Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, May 18, 2017

Sakitnya kena lempang!

Assalamu'alaikum.

Sakitnya kena lempang!


Tengah malam tadi, masa jenguk fb, tetiba ternampak post fasal kes tampar ni. Tak tau kenapa dan tak tau di mana kejadian yang berlaku. Dah siang, barulah aku tau sebab apa. Hmmm je la. Gigih jugak tu dok search. Hahaha.


Disebabkan ternampak post fasal tampar tu, akupun teringat la kat satu kisah yang sudah lama yang aku alami dulu. Beginilah kisahnya.


Masa umur aku sekitar 8-9 tahun dulu, aku pernah kena lempang dengan abang kawan aku yang merupakan jiran kat kampung. Akupun tak tau kenapa dia tiba-tiba je tampar aku. Masa tu kami (aku, adik dia dan kawan yang lain), sedang bermain galah panjang di laman rumahnya.


Meraung aku dibuatnya. Terus berlari balik rumah. Berbirat weii pipi aku. Bayangkan la pipi budak umur macam tu. Lembut lagi pipi tu. Dah la pipi tembam. Memang merah la. Siap nampak kesan lima jari kat pipi aku tu.





Mak aku kejar mamat tu dengan parang. Mak aku siap naik atas rumah mamat tu sebab dia lari masuk dalam rumah. Nasib baik dia menyorok atas peran/loteng. Nasib baik jugak adik mak aku tahan mak aku jangan naik atas loteng tu. Kalau tak, tak tau la apa jadi kat mamat tu. Jangan buat main dengan isteri askar!



Sampai sekarang aku masih tak tau puncanya. Baru-baru ni masa kakak aku balik kampung, dia tanya la kat mamat tu, kenapa dia lempang aku. Mamat tu pun takde jawapan. Dia kata diapun tak tau kenapa dia buat macam tu kat aku.


p/s: Ada orang kena lempang bersebab tapi aku kena lempang sampai la ni tak tau sebab apa. Saja-saja suka lempang? GILA la namanya tu!

Jom tanam salad dan kucai!

Assalamu'alaikum.

Jom tanam salad dan kucai!


Pagi ni aku cuba semai benih salad dan kucai. Ini merupakan kali pertama aku beli dan semai benih kucai dan kali kedua aku beli dan semai benih salad. Kali pertama semai benih salad dulu satu pokokpun tak hidup. Mungkin benih dah sambang/rosak walaupun gunakan benih dari jenama yang sama iaitu Green World.




Ni la cara aku buat lubang pada bekas yang berasaskan plastik. Aku panaskan mata pengetuk ais tu. Nak guna pakupun boleh. Ikutlah selesa masing-masing.





Aku gunakan bekas kiub ais yang tidak digunakan lagi. Daripada bekas tu buat menyemak dalam almari je, baiklah kita jadikan dia sebagai tapak semaian benih sayur. Haha.







Lagi satu, bekas semaian yang kita beli kat kedai yang warna hitam tu nipis sangat. Plastik dia mudah pecah. Walaupun harganya tidaklah semahal mana tapi jika dah selalu pecah dan asyik nak kena beli yang baru, rasa rugi jugak kat situ. Berbeza dengan bekas kiub ais ni sebab plastiknya tebal dan kuat.





p/s: Mudah-mudahan anak benih salad dan kucai aku ni bercambah dan hidup dengan subur. Tak tau la berapa lama proses pertumbuhan benih ni. Tunggu je la dalam masa sebulan ni.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)