Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 8, 2009

MENGESAN PERWATAKAN DARIPADA TAHUN LAHIR.


Assalamu'alaikum.

MENGESAN PERWATAKAN DARIPADA TAHUN LAHIR.


Lihat tahun kelahiran anda. Bilakah anda dilahirkan dan mengetahui sifat2 yang tersembunyi di sebalik penampilan anda seharian. Mungkin ada yang tidak anda ketahui atau sengaja sembunyikan dari seseorang. Cara mudah untuk memahami fitrah manusia ialah dengan melihat tahun kelahiran. Perwatakan anda di bawah naungan tahun haiwan yang diambil daripada kitab Jawa. (sumber diambil daripada majalah Wanita-September 1977).


TAHUN TIKUS: (1948-1960-1972-1984-1996-2008)
Seorang yang menarik, mudah bergaul dan bersifat pemurah namun hanya kepada orang tertentu sahaja. Mungkin kerana mahu ringkas dan cepat,mereka dikatakan agak pengotor, tidak suka berkemas. Mereka juga tidak tahan sejuk walaupun untuk mandi pagi dan sukar menerima ubat2an yang pahit. Pasangan yang sesuai untuknya ialah dari tahun lembu kerana orang dari tahun ini penyabar dan tenang dalam tindakan. Lain2 tahun ialah tahun anjin*, monyet, bab* dan naga.


TAHUN LEMBU: (1949-1961-1973-1985-1997-2009)

Seorang yang rajin bekerja, merendah diri, praktikal dan boleh dipercayai sebagai pemimpin. Mereka juga sesuai untuk dijadikan sahabat bahkan seorang kekasih kerana adanya sifat jujur dan ikhlas. Percintaan memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. Walaupun mereka mempunyai ramai peminat, namun sifat setia dan keluhuran hati mereka mengatasi segalanya. Untuk mencari kebahagiaan dan sokongan yang padu, carilah orang di bawah tahun tikus, arnab, ayam jaguh, naga, harimau dan monyet. Luahkan masalah yang dihadapi kepada orang yang bernaung di bawah tahun harimau.



TAHUN HARIMAU: (1938-1950-1962-1974-1986-1998)
Seorang yang berani, bersemangat tinggi dan penuh kasih sayang. Tahun bab* boleh mengawal mereka daripada bertindak secara melulu. Mereka seorang penasihat yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri serta ringan tulang, mudah meminta pertolongan daripadanya. Tahun ayam daripada bukan kaum sejenis patut dijauhi. Orang dari tahun monyet boleh menjadi pengawal yang baik untuk orang tahun harimau.



TAHUN ARNAB: (1939-1951-1963-1975-1987-1999)

Seorang yang percaya kepada kesucian cinta. Tutur kata mereka lembut dan boleh menjadi teman sejati. Seperti zahirnya yang tampak baik, begitulah isi hatinya namun kemarahannya sukar dikawal. Mood mereka berubah dan secara tidak langsung penampilannya turut sama berubah. Jika senang hati, mereka menampakkan kegembiraannya, berselera makan, bergelak ketawa dan bergurau senda. Pun begitu, jika hatinya tidak tenang, mereka menunjukkan sifat negatif seperti murung, menyendiri dan tidak mahu menjamah selera. Mereka juga mahu menyelesaikan masalah mereka sendiri.


Mereka tahu mencari keuntungan sendiri. Pandai bergaya, bersolek dan membawa diri ke mana sahaja. Bersifat penyabar dan marahnya juga tidak berpanjangan. Pasangan yang serasi dengannya ialah mereka yang lahir dari tahun anjin*, monyet, kambing dan arnab. Jika berkahwin dengan zodiak yang sama, kehidupan diselaputi kemewahan.



TAHUN NAGA: (1940-1952-1964-1976-1988-2000)

Selalunya mereka seorang yang bertenaga, sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan bersemangat tinggi. Ramai pula teman baik dan banyak lagi musuhnya yang iri dengan keterampilannya. Sifatnya memang pembengis namun mereka mudah bersimpati kepada orang lain dan penuh kasih sayang. Namun jika tidak kena dengan lenggoknya, mereka cepat naik darah dan menjadi pendendam kiranya ada yang mencampuri urusannya. Apa yang nyata, usah mengkhianati mereka terutama orang yang pernah termakan budinya.


Orang ini sesuai dengan zodiak ayam jaguh. Mungkin kerana sifat ayam yang setia. Zodiak naga juga sentiasa mengharapkan sokongan daripada tahun tikus. Mereka mempunyai idea yang sama dengan tahun harimau tetapi tahun harimau lebih menonjol penampilannya daripada mereka. Mereka lebih tertarik pada perwatakan tahun monyet yang bersifat pendendam sekaligus menjadi pelindung bagi dirinya.



TAHUN ULAR: (1941-1953-1965-1977-1989-2001)

Seorang yang sentiasa berfikiran waras, lemah lembut dan cukup sensitif pada sesuatu keadaan. Zodiak lembu sentiasa mencurah kasih sayang padanya. Tahun ular sesuai berkahwin dengan tahun ayam dan jika berkongsi zodiak, mereka perlu belajar untuk tidak terlalu cemburu atau kuat bergosip. Mereka ini tidak begitu disukai oleh orang lain kerana menganggap mereka suka berbohong. Namun, mereka bukanlah bersifat begitu.


TAHUN KUDA: (1942-1954-1966-1978-1990-2002)

Seorang yang menghiburkan. Mereka bijak dan pantas berfikir. Terdapat 3 pasangan yang bersesuaian iaitu harimau, kambing dan anjin*. Teman perbincangan yang baik ialah dari tahun naga, kuda dan ayam jaguh. Mereka juga dikatakan mempunyai nafsu yang kuat dan sukar dikawal. Mereka juga gemar menambah cerita untuk mendapatkan perhatian kawan2 supaya mereka disukai. Namun begitu, mereka jenis yang tahan derita dan lali dengan hidup susah selain tabah menghadapi dugaan hidup. Mereka boleh mencurahkan masalah kepada orang yang bernaung di bawah tahun bab*.


TAHUN KAMBING: (1943-1955-1967-1979-1991-2003)
Seorang yang lemah lembut, bicaranya lunak dan berfikiran kreatif. Namun di sebalik perwatakan tersebut,mereka mempunyai jiwa yang keras. Mereka mudah menerima kasih sayang daripada orang yang lahir pada tahun arnab dan bab*. Mereka boleh belajar daripada tahun monyet dan harimau. Sahabat seiring jalan bagi mereka ialah dari tahun naga.


Sikap buruk mereka di waktu terdesak ialah suka mencuri barang milik orang lain, tetapi mereka akan mengaku kemudiannya. Kejujuran tetap ada dalam jiwa. Mereka sentiasa menghadapi masalah kewangan dan tidak sesuai bertemu dengan zodiak yang sama kerana mereka mungkin akan muflis. Namun begitu, mereka akan bersifat pemurah bila kewangan berada dalam keadaan baik. Paling dibenci adalah orang yang suka bercakap kasar dan kuat membebel. Mereka mahu orang lain mempercayai cerita mereka walaupun cerita tersebut karut belaka.

TAHUN MONYET: (1944-1956-1968-1980-1992-2004)

Seorang yang suka kepada keseronokan dan bijak pemikirannya. Orang yang boleh membuatkan mereka gembira ialah dari kalangan yang lahir pada tahun naga, tikus, arnab, harimau dan bab*. Orang yang lahir pada tahun ayam dan anjin* boleh menjadikan mereka berfikiran kreatif dan mengamalkan cara hidup yang sederhana. Mereka juga terpaksa bekerja keras untuk berjaya. Nasib akan menyebelahi jika mereka berniaga atau bekerja sebagai pasukan keselamatan atau berhubung dengan kepimpinan am. Adakalanya mereka ini kedekut dan mementingkan diri sendiri.



Sikap mereka yang mudah naik angin, gemar pula memaksa orang lain untuk melakukan perkara yang tidak digemari oleh orang tersebut. Namun mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu pemikiran yang tinggi dan fkizal yang sihat. Penyakit angin kadangkala menyerang di otot menyebabkan sakit punggung dan jantung berdebar2.



TAHUN AYAM: (1945-1957-1069-1981-1993-2005)

Mereka bijak, bersemangat tinggi dan tidak pernah mengenal erti penat. Mereka juga rajin bekerja, tidak perlu disuruh namun adakalanya jika enggan membuat sesuatu perkara walau dipaksa sekalipun, tidak akan menjadi. Takut nanti kita pula yang disuruhnya. Tahun naga sesuai menjadi pendampingnya. Begitu juga tahun ular dan ayam yang menjadi pilihan terbaik. Mereka boleh mempelajari sesuatu daripada tahun monyet kerana mereka berpengalaman dalam soal kehidupan mahupun kematian.


Mereka berkira sedikit dalam soal kewangan. Namun setiap yang memerlukan pertolongan, tidak dipandang sepi olehnya. Mereka juga seorang yang kreatif dan teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka tidak mudah lupa diri terutama kepada orang yang pernah menolongnya.



TAHUN ANJING: (1946-1958-1970-1982-1994-2006)

Seorang yang realistik, boleh dipercayai dan suka berterus terang dalam banyak perkara. Orang yang lahir pada tahun kuda akan tertarik pada keikhlasan dan kebijaksanaan mereka. Bukan itu sahaja, mereka sering memberikan bantuan. Tahun harimau boleh menjadi pilihan terbaik. Tahun arnab pula mampu menjadi penasihat buat mereka. Tahun anjin* ini juga mempunyai sifat yang suka mencurigai orang lain.


Mereka sukar untuk mempercayai orang lain namun tidak semestinya mereka berhati2. Jika mereka telah menemui seseorang yang benar2 dicintainya, mereka akan berlaku setia. Watak mereka agak degil, bermulut cabul dan bising. Tambahan pula jika sedang marah, mereka semakin celupar dan agak keterlaluan. Dan adakalanya mereka ini suka mengungkit. Dalam soal bersahabat, mereka dari zodiak ini boleh dibanggakan.



TAHUN BABI: (1947-1959-1971-1983-1995-2007)

Lazimnya seorang yang pemurah, jujur, mudah percaya dan agak degil sedikit. Pasangan paling sesuai ialah dari tahun arnab yang boleh berjalan seiring. Mereka boleh berkongsi minat mengenai benda2 mahal dengan orang dari tahun kambing. Mereka juga boleh bahagia dengan orang yang lahir pada tahun tikus, anjing, kuda, ayam jaguh dan harimau. Mereka banyak belajar dari tahun monyet dan mereka ramai peminat. Kadangkala mereka mendapat kesusahan kerana seseorang namun orang tersebut akan mendapat balasan yang setimpal di atas kejahatannya sendiri. Zodiak ini periang tetapi dalam masa yang sama mudah merajuk dan menangis. Watak bengisnya pula ada di dalam jiwanya.

p/s: Semuanya ini hanyalah kebetulan sahaja. TOLONG JANGAN PERCAYA. Jika anda percaya, itu bermakna anda tidak percaya pada ketentuan Allah.


Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)