Assalamualaikum...
Apa macam..? Sudah dapat ke..??
Bulan disember tahun lepas, sewaktu timbulnya isu pemberian bagi BR1M ini, ramai jugak la yang kecoh. Macam-macam cerita yang aku dengar. Macam-macam kisah yang aku baca. Tapi aku setakat dengar dan baca je la. Tak berminat nak menokok-tambah cerita tu..
Bila tiba masanya, jiran aku beria-ia mengajak aku untuk mengambil dan mengisi borang. Dia dah pergi dulu dah. Lepas dia balik baru dia call aku suruh aku pulak yang pergi. Dia kata ramai lagi orang kat tampat tu. Macam-macam la yang dia bagitau. Aku kata kat dia, biar je la dulu. Lagipun dari apa yang aku tau, borang BR1M tu boleh guna yang fotostat.. Aku cakap kat dia yang aku akan pergi keesokannya dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau. Tapi sebenarnya aku tak pergipun...
Beberapa hari lepas, dia singgah ke rumah setelah mengambil baucer BR1M tu. Dia kata ramai sangat orang dan dia malas nak menunggu untuk ambil cash. Tu yang dia ambil baucer je dan baucer tu boleh tukar kat bank untuk tempoh yang dinyatakan. Dia suruh aku pergi isi borang memandangkan tempoh untuk BR1M tu telahpun dilanjutkan. Dan aku kata aku malas nak isi borang tu. Atau dalam ertikata lain, aku memang tak nak ambil BR1M tu.
Dia tanya aku kenapa aku tak nak ambil sedangkan ramai je orang lain yang berpusu-pusu pergi ambil BR1M tu.. Aku cakap kat dia, aku nak ambil untuk apa..? Aku bukannya ada tanggungan.. Aku bukannya ada anak.. Aku cuma ada anak tekak je.. Aku bukannya ibu tunggal.. Aku cuma ibu angkat kucing je. Aku bagitau dia yang aku tak layak untuk ambil semua tu. Biarlah orang lain yang lebih memerlukan yang ambil.
Lepas tu dia kata, orang yang ambil tu pun ramai je yang berkemampuan tapi masih ambil jugak.. Dan aku kata lagi, biarlah dorang tapi aku tak nak ambil.. Dia kata lagi, ambil je la dulu. Kalau tak nak guna duit tu, bagi je la kat orang susah.. Aku tingkah lagi kata-katanya. Aku cakap, kalau duit dah ada dalam tangan, agak-agaknya sayang ke tidak nak bagi kat orang...? Nanti tak pasal-pasal nawaitu tu terpesong... Lebih baik tak payah ambil.. Kalau betul ada hak aku ke atas BR1M tu, biarlah orang lain yang ambil.. Biarlah orang nak kata kufur nikmat ke, apa ke.. Lantak la orang nak kata apa. Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah aku tak layak untuk ambil BR1M tu..
Mak aku dah lain macam je bila dengar jiran tu cakap. Aku risau jugak kalau mak aku paksa suruh isi borang BR1M tu. Memang aku malas nak pergi. Lepas tu mak cik tu kata aku ni kaya, sebab tu tak nak ambil duit tu. Aku gelak je la, tau yang dia bergurau... Lagipun aku dah biasa kena 'bahan'.. Lepas tu aku cakap, kalau aku kaya, takde la aku duduk menumpang kat rumah mak aku ni.., kan... Mudah-mudahan masin mulut mak cik tu... ekekeke...
Akhirnya mak cik tu diam je. Tak cakap dah pasal BR1M tu. Tukar topik lain pulak.. Leganya aku... :-)
~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah saw bersabda:
"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam..." - (At-Tabrani)
p/s: Syukur dengan apa yang ada sekarang... Walau tak punya harta melimpah ruah.. Walau tak punya rumah atau kereta mewah, namun aku tetap bersyukur.. Sekurang-kurangnya aku masih diberi kesihatan yang baik untuk aku terus mencari rezeki.. Alhamdulillah...