Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, July 17, 2022

Hari Peneroka 2022 di Felda Rentam.

 Assalamu'alaikum.

Hari Peneroka 2022 di Felda Rentam.


Aku ikut rombongan pergi ke Felda Rentam ni pada 14 Julai hari tu. Kalau takde program macam ni, sampai sudah aku tak tau ada felda nama Rentam ni. Ni la salah satu sebab kenapa aku suka pergi rombongan masa hari peneroka. Sebabnya, nak tengok tempat orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Gittew... Tapi, bergerak waktu malam, apapun tak nampak. Hahaha.


Tunggu bas depan masjid. Tunggu dari pukul 11.15 malam tapi bas sampai pukul 12.15. Dekat pukul satu pagi baru bergerak.


Aku tak boleh tidur dalam bas. Orang belakang aku siap berdengkur lagi. 😴😴😴


Sangkut pulak dengan jammed di Raub. Hampir satu jam stuck kat sini sebab ada accident. Sepatutnya sampai di lokasi dalam pukul 4 pagi tapi kami sampai ngam-ngam waktu azan subuh berkumandang.















Tahniah kepada seluruh warga Felda Jengka 25 dari Wilayah Jengka atas kemenangan menjadi Johan AKRF 2022. Aku dari Wilayah Mempaga tumpang seronok sebab kali ni Felda dari Pahang yang jadi juara. 😊😊😊






Dalam perjalanan balik, kami singgah makan di kedai Along Patin Station ni. Masa ni, kami dah berkongsi bas dengan rombongan kampung sebelah. Bas yang kami naiki tu dipinjamkan kepada rombongan dari Felda Chegar Perah sebab bas dorang rosak. Mujurlah ahli rombongan kami tak ramai. Boleh la tumpang bas kampung sebelah tu.




Maaf jika susunan video tunggang langgang. Maklumlah, update guna handphone cinonet ni je.

8p/s: Jumpa lagi di lain cerita. Jaga diri selalu ya. 😊

.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)