Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, August 13, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami: Kisah sebelum dan selepas baca.. :)

Assalamualaikum...

Pelangi Cinta Buat Suami: Kisah sebelum dan selepas baca.. :)

Al-kisahnya:

Aku bukanlah peminat karya novelis Acik Lana ni.. Novel beliau yang pernah aku baca ialah Kalau Memang Harus Begitu (KMHB). Itupun aku baca tak habis sebab tebal sangat.. Aku cuma main selak-selak je.. Lagipun buku tu anak buah aku punya. Kalau nak baca dari awal hingga tamat, memang tak cukup masa. Dan aku jenis tak suka nak bawak balik rumah novel orang ni. Namun begitu, aku dah pun beli novel KMHB tapi belum punya waktu yang sesuai untuk meneroka cerita tersebut.. Nanti-nanti la.. Akan aku baca jugak sampai tamat.. 


Beberapa bulan lepas sewaktu aku ke Popular JJS2, aku nampak la buku Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS) ni. Sebenarnya aku nak beli buku novelis Suri Ryana iaitu Playboy Itu Suami Aku (PISA) tapi aku dah tersalah ambil sebab cover novel PISA dengan PCBS ni lebih kurang sama je meriahnya.. 




Bila dah sampai rumah baru aku perasan yang aku dah tersalah beli buku.. Hati dah mula rasa tak berapa nak senang sebab sebelum ni dah banyak tengok komen negatif tentang karya Acik Lana ni.. Risau sebab takut tak boleh nak hadam buku tu dengan baik. Dah la mahal harga dia.. huhuhu..


Bila dah beli, tentulah kena baca, kan..? Maka akupun mula membaca novel PCBS ni. Ajaibnya, bila dah mula baca, terus taknak lepas.. hahaha.. Rasa teruja nak tau kesudahan cerita ni begitu membuak-buak. Mungkin cara olahan dan jalan cerita yang ada dalam PCBS ni kena dengan jiwa dan selera aku, yang membuatkan aku sayang nak berhenti rehat.. hehehe..


Review Pelangi Cinta Buat Suami:

Pelangi Cinta Buat Suami ni mengisahkan tentang Imanina dan Qalif. Kisah perkahwinan mereka yang berlandaskan cabar mencabar antara kedua-duanya. Kisah Qalif yang dingin dan sentiasa naik angin dengan Imanina namun Imanina tetap sabar dan setia melayan karenah si suami..


Qalif atau Tengku Qalif jadi pemurung dan pemarah sejak kehilangan isteri yang baru dinikahinya sewaktu berbulan madu di Dubai. Dalam kemalangan itu, isterinya iaitu Liyana terkorban dan Qalif sendiri koma selama sebulan. Sedar je dia dari koma, terus ditanyakan perihal isterinya dan dia tidak dapat menerima hakikat yang isterinya dah meninggal. Hampir setengah tahun si Qalif tu mengasingkan diri dari dunia luar. Kerjanya hanya meratapi pemergian si isteri tercinta..


".... wife dia meninggal dekat situ jugak. Tengku Qalif pulak koma sebulan. Lepas tu, bila dia sedar dia terus tanyakan arwah isteri dia. Tapi itulah, Allah lagi sayangkan arwah isteri dia tu. Meninggal masa honeymoon, dah takdir dia... "


Imanina menawarkan diri untuk menjadi isteri Qalif demi untuk memulihkan semangat Qalif yang semakin hilang. Semuanya gara-gara sebuah diari..! Imanina terjumpa dan terbaca sebuah diari milik Qalif sewaktu dia masuk ke dalam bilik Qalif. Terus diari itu diambilnya dan dibaca di rumah. Semenjak itu, Imanina mula rasa sayang dan ingin mendekati si duda muda itu..


"Nina sanggup jaga Tengku Qalif. Demi Allah, Nina ikhlas.."


Bermula dari pengakuan Imanina itu, maka bermula jugaklah perang suara antara Qalif dan Imanina. Imanina yang begitu sabar melayan karenah Qalif dan akhirnya Qalif mula jatuh cinta dengan isterinya itu. Namun, kebahagiaan mereka cuma seketika. Qalif yang kena bertugas di Myanmar telah diculik dan hilang ingatan. Dan selama itu Imanina tetap setia menanti kepulangan Qalif..


Bagaimanakah kesudahan cerita Pelangi Cinta Buat Suami  ini..? Apakah yang berlaku kepada Qalif sepanjang dia hilang ingatan..? Bagaimana pulak nasib Imanina yang terus setia menanti kepulangan suami tercinta...? Adakah Imanina terus setia menunggu Qalif sedangkan ada lelaki lain yang cuba menagih cintanya..? Jika nak tau kisah seterusnya, itu kenalah beli dan baca sendiri.. hehehe..


p/s: Masa baca novel ni, aku kosongkan minda. Aku buang semua persepsi atau komen negatif yang pernah aku baca tentang karya Acik Lana ni.. Dan hasilnya, aku suka cerita PCBS ni.. Tahniah untuk Acik Lana.. Ada hikmahnya aku tersalah beli buku ni.. kehkehkeh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)