Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, December 18, 2011

The wedding of Chef Riz and Ana Dahlia...

Assalamualaikum..

The wedding of Chef Riz and Ana Dahlia...

Aku menghadirkan diri ke majlis persandingan Chef Riz dan Ana Dahlia. Dah dapat jemputan, pergi je la, kan.. Punya la ramai umat. Namun suasana masih terkawal. Orang kampungpun tau juga menjaga adab. Masing-masing sabar beratur untuk mengambil makanan walaupun barisan punya la panjang berjela... Fuuhhh...!!!


Pestaim aku tengok Chef Wan secara berdepan.. Masa ni dia tengah suruh budak-budak cameraman pergi makan... Ada juga anak-anak yatim yang turut diundang.. Alhamdulillah....

Makanan memang sedap. Bukan nak memuji, tapi memang realiti. Bak kata Serina yang jadi pengacara, bapak dia memang ambil katering terbaik punya... Rugi la pulak aku ambil sikit je.. hehehe.. Bukannya apa, kesian jugak tengok orang yang beratur panjang tu. Tu yang kena cepat-cepat makan tu. Dapat merasa sikitpun dah alhamdulillah.. :)


Tetamu dihiburkan dengan lagu-lagu dari kumpulan apa tah ni.. Serina ada bagitau tapi aku lupa la pulak... haha..


Kek perkahwinan yang simple but nice dan tempat makan beradap..


Pestaim juga berhadapan dengan Serina yang ramah. Yang pakai spek tu aku tak ingat nama dia.. Betty Benafe dengan Chef Liza pun datang.. Aku cuma salam dengan dorang je.. Nak bergambar tu, idok la teman... ehehh...


Chef Florence Tan yang tidak lokek dengan senyuman. Siap bersalaman dengan dia dan minta izin nak ambil gambar dia ni.... Peramah dia ni.. Macam ni la yang kita mau, kan.. :P


Ada beberapa orang selebriti yang datang. Antaranya ialah Chef Zaidah, Chef Liza, Chef Florence Tan, Zahiril Adzim (aku tak nampak dia), Betty Benafe dan siapa tah lagi... Masa Chef Zaidah sampai, Chef Wan siap seloroh lagi.. Dia kata, siapa buat kuih apam yang tak naik-naik tu, pergi la jumpa Chef Zaidah ni.. hehe..  Mak aku kalau sebut nama Chef Zaidah ni, dia tak kenal.. Sebab tu aku bagitau dia yang tu la chef tahi lalat tu.. Dia jawab, ooooooo..... ;) 


Dapat merakam gambar mak aku dengan Chef Liza tu.. :-)


Ini je gambar pengantin yang dapat aku ambil. Tak rajin pulak aku nak berebut-rebut mencelah mencari ruang. Cukuplah satu ni sebagai syarat.... ehehh...


p/s: Cukuplah entry untuk hari ni.. Kalau nak tengok gambar yang lebih gempak, sila cari sendiri kat blog hiburan.. Gambar kat sini adalah koleksi peribadi aku..  :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)