Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, July 1, 2019

Kisah kebun mini lagi. 😁

Assalamu'alaikum.

Kisah kebun mini lagi. 😁


Al-kisahnya, pagi semalam aku bertungkus-lumus mengemaskan kawasan kebun mini aku ni. Sejak puasa hari tu, kebun mini aku ni terbengkalai tidak berjaga. Bukannya takde masa tapi kudrat yang tidak berdaya. Lepas seminggu raya, aku pulak demam sampai dua kali. Nak puasa enam dan ganti puasapun tertangguh dek kerana demam kali kedua tu agak menyakitkan badan. Aku banyak terbaring je pandang cicak di siling. Haha.


Semalampun aku puasa tapi aku gagahkan diri untuk kemaskan kebun mini aku ni. Kena kuatkan semangat. Alhamdulillah, menjelang tengah hari, siap dah aku bersihkan kawasan sini. Tapi biasa la, mana boleh habis kemas dalam masa setengah hari, kan? Ada lagi kawasan yang tidak sempat untuk aku uruskan. Takpelah. Yang itu nanti aku buat di lain hari pulak.





 Kita sibuk mengemas, dia pulak sibuk buat jamban kat situ. Sabar je laa..






 Memerun..


 Putik buah durian belanda habis rosak gara-gara diserang bena. Buah yang dah besarpun habis busuk. Dapat merasa secubit dua je buah sulung. Banyak sangat semut hitam yang berumah tangga di pokok. Sudah aku sembur dengan racun semut. Harapnya, pupus la koloni semut tu.



 Pokok kucai dalam polybag ni aku nak jual. Satu polybag aku nak jual RM8. Untung tanam pokok kucai ni sebab dia mudah cambah selepas kita potong daunnya. Kiranya, berbaloi la tanam.


 ^
Anak pokok nenas yang tumbuh pada pokok indok. Banyak dah nenas yang aku tanam dari anak pokok.
v

 Pokok betik yang bijinya aku campak je. Elok pulak dia tumbuh dan membesar. Alhamdulillah. Harapnya, dapat la aku merasa buah dari pokok betik ni.


 Anak pokok kari yang tumbuh melata dari akarnya. Jenuh dah aku buang.



 ^
Pokok kaduk aku yang takde junjung tapi tetap tumbuh merimbun. Harap kat bawah tu takde yang tumpang lepak. Huhu.
v








Siap dah kemas. Barulah sedap sikit mata memandang. Heh.


p/s: Dah lama tak tanam sayur sawi. Entah bila la nak mulakan balik aktivi menanam sawi. Lemau dah ni. Semangat dah hilang tempo agaknya. Haha.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)