Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Inilah Saya

Assalamualaikum w.b.t...


Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog picisan ini. Semoga anda semua berasa selesa berada di sini. Jika ada kekurangan tu, bolehlah beritahu saya secara berhemah. Janganlah terus menghentam, takut nanti saya terus pitam... kehkehkeh...


Sambil-sambil baca enrty tu, apa salahnya klik iklan Nuffnang yang keluar tu ya. Berganda-ganda terima kasih saya ucapkan kepada anda yang bermurah hati untuk meng'klik'. U klik, I klik... U tak klik, I kelik (balik)... hikk...


Thanks for dropping by... 


Dan kat bawah ni saya sertakan serba sedikit tentang diri saya.. :-)


1- Saya seorang yang simple. Nampak peramah di blog tetapi sebenarnya tidak begitu peramah di luar. Jika anda baik dengan saya, maka saya juga akan baik dengan anda. InsyaAllah.. =)


2- Saya tidak suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang dan berharap agar orang jugak tidak bersikap begitu terhadap saya.


3- Saya boleh bergurau kasar dengan anda jika anda bergurau kasar dengan saya. Jadi, jika anda tidak tahan untuk bergurau secara kasar, tolong jangan mulakan.. =D


4- Jangan sekali-kali menghina saya atau keluarga saya atau sesiapa sahaja yang berada di dalam cerita saya di blog ini. Cerita-cerita saya hanyalah sekadar untuk berkongsi sahaja dan bukannya untuk dinilai.


5- Segala cerita adalah berdasarkan apa yang saya rasa melainkan yang saya copy and paste. Saya tidak memerlukan komen yang berbaur penghinaan atau kutukan samada secara langsung ataupun tidak.


6- Saya tidak suka jika peribadi saya ditanya samada dari orang yang saya kenali ataupun yang tidak saya kenali langsung. Jadi, tolong 'zip' mulut anda dan 'ikat' jari anda dari tersasar.


7- Hormati saya dan saya juga akan menghormati anda. Jika saya kata saya tidak suka, itu maknanya memang saya tidak suka. Sila jangan bertanya banyak soalan kerana anda mungkin tidak suka dengan jawapan yang akan saya beri.


8- Itu sahaja. Jika ada penambahan, akan dilakukan kemudian. 


9- Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca tentang saya ini.. =)


10- Terima kasih juga di atas kesudian anda singgah di blog ini. Setiap pandangan serta kritikan yang membina sangatlah saya hargai.


11- Kutuk-mengutuk tidak digalakkan ya... Sikit-sikit tu biasa. Itu adat berblogging namanya... =D


12- Peace-no-war...


p/s: Senyum itu satu sedekah jika ianya diberikan dengan penuh keihklasan dan bukannya bersandarkan kepada kepura-puraan ataupun mempunyai niat yang tersembunyi... 

6 Tukang Tembak:

Admin said...

apo plak punco eh keluar entry ni ? sajo nak tau kot2 ado apo2 lak

Cik Azz said...

Phat>

Sobab kadang2 kito ni banyak sangat menanyo bondo yg tak sopatut ehh... Dah cakap banyak kalipun tak faham2 jugak..

Sobab tu kalau nak masuk rumah orang, kono la tau rumah sapo yang kito nak masuk tu..

Entry ni dah lamo dok tocongok kek tab ateh tu haa... Takdo sapopun yg nak baco... :geleng

sarah said...

ok..faham faham...

Ari said...

comeh den baco...nk nangis pun ado...hehe

Aozora said...

Aik? nie macam peraturan untuk jengok blog nie je...ingat kan biografi tadi

Cik Azz said...

Sarah:
Terima kasih kerana faham. Hehe.


Azahari Rahman:
Mujur la bolum nangih laie. Haha.

Aozora:
Kiranya dua dalam satu la. Kih3.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)