Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, September 18, 2011

Kisah orang minyak...

Assalamualaikum...

Kisah orang minyak...

Aku pernah alami kisah sebegini suatu masa dahulu sewaktu menjalani kursus menaip dan trengkas kat Keratong. Dah lama sangat dah kisah ni. Malas pulak nak kongsikan kat sini. Nanti-nanti je la aku cerita. Itupun kalau aku rajin nak bercerita. Kalau aku malas, nampaknya kisah orang minyak kat bawah ni je la yang aku kongsikan.. Baca aje la ya.. kehkehkeh...


KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar 'orang minyak'.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.

Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.

“Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

“Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

“Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

“Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

Selebihnya baca kat sini...

Apsal la ko tak sapu minyak hitam kat badan ko. Takde la nampak sangat benda-benda tu.. hehhh...

p/s: Patut la harga minyak makin naik... Errrr... Ada kena mengena ke...? Entah... huhuhu...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)