Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 20, 2016

Cara menjimatkan tanah dalam pasu.

Assalamu'alaikum.

Cara menjimatkan tanah dalam pasu.



Jika ada pokok bunga yang dah nak mati ataupun kita nak buang, kita jangan terus keluarkan pokok tu dari pasu dan buang semuanya sekali gus.




Sebaiknya, kita letakkan pokok tadi ke dalam kereta tolak atau letakkan atas guni dan kita kirai-kiraikan akar pokok yang berselirat tu supaya tanah yang melekat jatuh. Dalam kes aku ni, aku tujah-tujah akar pokok tu dengan benda alah mata tiga ni. Takde la sakit sangat tangan aku nak buat kerja. Ha, dapat penuh satu kereta tolak dengan tanah recycle ni. 




Harga sebungkus tanah untuk pokok pasuan ni dah mahal dah. Makanya, janganlah kita sesuka hati main lempar je pokok yang berselirat dengan akar tu macam tu je. Kita masih boleh recylcle tanah tu. Aku dapat isikan dua pasu besar ni dengan tanah yang ada. Kalau beli tanah yang dalam bungkusan tu, paling tidak dekat tiga puluh ringgit jugak habis untuk isikan ke dalam dua pasu sahaja.




Pasu besar aku tu semua dah penuh dengan tanah. Buat masa ni aku semai benih sawi dengan benih kangkung je dulu. Harap-harap benih tu bercambah la. Aku merancang nak tanam jagung tapi benih jagung yang ada dalam stok aku tu dah lama. Takut tak elok je. Nanti-nanti la tanam jagung.


p/s: Berjimat selagi boleh sebab aku bukannya anak orang kaya. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)