Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, January 22, 2015

Menabunglah dari awal....

Assalamu'alaikum....

Menabunglah dari awal....


Mana yang menabung, awal tahun macam ni dah boleh senyum bila dividen atau bonus dikeluarkan.. Mana yang tak menabung tu, bawa-bawalah menabung.. Jangan dok kata macam-macam pasal dividen atau bonus tersebut.. Menabung sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Jangan simpan lama-lama dalam tabung ayam dah la.. hehe...





Bagaimana untuk mengira bonus anda?

Pengiraan Bonus TH 2014

a) BONUS TAHUNAN TH (6.25%)

Kiraan: Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2014)/12 bulan x 6.25%

b) BONUS HAJI TH (2% - Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji dan terhad kepada bayaran Haji RM9,980)

Kiraan : Baki purata minima bulanan ≤ RM9,980 (Jan-Dis 2014)/12 bulan x 2%

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-6207 1919 - [sumber]



p/s: Bonus dah siap potongan zakat.. Alhamdulillah... Semua ini adalah rezeki dari Allah.. Alhamdulillah...

Jika boleh dicantum, maka cantum-cantumkanlah... hehh..

Assalamu'alaikum...

Jika boleh dicantum, maka cantum-cantumkanlah... hehh..


Hamboiihhh...Tajuk entri dah macam lirik lagu pulak.. Tahun depan boleh masuk carta kat Juara Lagu.. ahahh... tettttt.......!


Okay, entri ni sebenarnya nak tunjukkan penutup bekas garam halus kat dapur aku yang sudah terbelah dua.. Siapa punya kerja..? Abang aku la.. hehh.. Aku tengok elok je penutup tu dia letak kat belakang dapur.. Lepas tu dia tutup bekas garam tu dengan benda lain.. Mujur dia tak buang terus penutup yang dah terbelah dua tu...


Jadinya, disebabkan masih ada rasa sayang pada penutup ni, akupun mulakan sessi cantum mencantum... Mula-mula kenalah basuh bersih dulu penutup tu.. Lepas tu keringkan betul-betul..




Gam gajah takde, gam khas lagi la takde.. Maka, aku gunakan aje gam yang ada kat rumah ni.. Gam yang ada tu ada tiga jenis.. Satu gam kertas, satu gam kain dan satu lagi gam UHU ni.. Dah tentulah aku pilih gam UHU, kan.. ahahh...




Kat belah bawah tu aku lekatkan dengan batang aiskrim.. Tujuannya untuk menguatkan lagi cantuman tadi supaya cantuman tu tak lari atau tak mudah tanggal..





Biarkan gam tadi kering dengan sempurna.. Kalau tak kering betul-betul, nanti cantuman kat penutup tu tak lekat dengan elok..




Lepas ni dah boleh guna balik penutup ni.. Cuma tak boleh la nak lasak-lasak sangat.. Kenalah buka dan tutup dengan berhemah dan sopan santun gitu.. hehh...


Yang bawah ni pulak pembaris jahitan aku yang patah dua.. Aku buat teknik yang sama iaitu gam dan lekatkan dengan batang aiskrim.. Dah boleh gunakan tapi jika nak buat garisan, kenalah terbalikkan sebab kalau guna macam biasa, nanti dia tak rata... 




Benda yang retakpun jika dicantum kembali, akan nampak kesannya walaupun sedikit.. Apatah lagi jika ianya sudah terbelah atau terpatah terus.. Pasti makin besar nampak kesannya.. 




p/s: Jika nak mencuba cara aku, dipersilakan.. Jika tak nak cuba, no hal la.. Tak paksapun, kan... hehh..

Wednesday, January 21, 2015

Dari kabinet ke toyogo..

Assalamu'alaikum...

Dari kabinet ke toyogo.. 


Asalnya semua benda ni aku simpan atau letak dalam kabinet kat dapur manakala toyogo ni pula aku simpan barang-barang jahitan aku.. Lama jugak la barang jahitan tu kat situ..




Cumanya, baru-baru ini aku keluarkan barang jahitan aku dari dalam toyogo tu, keluarkan jugak semua barang yang ada dalam kabinet dan kemudian masukkan dalam toyogo ni.. Manakala kabinet tu aku isikan pula dengan barang masakan aku seperti acuan kuih dan sebagainya.. Jadinya, hanya aku je yang akan buka tutup pintu kabinet tu..


Punca aku buat pertukaran adalah kerana telinga aku sakit bila ada orang yang main hempas pintu kabinet bila nak ambil atau cari sesuatu barang kat dalam tu.. Sekali sekala takpe, tahan lagi telinga ni.. Tapi bila dah acap kali dok macam tu jugak walaupun dah tegur banyak kali suruh tutup perlahan-lahan pintu kabinet tu tapi tak jadi apa, maka aku terpaksa fikir jalan lain untuk panjangkan hayat pintu kabinet aku tu..


Sebabnya, mula-mula telinga je sakit.. Lama-lama hatipun ikut sakit sama.. Ingat murah ke kos buat kabinet..? Bukan duit sendiri yang keluar, memang la tak rasa apa-apa bila pintu kabinet tu kena hempas.. 


p/s: Kadang-kadang geram jugak dengan orang yang jenis tak faham bahasa ni... Sekolah je tinggi tapi attitude..?

Tuesday, January 20, 2015

Kreatiflah dalam bersedekah...

Assalamu'alaikum...

Kreatiflah dalam bersedekah...


Bersedekah ni senang kalau kita kreatif. Tak perlu modalpun tapi pahala dia berganda. Jom tengok antara teknik-tekniknya:


1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid-masjid arab Mekah dan Madinah)..


2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang..


3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin..


4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan..


5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut..


6. Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga, kerabat atau sahabat), belilah satu atau dua kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan sebagainya)..


7. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)..


8. Belilah mushaf (al-Quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya..


9. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yangg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus..


10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui. Berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah..


11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu..


12. Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal dunia..


13. Kirimkan mesej ini kepada semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. 


Selamat bersedekah.. 


Sumber asal copy and paste dari sini.. Aku olah balik semula mana-mana perkataan yang berganda dan perkataan yang pendek.. Jika ini satu kesalahan, maaf.. 


p/s: Banyak lagi cara untuk kita bersedekah.. Nak dengan tak nak buat je.. Tak nak buat mungkin sebab kita tak nampak pahala tu selonggok ada depan mata macam kita nampak duit.. 

Cencaru bakar versi aku.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Cencaru bakar versi aku.. hehh...


Sekejap tadi, dalam pukul lapan setengah, aku bakar ikan cencaru ni untuk lauk malam ni.. Ikan tu aku keluarkan dari peti sejuk sejak petang lagi.. Mula-mula ingat nak goreng kosong macam tu je.. Alih-alih terlintas pulak idea nak cuba bakar gunakan kuali empat segi yang aku guna masa first trial pancake hari tu..





Bahan yang aku gunakan adalah sudah semestinya ikan cencaru, kan.. hehe.. Okay, aku gunakan dua ekor ikan cencaru belah perut dan belah belakang, sebiji tomato yang dipotong enam, empat biji kentang dipotong macam wedges kfc tu, sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada putih, sedikit sos tiram, sedikit garam halus, sedikit kicap masin dan sedikit butter yang dipotong kecil-kecil.. 


Gaul dan ratakan semua bahan.. Kalau nak perap sekejap pun boleh tapi aku takde perap-perap pun.. Terus je bungkus dengan aluminium foil ni..




Lepas tu aku bakar macam ni.. Tutup dengan tray buat biskut atas dia.. hehe.. Guna api perlahan je.. Dalam masa lebih kurang 25-30 minit, dah mula bau semerbak dah yang menandakan dah boleh tutup api dah.. Tapi sebelum tu check dulu la samada kentang dah empuk atau belum..




Dan inilah hasilnya selepas dibakar.. Kentangpun dah cukup empuk.. Isi ikanpun dah cukup rasa dah.. Perfect..!! Oh la la...! Cehhh... hahahaha...






Dan aku perahkan sedikit limau air limau nipis.. Selebihnya tu biar je.. Jika nak lagi rasa masam limau tu, boleh perah kemudian..




Bahan-bahan takde sukatan khusus.. Aku main terjah je tabur dan gaul.. hehe.. Yang buat aku terkejut, tak lama lepas tu kentang tinggal seco'et je.. Abang aku ni memang hantu kentang betul la.. haha..


p/s: Tak payah dah bakar masuk oven atau microwave.. Senang punya kerja.. hehe.. Main tenggek atas dapur gas je.. Asap pun takde.. Ni la cencaru bakar versi aku... haha..

Monday, January 19, 2015

Selagi boleh dibaiki..

Assalamu'alaikum...

Selagi boleh dibaiki..


Ini satu lagi kerja yang aku buat masa takde letrik hari tu iaitu repair seluar.. Aku buat yang bawah ni dulu.. Tetas jahitan dan keluarkan getah yang dah loose tu.. Bila dah ada letrik, baru buat yang bawah tu.. Jahit tepi, jahit dan masukkan getah yang baru.. Masa jahit tepi tu banyak kali benang mesin jahit tepi tu terputus.. Sabar je la.. Kalau tak sabar memang tak berjahit tepi la seluar ni.. hehhh..




Ni asalnya seluar mak aku.. Ada dekat sepuluh helai kot.. Mak aku selalu pakai seluar ni jika dia pakai jubah atau maxi jika nak ke mana-mana.. Tapi sekarang ni mak aku tak berapa sihat.. Dia gantikan seluar ni dengan pakai kain batik.. Jadinya, dia tak pakai dah seluar ni.. Maka, aku pulak la yang pakai.. hahaha.. 


Sebelum ni aku tak muat nak pakai seluar ni.. Ketat semacam je.. Maklum la, saiz badan aku lebih besar dari saiz badan mak aku.. Walaupun seluar ni boleh memeri tapi aku tak selesa nak pakai yang ketat-ketat ni.. Sosak napeh den.. ahahh.. Cuma sekarang ni saiz badan aku dah kecik sikit.. Tu yang pakai tu.. Sikit je la keciknya.. Jadi la.. Ingat senang ke nak kecikkan saiz badan.. hehehe.. 




Disebabkan aku dah boleh pakai seluar ni, maka mana-mana seluar yang dah loose dia punya getah, aku bukak dan baiki.. Kalau tak, terbiar dan tersimpan macam tu je sedangkan seluar tu masih elok lagi dan boleh dipakai.. Jadinya, buat apa nak membazir begitu sahaja sedangkan kita boleh usahakan untuk memperbaikinya sendiri..? Jahitlah macam manapun.. Janji boleh pakai balik semula.. 


Seluar macam ni aku pakai kat rumah je.. Senang aku nak bersilat kat dapur ke, kat laman ke, kat belakang rumah ke.. Faham-faham je la kerja rumah banyak.. hehe.. Lagipun selamat sikit pakai seluar jika nak dibandingkan dengan pakai kain batik yang ada kalanya terselak ditiup angin.. Tak rela aiii... ahaha...


p/s: Bak kata kak Adibah Noor dalam satu iklan tv tu; boleh aje kalau nak jimat... Maka, berjimat-jimatlah kita.. hehe..

Benda yang aku tak suka nak tengok.. hmm...

Assalamu'alaikum...

Benda yang aku tak suka nak tengok.. hmm...


Ada ketikanya mata dan hati jadi sakit bila tengok benda yang sama berulang kali.. Sakitnya ibarat disogokkan dengan makanan basi ketika perut tengah lapar menggila.. Makanan tak sedap boleh lagi hadap sebab dah kelaparan ya amat, tapi makanan basi..? 




Sakit tak  hati bila bukak tudung saji dan tengok pinggan atau mangkuk tinggal kosong tanpa dicuci..? Nak habiskan isi dalam mangkuk tu takpe tapi sekurang-kurangnya basuh la bekas tu dan alihkan tudung saji tu kat tempat lain.. Takde la nanti orang yang mengharap ada makanan bawah tudung saji tu rasa ralat atau kecewa.. Dah la takde benda bawah tu.. Lepas tu bekas tu dibiarkan macam tu je.. 





Sikap berkira dengan tenaga ni tak elok diamalkan tapi itulah yang selalu berlaku.. Langsung takde sifat berterima kasih.. Terima kasih tu bukan sekadar menuturkannya melalui percakapan tapi juga boleh dilahirkan melalui perbuatan.. Meringankan kerja orang lainpun dapat pahala tau.. 


p/s: Cubalah bertimbang rasa sikit.. Janganlah pentingkan diri sendiri je.. 

Pancake jagung ala-ala apam balik..

Assalamu'alaikum...

Pancake jagung ala-ala apam balik.. 


Minggu baru ni aku buat lagi pancake.. Sebelum ni dah buat sekali dah untuk first trial... Resepi masih guna resepi yang sama macam yang hari tu.. Cuma kali ni aku tambahkan jagung berkrim.. Kononnya nak buat ala-ala apam balik la.. ahah.. 


Sebenarnya hari Rabu tu ada pasar malam dan aku teringin nak makan apam balik.. Minta tolong abang aku belikan.. Alih-alih takde pulak orang yang menjual apam balik tu.. Tu yang buat pancake jagung ni haa.. Aku letak jagung je.. Kacang tanah kisar aku tak letak.. 




Kali ni gunakan kuali yang sesuai.. Kakak aku tolong belikan tapi kenalah bayar balik kat dia.. Lepas ni kena la rajin-rajin buat kuih.. Kalau tak, sesia je beli kuali macam ni.. Alhamdulillah, hajat yang lama terpendam nak dapatkan kuali ni dah tercapai.. Lepas ni nak beli food processor pulak.. Set in mind dulu... hehh..




Aku gunakan jagung berkrim dari Adabi.. Kena perhati betul-betul tin tu.. Takut terambil jagung biasa yang ada air tu.. 




Sebenarnya dua kali aku buat pancake jagung ni.. Malam minggu tu aku dah buat sekali tapi ada anak buah yang tak merasa.. Kebetulan adik aku ada balik.. Jadinya, semalam aku buat lagi sekali.. Lagipun susu segar dengan jagung tu masih ada baki.. Kalau tak buat takut nanti terbiar lama pulak dalam peti sejuk..





p/s: Resepi ada kat blog dapo aku.. Jika nak cuba buat, dipersilakan.. Terima kasih... 

Sunday, January 18, 2015

Aktiviti bila takde letrik, internet dan air.. :)

Assalamu'alaikum...

Aktiviti bila takde letrik, internet dan air.. :)


Ni aktiviti aku dua hari berturut-turut.. Gara-gara letrik takde, line internetpun ikut takde jugak.. Lepas tu, air paip pun takde.. Adehhh.. Sabar je la.. ahahh.. Ada beberapa aktiviti sebenarnya tapi kali ni up yang ni je la dulu.. hehh...


Akhirnya, aku selongkar almari buku, keluarkan mana-mana novel yang belum dibalut lagi.. Dan bermulalah proses pembalutan.. Banyak lagi rupanya novel yang belum berbalut.. Ingatkan tak banyak.. hehh..






Aku gunakan pembalut macam kat bawah ni.. Sebelum ni aku gunakan pembalut jenama lain.. Senang guna pembalut yang ni sebab lebar dia ngam-ngam untuk dua buah novel.. Jadinya takde la ada pembaziran terlebih sampul yang kena potong dan buang..





Saiz pembalut ni adalah 450mm/lebar X 10 meter/panjang.. Harganya pula adalah RM7.90.. Ini harga kat sini.. Kat tempat lain mungkin lagi murah harga dia.. 




Ini cara yang aku gunakan untuk ambil ukuran novel dari Jemari Seni.. Novel keluaran Jemari Seni ni selalunya tak tebal sangat dan lebarpun kurang sikit dari novel biasa.. Jadinya, aku lipat dua plastik tu, kemudian aku ukur 5 1/5 inci untuk novel Jemari Seni dan 6 inci untuk ukuran dan ketebalan biasa dalam 500 muka surat macam novel dari IKP, Alaf, Karya Seni, Fajar Pakeer dan lain-lain.. Novel yang lagi tebal, lain pulak ukurannya..




Then, gunting je ikut lipatan tu.. Tak perlu dah nak garis atau tanda.. Mudah sebab plastik ni jenis melekat dan ukuran tak lari..




Lepas tu, lipat dua plastik tadi...




Kemudian, potong lipatan tadi guna pisau yang tajam.. Tekan kuat sikit plastik tu takut nanti pisau tu tergelincir dan potongan lari dari ukuran asal...




Dan inilah hasilnya.. Potong banyak-banyak atau ikut stok novel yang ada.. Senang dah sebab tinggal balut je..






p/s: Orang lain sibuk balut buku teks sekolah anak, akupun sibuk gak balut novel aku.. hehehe.. Sayang woo biarkan novel togel macam tu je.. 

Friday, January 16, 2015

Baru kenal hashtag... ahahh..

Assalamu'alaikum...

Baru kenal hashtag... ahahh..


Sejujurnya, aku bukan jenis yang suka ambil port dengan benda yang ada tanda-tanda ni.. Dan aku tak taupun fungsi benda tu.. hehh... 


Namun, bila aku tengok ramai sangat yang dok perkatakan dan mainkan tanda # ni, siap kata trending lagi, akupun tertanya-tanya jugak la.. Kenapa dan untuk apa gunakan tanda tu.. 


Jadinya, akupun cuba la bermain dengan hashtag ni kat fb.. Kat fb je la sebab aku takde twitter.. Rupanya bila kita letak tanda # tu, secara tak langsung perkataan atau ayat tadi akan menjadi satu link dan bila kita klik, ianya akan membawa kita kepada semua post yang berkaitan dengan apa yang telah di-hashtag-kan.. 


Jadinya, jika kita buat hashtag untuk ayat atau perkataan yang elok-elok, banyaklah perkara elok yang kita jumpa dan boleh dimanfaatkan.. Begitulah sebaliknya jika kita buat hashtag ayat atau perkataan yang tak elok, maka itulah yang kita dapat..


Hashtag yang aku suka guna sekarang ni adalah #muhasabahdiri, #motivasidirisendiri dan adalah dua tiga hashtag yang lain termasuk #Zahira yang aku baru buat malam tadi.. ahahh..


p/s: Janganlah buat hashtag yang panjang berjela yang dah macam satu karangan pendek pulak.. Motif buat hashtag macam tu..? 

Thursday, January 15, 2015

Singgah la lagi.. hik...

Assalamu'alaikum...

Singgah la lagi.. hik...


First of all, thanks a lot untuk semua yang sudi singgah dan mencari apa yang perlu kat blog ini.. Moga pencarian anda berbaloi dan tidak merasa rugi mencari.. Andaikata anda gagal dalam pencarian, maafkan aku ya.. Ini bermakna aku juga gagal dalam menyampaikan maklumat atau info.. huhuhu...




Boleh komen kat entry berkaitan jika ada yang nak tanya atau tak faham bab jahitan ni.. Ataupun boleh tanya melalui inbox kat fanpage fb aku.. InsyaAllah, jika aku boleh jawab, aku jawablah.. Nak bagitau atau tegur mana-mana yang aku tertinggal kat dalam entry tu pun takpe.. Aku lagi suka orang tegur kesalahan yang aku buat.. Kalau tak tegur, mana aku nak tau kat mana salah silapnya.. 


Sebelum ni pun ada juga yang menegur dan bertanya sebab ada certain part yang aku tertinggal nak letak.. Terima kasih untuk mereka yang prihatin.. Kerja sama yang macam ni yang aku nak..


p/s: Nampak gayanya aku memang tak pandai buat review novel.. Jadi, lupakan sahaja segala review.. ahaha...

Wednesday, January 14, 2015

lam alif ba wau..

Assalamu'alaikum...

lam alif ba wau..


Ini adalah lam alif ba wau.. Lam alif ba wau ni labu ya, bukan lembu.. Lam mim ba wau baru lembu.. hehh...






Labu ni mak aku yang tanam.. Eh, bukan.. Mak aku just campak je biji labu tu kat tepi pagar tu.. Sekali merimbun daun dia.. Putik dia banyak jugak tapi banyak yang gugur.. Yang melekat dan membesar setakat ni cuma dua buah ni je la..



Sengetnya dia...! Melentik sungguh..!

Assalamu'alaikum...

Sengetnya dia...! Melentik sungguh..!

Sampai macam ni sekali dia punya kesengetan.. Rasanya memang dah tak boleh lurus dah ni.. Kalau paksa bagi lurus jugak, harus nanti dia patah.. Melentik sungguh..! ahahh...




p/s: Badan senget takpe, asalkan otak tak senget.. hehh...

Tuesday, January 13, 2015

Tempahan dari Kak Erna...

Assalamu'alaikum...

Tempahan dari Kak Erna...




Kali pertama dulu, sampul Qur'an susah nak masuk sebab menurut Kak Erna, kulit Qur'an tu dah kembang.. Mujurlah jahitan keliling tu boleh dibuka.. Kesian Kak Erna sebab terpaksa tetas sikit jahitan tersebut.. Maaf ya kak.. 


Ini gambar sampul Qur'an yang terdahulu yang Kak Erna bagi kat inbox aku.. 









Dan yang kat bawah ni pula merupakan sampul Qur'an yang baru ditempah.. Aku bagi contoh gambar kain dan Kak Erna pilih yang kiri sekali untuk dua-dua sampul.. Cara buat sampul juga berbeza dari yang pertama dulu.. Untuk sampul yang ini, aku tak dapat nak letak tali dan butang tapi aku gantikan dengan penanda atau bookmark dari riben..







Dan ini gambar yang Kak Erna bagi kat inbox.. Alhamdulillah, muat sampul ni dan tak perlu tetas jahitan keliling tu.. Risau jugak aku kalau tak muat lagi..




Terima kasih sekali lagi Kak Erna.. Mana yang terlebih dan terkurang tu mintak halal ya kak.. hehe..


p/s: Ada sesiapa yang nak menempah sampul buku, boleh la PM aku kat fb aku kat sini ya.. Tapi ukuran kenalah ukur sendiri ya.. Jika nak beli sampul novel yang dah siap, boleh PM jugak sebab memang dah ada ready stock.. Terima kasih.. :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)