Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 30, 2011

Kok ya pun nak beranak....

Assalamualaikum...

Kok ya pun nak beranak...
Bawak-bawak la bersabar.... ya tak..?
Ni tak, ikut sempat dia je kat mana nak memburan...
Huhuhu...

Malam tadi, kucing aku yang sekor ni terberanak kat tengah-tengah jalan nak pergi dapur. Ni bukan kat jalanraya, tapi kat laluan nak ke dapur tu. Punya la terkejut tahap cimpenzi dapat rokok dah aku masa tengok keadaan dia tu. Dah la masa tu makcik aku baru je beberapa minit sampai kat rumah ni dari Semenyih. Lagi la kelam kelibut aku jadinya.. huhu...

Aku tak sangka pulak yang kucing aku tu dah nak beranak. Sekarang ni, sejak si Gemuk mati, aku macam dah malas dah nak ambil tahu pasal ibu-ibu kucing yang peknen tu. Maknanya, aku takde la beria nak sediakan tempat untuk dorang beranak. Pandai-pandai dorang la. Sebelum tu, dah tiga ekor ibu kucing yang beranak kat dalam rak barang-barang aku.. Sabo je la.. 

So, malam tadi tu, masa aku nak pergi dapur, aku tengok la si Tett tu tengah terkangkang kat tengah-tengah laluan tu. Mula-mula aku ingatkan Tett tu si Popok sebab laluan tu agak gelap sikit. Aku takde la nak ambil kisah sangat tengok Tett tu terkangkang camtu sebab dia memang selalu buat aksi lucah tu... huhu.. Entah macam mana, aku terdengar suara dia macam mengerang je sambil badan dia terliuk-lentuk. Akupun apa lagi, terus pandang tepat kat dia...

Lepas je aku tengok dia....

Maaaaaakkkkkkkkkkkk......!!! Maaaakkkkkkk...!!! 
Ya Allah... Apsal ko beranak kat sini Popok oii...!! 

Kepenatan setelah meneran.. Sekor je anak yang keluar.. 

Dek kerana terperanjat, sampai aku dah tersalah sebut nama.. Si Tett yang beranak, nama si Popok yang aku sebut... hahaha...

Masa tu, anak si Tett tu dah separuh keluar dah. Aku nampak kepala dan separuh badan anak dia kat luar sambil dia terus meneran. Terus je aku pegang kaki dia dan bawak dia kat bilik jahit aku ni dan masukkan kat dalam raga yang sedia ada kat bawah katil aku ni. Kat dalam raga tu memang dah ada empat ekor anak kucing yang baru beranak dua minggu dan seminggu lepas. Sambil keluarkan anak-anak kucing yang ada kat dalam raga tu, akupun cakap la.. "Pinjam sekejap ye tempat ni.." Terpinga-pinga je ibu dorang masa aku keluarkan dorang semua... hahaha...

Terpaksa masukkan dorang buat sementara waktu kat dalam kotak sempit ni... huhuhu.. 4 ekor dari 2 ibu.

Ingatkan lepas tu dah lega la. Tup-tup tak lama lepas tu, bila aku jenguk semula kat dalam raga tu, anak si Tett tu dah takde..!!! Alamak, mana pulak anak kucing ni pergi..? Ada yang makan ke..? Tak kan baru lahir dengan bulu yang masih basah dah pandai melarikan diri..? Pastu, aku ternampak la sekor daripada ibu kucing tadi keluar dari belakang kabinet tv. Terus je aku jenguk kat belakang kabinet tu dan ternampak anak kucing tu kat situ. Rupa-rupanya, ibu kucing yang aku keluarkan tadi yang bawak anak kucing yang baru beranak tu kat situ. Ni kiranya macam kes dengki la ni... huhuhu..

p/s: Ingatkan banyak la anak Tett yang keluar. Rupanya sekor je... Jadi la Tett.. Ko pun bukannya pandai jaga anak. Menggatal je yang ko pandai... kehkehkeh...

Sunday, May 29, 2011

Musang Berjanggut dan tepung..

Assalamualaikum....

Musang Berjanggut dan tepung... 

Hari ni yang bertarikh 29 Mei adalah merupakan tarikh perginya seorang lagenda seni yang diberi penganugerahan sebagai Seniman Negara iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Allahyarham meninggal dunia pada 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.. Al-Fatihah..


Aku selitkan selingan video dari filem Musang Berjanggut ni kerana terdapat beberapa info yang menarik yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Ianya juga sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan gambar kat bawah ni, iaitu berkaitan dengan tepung dan tocang dua. 

Cuma bezanya ialah gambar ni berkenaan dengan mencari duit syiling kat dalam tepung dengan menggunakan mulut dan bukannya memisahkan rempah-ratus kat dalam tepung seperti dalam cerita Musang Berjanggut tu..

Orang lain dah bersememeh dah muka masing-masing. Tapi minah sorang tu punya la control dia punya tocang sampai tak sedar semua orang dah berlari. Kalau takde yang menjerit bagitau semua orang dah lari, konpem minah tu dok kat situ lagi.. hehe...

p/s: MU kalah ke..? Kalah la sebab aku tak tengok game tu pagi tadi... huhuhu... Takpe, cuba lagi tahun depan... :-)

Saturday, May 28, 2011

Masanya hampir tiba...

Assalamualaikum...

Masanya hampir tiba...
Untuk bergelar juara antara juara...
Mana satu yang hebat antara kedua-duanya...

Menang atau kalah adat pertandingan...
Yang menang akan menangis kegirangan...
Yang tewas pula sudah semestinya menangis kesedihan...

Penonton dan penyokong kedua-dua pasukan kat negara ni jangan pulak terlampau taksub...
Kalau MU menang, bukannya dapat cutipun...
Kalau Barca menang, bukannya dapat bonus pergi melancong...
Heeeeee.....

Kecualilah kalau pasukan Malaysia yang menang dalam percaturan ini...
Bila agaknya tu ehh...?
Mudah-mudahan... huhuhu...


Atau..


Apsal la dorang ni main pukul dua tiga pagi ehh... 
Mata aku tak larat nak menunggu...
Kalau pukul dua belas tengah malam tu masih kira okay lagi la...
Boleh lagi bertahan...

So, aku bagi peluang kat korang tengok dulu la...
Aku tengok result je pagi esok...
Kehkehkeh....

p/s: Glory.. Glory.. Manchester United... :P

Ketahui kandungan kalori yang kita ambil..

Assalamualaikum...


Sedikit sebanyak berkenaan dengan kandungan kalori berpunca daripada makanan dan minuman yang kita ambil sehari-hari. Aku CnP je komen ni yang diletakkan oleh seorang pembaca kat page fesbuk WHI TV3. Dah lama dah benda ni terperap kat dalam draft, baik aku lepaskan dia kat sini.. =)


MAKANAN SEGERA

BURGER

1. Burger Daging (1 biji) - 317 kalori
2. Burger Keju ( 1 biji) - 341 kalori
3. Burger Keju+ Daging (1 biji) - 438 kalori
4. Hot Dog (1 biji) - 225 kalori
5. Sundae Coklat(1 cawan) - 380 kalori
6. Pie Epal (1 keping) - 260 kalori

PIZZA

1. Pepperoni Daging (1 keping) - 155 kalori
2. Daging, Ayam, Bawang (1 keping) - 242 kalori
3. Ayam & Nanas (1 keping) - 268 kalori
4. Bawang, Tomato & lain-lain (1 keping) - 149 kalori

PASTA & SPAGHETTI

1. Sos Daging & Keju (1 pinggan kecil) - 444 kalori
2. Kosong (1 pinggan kecil) - 169 kalori

AYAM

1. Ayam Goreng (1 ketul) - 290 kalori
2. Chicken Wing (1 ketil) - 166 kalori
3. Thigh (1 ketul) - 320 kalori
4. Mashed potato ( 1 mangkuk sederhana) - 87 kalori
5. Coleslaw (1 mangkuk kecil) - 62 kalori
6. French Fries (1 mangkuk kecil) - 290 kalori

SANDWICH

1. Tuna (1 set) -174 kalori
2. Ikan, Salad (1 set) - 328 kalori
3. Ayam, Salad (1 set) - 481 kalori
4. Ayam (1set) - 270 kalori

SNEK

1. Pasembur (1 pinggan) - 752 kalori
2. Agar-Agar (1 keping) - 37 kalori
3. Cendol (1 mangkuk) - 199 kalori
4. Bubur Chacha (1 mangkuk) - 165 kalori
5. Bubur Kacang Hijau (1 mangkuk) - 244 kalori
6. Yoghurt Rendah Lemak (150g) - 100 kalori
7. Ais Krim (2 scoops) - 105 kalori 
8. Ais Kacang (1 mangkuk) - 258 kalori
9. Potato Chips (1 pek kecil) - 95 kalori
10. Keju diproses (1 keping) - 54 kalori
11. Almond/Cashew Nuts (6 biji) - 45 kalori

MINUMAN

1. Chinese Tea ( 1 gelas) - 0 kalori
2. Jus Segar, pemanis (1 gelas) - 120 kalori
3. Milo 'O' 2 sudu kecil (1 gelas) - 50 kalori
4. Air Kelapa (1 biji) - 110 kalori
5. Susu Soya (1 paket kecil) - 163 kalori
6. Tau Foo Far, 1 sudu kecil gula (1 mangkuk) - 144 kalori
7. Susu Rendah Lemak 3 sudu kecil (1 gelas) - 130 kalori
8. Susu Penuh Krim 3 sudu kecil (1 gelas) - 150 kalori
9. Ice Lemon Tea + 1 sudu gula ( 1 gelas) - 26 kalori
10. Air Bandung (1 gelas) - 150 kalori
11. Minuman Ringan (1 tin) - 120 kalori
12. Milo + pemanis (1 cawan) -133 kalori
13. Kopi 'O'/Teh 'O' (1 cawan) - 83 kalori
14. Teh Tarik (1 cawan) - 83 kalori


p/s: Sebahagian je ni. Sebahagian lagi dah terdelete.. huhuhu.. Apa yang aku tau, kita orang perempuan ni memerlukan sekurang-kurangnya 1600-2000 kalori sehari.  Boleh rujuk kat sini.

Wednesday, May 25, 2011

Cerita ceriti..

Assalamualaikum...

Cerita ceriti..
Pasal internet dan roti... :D

Semalam line internet buat hal. Aku buat report kat talian 100 pasal talian telefon yang tak okey dengan line streamyx yang putus-putus. So, tengahari tu, orang TM iaitu En. Rajan datang rumah tengok apa yang patut. Belek sana, belek sini, dia kata wayar ada problem. Tak lama lepas tu dia kata telefon pulak yang ada problem dan dia tukar dengan telefon yang baru. Lepas tu okay dah bab telefon ni. Sebelum dia balik, aku sempat tanya kat dia, berapa lama boleh tahan ni..? Maksud aku tu, talian telefon tu la. Lepas tu dia  jawab, saya mana tau. Saya bukan Tuhan.. Ayoyoyoo.. Waaakenaaa bebbb... Paappp...!!!

Ingatkan bila talian telefon dah settle, internetpun okay la. Rupa-rupanya terus takde line..! Huuwaaa...!!! Akupun call lagi talian 100 tu dan bagitau masalah ni. Lama jugak masa yang diambil untuk mendengar penerangan dari orang tu. Kejap-kejap dia cakap terima kasih kerana menunggu. Kadang-kadang dia cakap  yang dia nak mintak kerjasama aku. Maksud dia tu, kalau dia tanya apa-apa, aku bagi respons la. Nasib baik suara ko sedap dik, layankan aje laa.. hehe.. Ehh, dia ni lelaki ya... :P

So, pagi ni sekali lagi orang TM iaitu En.Zaki datang rumah tengok apa yang perlu. Lama jugak dia dok godek-godek check komputer kat rumah ni. Lastly, dia kata card pc dah rosak dan modem ikut terjejas. Card apa yang rosak tu, aku tak tau.. Yang aku tau, line kembali okay je.. kehkehkeh. Dan sekejap tadi, orang dari TM call dan tanya samada internet dah okay ke belum. Aku kata okay dan diapun tutuplah report aku tu. Terima kasih la pada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ni ya... :-)

Hari Isnin hari tu aku try buat roti ni.. Layan gambar je la ya. Resepi boleh jenguk kat sini.. =D

1- Sukatan untuk air. 2- Loyang yang digriskan. 3- Bahan A. 4- Bahan B.

5- Doh yang telah diuli. 6- Doh yang dah naik dan ditumbuk2 bagi keluarkan udara. 7- Canai doh. 8- Gulung.

9- Potong kecil doh tadi. 10- Canai. 11- Sapukan butter, taburkan sedikit gula. 12- Taburkan coklat chip.

Inilah hasilnya.. Sepatutnya kena biarkan doh naik dulu sebelum dibakar, baru la nampak gebu.. =D

Ini yang aku dapat.. Tidak termasuk dalam gambar 4 keping yang dah aku ngaapp.. Lapar punya pasal... haha...

p/s: Asyik mencuba resepi je sampai baju kastemer lupa nak jahit.. Baju raya kakak aku satupun tak berusik lagi ni.. huhuhu...

Monday, May 23, 2011

Secawan kopi panas dan sepinggan ubi kayu goreng...

Assalamualaikum...

Secawan kopi panas dan sepinggan ubi kayu goreng...
Mengimbau kenangan lalu... 
Hmmm... Aroma kedua-duanya sangat menusuk lubang hidung.. hehe.. 

Malam tadi seawal jam 7.45 malam, hujan mulai turun dengan bunyi guruh dan petir yang saling berbalas tembakan serta kilat yang sabung-menyabung mengingatkan aku kepada tragedi runtuhan tanah yang berlaku dua hari lepas..

Menjadi kelaziman kat rumah ni, jika cuaca berada dalam keadaan begitu, segala suis akan ditutup termasuklah suis tv walaupun gambarnya tak hilang. Dalam keadaan tak boleh nak tengok tv ataupun mengadap lappy, apakah kerja paling mudah untuk dilakukan..?

Ni la kerja aku malam tadi sebelum keadaan 'perang' itu berakhir... hehehe...

Buat secawan (se-mug..?) kopi panas...

Ubi kayu ni adalah pemberian jiran sebelah rumah. Berderet pokok ubi kayu yang dia tanam kat tepi pagar bersempadan dengan rumah aku ni. Mak aku dah siap kopek kulit ubi kayu tu dan tinggalkan kat dalam sinki. Bila hujan turun, perutpun mulalah berdondang sayang. Apa lagi, terus je aku potong ubi kayu tu dan goreng. 

Sepinggan ubi kayu goreng panas. Goreng dengan campuran kunyit-garam-serbuk lada sulah...

Pagi ni aku goreng lagi saki baki ubi yang tinggal. Ada jugak yang aku rebus sebab ubi kayu ni cepat buruk atau masuk angin kalau dibiarkan lama-lama.

Bila makan ubi kayu ni, mula la teringat zaman masa mula-mula pindah ke sini. Inilah yang selalu kami makan, ubi kayu goreng atau ubi kayu rebus dicicah dengan sambal belacan ataupun kelapa muda bercampur garam. Makan beramai-ramai kat beranda sambil melihat hujan yang menitis. Teringat kat arwah abah yang berebut-rebut mengambil ubi rebus tu seakan berlumba makan dengan kami..

Teringat jugak cerita emak di zaman Jepun memerintah dulu. Menurut mak, kalau nak masak nasi, mesti campurkan dengan ubi kayu. Pakcik aku iaitu adik mak sampai menangis-nangis cakap kat mak aku tu supaya jangan kaghih nasi tu sebab tak mahu ubi kayu tu hancur. Kalau ubi tu hancur, maknanya dia terpaksa makan nasi bercampur ubi kayu sedangkan dia dah jemu dek setiap hari makan ubi tu. Masa zaman Jepun, beras kena rampas kalau tak disorok. Waktu tu, nak makan nasi punyalah susah. Sekarang ni, nak makan ubi kayu pulak yang susah. Susah nak dapat..

Nota: kaghih = kacau

p/s: Ubi kayupun dah mahal sekarang ni. Apa lagi, jom kita tanam ubi kayu jom... =)

Sunday, May 22, 2011

Cara untuk sejukkan tekak serta elakkan mata jadi rabun..

Assalamualaikum...

Cara untuk sejukkan tekak serta dapat mengelakkan mata menjadi rabun...
Amalkan makan carrot ataupun minum jus carrot tu..

Beberapa minggu lepas, cuaca tersangatlah panasnya. Masa tu, akupun cakap la kat mak aku yang aku nak buat air carrot susu. Pastu, aku mintak tolong dia belikan carrot tu kat pekan sari. Maka, mak aku tu pun belikan la carrot tu. Entah berapa kilo dia beli, akupun tak pasti. Tapi nampak macam ada dua beg plastik yang dia bawak balik...

Bila keadaan cuaca dah kurang berbahang, akupun terlupa la pasal nak buat air carrot ni. Empat hari lepas, mak aku dah bising-bising, dok perli-perli aku pasal tu. Dia kata carrot tu dah nak busuk dah kat dalam peti sejuk tapi airnya tak buat-buat jugak. Maka akupun tersipu-sipu la dan cakap kat dia yang aku terlupa... =D

Hari Jumaat lepas, akupun mula la menyelongkar peti sejuk tu. Memang betul cakap mak aku pasal carrot yang dah mula nak membusuk tu.. huhuhu.. Apa lagi, malam tu jugak terus aku keluarkan blender untuk jus yang dah lama aku tak guna dan memulakan proses mengisar... hahaha...

Proses mengisar...  Potong-potong carrot tu dan masukkan kat dalam lubang tu dan tekan...

Ni dia hampas carrot tadi... Kalau buat mask okay tak ehh...? Ataupun buat kek carrot...?

Ni dia pati carrot tu. Masih perlu ditapis dengan penapis teh sebab masih ada hampas halus yang tertinggal.. Tekan-tekan hampas yang kat dalam penapis tu dengan sudu..

Air carrot susu suam yang telah siap. Tambahkan pati tadi dengan air suam atau air kosong dengan purata 1 gelas pati + 3 gelas air suam atau air kosong supaya ianya tidak terlalu pekat. Pastu tambah la susu pekat manis. Kalau suka, boleh jugak tambah ais. Pastu minum la dengan cermat.. hehe..

p/s: Mata akupun dah mula rabun jugak ni... Tu la, siapa suruh mengadap laptop je.. :P

Bercabang dua atau berkepala dua..?

Assalamualaikum....

Bercabang dua atau berkepala dua..?

Baru-baru ni ada lagi kes berkaitan dengan bayi berkepala dua yang dilahirkan di China. Lepas tu timbul lagi kisah ular berkepala dua. Pokoknya, banyak betul kes yang berkaitan dengan angka dua ni. Cuma sekarang ni yang tengah hangat diperkatakan ialah tentang angka empat ni pulak... =D 


Aku hanya nak kongsikan gambar pokok bunga keladi aku yang bercabang dua ni. Tak tau la nak kata bercabang dua ataupun berkepala dua. Ni first time aku jumpa dan tengok. Maklum la, aku ni jenis yang agak malas sikit nak tanya pakcik google ni. Perasaan melihat sendiri di depan mata adalah tidak sama dengan hanya melihat gambar sahaja. Namun, ada jugak benda yang berada di depan mata kita yang kita tak ingin ataupun tak mampu nak tengok... =.='

Eeeuuwww....!!! Gerun la jugak.. Mujur takde mata... haha...

Dah macam kepala anak ular dah rupa dia. Mujur aku tak pengsan masa menyapu kat celah-celah pasu ni..  huhuhu..

Menggerutunyaaaa...

Mungkin sedang berborak sesama sendiri... LOL...

p/s: Jagailah lidah kita yang tidak bertulang ini dari menjadi bercabang-cabang... **Peringatan untuk diri sendiri.. huhuhu...

Saturday, May 21, 2011

Bila ulat bulu naik daun..

Assalamualaikum....

Bila ulat bulu naik daun..

Selalunya dikaitkan dengan orang lelaki yang sedang berusaha untuk mengorat perempuan dengan aksi serta dialog yang agak memualkan. Kalau dalam bahasa zaman sekarang ni sering dipanggil dengan panggilan mengayat. Siapa yang berjaya mengayat ni, memang sah la dia raja ulat bulu.... :P

Pagi kelmarin, sedang aku busy menyapu dedaun rambutan yang berguguran di halaman rumah, tiba-tiba je mata aku terpandang kat satu makhluk ni. Mula-mula aku ternampak daun bunga ros aku yang carik-barik kesan kena makan. Ingatkan siput barbie punya kerja. Rupa-rupanya si ulat bulu berwarna kuning ni punya angkara.. Ciiisss....!!

Kalau mata tak tajam, memang tak perasan dia menyorok kat bawah daun ros tu...

Tengok la bulu dia... Punya la panjang..Kalau terkena kat kulit ni, mau sebulan gatal tu tak hilang kott...

Sinaran matahari pagi membuatkan warna daun tu seakan-akan warna ulat bulu tu...

Yang ni dia sedang tergantung kat ranting yang aku pegang. Terkial-kial dia nak selamatkan diri..

Cara ulat bulu berjalan. Tergedik-gedik dan meliuk-lentok je. Dia jalan menuju ke arah aku. Ingat aku tak takut ke.. Takut + seram jugak sikit... hahaha..

p/s: Selamat dah ulat bulu tu aku kerjakan. Benda bahaya, tak kan la aku nak simpan. Geli je nak simpan bulu-bulu ni.. ngehngehngeh...

Friday, May 20, 2011

Mana yang bengkok tu, kita luruskan... :-)

Assalamualaikum...

Mana yang bengkok tu, kita luruskan....:-)

Macam jalan kat Bukit Putus tu. Dulu punya la bengkang-bengkok jalan dia. Tapi sekarang ni dah lurus sikit dah. Kalau dulu, asal lalu je jalan tu, mula la rasa nak muntah. Kalau tak makan pil penahan mabuk, memang konpem melambak muntah yang keluar...

Tapi aku bukan nak cerita pasal jalan tu. Aku sebenarnya nak bagitau pasal benda alah yang telah berjaya aku luruskan siang tadi. Berdentam-dentum bunyi dia...

Siang tadi aku mengemas dapur yang dah macam tongkang pecah. Susun atur balik semula. Ubah sana, ubah sini kedudukan barang. Naik lenguh kaki aku sebab banyak berjalan dan memanjat kabinet. Sambil mengemas tu, ternampak la kat tutup periuk yang dah kelepet ni. Sayang pulak nak biarkan camtu je. Apa lagi, terus capai tukul besi dan mulakan proses mengetuk. Klentang klentung klentang klentung bunyi dia...

Ketuk tutup periuk tu dengan tukul. Ketuk kat atas papan, jangan terus ketuk kat atas lantai. Kang tak pasal-pasal berlubang pulak lantai tu. Satu kerja pulak nak menampal lantai tu balik semula...

Kan dah lurus dah.. Ni baru separuh tutup periuk yang berjaya diluruskan..

Boleh buat proses yang sama untuk meluruskan tepi periuk...

Siapa yang takde kerja nak buat tu, boleh la pergi geledah dapur. Cari mana-mana tutup periuk yang bengkok dan luruskan la dia. Kalau tutup periuk tu dah rata, selamat la sikit lauk yang ada kat dalam periuk tu dari dimasuki lalat, sebab lalat ni pantang jumpa lubang, mesti dia nak menyelinap masuk. Jangan harapkan sangat tudung saji sebab tudung saji sekarang ni lubang dia besar dan dengan mudah lalat dapat masuk... =)

p/s: Ada jugak orang yang jadikan tutup periuk sebagai peluru berpandu. Asal gaduh je, mula la melayang tutup periuk tu. Pastu bila nak buat biskut raya, mula la tercari-cari balik tutup periuk tu... kihkihkih...

Wednesday, May 18, 2011

Kotak misteri ke ni..??

Assalamualaikum...

Dari semalam lagi aku terperasan kat satu kotak berbentuk empatsegi ni. Mula-mula tu aku ingatkan kat blog aku je yang ada kotak misteri ni. Rupa-rupanya bila aku masuk kat blog beberapa bloggers yang lain, pun ada jugak kotak misteri tersebut..

Yang peliknya (aku je yang pelik kot...), kotak misteri tu terletak betul-betul kat bawah iklan nuffnang. Kenapa kat situ pulak dia duduk ehh..? Nak jaga kotak 'duit' tu ke.. kehkehkeh... Kalau jaga kotak misteri kat blog aku memang tak berbaloi la.. Aku bukannya dapat banyak income macam blogger femes tu...

Cuba tengok kat gambar beberapa blog yang telah aku printscreen dan tandakan kotak misteri tersebut dengan bulatan. Ada apa-apa ke di sebalik kehadiran kotak misteri ni ehh..? Siapa tau, sila habaq mai sat kat ceq naaa... Tenkiu...







Aku cuba la edit apa yang ada kat widget kat situ, tapi takde apa-apapun.. Tak rajin pulak aku nak godek lebih-lebih. Biar aje la kotak misteri tu kat situ.. Jangan sampai dia meletop dah la... huhuhu..

p/s: Blogspot demam lagi agaknya.. :D

Tuesday, May 17, 2011

Makan angin memang best.. Buang angin lagi best.. hahaha....

Assalamualaikum...

Makan angin memang best...
Buang angin lagi best... hahaha...

Selamat hari wesak kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Korang pergi mana cuti sehari ni? Pergi kedai kat depan rumah je ke..? Kehkehkeh...

Aku pergi Cameron Highlands dengan mak, abang dan dua orang anak sedara aku. Ni kali kedua aku ke sana. Anak sedara aku yang beria-ia sangat ajak mak aku. Mula-mula aku malas jugak nak pergi. Tapi bila mak aku kata dia nak pergi, maka terpaksalah aku ikut serta. Maklum la, aku kan PA mak aku... ahakk.. 

Kalau dulu kitorang pergi kebun strawberri, kali ni ke kebun teh pulak. Ingat nak pergi kebun bunga ros tapi badan dah penat, terus je balik. Lain kali la ke sana pulak jika panjang umur..

Layan gambar aje la ya. Tak tau nak bebel apa dah.. Lotih laa... haha...

Ni kalau tenyeh kat mulut wartawan bebas tak bergaji best gak ni. Ya tak? Haha...

Sweet....

Tengok je.. Tak mampu nak beli.. huhuhu... 


Lebah mencari madu... :P

Cantiknya ciptaan Allah ini...

Nenek dan cucu....


Mem besar... =)

Aku beli ni je.. Inipun sampai 20 hengget... huhuhu...

Saujana mata memandang...

Geram je tengok bunga ni.. Kenapa la ko ni cantik sangat... :-)

p/s: Makan angin ni memang best. Buang angin lagi best, lega je rasa.. hehe.. Buang karan je yang tak best... hahaha....

Monday, May 16, 2011

Kurang ajar punya komen..!!

Assalamualaikum...

Kurang ajar punya komen..!!

Kalau tak ikhlas nak komen, tak payah la komen...

Kadang-kadang memang seronok berbalas-balas komen kat fesbuk ni. Namun ada ketikanya menimbulkan kejelekan bila tengok komen yang berbau sumpah seranah ataupun menjatuhkan maruah sesama insan. 

Ada orang yang memang ikhlas datang mengomen untuk bertegur-sapa. Ada juga yang mengomen dengan niat-niat tertentu yang hanya dia sahaja yang tahu kenapa komen sebegitu yang ditinggalkan. Terpulanglah pada nawaitu masing-masing..

Baru-baru ni aku ternampak komen seorang mamat (mungkin dia kawan anak sedara aku), yang aku rasakan sangat kurang ajar serta biadap..! Kalau nak diikutkan rasa hati aku yang tiba-tiba je panas, mahu aje aku balas balik komen mamat tu. Namun bila memikirkan bahawa banyak mata yang akan memandang, aku diamkan sahaja. Namun dalam hati aku menyumpah-nyumpah mamat tu. Tak pasal-pasal je aku dapat saham.. 

Anak sedara aku cuma letakkan status yang berbunyi begini:

Esok nak gerak dah. Kalau ada salah silap, aku minta maaf banyak-banyak. Jika panjang umur, kita jumpa lagi.

Entah kenapa, mamat tu tinggalkan komen macam ni kat status tu:

Ko nak pergi mati ke..?

Berderau darah aku..! Tambahan keesokannya anak sedara aku tu nak balik ke sini. Lagilah dupdapdupdap jantung aku takut jadi apa-apa kat dia. Selagi dia tak sampai ke rumah, selagi itulah jantung aku berdebar-debar. Aku bayangkan perjalanan jauh antara BP ke sini yang terpaksa dia lalui. Macam-macam boleh terjadi. Hanya kerana komen sebegitu menyebabkan aku tak tentu arah. Namun, bila terdengar je suara dia dah sampai kat depan pintu, terus aku lega dan meraup wajah tanda kesyukuran.

Persoalan aku, perlukah kita tinggalkan komen berbentuk biadap sebegitu? Andaikata berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidakkah timbul rasa menyesal kerana memberikan komen buruk tu? Itu bukan bergurau. Itu kurang ajar..! Bapak segala kurang ajar...! Fikirlah sikit perasaan ibu bapa serta keluarga yang melihat komen negatif sebegitu. Nak kata budak kecik, dah boleh jadi bapak ayam dah. Nak kata tak sekolah, dah graduate dah. 

Nasihat aku, kalau tak nak komen, tak payah komen. Tak perlulah terhegeh-hegeh masuk wall orang dan tinggalkan komen kurang ajar macam tu. Orang berfesbuk untuk release tension dengan gelak ketawa serta mencari info/ilmu jika ada. Awak berfesbuk untuk apa?

p/s: Kadang-kadang naik loya pulak bila tengok status berserta komen pelat-pelat ni. Rasa macam nak gunting je lidah dorang.. 
Puker 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)