Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, May 1, 2013

Aikkk...!!!

Assalamualaikum...

Aikkk...!!!


Tak tau la kenapa, every status, photos, updates yang aku buat, tak keluar kat wall fanpage aku.. Dia cuma keluar sekejap je pastu bila tengok balik semula, dah hilang dah.. Yang ada cuma posting beberapa jam lepas.. Posting baru takde.. Kalau kat news feed tu ada la.. Yang takde kat wall fanpage tu je.. Apsal entah...


Untuk mengelakkan dari bersangka buruk, anggap aje la pihak fb tengah buat kerja-kerja maintenance.. hehh.. Takkan la nak kata kena hacked kot.. Macam la ko punya page tu bagus sangat sampai nak kena sabotaj.. Ataupun mungkin sebab tak bagus, tu yang kena hacked tu.. hahahaha... 



Lantak la haiihhh... Tengok aje la macam mana.. Kalau esok lusa tulat still sama je, aku delete je terus fanpage tu.. Takpun aku unpublished je.. Biar aku sorang je yang nampak.. ahakk...


p/s: Pelik gak kan...?   Tapi biar je la..    It's not a big deal.. Lagipun bukan fanpage aku sorang je yang ada masalah.. Maknanya, memang fb sendiri la yang ada problem..  
.

Kawal...

Assalamualaikum...

Kawal...


Bukan semua orang boleh memahami apa yang kita sampaikan.. Ada jenis yang cepat faham, ada jenis yang lambat pikap, ada jenis yang buat-buat faham, ada jenis yang sampai sudah tak faham-faham.. Lagi sadis bila ada jenis yang dah la tak faham, lepas tu dok buat-buat faham, lepas tu dok sebarkan ketidakfahaman tadi merata-rata..


Mungkin kita juga termasuk dalam kategori sebegini samada disedari atau tanpa disedari kerana kita gagal mengawal perasaan..




Salah faham ada di mana-mana.. Sentiasalah berlapang dada.. Jangan mudah melenting.. Kalau dah mula ada rasa nak hangin tu, eloklah jangan pandang.. Belajarlah untuk kawal emosi agar tidak terus dilanda depresi..




p/s: Hati sendiripun susah nak faham, susah nak kawal. Apatah lagi nak fahami dan kawal hati orang lain.. huhuhu...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)