Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, July 27, 2013

Cara paling mudah dan ringkas menjahit langsir lurus...

Assalamualaikum...

Cara paling mudah dan ringkas menjahit langsir lurus...


Hari tu aku ada kongsikan cara paling mudah nak potong langsir lurus. Kali ni nak kongsikan sikit cara aku jahit langsir lurus tu pulak dan juga cara mudah nak pasang dan jahit pita pengeras..


Mula-mula sekali, jahit tepi keliling langsir tu. Untuk langsir aku ni, aku cuma jahit tepi pada bahagian atas dan bawah sahaja sebab tepi kiri dan kanan tu elok je, takde berjurai-jurai. Lepas tu jahit untuk lipatan kiri, kanan dan atas setengah inci manakala untuk bahagian bawah, terpulang pada kesukaan masing-masing nak lipat berapa inci.. Untuk langsir pintu dan tingkap aku, lipatan bawahnya ialah dua inci manakala untuk sliding door, lipatan bawahnya adalah empat inci.


Dah siap jahit semua, barulah tampalkan kain pengeras untuk cangkuk langsir. Kain pengeras ni dijahit akhir sekali bagi mengelakkan kain langsir tu semakin memberat. Sakit bahu nak menampung berat langsir tu nanti. Bentangkan kain langsir yang dah siap berjahit semua atas meja. Tengok contoh kat gambar atas..


Kemudian, lipatkan sedikit kain pengeras tu sebelum dipeniti. Tujuannya untuk balance-kan antara kedua-dua hujung langsir itu nanti..


Lepas tu barulah dipenitikan. Peniti tu jangan letak rapat sangat kat laluan mata jahitan. Kalau rapat sangat nanti satu kerja pulak nak kena cabut peniti tu sedangkan jahitan masih lagi berjalan. Kena letak jauh sikit dari laluan jahitan supaya jahitan menjadi lancar tanpa gangguan. Jahitan bermula dari sebelah kanan memanjang, kemudian barulah bersambung dengan menjahit bahagian atas, kiri dan akhir sekali bahagian bawah pita tu.. Hati-hati semasa menjahit.. Jangan sampai terjahit bahagian pita yang dikhaskan untuk lubang cangkuk..


Digalakkan guna meja untuk mendapatkan pita yang kemas dan tidak menggelembung.. Kalau takde meja macam ni, boleh je guna meja makan ataupun meja kopi.. Elakkan buat kerja atas lantai sebab nanti pinggang sakit akibat tunduk terlalu lama..


Jangan potong pita terlalu awal.. Dah sampai penghujung langsir, baru dipotong dan lebihkan sedikit untuk dilipat sebagaimana proses awal tadi..


Sekejap je dah siap.. Tapi bahu jangan cakap la.. Memang lenguh dan sengal ya amat... huhuhu... Tandakan setiap helai langsir kiri dan kanan supaya mudah nak pasang nanti.. Kalau untuk pintu, just tandakan P dah memadai.. Kalau untuk tingkap, guna T dan untuk sliding door, guna je SD.. Senang untuk cari..


Ada dua garisan kat bahagian atas.. Satu jahitan untuk basi lipatan setengah inci tu manakala yang satu lagi jahitan kat atas pita pengukur..


p/s: Kalau tengok langsir yang dulu-dulu yang aku jahit pita ni, memang hancus.. Lagipun dulu main jahit je, tak tau nak kembangkan otak untuk berfikir.. Sekarang ni kira dah maju sikit la untuk jahit pita ni.. kehkehkeh.. Alhamdulillah...

5 Tukang Tembak:

umiawadah said...

senang je kan jahitnya..sebab saya pernah tengok jiran jahit ...meluncur laju je...straight jer...kot saya yang buat senget benget agak eh,,

sitinaminah02 said...

terima kasih sbb share mcm mana nk buat langsir. hihi

Unknown said...

Tak juga...tgk jg jenis kain dan ukuran dan jahitan tu..kl potong dh senger mmg xdpt nk meluncur laju...satu hal jg ira kain tu mainkan peranan jg..kl nsb baik okla kl xnsb baik mmg kena adjust 2,3 x...

Unknown said...

best dapat jahit langsir sendiri..mahal jugak nak upah orang jahit..teruskan sharing ilmu berguna ni yer Sis..

btw..jom lawat blog saya

www.sihatnatural.blogspot.com

imahamie said...

Menarik sis..tgh survey cara nk jahit..raya pun xlama lagi. Ingat nk jahit sendiri ja .hihuuhu

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)