Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 2, 2012

Kenapa nak tunggu lagi..??

Assalamualaikum...

Kenapa nak tunggu lagi..??

Selalu sakit kepala...? Sering kena senggugut..? Ataupun rasa tak selesa semasa datang bulan? Jangan risau. Ada jalan penyelesaiannya... Tinggg....!!!

Dah cuba menggunakan pad herba dari AVAIL? Kalau belum, marilah cuba. Banyak kebaikannya jika menggunakan pad herba ni berbanding menggunakan pad biasa. Kalau tak cuba, mana nak tau hasilnya.., ya tak..?



Aku pernah buat entry mengenai pad herba AVAIL ni. Masa tu, aku dahpun mencuba gunakan pad herba ni. Sebab tu aku berani buat entry mengenainya. Boleh rujuk kat sini... Jadi, kenapa nak tunggu lagi jika kita ada masalah yang boleh dikurangkan.. Kenapa nak berkira sangat jika percubaan itu boleh membuahkan hasil? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat..?


Segalanya berkaitan dengan kaum wanita. . Kenapa nak tunggu lagi..? Cubalah sekarang....


Bertukarlah kepada pad herba AVAIL sekarang.. Sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan masalah dalaman kita daripa pakai pad biasa yang takde fungsi apa-apa...


Aku tak nak bercerita panjang pasal ni. Jangan biarkan masalah itu semakin lama semakin membesar kerana ia boleh mengganggu-gugat keharmonian hidup kita.. 

p/s: Bertindaklah sekarang.. Kenapa perlu tunggu lagi..? Please call this number for more details...019-3401539 (Zizan)..

How to remove a border around your post page...

Assalamualaikum...

How to remove a border around your post page...

Kali ni aku nak kongsikan cara-cara nak buang atau remove border yang ada di sekeliling post page kita. Ini yang aku buat sendiri ya. Rajin pulak aku menggodek HTML aku ni... ehehh...

Seperti biasa, backup dulu template korang sebagai langkah berjaga-jaga.. ;)

Contoh border sebelum di-remove...

Masuk Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates > Klik Ctrl + F dan taipkan code .post-outer { pada tetingkap yang keluar... Nanti ianya akan keluar macam kat bawah ni mengikut jenis template yang korang gunakan..


Sebelum ni, aku gunakan warna pink untuk border kat post page blog aku ni. Tapi sekarang aku gantikan pink tu dengan transperent sebab aku nak remove-kan border tadi. Memandangkan aku dah guna divider, rasanya tak perlulah aku gunakan border lagi..




Korang cuma perlu tukarkan pink tu kepada transperent. Lepas tu PREVIEW dulu.. Kalau takde ERROR, boleh la tekan SAVE.. Selamat mencuba... Kalau ada masalah pasal ni, boleh tinggalkan pesanan kat chatango aku tu.. ;)

Dah takde border dah.... :-)


p/s: Bangun pagi-pagi tu janganlah nak menyumpah seranah je kerjanya.. Cuba la sebut benda yang baik-baik sikit.. Ucapkan syukur alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati hidup di bumi Allah ini.. Kalau awal pagi lagi dah memaki hamun, tak mustahil sampai malampun akan ada maki hamun jugak..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)