Assalamu'alaikum.
Eksperimen: Tanam kobis bulat dari anak pokok.
Alhamdulillah. Ini merupakan eksperimen aku untuk cuba tanam kobis bulat dengan menggunakan anak pokok yang tumbuh setelah buah kobis tu diambil.
Lebih kurang dua minggu jugak untuk anak pokok kobis ni membesar seperti di dalam gambar.
Ada yang suruh aku ambil dan buat masak je sebab katanya, inilah baby kailan. Tapi aku menolak sebab aku memang nak buat eksperimen.
Tu, nampak macam dah keluar akar,kan?
Aku tanam anak pokok kobis ni dalam pasu besar. Aku letak tanah tu suku pasu je dulu. Kemudian, aku padat-padatkan tanah tu pada bahagian pangkal anak pokok. Lepas tu, aku siram perlahan-lahan.
Setakat ini, aku baru tanam anak pokok kobis tu dalam empat pasu. Masih ada lagi anak kobis tu yang belum aku ambil. Nanti aku akan ubah jugak anak kobis tu ke dalam pasu. Tunggu masa je ni.
Dan ini pula pokok kobis yang aku tanam dari batang kobis yang dah patah. Aku buang sedikit daun pada bahagian bawah tu dan aku tanam semula dalam pasu. Rapatkan tanah dengan daun yang bawah sekali supaya batang kobis tu terlindung dari cahaya. Aku letak dahulu pasu kobis tu kat tempat redup yang terlindung dari limpahan air hujan.
Alhamdulillah, sekarang dah nampak stabil dah pokok kobis tu. Dah boleh letak kat tempat yang terbuka.
p/s: Tak cuba, tak tau. Lebih baik kita cari pengalaman sendiri daripada kita berkata yang bukan-bukan seolah-olah kita telah melalui pengalaman tersebut.
.