Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 18, 2015

Jangan sampai ketagih dah laa...

Assalamu'alaikum...

Jangan sampai ketagih dah laa...


Masuk kali ni, dah tiga minggu berturut-turut aku makan benda alah ni.. Aku minta tolong abang aku belikan kat pasar malam setiap hari Rabu malam Khamis.. Sebelum tiga kali berturut-turut ni, aku dah pernah makan dah tapi takde la berturut-turut macam ni...




Asalnya, abang ngah aku yang kenalkan kentang spring ni.. Masa cuti Krismas tahun lepas dia kan ada balik sini.. Dia ada beli kentang ni kat pasar malam yang sama.. Bermula dari situlah aku mula terjebak dengan kentang ni sebab sedap la, apa lagi, kan.. hehh.. Dia ada rasa pedas dari serbuk lada hitam.. 


Aku siap google lagi nak tau macam mana kentang tu dipotong tak putus.. Punyalah nak tau sangat.. ahahh... 


p/s: Harap-harap tak ketagih la... hehh...

Gantikan dengan benda lain...

Assalamu'alaikum...

Gantikan dengan benda lain...


Ingat nak cuba buat kastad sendiri.. Pergilah kat Youtube nak tengok la resepi.. Berkenan kat satu video ni.. Alih-alih dalam resepi dia ada nampak Rum kat situ.. Apa yang aku tau, Rum ni sejenis arak.. 




So, kena google la nak gantikan apa dengan Rum tu.. Kalau takde jus nenas, nak gantikan dengan apa pulak ehh..? Ganti dengan limau nipis ke, lemon ke, tak boleh ke.. hehh..




p/s: Disebabkan takde jus nenas, maka terbantut la misi nak mencuba buat kastad sendiri.. Takpe, lain kali kita cari jus nenas tu... hehh...

Menu ringkas je...

Assalamu'alaikum...

Menu ringkas je...


Aku seorang yang serba ringkas.. Jadinya, bab lauk pauk juga aku suka yang ringkas.. Aku tak reti nak makan lauk pauk yang serba mewah ni.. Cukup sekadar dua jenis lauk untuk satu-satu masa.. Dah bersyukur sangat dah sebab ada jugak lauk untuk dimakan bersama nasi.. 


Ni antara beberapa menu ringkas yang biasa ada kat rumah aku.. Menu orang kampung je.. Walaupun duduk kampung, harga bahan mentah sangatlah mahal.. Kat sini la.. Kat tempat lain aku tak tau.. Jadinya, kena pandai berjimat cermat.. Makan ikut kemampuan..





Kat rumah aku, jangan cari nasi arab, kambing golek atau ayam panggang.. Memang tak akan jumpa punyalah.. hehh.. Nak telur dadar, sentiasa ada.. InsyaAllah.. hehe..





Aku suka sayur kekacang dan kentang.. Sebab tu menu ringkas aku mesti ada dua bahan ni.. haha..








p/s: Ukur baju biarlah di badan sendiri.. Ukur perut biarlah berpadanan dengan isi yang ada di dalam poket atau dompet.. hehh... Mak aku selalu kata, jika kita tak mampu, buatlah cara tak mampu... Jangan ikut selera dan gaya orang.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)