan akan mematahkan jarum tersebut. Jarum jahit untuk mesin jahit tepi ni mahal weii.. Sebatang dalam anggaran tiga ringgit.


Sekian serba sedikit info untuk siapa yang nak belajar me-lining. Upah jahit baju ber-lining ni memang la mahal sikit iaitu double pay dari harga asal sebab dah kena buat kerja dua kali. So, bayarannya kena la dua kali jugak. Jika ada yang nak tambah manik atau aksesori, kena caj lain la pulak. Jangan pulak bising kata upah jahit mahal sebab harga manikpun agak mahal. Tenaga dan tahap kesabaran si tukang jahit ni lagi mahal bebbb... Muahahaha...


p/s: Kalau nak murah, jahit la sendiri... Kehkehkeh...
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)