Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

DAH 100 DAH: TERIMA KASIH FOLLOWERS.. :-)

Assalamualaikum...

Huhuhu... Terharu ni... Sangat-sangat terharu okay.. Ni bukannya terharu sebab baju ada yang belum siap lagi tau. Tapi terharu sebab pengikut blog aku dah mencapai 100 followers. Yeahhh.. sila-sila beri tepukan yang paling gemuruh ya.. Lebih kuat dari tepukan lagu gemuruh Faizal Tahir tu tau... hikk...

First of all... ceewwahhh.. tetiba je kan... haha...

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada SEMUA yang mengikuti blog aku ni. Tujuan aku bukannya nak mengumpul pengikut sebenarnya. Aku menulis sekadar untuk melepaskan apa yang terbuku di hati ni je. Di samping tu aku selitkan la sikit-sikit info yang ada manafaat. Itupun kalau ada la kan.. =))

Kawan-kawan seangkatan yang sama membina blog dengan aku dulu ramai yang dah menyepikan diri. Masing-masing dah semacam malas nak menulis lagi agaknya. Ataupun mungkin banyak benda boleh dikongsi kat Facebook dan dapat pulak respon dengan cepat... ;p

Di samping tu, aku juga ingin memohon maaf jika selama aku menulis ni, ada cerita yang menyakiti hati korang. Takde niatpun nak kenakan sesiapa. Bak kata ayat aku kat atas tu haa.. "Aku yang makan cili, kenapa engkau yang merasa pedasnya. Pelik sungguh.." Setuju tak dengan ayat tu? Sebetulnya, ayat tu aku tujukan kat diri aku sendiri dengan membawa maksud kalau aku yang buat salah, biar aku aje la yang terasa. Orang lain tak perlu nak sibuk-sibuk terasa sama. Namun apa yang berlaku sekarang ni, sejak akhir-akhir ni la kan.. orang lain yang dok kepoh, aku pulak yang terkena tempiasnya... haiisshhh... Aku paling tak suka sikap negatif macam ni... ^__^

Aku juga tak pandai nak jadi macam blogger yang lain yang bagi hadiah untuk followers mereka yang ke-50 atau ke-100 dan seterusnya. Ada blogger yang buat contest la, buat tag la, bagi award la dan macam-macam lagi dengan tujuan samada untuk menaikkan trafik blog ataupun sekadar untuk beramah mesra sesama blogger. Itu bukan cara aku. Aku pernah diberi award oleh 2/3 orang blogger tapi aku menolak untuk meletakkan award tu kat blog aku ni. Aku tak kisahpun jika tak dapat award sebab aku tak layak untuk menerima award sebegini. Isi kandungan dalam blog aku bukannya menarik, jadi tak wajar rasanya jika aku menerima award tu. Dan aku berharap janganlah ada blogger yang berkecil hati atas penolakan award tersebut. Apapun, terima kasih banyak-banyak atas keprihatinan korang tu.... *__*

Kepada semua followers blog aku, aku harap korang letak la link blog korang sekali ya. Kadang-kadang aku nak masuk blog korang tu, tapi tak tau mana satu blog korang sebab semuanya terletak dalam satu list. Macam aku, aku letakkan 3 blog aku kat dalam bloglist. So, senang sikit nak cari dan terjah mana yang berkenan... (perasan... hahaha...). NAMUN begitu, jika blog korang tu adalah di bawah pengaruh 18SX atau 18SG, baik tak payah letak link la ehh... Seram lak aku nanti... muahahahaha... teeetttttt.......

Aku kata: Okay la ehh.. Perut dah mula meragam dah ni... hikk.... Teruskan memberi sokongan sesama blogger dan teruskan la klik Nuffnang aku tu yaa... Macehh... kehkehkeh...

Monday, August 30, 2010

ALAMAK..!!! Dah nak raya ke wehhh....!!!

Assalamualaikum....

Macam mana dengan puasa korang setakat ni? Ada bagus ke? Tentu sekarang ni masing-masing dah mula sibuk buat kuih raya kann.. Mana boleh buat kuih raya awal-awal sangat. Nanti belumpun sampai 1 Syawal, kuih tu dah tengik. Silap haribulan, dah ada kulats yang jadi bahan tambahan. Kalau nak bisnes kuih tu berpanjangan, kena la jaga kualiti. Jangan pulak main pulun je, tup-tup tahun depan takde siapa dah yang nak menempah. Masa tu kalau nak menyesal dah takde guna dah. Bukan senang nak jaga nama baik ni. Betul tak?? Ngeh3....

Aku belum buat satu jenis kuihpun. Semalam main tunjuk je 2 jenis kuih iaitu kuih bangkit (untuk orang yang kuat tidur... ahakk..) dengan kuih putu kacang hijau. Mujur mak aku tak beli kerepek pisang. Kerepek pisangpun dah naik harga wehhh.. Sebungkus harga dia 14hengget. Mungkin dalam sekilo berat dia. Sekali hadap tak sampai setengah jam konpem licin tinggal plastik je. Baik beli benda lain dulu. Mana la tau kalau-kalau ada adik-badik yang dok kat Johor tu bawak balik sebonet kerepek pelbagai jenis macam tahun sudah... hinsshinsshinss...

Putu kacang hijau ni satu bekas = rm18.50.. Tahun depan aku nak mintak diskaun laa sebab tolong promotkan kat sini... ^__^..


Kakak ipar akupun dah mula sibuk buat kuih raya ni. Dia memang ambil tempahan setiap tahun. Tapi dia cuma buat 3 jenis biskut je iaitu biskut tart nenas, biskut almond london dan biskut bubble rice. Kalau dicampur-campurkan tempahan yang dia dapat tu, mau cecah dekat 10 ribu bijik gak. Buat masa ni dia buat sorang-sorang je. Mungkin minggu depan, dia dibantu oleh anak dia yang dah mula cuti sekolah. Lagi 2-3 hari sebelum raya, dia sibuk buat tapai pulut lak. Memang laris la tapai pulut yang dia buat tu. Cuma kat sini susah sikit nak dapatkan bekalan beras pulut tu. Ragi dengan beras pulut dia kena tempah awal-awal dari peniaga kat pekan sari tu haa, imported from Kelantan. Siapa nak tempah tapai pulut untuk raya haji nanti boleh la bagitau aku ehh.. Tempahan hanya terbuka untuk 100pcs ke atas sahaja dan untuk kawasan yang berdekatan sini je iaitu area Raub, Lipis dan Bentong. Nak ambil tempahan jauh-jauh tu susah jugak sebab masalah penghantaran yang macam tak berbaloi je nanti... ^__^..


Kuih bangkit satu bekas besar ni 14 hengget. Berbaloi tak..?? Okay la untuk orang yang suka tidur je kann. Bangun tidur je terus tunjuk ke langit... ahakkss...


Aku bercadang nak buat biskut coklat chip lepas habis menjahit ni. Memang aku dah rancang awal-awal dah nak buat sejenis biskut. Sebab tu la aku tak ambil banyak tempahan raya ni. Dapat duit tambahan sikit tu pun jadi la. Kang kalau dapat banyak, banyak lak tangan yang menadah kat rumah ni. Betul tak? Muahahahahaha.... TAPI... disebabkan dugaan demam yang melanda aku hari tu, pastu mak aku pulak tak berapa sihat... banyak kerja jahitan yang tertunggak. Sepatutnya dah hampir siap dah semua tempahan tu. Sekarang hanya tinggal seminggu lebih je lagi masa yang aku ada untuk menyiapkan 4 pasang baju kurung dan 4 pasang baju melayu.. Huwaaa..... nampak gayanya tak buat la coklat chip aku tu... T__T

Aku siap kirim kat kakak ipar beli benda ni kat Sg. Buloh masa dia pergi KL hari tu...


Aku kata: Jangan sibuk dok buat bisnes kuih raya je. Zakat fitrah dah bayar ke belum? Kang tak berkat lak meniaga kuih raya tu. Bayar la cepat sikit yaa... Aku dah bayar dah... =)

Thursday, August 26, 2010

Sejarah Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum...

Selamat menyambut hari Nuzul al-Quran untuk kita semua, umat Islam di seluruh dunia. Aku bukanlah orang yang arif mengenai hal sebegini. Namun begitu, marilah sama-sama kita menghayati rentetan peristiwa yang berlaku sehingga tercetusnya hari Nuzul Qur'an ini... Sudi-sudikanlah jari mengklik link kat bawah ni ya dan semoga kita mendapat sedikit ilmu daripadanya... Insyaallah...




Juga klik di sini:




Aku kata: Sesungguhnya hambaMu ini terlalu daif ya Allah...

Friday, August 20, 2010

LELAKI DAN JAM TANGAN

Assalamualaikum...

KALAU mahu mengenal lelaki, lihatlah jam yang dipakainya. Lelaki cenderung mempunyai selera jam tangan yang berbeza. Selain sebagai penunjuk waktu, jam tangan juga boleh menggambarkan perwatakan pemakainya. Benarkah begitu? Mari kita lihat kebenarannya.

Jam tidak berangka:
~> Model jam tangan berjarum tanpa angka menggambarkan pemakainya sangat teliti dalam merumuskan konsep tetapi tidak ingin semua perkara dihuraikan secara langsung. Lelaki dengan jam tangan ini lebih suka cabaran bersifat intelektual. Mereka juga tidak mudah putus asa dalam menyelesaikan masalah walaupun orang lain sudah menyerah kalah. Dalam aspek hubungan, lelaki jenis ini tidak akan berlarut-larut untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Jam LCD:
~> Si pemakai jam tangan jenis ini biasanya penuh keyakinan dan tidak pandai dalam perkara yang terlalu abstrak. Dia berperwatakan ringkas dan tidak suka berkias-kias. Apabila ingin mendampinginya, janganlah bermadah-madah. Dia tidak akan faham!

Jam berwarna keemasan:
~> Lelaki yang suka memakai jam tangan jenis ini sanggup mengorbankan kemewahan singkat untuk mengejar kesenangan jangka panjang. Mereka selalunya cenderung ke arah konvensional, bergaya lama tetapi sabar dan berfikir panjang. Dia pandai menjaga perasaan dan selalu berusaha untuk menggembirakan pasangannya.

Jam model putar:
~> Lelaki ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan suka kebebasan. Dia lebih gemar mengatasi masalahnya sendiri berbanding mengharapkan bantuan orang lain. Mereka juga selalu ringan tangan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memotong rumput, mengecat dan membetulkan paip bocor. Pemakai jam tangan jenis ini selalu melindungi apa yang menjadi miliknya.

Jam tangan saku:
~> Mereka yang ada jam tangan seperti ini memang jarang kelihatan. Dia jenis lelaki yang tidak suka hidupnya diatur oleh waktu. Walaupun sibuk, dia tahu bagaimana cara untuk bersantai. Lelaki seperti ini selalunya suka menyimpan benda-benda yang menyimpan kenangan. Jadi, jangan terkejut jika dia masih menyimpan SMS pertamanya kepada anda. Dia juga selalunya tidak terburu-buru termasuk dalam urusan cinta.

Tidak pakai jam:
~> Lelaki jenis ini suka kebebasan dan individualistik. Tetapi pada zaman internet ini, lelaki yang tidak memakai jam tangan menandakan dia masih muda. Orang muda melihat waktu dari telefon bimbitnya. Bagi mereka, memakai jam tangan adalah gaya orang tua.


Nota: Sumber dari akhbar Utusan Malaysia, Khamis 10 Ogos 2010.


Aku kata: Jam tangan aku jenis tidak berangka dari jenama Citizen. Dah lebih 10 tahun aku pakai jam tu. Kenapa pilih Citizen? Kerana hitam itu menawan... (tagline Citizen). Apa pulak tagline jam korang??

Thursday, August 19, 2010

TERBAIK WOKKKK...!!!

Assalamualaikum...

Blackout lagi. Naik jelak dah dengan benda macam ni. Tapi nak jugak bagitau walaupun dah selalu sangat berlaku. Sebab apa..? Sebab aku dah geram tahap gaban dah dengan TNB kawasan aku ni. Dalam minggu ni, setiap hari ada je bekalan letrik terputus. Malam kelmarin misalnya, tengah-tengah mengadap juadah berbuka puasa, letrik dah padam sekali. Pastu hidup balik. Pastu padam lagi. Hidup balik. Begitulah seterusnya sehingga padam kali kelima dan tak hidup-hidup dah. Lebih kurang empat jam lepas tu baru bekalan pulih kembali. Dan siang tadi berlaku lagi sekali. Apa la masalahnya ehh. Takkan la takde usaha untuk mempertingkatkan kualiti. Kalau selalu sangat macam ni (memang selalupun), cepat la jahanam barang-barang letrik kat rumah aku ni. TNB nak ganti ke semua barang-barang yang rosak tu nanti? Memang TERBAIK laa perkhidmatan korang setakat ni... pheeewwww....!

Terbaik dari TNB.. Duduk dalam gelap mengadap lilin sambil mengipas hati yang panas... :-)


Terbaik dari laman. Pokoknya dahpun kena buang gara-gara nak cat semula tembok tempat dia menjalar... Sengaja tunjukkan raga yang cacat tu... ;p



Terbaik dari kebun belakang rumah. Yang tak baiknya sebelum aku makan rambutan ni, aku kena gigit dengan semut api dulu.... :(


Terbaik hasil tanaman dari tangan mak aku. Gumbira sungguh tatkala beliau memetiknya... =D


Terbaik dari ladang ternakan aku.... ha...ha...ha...ha...


Aku kata: Aku dah tak tau nak makan apa masa berbuka dan masa sahur. Selera dah mula menurun. Harap-harap dapat la turun berat badan dalam sekilo dua... Berangan aje la kerojenya yaa... =))

Wednesday, August 18, 2010

SHARING: Is caring maaa...

Assalamualaikum...

Sekadar nak kongsi info yang aku ambil dari suratkhabar Utusan. Ya la kan, kadang-kadang kita ni beli bermacam-macam jenis suratkhabar tapi bukan semua muka surat yang kita belek dan baca bergantung kepada minat masing-masing yang menjurus ke arah mana. Kalau peminat bola, dah tentu la dia cari berita berkaitan dunia bola. Kalau minat gossip, konpem la dia akan cari kat murai.com ataupun forum.cari... Kalau yang minat memasak, mestilah dia cari ruangan yang berkaitan dengan resepi dan tips dalam memantapkan lagi skill masakan dia. Kalau ada yang minat kat aku, cari aje aku kat sini... Alamak...!!! Terlebih sudaaa... hahahaha...

Ni info berkaitan hari yang dilarang atau haram berpuasa. Orang kita ni ada yang malas puasa dan ada juga yang terlebih rajin puasa tanpa menyedari ada hari-hari tertentu yang tidak sepatutnya berpuasa tu. Antara hari yang haram atau dilarang berpuasa itu adalah:

1) Puasa pada hari Syak yakni pada hari 30 Syaaban.

2) Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri yakni pada 1 Syawal.

3) Puasa pada Hari Raya Aidil Adha yakni pada 10 Zulhijjah.

4) Puasa pada hari-hari Tasyrik yakni pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

5) Puasa ketika haid dan nifas bagi orang perempuan.

6) Puasa SUNAT bagi seorang perempuan yang sudah bersuami tanpa mendapat izin suaminya.

7) Orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya jika berpuasa (aku kurang faham yang ni, ada sesiapa boleh jelaskan tak...? Yang aku tahu selalunya ayat ni ditujukan kepada ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak).

8) Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT.


Aku kata: Aku kesian tengok orang-orang yang jadi mangsa amukan suami sendiri. Aku cadangkan la, kalau isteri tu dah tau perangai suami tu suka mengamuk secara berterusan sejak di awal perkahwinan, relakan la diri anda jadi ibu tunggal. Kalau hanya si ibu yang jadi mangsa, mungkin dia boleh tahan sabar lagi. Tapi bagaimana jika anak-anak terbabit sama macam kes simbah asid dan tetak anak isteri baru-baru ni. Nauzubillah, gerun aku melihat kekejaman suami di zaman ini. Moga kita semua mendapat perlindungan Allah dari segala kekejaman.... baik mental mahupun fizikal...

Tuesday, August 17, 2010

TIPS MENGELAKKAN SAKIT ULU HATI MASA PUASA...

Assalamualaikum...

Letihnyaaaaaa......!!!

Laparnyaaaaaaaaa......!!!

Ngantuknyaaaaaaaaaa......!!!

Huwaaaaarrrggghhhhhhhhh.......!!!!!!

Penat giler ahh....!!!

Hehehehehe.....

Sorry.... aku meroyan jap... haha... Takde la kan... Aku baru je siap memotong kain ni haa... Dah dua hari berturut-turut aku memotong kain. Rasa macam nak patah dah pinggang aku ni. Semua rasa ada. Pokoknya macam-macam ada laa... heeeee...

Hari ni takde gambar menu berbuka ehh... Gambar baju kastemerpun takde. Plain je. Baru la nampak suci je kan... Kata puasa, kena la nampak suci... kehkehkeh...

Diam tak diam dah seminggu dah kita berpuasa. Dalam seminggu tu entah berapa hari je puasa kita yang dikira. Entah-entah seminggu puasa tu langsung tak dapat apa-apa. Hanya dapat lapar dan dahaga serta mengantuk je.. huhuhu... Harap-harap dapat la sikit ganjaran walaupun tak dapat semua. Kalau boleh memang la nak dapat pahala penuh, tapi al-maklum laa.... namapun manusia... =)

Aku nak kongsi tips sikit untuk mengelakkan pedih perut ataupun pedih ulu hati masa berpuasa ni. Pedih sebab sakit hati tu aku takde tips ehh.. Pandai-pandai la korang ubatkan sakit hati tu... ngehngehngeh...

Camni, sejak lima hari ni aku tak makan nasi masa sahur. Kalau makanpun aku cuma makan dalam segenggam atau sesenduk nasi je. Senduk saiz biasa tau, bukan senduk saiz triple X... hahaha.. Selebihnya aku cuma minum air panas je yang terdiri daripada 2 atau 3 sudu makan horlicks + 3 sudu makan susu tepung Omega + 3 sudu makan Quarker Oat. Lepas tu makan la sebiji dua kurma. Jangan lupa minum air kosong. Dapat minum segelas dua pun dah cukup baik dah tu. Insyaallah, keesokan harinya takde la aku terkena genjatan gastrik berbanding jika aku makan nasi dengan lauk pauk macam makan waktu berbuka tu. Kalau makan sahur macam makan masa berbuka, pagi-pagi lagi perut dan ulu hati aku dah memedih. Padahal dah sumbat macam-macam dah tu, tapi masih pedih lagi. Jadi kena la ubah cara pemakanan. Wahhhh.... ;p

Kalau rasa sayang dengan kuih-kuih yang berlebihan masa berbuka tu, makan aje perlahan-lahan sebelum tidur.... Korang laa, bukan aku..... kehkehkeh...

Aku kata: Semalam kannn, sementara menunggu waktu berbuka, aku layan la fb macam biasa. Entah macam mana tiba-tiba je aku terkorek hidung aku. Punya la ralit mengorek, padahal puasa tu. Pastu bila dengar je bunyi azan maghrib, aku terus bangun dan cuci tangan nak pergi dapur. Lepas tu baru aku perasan... ehhh aku puasa laaa.... Dengan selambanya aku terus duduk kat meja makan dan makan macam tak buat salah apa-apa. Batal tak puasa aku tu ehh..?? Tak batal kannn... tak batal kannn... Kata la takkk... Aku bukannya sengaja. Lupa daaaa.... *Alasan malas nak ganti puasa la tu... hahaha...* (saja je.... hikkk...)

-------------------------------------------------------------------------

Jangan ingat nak beli baju raya, kasut raya, henbeg raya je. Bendera ni nak kena beli dan kibarkan juga. Barulah namanya rakyat MALAYSIA... Bukannya raykat MALASySIA.... ;p

Monday, August 16, 2010

SUDAH SIAP: Tolonglah jangan tawar menawar lagi..

Assalamualaikum....

Kalau aku tempek gambar baju-baju kastemer yang telah "berjaya" aku siapkan boleh tak?? Tak boleh..?? Apsal lak tak boleh...?? Blog aku, suka hati aku la nak tempek gambar apapun... kannn.... Apa yang penting, aku tak tempek gambar-gambar tuuuttttttt.... muahahahaha...

Ni adalah sebahagian daripada baju yang sudah siap sepenuhnya. Kiranya kalau kastemer nak ambil, bila-bila masa je dorang boleh angkat pergi. Tapi sebelum angkat lari tu, kasi bayar dulu la bebb. Ada jugak kastemer yang dah ambil baju dia tapi belum bayar lagi. Dia kata dia nak telefon aku dulu sebab nak minta kurangkan harga huhuhu.... Baju tu emak aku yang tolong hantarkan kat rumah dia sebab mak aku selalu walkathon pagi-pagi keliling kampung. Kiranya sambil lalu tu, dia singgah la sekejap hulurkan baju tu. Dorang ni nak harga macam mana lagi entah la. RM75 untuk upah menjahit bagi 3 pasang baju kurung moden tak cukup murah lagi ke wehhh...?? Penat dowhh aku bersengkang mata, menahan sakit pinggang menjahit sehari suntuk...

Takmo cakap banyak laa... Kang kurang lak persen puasa aku hari ni. Tengok je la gambar ni. Tu pun kalau nak tengok la. Kalau tak nak tengok..? Apo nak dikato... Hancur hati dennnn.... =(











Aku kata: Kadang-kadang aku rasa macam nak tukar kerja je. Siapa perlukan pekerja, sila bagitau aku ehh... Acah je tu.... kehkehkeh...

Sunday, August 15, 2010

MENU HARI KE-5 RAMADHAN

Assalamualaikum...

Menu berbuka puasa hari ni agak meriah sikit. Penuh meja kat dapur aku ni. Jom tengok apa agaknya menu-menu tu. Aku tempek separuh je gambar yang ada tu ehh... =)

Ni la namanya kuih "kolopong". Sebabnya bila masak dia terapung je.... haha...


Sebelum kena golek dengan kelapa....


Bila dah siap, maka jadilah dia kuih buah melaka... kihkihkih...


Nugget ayam permintaan dari anak-anak sedara...


Keropok lekor juga permintaan dari anak sedara....


Sambal tumis udang + petai. Masakan dari omak den laa... Terus menerus dari dalam kuali antik... hahaha...


Aku kata: Cepatnya masa berlalu. Tup-tup dah nak masuk seminggu dah puasa. Risau wehh baju kastemer dengan baju adik beradik ada yang belum siap lagi ni... Wahai cuaca, letrik dan mood... tolonglah bagi kerjasama yaa.... huhuhu...

Friday, August 13, 2010

MENU BERBUKA RAMADHAN KE-3: Selamat berpuasa...

Assalamualaikum...

MENU BERBUKA RAMADHAN KE-3: Selamat berpuasa...


Aku baru siap masak untuk berbuka petang ni. Terpaksa la masuk dapur sebab adik aku dengan keluarga dia nak balik berbuka kat rumah hari ni. Kesian pulak kalau takde lauk. 


Aku bab berbuka puasa ni sempoi je, janji ada nasi. Lauk tu ala kadar je dah cukup. Jadi, mak aku masakkan asam pedas ikan parang campur terung. Aku pulak masak lemak kobis campur suhun sikit. Pastu aku masak sambal sotong yang besar tu campur dengan kentang. Apa ke nama sotong tu... Spesis sotong kurita kot... Tapi yang pasti bukan Paul si sotong kepercayaan sesetengah individu tu... Mengonggg... kat sotongpun nak percaya... muahahaha....


Maaf la ya, aku ambil gambar dari dalam periuk je. Malas aku nak senduk-senduk kat dalam mangkuk. Dah nak berbuka kang baru aku senduk... Letih la bebbb... huhuhu... Sesekali nak jugak tunjukkan periuk vision mak aku tu... Korang ada..?? Hahaha.... Saja je nak menggeletis jap hilangkan kepenatan... Jangan marah haaaa.... =))


Tu dia.... penuh seperiuk. Harap-harap cukup la rasa masinnya... ;p


Sambal sotong + kentang = trademark aku mesti ada kentang.... ngehngehngeh...



Asam pedas ikan parang + terung... Konpem mengusap perut lepas berbuka nanti... kihkihkih...


Errr..... hahahaha....


Kesian si Tett... Semua pakat balun numpang nyusu kat dia. Yang dah tua bangka tu pun nak jugak menempel... huhuhu...


p/s: Korang boleh aje kalau nak mengkritik aku. Tapi korang tidak berhak untuk menghakimi aku. Siapalah KITA untuk menjatuhkan HUKUMAN... Selamat beramal.. =)

Thursday, August 12, 2010

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

Assalamualaikum...

Malam tadi aku sempat la tengok rancangan BERSAMAMU kat TV3 dalam keadaan hujan yang lebat di luar. Kesian sungguh aku tengok kehidupan sebuah keluarga yang tinggal kat Pasir Puteh ni. Mereka terdiri daripada 11 orang ahli keluarga termasuk 9 orang anak yang kesemuanya hidup di dalam sebuah kandang lembu berukuran 3 X 3 meter dek kerana kemiskinan. Malah ada di antara anak-anak yang terpaksa berhenti sekolah. Teringat masa aku kecil dulu. Kami pun 9 beradik juga. Bezanya kami masih dapat meneruskan persekolahan dan hidup gembira walaupun serba kekurangan. Dan masa tu TV3 belumpun wujud!


Sebagai seorang rakyat yang prihatin dengan kekurangan keluarga ini, aku cuma dapat membantu menerusi gambar yang aku rakam kat skrin tv cap ayam aku ni. Kepada sesiapa sahaja, terutama pengunjung blog aku ni. sudilah kiranya kita sama-sama membantu keluarga ini. Masa ni la kita nak beramal jariah. Korang boleh menyampaikan sumbangan derma tersebut melalui BANK SIMPANAN NASIONAL atas nama ROSNANI MAMAT dan nombor akaunnya adalah 03114-29-82697330-4. Siapa-siapa yang dapat bonus atau durian runtuh di bulan Ramadhan yang mulia ni, sudilah kiranya menyumbang sedikit ya. Kalau tidakpun, boleh juga dermakan duit nuffnang yang korang dapat tu. Namun begitu, aku tak pasti samada boleh atau tidak kita gunakan duit nuffnang tu untuk tujuan menderma begini. Kalau ada sesiapa yang nak tolong perjelaskan ketidakpastian ini, sila la tampil ke depan ya. Mekasih...

Salah seorang anak keluarga itu... Kesian kalau nasib dan kehidupannya tak berubah...

Jumaat lepas juga aku mendapat sumbangan pil cacing untuk kucing-kucing kat rumah aku ni. Terima kasih aku ucapkan kepada NAMI dan suaminya kerana bersusah-payah mengirimkan pil tersebut. Aku belum sempat lagi nak bagi pil tu kat kucing-kucing aku ni sebab Jumaat tu aku dah balik Nilai. Memandangkan sekarang ni bulan puasa, aku mungkin akan memberi mereka makan pil ni masa raya nanti. Nami kata kalau makan pil ni, kucing tu akan cirit-birit. Tu yang aku malas tu. Dah la letih puasa, pastu nanti kena pulak cuci beyak dorang yang berciciran. Tak larat aku wehh... hahaha..

Cantik warna pil cacing ni kan.. Jangan ada orang yang termakan pil ni dah laa.. hahaha..


Aku kata: Sabtu ni BPL dah mula wehh... Siapa-siapa cetez piptin yang nak join Yahoo Fantasy Football League@15 boleh la mula create team dari sekarang. Group ID ialah 8636 manakala Password ialah 1515. Cepat-cepat masuk, bak kata si PESAL... hahaha... Aku join sekadar untuk suka-suka aje. Bak kata pepatah orang putih, just for fun... ngehngehngeh...

Monday, August 2, 2010

MEHH LAA SINI: Tengok la yaa.. pastu order... ngehhh3..

Assalamualaikum....

Sekadar promosi sempena raya yang akan datang tak lama lagi... Sebelum puasa ni, eloklah bajet dulu mana-mana yang perlu. Salah satu yang perlu tu adalah baju raya... hehehe... Mehh la tengok koleksi jubah ni. Sangat sesuai untuk segala jenis majlis, bukan setakat raya je... Nak pakai masa konvo U pun boleh maaa... Apa lagi kalau pertama kali nak jumpa bakal mak mertua... Sesuai gittewww..... ngeeeee....




Aku kata: Aku dah mula membizikan diri. Maaf la ya kalau tak dapat nak blogwalking atau komen macam dulu-dulu. Aku selalu lepak kat fb je, sekadar memerhati dan diperhati... huhuhu..

KOJO DEN: Sekadar TAILOR pinggiran...

Assalamualaikum....

Sedikit gambar hasil kerja aku. Aku bukanlah tukang jahit serba boleh. Aku sekadar tukang jahit di pinggiran je....








Aku kata: Teringin juga nak buat dan jual blouse ready made. Namun apakan daya, aku bukanlah seorang yang kuat untuk menghadapi segala rintangan dan permasalahan yang bakal timbul nanti... Aku cuma kuat BEBEL je... kehkehkeh...

Sunday, August 1, 2010

ALMOND LONDON: Tak payah la nak cari kat London...

Assalamualaikum....

Ni resepi almond london. Aku cilok kat mana tah, lupa dah... Tak kisah la ambil kat manapun. Apa yang penting, aku kongsikan resepi ni dengan pembaca setia blog aku ni.. Ada ke..?? Hahahaha... perasan je lebih. Siapa yang tak suka resepi dia kena cilok, sila pasang alarm kat blog korang tu ehh... Resepi pun nak kedekut ke...?? Siapa nak ambil resepi ni, silalah salin semula... Jangan nak malas-malas, main copy je... ahakkk...

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan–bahan:

250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil emplex (optional)
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] campurkan kesemua tepung dan ayak bersama.
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara-caranya:

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata.

3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan adun sebati.

4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan.

5. Bubuh badam di tengah-tengah dan buatkan bentuk bujur.

6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak.

7. Biarkan biskut sejuk, baru celupkan ke dalam coklat cair.

8. Biarkan coklat sejuk dan mengeras, barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Aku kata: Aku belum pernah cuba buat biskut ni. Kalau korang rajin, cuba la buat dari sekarang. Mana la tau kot-kot boleh bukak bisnes raya akan datang ni... =D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)